Tuesday, February 15, 2011

BILA KES ZINA...ROGOL DAN BAB2 HUBUNGAN SEX BEBAS...TIDAK DIBENDUNG DENGAN HUKUM ALLAH....SEOLAH2 HUKUM MANUSIA LEBIH AULA DAN BAGUS DARI HUKUM ALLAH...MENAFINYA SEOLAH2 MENGHINA ALLAH SERTA SEOLAH2 TIDAK MENGESAKAN ALLAH....SERTA MENAFI SIFAT2 ALLAH YANG MAHA SEMPURNA...ORANG BERKUASA TERTINGGI BAB AGAMA ...MEMANG MENEMPAH NAHAS DAN KESUKARAN DIPADANG MAHSYAR NANTI....KITA TUNGGUUUUU.........

Berkhalwat bawa anak kecil

TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam.
TAHAN...pasangan kekasih terbabit yang dicekup dalam operasi, semalam.
SEPANG: Taktik seorang duda menggunakan anaknya berusia setahun lapan bulan bagi mengaburi pihak berkuasa ketika asyik memadu kasih dengan pasangan berusia 21 tahun tidak menjadi apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah hotel murah di Dengkil, semalam.
Mereka ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dalam operasi antizina di beberapa hotel murah di Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 2 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan mahrim terutama dari luar kawasan itu menjadikan hotel murah di kawasan itu bagi ‘meraikan’ hubungan sulit sempena Hari Kekasih.
Malah, ketika ditahan, duda berusia 27 tahun dari Dengkil itu hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju, manakala pasangannya sudah berpakaian lengkap.
Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu diketuai pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Mohd Azran Musa bersama 25 anggota membabitkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Polis Diraja Malaysia dan penguat kuasa agama.

Pegawai Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Sepang, Alfian Ahmad, berkata duda terbabit dipercayai membawa anaknya bagi melindungi kegiatan tidak bermoral bersama pasangannya.
Menurutnya, pada zahirnya, orang ramai akan menyangka pasangan itu suami dan isteri apabila ada anak kecil bersama di dalam bilik hotel berkenaan.

“Tetapi, hasil risikan kami membongkar rahsia pasangan itu tiada sebarang hubungan suami isteri dan anak kecil itu anak lelaki terbabit.

“Kami percaya lelaki terbabit menggunakan taktik membawa anak kecil itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


“Bagaimanapun, cara mereka memperalatkan kanak-kanak itu bagi menjayakan perbuatan maksiat mereka tidak berhasil apabila serbuan dilakukan penguat kuasa agama,” katanya ketika di temui dalam operasi itu, semalam.

Alfian berkata, siasatan turut mendapati lelaki terbabit sudah bercerai selain mempunyai seorang lagi anak dan memberikan alasan akan berkahwin dengan pasangan pada Jun depan.


Minta wang 'tebus maruah'

KUALA LUMPUR: Bahana bercinta melalui facebook dengan lelaki baru dikenali menyebabkan seorang pelajar perempuan dihantui ketakutan selepas menerima ugutan daripada kekasihnya itu yang mahu menyebarkan gambar seksi mangsa jika enggan membayar wang ‘tebus maruah’ RM150.
Difahamkan, remaja lelaki terbabit mengugut mahu menyebarkan beberapa gambar memalukan mangsa kepada umum melalui Internet sekiranya mangsa gagal menyediakan wang dalam tempoh ditetapkan.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, di sini, berkenalan melalui laman sosial itu dengan seorang remaja lelaki yang sebayanya beberapa bulan lalu.
Difahamkan, remaja terbabit yang berasal dari Segambut, di sini, mengatur pertemuan dengan mangsa di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Bukit Bintang, di sini, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu.

“Dalam pertemuan itu, remaja terbabit memujuk mangsa untuk meminjamkannya komputer riba selain telefon bimbit.

“Bagaimanapun, tiga hari kemudian, mangsa menghubungi suspek dan meminta komputer riba dan telefon bimbitnya dikembalikan. Suspek enggan memulangkannya melainkan mangsa memberikannya wang RM150,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut akan menyebarkan gambar peribadi mangsa dalam keadaan memalukan di dalam telefon bimbit mangsa menerusi Internet.

Mangsa segera membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas jenayah ugutan.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar berusia 22 tahun terselamat daripada dicederakan seorang penjenayah yang cuba merompak dan menyerangnya berhampiran Bukit Bintang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa yang juga pelajar warga Bangladesh menyeberang jalan sebelum seorang lelaki tidak dikenali meragut telefon bimbit dipegangnya.

Pada masa sama beberapa anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menyaksikan kejadian itu sebelum memberkas suspek lelaki tempatan berusia 43 tahun itu.



Lelaki sorok belakang pintu rentap rantai nenek



MASJID TANAH: Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun cedera di leher selepas bergelut dengan seorang peragut yang melarikan rantai leher dipakai di rumahnya di Kampung Londang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi, semalam.
Ketika kejadian, mangsa, Nap Salleh yang kematian suami sejak 10 tahun lalu berehat sambil menonton televisyen di dalam rumah manakala cucu lelakinya, Azrul Amir, 20, berada di dalam bilik air.

Azrul yang menjalani praktikal di Alor Gajah berkata, dia terdengar neneknya menjerit sebelum bergegas keluar.
Katanya, dia menuju ke arah neneknya dan mendapati warga emas itu menahan kesakitan sambil memegang lehernya yang tercedera sambil menunjukkan sesuatu ke arah belakang rumah.

“Nenek beritahu seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berdiri di belakang dinding di dapur merentap rantai leher dipakainya sebaik dia membuka pintu dapur.

“Nenek menjerit menyebabkan lelaki itu melarikan diri ke arah belukar di belakang rumah dengan memanjat pagar di belakang reban.

“Saya cuba mengejarnya kira-kira 100 meter, tetapi lelaki itu lesap di dalam belukar,” katanya ketika ditemui, pagi semalam.

Nap membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan ragut.


'Tugas suami bimbing isteri, bukan mendera'



KUALA LUMPUR: “Tugas seorang suami sepatutnya membimbing isteri bukan bersikap seperti binatang. Sudahlah tidak melaksanakan tanggungjawab, malah melakukan penderaan mental dan fizikal kepada isteri dan anak, masih ada hati ingin berpoligami.
“Betulkan kehidupan dengan mempelajari ilmu agama sebanyak mungkin supaya menjadi guru kepada isteri sendiri. Jangan ikutkan nafsu kerana mendirikan rumah tangga atas urusan Allah memperoleh rahmat yang besar,” kata selebriti dan penyampai radio Salih Yaccob.

Beliau yang terkenal dengan sifat berterus terang kepada masyarakat mengamalkan poligami berkata, suami adalah imam yang harus memimpin jemaahnya supaya mempunyai pegangan agama yang kukuh.
“Saya bukan menggalakkan poligami, tetapi tidak juga menghalang namun setiap lelaki yang ingin mengamalkannya harus memperbetulkan akidah, mempunyai ilmu yang tinggi dan berpengalaman luas.

“Bantu diri sendiri dulu kerana kita akan disoal jawab di akhirat mengenai tanggung jawab sebagai suami dan bapa. Perkahwinan satu amanah dan sudah tentu kita inginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat,” katanya yang mempunyai 11 anak serta tiga isteri.

Salih mengulas muka depan Harian Metro mengenai tindakan seorang suami yang berang apabila perancangannya menambah isteri gagal selepas tahu isteri pertamanya membocorkan rahsia kepada calon isteri keempat mengenai statusnya memiliki tiga isteri. Akibatnya, lelaki berusia lewat 30-an itu melepaskan kemarahan dengan membelasah isteri pertama dan empat anaknya sehingga seorang daripada mereka mengalami kecacatan kekal.

Menurut Salih, setiap manusia yang ingin mengamalkan poligami harus bersikap adil.

“Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan nafsu semata-mata, sebaliknya perkahwinan dengan roh dan jiwa. Sebagai seorang suami, saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal dan meminta isteri memahami al-Quran. “Tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin tidak pernah saya abaikan. Walaupun masing-masing mempunyai kerjaya sendiri namun saya tidak pernah mengambil kesempatan dan menyediakan kepada mereka semampu mungkin kerana ia tanggungjawab saya,” katanya.


8 pasangan ditahan dalam operasi cegah maksiat

KUALA LUMPUR: Wajah seorang gadis yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Serdang, Selangor pucat selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tanpa seurat benang dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih awal pagi semalam.
Dia yang cuba bersembunyi di belakang pintu tandas bilik hotelnya di Selayang, sebaik bilik penginapannya diserbu.

Pelajar itu antara lapan pasangan kekasih ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira jam 1 dan berakhir dua jam kemudian di sekitar Selayang dan ibu kota.
Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan pegawai i Jawi terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki.

Jurucakap Jawi berkata, ketika serbuan, gadis berkenaan tidak berpakaian dan duduk bersembunyi di belakang pintu tandas biliknya sementara pasangan lelakinya berada di atas katil dan lengkap berpakaian.

“Ketika ditanya teman lelaki gadis berkenaan mengaku mereka baru saja masuk ke bilik hotel berkenaan dan sudah bertunang.


“Sebaliknya gadis berkenaan mengaku mereka hanya berkawan dan tidak pernah bertunang,” katanya.

Menurutnya, pasangan berusia awal 20-an itu ditahan dan dibawa balik ke ibu pejabat Jawi untuk tindakan lanjut.

Selain pasangan berkenaan, seorang pemandu teksi yang sudah beristeri juga antara yang ditahan selepas didapati tidur bersama wanita warga asing di bilik hotel di kawasan sama.

Katanya, semua mereka ditahan mengaku tidak berkahwin dan pernah beberapa kali tidur bersama sebelum ini.

Menurutnya, operasi cegah maksiat dilakukan pihaknya itu bersempena sambutan Hari Kekasih semalam dan mengingatkan bahawa operasi seumpama itu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.


4 beranak ikat perut di stor usang



TELUK INTAN: “Sejak berpisah dengan suami kira-kira 11 tahun lalu, saya bersama tiga anak terpaksa menempuh hidup penuh mencabar seperti minum air saja selama beberapa hari kerana tiada wang membeli makanan, malah sepanjang tempoh itu, kami juga tidak dapat meraikan hari raya.
“Ada masa kami makan nasi bersama pucuk ubi sekali sehari. Namun, keperitan dan kesusahan hidup kami tidak pernah diketahui orang luar kerana saya tidak mahu menagih simpati. Saya juga malu meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata Minizah Muhammad, 38.

Minizah seorang ibu tunggal, menjalani kehidupan penuh daif bersama tiga anaknya berusia antara 11 hingga 18 tahun di sebuah stor usang peninggalan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Esso, Jalan Maharaja Lela, dekat sini.
Dengan pendapatan RM350 sebulan bekerja sebagai pembantu kedai runcit, Minizah tiada pilihan selain tinggal di stor usang yang kotor, berbau busuk dan turut didiami binatang berbisa.

“Saya dan anak sudah lali terserempak haiwan liar sejak tinggal di stor ini. Saya bersyukur kerana setakat ini belum ada kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya tidak mampu menyewa rumah lain kerana semua wang pendapatan saya digunakan untuk menanggung perbelanjaan termasuk persekolahan anak-anak.

“Ia memang tidak mencukupi, tapi saya bersyukur kerana ketiga-tiga anak memahami kesengsaraan hidup keluarga kami,” kata Minizah selepas menerima kunjungan Pemuda Umno Teluk Intan yang diketuai Mohd Yuzaile Yusuf di rumahnya, semalam.

Lebih menyayat hati, kesempitan hidup juga menyebabkan Minizah dan tiga anaknya tidak mampu menyambut Aidilfitri dan Aidiladha sejak 11 tahun lalu.

“Biarpun anak-anak tidak bersungut dan memahami kesusahan hidup kami, saya sebagai ibu begitu sedih kerana tahu jauh di lubuk hati mereka, masing-masing mahu meraikannya bersama rakan sebaya,” katanya.



Pesara dijel 10 tahun



SHAH ALAM: Seorang pesara kastam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mencabul dua beradik masing-masing berusia lima dan tujuh tahun, dengan cara memasukkan jari telunjuk ke dalam kemaluan mangsa, empat tahun lalu.
Hakim Hasbi Hasan membuat keputusan itu terhadap Mohd Radzi Ahmad, 60, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam.
Sepanjang perbicaraan, seramai 14 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Radzi dari Kampung Nakhoda Kanan, Batu Caves, dekat sini didakwa memasukkan jari telunjuknya ke dalam kemaluan mangsa yang juga anak jirannya. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di rumahnya antara jam 6.30 pagi dan 6.30 petang, antara 14 April hingga 26 Mei 2007.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Bagi setiap pertuduhan, lelaki itu dihukum penjara 10 tahun, namun mahkamah memerintahkan ia berjalan serentak.

Difahamkan, ini adalah kes pertama apabila tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan di negara ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin, sementara tertuduh diwakili peguam bela Mohamad Zaidi Othman.

Terdahulu, tertuduh menerusi peguamnya merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana sudah tua, tidak cergas dan sering sakit akibat tekanan darah rendah.

Menurutnya, dia kini menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak daripada wang pencen RM1,200 sebulan.

Pada masa sama, isterinya mengambil upah menjaga anak orang, manakala anak bongsunya masih menuntut di sebuah kolej.

Bagaimanapun, Wan Noora Nisa Ngadirin memohon hukuman seberat-beratnya kerana menyebabkan mangsa mengalami trauma berpanjangan akibat perbuatan tertuduh.

“Ini dapat dilihat apabila mangsa berada dalam keadaan tertekan menangis apabila tampil sebagai saksi.

Selain itu katanya, hukuman berasingan perlu dijatuhkan bagi mengelak ada kanak-kanak lain menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tertuduh pernah menikmati kemanisan alam rumah tangga. Dia sudah berkahwin. Seharusnya, dia perlu menunjukkan contoh teladan kepada kanak-kanak itu,” katanya.

Hasbi kemudian membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman dan menaikkan jumlah jaminan kepada RM14,000 sementara tertuduh memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Mengaku perkosa warga emas



SUNGAI PETANI: Seorang buruh yang mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas dihukum penjara berjumlah 16 tahun dan 12 sebatan, semalam.
Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Zainol Saad memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu dijalankan secara berasingan mulai tarikh dia ditangkap pada 27 September 2009.

Shariefuddin dituduh melakukan kesalahan berkenaan secara berasingan ke atas jirannya seorang warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, dekat sini.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa merogol jirannya itu antara jam 7 dan 8 pagi, 6 September 2009.



Kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Shariefuddin didakwa melakukan persetubuhan di luar tabie pada tarikh dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, Shariefuddin dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan manakala pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussain memohon supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan sebagai pengajaran kerana mangsa mengalami trauma akibat kejadian berkenaan. - Bernama


BILA MANUSIA DAH TAK GUNA AKAL YANG WARAS...BINATANG PUN TAK BUAT BEGINI....SYAITAN MEMANG BIJAK MENJAHANAMKAN MANUSIA.....

7 pasangan berciuman lebih 33 jam

PATTAYA: Ia adalah satu kucupan paling lama dalam sejarah manusia di dunia ini.
Tujuh pasangan berkucupan lebih daripada 33 jam bagi meraikan hari Valentine di bandar peranginan di wilayah selatan Thailand yang didakwa penganjur ciuman paling lama pernah direkodkan.

Menurut Rekod Dunia Guiness, rekod terdahulu - selama 32 jam 7 minit dan 14 saat - dilakukan pada 2009 oleh pasangan di Jerman. Seramai 14 pasangan Thai menyertai pertandingan itu yang bermula jam 6 pagi kelmarin. Pada tengah hari semalam, separuh daripada pasangan itu masih berkucupan di koridor sebuah pusat beli-belah di mana ada pelancong yang melopong dan tersenyum melihat mereka sambil yang lain mengambil gambar melalui telefon bimbit mereka.
“Kami tidak fikir kami akan menemui sesiapa yang akan memecahkan rekod,” kata Pengurus Muzium Louis Tussaud's Waxworks di Pattaya, Somporn Naksuetrong yang menganjurkan pertandingan itu. Namun, tujuh pasangan berjaya melakukannya dan ia sangat mengagumkan,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment