Sunday, June 10, 2012

PECAH AMANAH TAK KIRA SAPE...JANGAN YANG PECAH AMANAH NI DIBIARKAN SAJA...KADANG2 MASIH BERKUASA...TAPI TAK PE ...MAHKAMAH ALLAH YANG TAK BOLEH LARI.....

Budak 12 tahun nyaris jadi mangsa culik
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2012
Budak 12 tahun nyaris jadi mangsa culik
AZISMAN
IPOH - Seorang kanak- kanak perempuan berhadapan situasi cemas apabila diculik dua lelaki ketika dalam perjalanan ke sekolahnya untuk aktiviti ko-kurikulum.

Pelajar yang dikenali sebagai Devi, 12, itu bagaimanapun terselamat apabila bertindak melompat keluar dari kereta penculik berkenaan ketika menghampiri lampu isyarat trafik di Jalan Lahat di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Devi sedang berjalan kaki sambil diekori dua lelaki yang menutup sebahagian muka dengan kain yang menawarkan untuk menumpangkannya ke sekolah.

Bagaimanapun mangsa menolak pelawaan itu dan terus berjalan tetapi dengan pantas seorang daripada mereka terus menariknya masuk ke dalam kereta.

“Saya cuba melawan dan menjerit tetapi lelaki itu mengikat mulut saya dengan kain sambil berulang kali menyatakan dia bukan mahu menculik saya, sebelum kembali ke tempat duduk penumpang depan dan meninggalkan saya berseorangan di belakang.

“Saya menyedari kereta itu membuat pusingan U dan memecut laju ke arah Batu Gajah tetapi memperlahankan kenderaan apabila menghampiri lampu isyarat, ketika itulah saya membuka kunci pintu dan melompat keluar lalu lari sekuat hati,” katanya ketika menceritakan detik-detik cemas itu.

Selepas berjaya melepaskan diri, dia berlari menuju ke restoran berdekatan untuk meminta bantuan kerana salah seorang daripada penculik itu mengejarnya.

Dengan bantuan orang ramai, Devi kemudiannya menelefon ibunya, S Nagamah, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihak polis masih menyiasat kes berkenaan.
Untung RM1.5 juta lepas pecat pekerja pecah amanah
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2012
Untung RM1.5 juta lepas pecat pekerja pecah amanah
Khairuddin (dua, kiri) menyerahkan cek replika RM97,093.40 kepada Ahmad Fadzil (kanan)
sambil disaksikan oleh Shahrul Zaman (tiga, kanan) dan Hamzah Bahari (tiga, kiri).
BAGAN DATOH  - Tindakan drastik memecat segelintir kakitangan yang pecah amanah memberi kesan positif apabila Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang (PPKHM) berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.5 juta tahun lalu.

Pengerusinya, Khairuddin Termizi berkata, pihaknya mahu menjaga kepentingan 4,610 ahli selain memperlihatkan pertambahan keuntungan berbanding sebelum ini.

Menurutnya, PPKHM berjaya mencatatkan keuntungan RM1.5 juta berbanding RM1.4 juta pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan yang dicapai lahir dari rangkaian kerjasama erat antara ahli dengan pihak pengurusan dan jemaah pengarah yang telah memberi komitmen tinggi kepada semua aktiviti yang dijalankan.

“Kami tidak akan berkompromi dengan individu yang tak jujur dan melakukan pengkhianatan terhadap kepercayaan ahli serta jemaah pengarah,” katanya sempena mesyuarat tahunan ke-41 PPKHM, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Shahrul Zaman Yahya turut merasmikan mesyurat PPKHM, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Bagan Datoh akan terjejas sekiranya kelapa import terus menguasai pasaran tempatan,” katanya.

"Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datoh, Che Ros 0sman, 58, berkata, pihaknya meminta MOA mengurangkan kadar import kelapa dari negara jiran sehingga 50 peratus melainkan pada musim perayaan.

Jelasnya, ini membolehkan kelapa daripada pekebun kecil di Bagan Datoh dipasarkan sekali gus tidak menggugat pendapatan mereka.

“Jumlah kelapa di Bagan Datoh boleh menampung permintaan pembeli namun, kami mahukan kelapa import hanya masuk pada musim perayaan,” katanya.

Hamzah Bahari dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri, Datuk Nadzri lsmail.

PPKHM yang telah beroperasi sejak 41 tahun lalu mengendalikan 79,676 hektar tanah ladang turut mencatat nilai pendapatan sebanyak RM32 juta sepanjang tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, Khairuddin berkata, pemasaran kelapa sawit dari enam pusat belian sawit merupakan penyumbang utama mencatat pendapatan RM28.3 juta dengan keuntungan bersih sebanyak RM200,000 sepanjang tahun lalu.

“Malahan, PPKHM yang memiliki modal saham sebanyak RM1.5 juta akan mengeluarkan dividen 15 peratus dan menyasarkan untuk mengumpul modal saham RM3 juta menerusi kempen tambah saham ahli dari RM100 kepada RM300 seorang,” katanya.

Sementara itu, Shahrul Zaman berharap ahli PPK turut menjayakan hasrat Perdana Menteri, yang mengajak petani peladang dan penternak bersedia melakukan transformasi ke arah menambahkan sosioekonomi yang lebih mantap.

“Kerajaan menyediakan kemudahan bantuan input dan baka ternakan kepada mereka yang mahu menambah pendapatan.,” katanya.

PPKHM turut menyerahkan zakat perniagaan sepanjang tahun lalu sebanyak RM97,093.40 kepada Majlis Agama lslam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada pegawai BaitulMal MAIPk, Ahmad Fadzil Mustafa
Pekerja ladang mati lemas dalam kolam kumbahan
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2012
SUNGAI SIPUT (U) – Seorang pekerja ladang ternakan Jalan Jalong, di sini yang dilapor terjatuh dalam kolam kumbahan ladang berkenaan ditemui mati empat jam kemudiannya.

Mayat pekerja asing berkenaan, Khil Bahadur, 23, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 4.30 petang, selepas terjatuh kira-kira jam 12.30 petang, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (Utara), Deputi Superintendan Ernest John berkata, pekerja warganegara Nepal itu tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam terbabit.

“Gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota polis, dan kita juga telah meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Ipoh untuk membantu mencari pekerja ladang berkenaan.

“Lebih kurang dalam pukul 4.30 petang, mangsa dijumpai dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk tujuan bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.
Peragut terima padah
ROSDALILAH ZAHARI
9 Jun 2012
Peragut terima padah
Peragut itu dibawa ke HRPB untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditahan polis untuk siasatan.
IPOH - Kerakusan seorang peragut berakhir apabila terbabit dalam kemalangan melibatkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta sejurus selepas meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Bendahara, semalam.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, peragut terbabit cedera di bahagian kepala.

Peragut berusia 37 tahun itu turut merayu jurugambar media supaya tidak merakamkan kejadian tersebut agar ahli keluarganya tidak akan menanggung malu akibat perbuatannya.

Gelagat peragut berkenaan membuatkan jurugambar, polis serta orang awam yang berada di tempat kejadian tersenyum.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek dipercayai meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke sebuah restoran.

Katanya, orang awam yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita tersebut dengan menghalang suspek yang cuba melarikan diri menaiki motosikal.

“Tindakan orang awam berjaya menghalang suspek daripada melepaskan diri sebelum terbabas dan melanggar salah sebuah kereta berhampiran tempatan kejadian.

“Insiden itu menyebabkan suspek mengalami cedera parah di kepala sebelum berjaya diberkas anggota polis yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Azisman berkata, suspek dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes curi motosikal, samun dan dadah.
Siswa parah dirempuh
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Mohd Imran
Anggota bomba memberi pertolongan kecemasan kepada Mohd Imran setelah
tersepit beberapa minit sebelum dibawa ke HRPB, semalam.
Keadaan kedua-dua kereta yang remuk di bahagian hadapan
Keadaan kedua-dua kereta yang remuk di bahagian hadapan selepas bertembung
di Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands, semalam.
SIMPANG PULAI - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar parah apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Avanza di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.28 pagi itu, Mohd Imran Hanafi, 19, patah paha kanan dan tulang rusuk, manakala pemandu Toyota Avanza, Teong Chay Lin, 22, turut cedera dan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Pada masa sama, empat rakan mangsa yang turut berada dalam kereta jenis Perodua Viva tersebut hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Toyota Avanza yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Dipercayai Avanza berkenaan dari arah Simpang Pulai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, namun gagal lalu merempuh Perodua Viva menyebabkan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan.

“Kedua-dua mereka masih mendapatkan rawatan di HRPB dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat simpang Pulai, Mohd Yusof Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.28 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba, kami dapati mangsa tersepit di bahagian pemandu dan anggota kita terpaksa menggunakan ‘spreader’ bagi mengeluarkan mangsa yang mengambil masa kira-kira 20 minit,” katanya.
Cuba tutup kecuaian
Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
BATU PAHAT – Gara-gara mahu menutup kecuaiannya, seorang pengasuh dipercayai membuang mayat bayi di kawasan Tasik Y di sini, selain mereka cerita kononnya dia dilarikan tiga lelaki tidak dikenali sebelum terjatuh dari tingkat atas Stadium Batu Pahat, baru baru ini.

Suspek dikatakan telah meninggalkan Lim Xiu Yao, yang berusia empat bulan tanpa pemerhatian di sebuah bilik dan bayi itu lemas apabila tidak dapat bernafas berkemungkinan setelah berada dalam keadaan tertiarap. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek mengaku membuang bayi itu di sebalik pokok hiasan di Tasik Y akibat panik setelah menyedari mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata, dalam siasatan yang dilakukan juga, ada saksi yang nampak seorang wanita membuang sesuatu di kawasan berkenaan pada hari tersebut.

"Saksi menyatakan ciri-ciri wanita dan pakaiannya pada hari berkenaan juga menyerupai suspek.

“Tahanan reman suspek yang berakhir hari ini (semalam) disambung sehingga 14 Jun depan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Suspek yang patah kaki masih dirawat di Hospital Batu Pahat, manakala dua anaknya masing-masing berusia 12 dan 14 tahun turut direman bagi membantu siasatan.

Menurutnya, cerita mengenai suspek dilarikan penjenayah dipercayai direka sebaliknya dia dikatakan terjun dari tingkat atas stadium itu akibat panik memandangkan terdapat dua bayi lain sebelum itu iaitu seorang mati tersedak susu manakala seorang lagi mengalami kerosakan otak ketika berada di bawah jagaannya.

Katanya, suspek sebelum ini mengada-adakan cerita dengan menyatakan dia dilarikan tiga lelaki ke dalam sebuah kereta ketika menampal iklan penawaran khidmat pengasuhan di tasik itu pada pukul 4.30 pagi, 30 Mei lalu.

Ketika kejadian suspek mendakwa bayi malang tersebut kononnya masih berada dalam kereta wanita itu yang diletakkan berdekatan tempat dia menampal iklan itu.

Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan penemuan mayat Xin Yao, di tasik berkenaan pada jam 7 malam, 31 Mei lalu oleh orang awam yang berjoging di situ, bagaimanapun laporan perubatan menunjukkan mangsa berkemungkinan telah meninggal dunia sehari sebelum itu.
Pekerja ladang maut ditetak
Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
TELUK INTAN - Nasib seorang pekerja ladang yang baru bekerja 10 hari bertukar malang apabila lelaki itu mati dipercayai dibunuh di sebuah ladang buah tembikai di Felcra Changkat Sulaiman, di sini.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa berpakaian lengkap dengan hanya mengenakan kain pelekat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku Ahad lalu apabila pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.45 petang.

“Pemeriksaan lanjut terhadap mayat mendapati, ada kesan tetakan di beberapa bahagian anggota badan mangsa.

“Lelaki itu mempunyai kecederaan parah di tengkuk, bahu dan lengan kiri yang dipercayai ditetak. Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan ketiadaan pengenalan diri dijumpai, bagaimanapun berdasarkan siasatan yang dibuat, mangsa berkemungkinan berusia lingkungan 20-an,” katanya.

Kok Liang berkata, pihaknya turut menjumpai sepasang selipar berwarna hitam di kanan dan kiri mangsa selain sebatang cangkul yang mempunyai kesan darah.

“Kesemua penemuan tersebut dibawa ke makmal bagi mengesan bukti.

Sementara itu, berdasarkan hasil maklumat soal siasat pemilik ladang tembikai menyatakan mangsa baru bekerja dengannya 10 hari lalu.

“Majikan ini menyatakan dia mempunyai tujuh pekerja namun, kejadian bunuh itu menyebabkan kesemuanya menghilangkan diri tanpa sebab,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya dan motif pembunuhan masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment