Saturday, February 19, 2011

BILA ISTERI SEKARANG DAH PANDAI CURANG...DAN HILANG RASA MALU....NI LAH KESAN MENGABAI HUKUM ALLAH...NI LAH SABAN HARI...BLOG NI INGATKAN....

Ugut bom rumah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PULANGLAH...Swee Ngor (kiri) dan Chong menunjukkan gambar Siew Kuan.
PULANGLAH...Swee Ngor (kiri) dan Chong menunjukkan gambar Siew Kuan.
KUALA LUMPUR: Seorang nenek kini ketakutan selepas menerima ugutan daripada samseng lapan along yang menuntut hutang RM80,000 yang dipinjam anak angkatnya sejak lima tahun lalu.
Yong Swee Ngor, 65, mendakwa menerima panggilan telefon daripada lapan along terbabit yang meminta hutang mereka dilunaskan.

Difahamkan, anak angkatnya, Yong Siew Kuan, 32, tidak pulang ke rumah sejak berkahwin lima tahun lalu dan sehingga kini gagal dihubungi.
Ibu tidak berdaya itu tinggal seorang diri di rumahnya di Ampang Jaya, di sini, hanya ditemani jirannya ketika menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini kerana takut diganggu samseng terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian 29 Januari lalu, dia menerima panggilan along yang mencari anak perempuannya dan mengugut mahu membaling cat dan bom pada Tahun Baru Cina jika gagal membayarnya.

“Saya memberitahu mereka Siew Kuan tidak tinggal bersama dan gagal dihubungi. Namun, along terbabit mendesak menjelaskan hutang anak angkat saya sekiranya tidak mahu diapa-apakan.

“Takut dengan ugutan itu, saya tidak boleh tidur dan diserang asma. Tambahan pula, saya berjalan menggunakan tongkat,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Lebih menyedihkan, wanita itu pernah menyelesaikan hutang kad kredit anak angkatnya yang berjumlah RM80,000 dengan meminjam daripada ahli keluarganya.

Beliau yang berniaga sayur berhampiran rumahnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung ugutan itu.

“Saya merayu Siew Kuan pulang ke rumah kerana saya merinduinya. Saya juga mahu dia bertanggungjawab sekiranya dia berhutang dengan along terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menerima 42 kes pinjaman along sejak tahun lalu.


Jatuh laut ketika bersih kontena



KUALA LUMPUR: Seorang pekerja di Pelabuhan Barat Klang dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam laut ketika membersihkan sebuah kontena bersama rakannya di sini, jam 1 tengah hari semalam.
Mangsa dikenali sebagai Ibrahim bersama rakannya terperangkap di dalam kontena berkenaan yang tiba-tiba jatuh ke dalam laut.

Dalam keadaan kelam-kabut itu rakan Ibrahim berjaya menyelamatkan diri selepas dibantu beberapa rakan namun mangsa gagal dikesan.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata mangsa yang selamat memberitahu Ibrahim dipercayai terperangkap di dalam kontena yang tenggelam itu.

Katanya, sehingga malam tadi operasi menaikkan kontena yang tenggelam ke dasar laut masih dijalankan termasuk operasi mengesan mangsa yang giat dilakukan unit marin pelabuhan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri cedera ringan dan kini dirawat di klinik berhampiran.

“Polis juga akan mendapatkan bantuan dari Pasukan Gerakan Marin untuk membantu operasi mencari mangsa yang akan di sambung pagi ini,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.


Tumbukan hinggap di mata



MASJID TANAH: Seorang warga emas melalui detik mencemaskan apabila diikat kaki dan tangannya apabila rumahnya diceroboh dua lelaki bertopeng mengakibatkan kerugian lebih RM15,000 dalam kejadian samun di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, mangsa Md Amin Ismail, 77, dan isterinya, Fatimah Mohamad, 76, sedang tidur sebelum dikejutkan bunyi pintu bahagian tengah rumah bergegar kuat dipercayai ditendang seseorang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian.


Tipu suami pergi kursus

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my

KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.
Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.
Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.

“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.

Md Amin berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi bising akibat pintu kayu ditendang dari luar sebelum muncul dua lelaki bertopeng dalam bilik sambil menghunus senjata pisau dan sabit ketika mahu membuka lampu.
Katanya, dalam suasana malap di dalam bilik, dia memberanikan diri bertanya kepada dua lelaki terbabit berhubung tujuan mereka, namun satu tumbukan kuat hinggap di mata kirinya sebelum habis bercakap.

“Mereka mengarahkan supaya tidak membuat bising jika tidak mahu ditembak, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka membawa pistol atau sebaliknya, tetapi bersyukur kerana isteri dibiarkan dalam bilik tanpa diusik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru pada hari sama.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.


Terkenang anak bongsu meninggal tercekik bubur nasi’


KUALA LUMPUR: “Apabila membaca berita ini, saya terkenangkan semula kejadian malang menimpa anak perempuan bongsu berusia lima bulan meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi sebulan lalu disebabkan kecuaian pengasuh,” kata Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31.
Beliau menghubungi Harian Metro selepas membaca laporan akhbar semalam mengenai bayi berusia 18 bulan, Sheena Mohamad Safwan yang menerima rawatan sejak 10 bulan lalu kerana mengalami pendarahan serius dan patah kaki akibat didera pengasuhnya. Katanya, dia kesal kerana sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap pengasuh didakwa menyebabkan kematian anaknya, Nur Shazwani Izni Mazlan di Taman Putra Perdana, Puchong, pada 14 Januari lalu. “Sememangnya saya sekeluarga reda dengan apa yang menimpa Nur Shazwani, namun apabila memikirkan tiada tindakan yang diambil saya trauma,” katanya.

“Ini kerana khuatir orang lain menerima nasib sama dengan saya jika pengasuh yang tidak bertanggungjawab tidak diambil tindakan,” katanya. Menurutnya, sehubungan itu, dia meminta ibu bapa lebih berhati-hati ketika menghantar anak mereka ke rumah pengasuh kerana kejadian buruk boleh menimpa anak hingga menyebabkan kematian jika salah memilih pengasuh.
“Jangan biarkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku menimpa anda dan saya berharap ibu bapa yang pernah mengalami perkara sama berani ke depan untuk pengadilan,” katanya.

Nor Jam’atul berkata, dia juga akan mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan dengan memfailkan saman kerana kini difitnah oleh pengasuh berkenaan di kalangan jiran dan rakannya.

Akhbar semalam melaporkan Rina Abdul Halim, 30, yang mendakwa anaknya bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu dan kesal kerana tiada tindakan undang-undang diambil berhubung kes menimpa anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya ada menerima laporan polis itu dan kini sudah hampir melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.


‘Pegawai KDN’ putar alam

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bijak menggunakan kata-kata manis selain mengamalkan ilmu penunduk menjadi taktik seorang lelaki berusia 30-an untuk memperdaya mangsa yang terdesak untuk mendapatkan status pemastautin tetap (PR) sebelum melarikan ribuan ringgit.
Difahamkan, setiap individu yang bertentang mata dengan suspek akan patuh kepada arahannya termasuk menyerahkan wang yang dimintanya.

Lebih membuatkan mangsa mempercayai suspek apabila dia mendakwa pegawai Bahagian Perisikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mengenali Pengarah Kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpangkat Datuk yang boleh membantu mangsa memperoleh PR dengan cara mudah.
Tambah meyakinkan ‘penipu putar alam’ terbabit berani membawa mangsa ke pejabat JPN di Putrajaya seolah-olah segala urusan akan dijalankan, namun terbongkar apabila suspek menghilangkan diri selepas itu.

Dalam kejadian terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Rohani, 45, menjadi mangsa lelaki terbabit ketika ingin memohon PR buat suami dan adik iparnya yang juga warga Pakistan.

Rohani berkata, dia mengenali lelaki terbabit di sebuah Stesen Aliran Ringan (LRT) di Jalan Hang Tuah, di sini apabila disapa suspek yang memberitahu mengenalinya ketika dia bekerja di restoran abangnya di Johor.

“Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azlan menawarkan diri dengan memberitahu mengenali seorang Pengarah JPN bergelar Datuk yang boleh membantu mendapatkan PR buat suami dan adik ipar saya,” katanya.

Menurutnya, dia membuat temu janji dengan lelaki itu pada 7 Februari lalu kira-kira jam 9 pagi untuk membuat permohonan itu di pejabat JPN. “Saya diminta menyerahkan dua sampul surat bertulis nama suami dan adik ipar yang diisi wang tunai RM2,200 dalam setiap sampul,” katanya.

Rohani berkata, lelaki itu menyuruh dia menunggu di kafe sementara dia naik berjumpa Datuk terbabit.

“Selepas dua jam, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan hal itu, namun suspek memberitahu urusan belum selesai dan diberikan nombor telefon Datuk terbabit yang dikenali sebagai Zainal.

“Dia memberitahu Datuk Zainal akan menghubungi saya. Selang beberapa minit saya menerima SMS dari pada Datuk terbabit menyuruh saya datang semula pada jam 3 petang.

“Saya menghantar SMS kepada lelaki itu memberitahu dengan siapa saya perlu berjumpa dan adakah dia akan menemani, namun tidak berbalas. Puas saya cuba menghubunginya telefonnya, tetapi tidak dijawab,” katanya.

Dia yang menyedari ditipu membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada malam kejadian sebelum kes itu dirujuk ke Putrajaya.

Difahamkan, kelmarin mangsa mendapat satu lagi kiriman SMS daripada Datuk terbabit memintanya memasukkan RM1,500 dan apabila mangsa enggan, lelaki itu mengugut menahan suaminya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, orang ramai jangan mudah terpedaya dengan individu yang mendakwa mengenali pegawai JPN dan boleh membantu mereka menggunakan jalan mudah melalui bayaran tertentu.

Menurutnya, mereka yang ingin membuat permohonan seperti kad pengenalan diri, warganegara dan PR perlu datang sendiri ke pejabat JPN untuk berurusan.

“Tiada bayaran sehingga RM2,200 untuk mendapatkan PR.

“Pihak Jabatan juga tidak mengenali Datuk Zainal seperti didakwa mangsa,” katanya.


‘Bila kita bernikah?’

SHAH ALAM: Seorang isteri mendakwa menempuh kehidupan penuh celaru hampir setahun selepas suaminya lari mengikut seorang wanita warga Indonesia.
Mangsa, Halimatun Sa’diah Mhd Sirat, 37, mendakwa suaminya, Mohamad Shah Mochtar, 50, mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah selepas mengenali wanita terbabit yang dikenali sebagai Yani, 29.

Katanya, lebih memilukan suami yang dikahwini sejak 14 tahun lalu itu kini tinggal serumah dengan wanita terbabit tanpa ikatan sah di Sungai Serai, Kajang, dekat sini dan tidak lagi pulang ke rumahnya di Seksyen 24, di sini.
“Dia tidak pulang sejak Ogos lalu dan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan anak perempuannya.

“Saya syak dia menjadi mangsa bomoh wanita terbabit kerana apabila saya bertemunya dia tanya bila dia bernikah dengan saya,” katanya di sini, semalam.

Halimatun berkata, suaminya yang bekerja sebagai kontraktor dan memegang status penduduk tetap (PR), manakala wanita terbabit seorang pembantu rumah yang melarikan dari daripada majikannya.

Berikutan kejadian itu, Halimatun membuat satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 16, di sini selain mengadu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung kejadian itu tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Dia kini membantu rakannya berniaga kecil-kecilan di pusat beli-belah di Seksyen 18, di sini bagi menyara kehidupannya bersama anak perempuan berusia lapan tahun.



Polis masih siasat kes tipu bank



KUALA LUMPUR: Kes sebuah bank tempatan di ibu kota yang kerugian RM19 juta setelah menjadi mangsa penipuan dua syarikat kononnya ingin membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini masih dalam siasatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya ada menerima laporan terbabit pada minggu lepas berhubung kes penipuan berkenaan dan sudah menjalankan siasatan bagi mencari dalang kes berkenaan.


Suami terima 40 mesej lucah



KOTA BHARU: “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah diterimanya, menyebabkan saya hilang kewarasan.
“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu ‘individu misteri’. Kalau sekali tidak mengapa, tetapi lebih 40 kali mesej lucah dihantar melalui telefon bimbit suami,” kata seorang peniaga sauna yang mahu dikenali sebagai Zaitun, 35.

Zaitun berkata, mesej berbaur lucah dihantar kepada suaminya yang berusia 41 tahun sejak 5 Februari lalu menyebabkan hatinya tidak tenteram hingga rumah tangga mereka bergolak.
“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menghantar mesej lucah dan mendakwa pernah mengadakan hubungan seks dengan suami memang melampau,” katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan mengenali individu berkenaan, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.

“Saya perasan mesej itu ketika membuka telefon bimbit suami dan terkejut dengan kata-kata dihantar menyebabkan saya sendiri malu untuk membacanya. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Tanah Merah,” katanya.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak mengenali penghantar mesej misteri berkenaan, selain sanggup menjunjung al-Quran.

“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suspek menuduh suami pernah menidurinya.

Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suspek berdekatan sebuah Politeknik dekat sini, namun tidak berjaya berikutan suspek enggan hadir.

Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.


Anak buaya sesat ditemui dalam longkang



KAJANG: Menggemparkan apabila sekumpulan murid yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini terkejut selepas menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu, petang semalam.
Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan murid yang masih berada di sekolah itu.

Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu.
Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang menghadapi kesukaran mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.

“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya itu berikutan keadaan longkang yang agak sempit,” katanya.

Hafizan berkata, salah seorang daripada anggotanya yang berbadan kecil terpaksa masuk ke dalam longkang itu untuk menjerut leher buaya berkenaan.

No comments:

Post a Comment