Sunday, June 3, 2012

ADA BAIK...BAGI YANG MAMPU TAK YAH ISTERI TU BEKERJA...DAH SENANG SIKIT ..BERHENTILAH KERJA...JAGA ANAK2 DAN UMAH TANGGA...BANYAK BAIK JIKA TAK SERAH PADA AMAH UNTUK JAGA ANAK DAN MENGURUSKAN UMAH KITA...DUIT NI BANYAK MANA PUN TAK CUKUP...WANITA BEKERJA LAH NI....BANYAK FITNAH....

Pengawal keselamatan mengaku jalin hubungan dengan banduan



LONDON: Seorang pengawal keselamatan wanita yang menjalinkan hubungan intim dengan tujuh banduan berbahaya mengaku di mahkamah semalam, dia bertindak bodoh.
Polis sebelum itu merampas surat cinta berbaur seks daripada tahanan lelaki di kediaman Zanib Khan.

Zanib juga mengadakan perbualan romantik dengan lelaki menerusi telefon bimbit yang diseludup ke Penjara Brixton di London Selatan.
Zanib, 27, kini berdepan dengan hukuman penjara selepas mengaku salah laku ketika menjadi penjawat awam.

Mahkamah Southwark diberitahu, wanita itu mempunyai ‘hubungan yang tidak sepatutnya’ dengan tiga banduan berusia antara 28 dan 29 tahun, termasuk seorang pengedar dadah.

Polis juga percaya Zanib menjalinkan hubungan intim dengan empat banduan lain dalam tempoh tiga tahun.

Ketika meninggalkan mahkamah, Zanib memberitahu wartawan akhbar The Sun: “Saya bertindak bodoh. Saya melakukan kesilapan bodoh dan saya sudah meletakkan jawatan.” Dia juga menyuarakan harapan dijatuhi hukuman melakukan khidmat masyarakat.

Bagaimanapun, dia mungkin dipenjarakan.
Pasukan Pencegah Rasuah Scotland Yard tidak menemui sebarang bukti menunjukkan hubungan Zanib dengan banduan berkenaan membabitkan seks. - TS

Pelacur tuntut hak dilayan baik



PELACUR dan anggota Kesatuan Pekerja Seks (Strass) berarak di dataran Pigalle, Paris kelmarin.



PARIS, Perancis - Sejumlah pelacur dan anggota Kesatuan Pekerja Seks (Strass) mengadakan satu demonstrasi di sini kelmarin.
Mereka berhimpun di dataran Pigalle di pusat bandar raya ini dengan membawa kain rentang dan sepanduk dengan menuntut layanan lebih baik dan bermaruah diberikan kepada pelacur dan pekerja seks.
Mereka juga meminta supaya aktiviti pelacuran diterima sebagai satu bidang pekerjaan. - AFP

Serangan di pusat beli-belah ragut satu nyawa



SEORANG mangsa serangan dibawa menaiki ambulans di luar pusat beli-belah Eaton Centre kelmarin.



TORONTO, Kanada - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di medan selera pusat beli-belah Eaton's Centre di sini semalam yang membunuh seorang pemuda berusia 25 tahun dan mencederakan tujuh mangsa lain, kata polis.
Ketua polis Toronto, Bill Blair berkata, serangan tersebut disasarkan terhadap pemuda tersebut berdasarkan luka pada badan mangsa.
"Sementara tujuh orang lagi cedera hanya kerana mereka kebetulan berada di tempat kejadian. Serangan ini keterlaluan, ramai orang berisiko menjadi mangsa," kata Blair.
Beratus-ratus pengunjung berada di medan selera tersebut ketika kejadian berlaku seki-tar 6.20 petang (waktu tempatan).
Polis telah mengambil keterangan beberapa saksi dan pembunuh kejam itu sedang diburu. - AFP

Kebangkitan kedua rakyat Mesir


Calon pilihan raya presiden, Hamdeen Sabahi menyertai penunjuk perasaan mengadakan protes di Dataran Tahrir pada Sabtu lalu.



KAHERAH - Kumpulan prodemokrasi kembali mengadakan protes selepas mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presidennya, Hosni Mubarak atas tuduhan membunuh lebih 900 orang penunjuk perasaan.
Mereka juga berang kerana anaknya, Gamal dan Alaa didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah. Ekoran itu beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir dan bandar-bandar lain.
Kebanyakan mereka mendakwa hukuman itu jelas menunjukkan bahawa saki-baki orang kuat Mubarak masih menguasai Mesir ketika pilihan raya presiden Mesir semakin hampir.
"Keputusan ini tidak adil dan ramai orang menolaknya. Dataran Tahrir sekali lagi akan dipenuhi oleh penunjuk perasaan. Di Mesir, satu-satunya cara untuk anda mendapat keadilan adalah menerusi protes kerana semua institusi masih dikawal oleh orang-orang Mubarak," kata seorang penunjuk perasaan, Amr Magdy.
Kekecewaan turut memuncak apabila calon pilihan penunjuk perasaan, Hamdeen Sabahi kalah dalam pusingan pertama pilihan raya bulan lalu.
Pilihan raya presiden menyaksikan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq menentang calon kumpulan Islam konservatif Persaudaraan Muslim, Mohamed Mursi.
"Saya dapat rasakan revolusi kembali," kata Osama Awad. Dia juga menegaskan Mubarak mesti dibicarakan semula kerana bukti utama telah disembunyikan dan rakyat perlu bersatu menentang Syafiq.
Dalam perkembangan lain, Sabahi, Mursi dan seorang lagi calon presiden, Abdel Moneim Abol Fotouh mengadakan satu perjumpaan tertutup pada malam Sabtu.
"Kami merancang untuk mengadakan perarakan pada Isnin, Rabu dan melibatkan sejuta penunjuk perasaan pada Jumaat," kata seorang aktivis yang menghadiri mesyuarat tersebut. - Reuters

Malaysia perlukan 100,000 amah


PEMBANTU rumah yang baru tiba dari Indonesia ditempatkan di Rumah Perlindungan dan Pusat Latihan 1 Jalan Awan Pintal di Kuala Lumpur kelmarin sebelum diserahkan kepada majikan masing-masing. - Gambar hiasan



SEGAMAT - Kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia diperlukan bagi menampung permintaan majikan di negara ini selepas pembekuan khidmat mereka ditarik balik baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara jiran itu dan jumlah tersebut terus meningkat.
"Pada masa ini, kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 150,000 orang merupakan amah Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya negara-negara lain.
"Indonesia sedang melatih pembantu rumah mereka tetapi kebanyakan mereka memilih untuk ke Korea, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat di Taman Segamat Jaya di sini semalam.

400 pelesit rempit mandi peluh



SEBAHAGIAN daripada 400 pelesit rempit yang dipaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer di George Town, Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN - Ketagihan sekumpulan 400 pelesit rempit untuk berlumba haram memakan diri apabila mereka terpaksa bermandi peluh seawal pukul 2 pagi semalam selepas diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.
Pelesit rempit termasuk 30 wanita berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram semalam. Daripada jumlah itu, 107 diambil keterangan sebelum dibebaskan.
Ketua operasi, Asisten Superintendan Alhamdu Sehat berkata, operasi dua jam itu dianggap berjaya kerana telah menggagalkan kegiatan lumba haram yang dirancang pelesit rempit di kawasan tersebut.
Katanya, sebaik dikepung, terdapat sekumpulan pelesit rempit yang cuba melarikan diri dengan melawan arus hingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka patah tulang pipi akibat terjatuh.

Dua remaja lemas ditarik air



DI SINILAH tempat Muhammad Hanif dan Mohamad Azrul ditemui lemas ketika mandi-manda bersama enam lagi rakan mereka di Hulu Terengganu, Terengganu semalam.



HULU TERENGGANU – Kegembiraan lapan sahabat mandi-manda di kawasan Air Terjun Sekayu, Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini semalam sempena musim cuti sekolah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka ditemui lemas selepas dipercayai ditarik air yang berpusar.
Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan remaja berusia 17 tahun, Mohamad Azrul Azmir Mohd. Maidin dan Muhammad Hanif Izzuddin Musa maut. Mohamad Azrul berasal dari Kampung Paya Guchil Tok Beng manakala Muhammad Hanif pula dari Kampung Tanjung Jaafar, Kuala Terengganu.
Rakan mangsa, Khairul Ikhwan Hakim Mohd. Iszman, 17, memberitahu, kejadian berlaku apabila Mohamad Azrul yang mandi di tebing tiba-tiba tergelincir ke dalam air sedalam tujuh meter lalu lemas.
Katanya, Muhammad Hanif kemudian cuba menyelamatkan Mohamad Azrul sebelum dia juga lemas.

Pengasuh ada rekod jenayah



MOHD. MOKHTAR mendengar sesuatu yang diperkatakan Aik Zheng (dua dari kiri) ketika melawat penyelia kilang itu di Batu Pahat, Johor semalam.



BATU PAHAT – Seorang bapa semalam meluahkan rasa terkilan apabila menyatakan yang anak perempuannya mungkin hidup lagi sekiranya tidak diserahkan kepada seorang pengasuh yang kini direman kerana disyaki membunuh mangsa.
Lim Aik Zheng, 38, memberitahu, dia menghantar bayinya, Lim Xiu Yao (gambar kecil), empat bulan, untuk dijaga pengasuh berusia 42 tahun terbabit selepas diperkenalkan oleh salah seorang saudaranya Mac lalu.
Kata penyelia sebuah kilang itu, dia membayar suspek sebanyak RM800 sebulan untuk dijaga di rumah wanita tersebut yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
“Saya pasti tidak akan hantar bayi saya kepadanya jika mengetahui yang dia mempunyai rekod jenayah. Saya dan isteri difahamkan, pengasuh terbabit merupakan ibu tunggal yang sudah menjaga ramai kanak-kanak,” ujarnya ketika ditemui semasa lawatan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff di rumahnya di Taman Banang Jaya, Batu Pahat semalam.

Rotan maut



ANGGOTA polis memeriksa mayat Shamugam yang mati dibunuh dalam pergaduhan di Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.



NIBONG TEBAL - Seorang banduan yang baru dibebaskan dari Penjara Pulau Pinang Isnin lalu ditemui mati selepas terlibat dalam satu pergaduhan di depan sebuah restoran tomyam di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini semalam.
Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan G. Shamugam, 28, dari Lorong Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal yang dipenjara berkaitan kes dadah mati di tempat kejadian akibat dipukul dengan rotan di kepalanya oleh seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi orang ramai dan melihat mangsa sedang dipukul oleh suspek.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi meleraikan pergaduhan itu menyebabkan suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona.
"Mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan di kepala selain lebam di mata kanan mati di tempat kejadian," katanya.

23 nelayan pukat bilis nyaris maut bot terbakar



BOT pukat ikan bilis hangus dijilat api kira-kira lima batu nautika dari Jeti Tanjong Dawai, Sungai Petani semalam.



SUNGAI PETANI - Seramai 23 orang nelayan melalui detik cemas apabila bot pukat ikan bilis yang mereka naiki terbakar ketika dalam perjalanan ke perairan Pulau Payar, Langkawi dekat sini semalam.
Kejadian yang berlaku di Pintu Kuala atau lima batu nautika dari Jeti Tanjong Dawai di sini kira-kira pukul 8 pagi itu telah menyebabkan semua 23 orang nelayan terbabit terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.
Kejadian yang melibatkan bot berpendaftaran KHF 874 itu berlaku selepas kira-kira 30 minit mereka berlepas dari jeti tersebut.
Semua 23 nelayan terbabit kemudiannya diselamatkan oleh sebuah bot lain yang ketika itu sedang belayar di belakang bot berkenaan. Tiga daripada nelayan terbabit hanya mengalami cedera ringan.
Menurut seorang awak-awak, Roslan Ar- shad, 42, ketika kejadian dia bersama tiga rakan berada tidak jauh daripada bahagian enjin bot sebelum terhidu bau asap dari arah enjin yang menyebabkan mereka berasa lemas dan sesak nafas.
"Saya bersama seorang rakan kemudian menjerit minta awak-awak lain lari ke bahagian depan bot setelah melihat kepulan asap hitam," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment