Sunday, February 13, 2011

BILA PEMIMPIN...JADI KAYA RAYA..BILA JADI PEMIMPIN....BAGAIMANA PULA BOLEH KAYA RAYA SEDANG KELUARGA ASAL MISKIN...BUKAN KAYA RAYA...AGAK2 MACAMANA IA BOLEH KAYA....

NEGARA


Hanya umat Islam perlu elak sambut Hari Kekasih

KUALA LUMPUR - Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day esok hanya ditujukan kepada umat Islam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.
"Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.
"Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,'' jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.



NEGARA


ADUN Kerdau meninggal dunia




KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, Temerloh petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood berkata, pihak Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital itu pada pukul 6.30 petang.
Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.
Zaharuddin yang mewakil UMNO memenangi kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan menewaskan calon Pas, Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Kawasan tersebut mempunyai 8,451 pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.


NEGARA



King Aiman haruman ikut sunnah Nabi


AIMAN menunjukkan salah satu produk wangian King Aiman semasa promosi yang diadakan di Serdang semalam.


SERDANG - Bosan dengan minyak wangi anda sekarang? Apa kata mencuba minyak wangi kasturi yang dikenali King Aiman. Minyak wangi yang diimport khas dari India itu pasti memberi kelainan kepada anda.
Pengasasnya, Aiman Huzaifah Bakar berkata, empat jenis wangian King Aiman disediakan iaitu, Kasturi Kuning, Kasturi Hitan, Kasturi Putih dan Kasturi Syifa.
"Setiap botol dijual RM20 dan satu set yang mengandungi tiga botol minyak wangi pelbagai jenis dijual pada harga RM60," ujarnya ketika ditemui di tapak Pasar Tani Mega di sini semalam.
Tambah Aiman, antara keistimewaan penggunaan minyak wangi tersebut ialah boleh memberi ketenangan, menghilangkan tekanan, membuang angin dalam badan, mencergaskan minda dan salah satu sunnah Nabi Muhammad.
"Selain mudah dibawa kerana botolnya yang kecil, King Aiman juga boleh dibawa untuk solat dan wangiannya kekal sehingga lapan jam," jelasnya.
Menurutnya, pengguna yang membeli minyak wangi itu juga secara tidak langsung menderma kepada rumah-rumah anak yatim kerana setiap RM1 daripada satu botol yang dijual akan didermakan," katanya.
Bagi yang berminat untuk membeli atau menjadi ejen wangian King Aiman, mereka boleh menghubunginya di talian 017-9859938, Ayob di talian 018-2816454 atau layari laman web www.e-raudhah.com.




DUNIA


Hosni mungkin lari ke luar negara


BEBERAPA orang termasuk wanita membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah semalam.


KAHERAH - Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir, timbul spekulasi bahawa beliau akan melarikan diri ke luar negara, lapor beberapa buah akhbar dan laman web semalam.
Hosni, 82, kini dikatakan sedang bersembunyi di sebuah villa miliknya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir di Laut Merah selepas beliau meninggalkan Istana Presiden dengan menaiki helikopter kelmarin.
Menurut beberapa sumber diplomatik, antara lokasi yang mungkin menjadi pilihan Hosni dan keluarganya ialah Britain, Perancis, Arab Saudi atau Bahrain.
Isteri Hosni, Suzanne memegang pasport Britain manakala seorang anak lelakinya, Gamal memiliki sebuah rumah besar di Belgravia, London menjadikan Britain pilihan terbaik untuknya tinggal di luar Mesir.
Berbanding Arab Saudi, keluarga itu mungkin akan memilih negara Barat.
Perancis juga boleh menjadi lokasi pilihan buat Hosni. Bekas presiden itu mungkin memilih untuk tinggal di Paris kerana beliau pernah menghabiskan masa di sana sebelum pergi ke Heidelberg, Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya sebelum ini.
Sumber-sumber menyatakan Hosni juga mungkin memilih untuk tinggal di sebuah rumah di Bahrain.
Beliau dan pemerintah Bahrain, Sheikh Hamad Ibn Isal Al Khalifa merupakan rakan rapat.
Hosni dikatakan amat mempercayai Sheikh Hamad.
Arab Saudi merupakan antara destinasi yang mungkin menjadi tempat tinggal Hosni kerana bekas Presiden Tunisia yang meletakkan jawatan atas desakan rakyat, Zine El Abidine Ben Ali kini dikatakan tinggal di Jeddah, Arab Saudi pada 14 Januari lalu.
Sementara itu, punca Hosni meletakkan jawatan secara mengejut kelmarin disebabkan kata dua yang diberikan tentera kepadanya sama ada berundur atau berlaku satu rampasan kuasa, lapor akhbar Washington Post semalam.
Menurut akhbar itu, Hosni yang memerintah hampir 29 tahun enggan meletakkan jawatan pada Khamis lalu selepas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan AS bahawa terdapat petunjuk bahawa Hosni akan meletakkan jawatan.
Keengganan beliau meletakkan jawatan itu menimbulkan kemarahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan, AS yang namanya tidak didedahkan.
Para pegawai tentera memberi kata dua kepada Hosni supaya meletakkan jawatan beberapa jam sebelum pengumuman peletakan jawatan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam waktu tempatan kelmarin. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Hosni meninggalkan Istana Presiden di sini untuk menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah bersama beberapa anggota keluarganya.
Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini dikatakan tahu bahawa Hosni menerima arahan daripada AS supaya beliau meletakkan jawatan.
Sementara itu, warga Mesir semalam masih meraikan perletakan jawatan Hosni yang menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada tentera dengan menangis kegembiraan, melompat, menjerit, menari serta berpelukan antara satu sama lain.
Malah, ada juga yang berdiri tegak tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Kaherah juga meriah dengan letupan mercun, bunyi hon kereta dan tembakan yang dilepaskan ke udara.
"Rakyat telah menumbangkan rejim. Ini merupakan hari paling gembira dalam generasi saya," kata seorang penunjuk perasaan, Ali al-Tayab.
Di istana presiden, orang ramai menunjukkan tanda V yang membawa maksud kemenangan dan menjerit: "Bergembiralah rakyat Mesir. Hari ini ialah hari perayaan. Dia sudah meletakkan jawatan."
Sejumlah penunjuk perasaan juga dilihat membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah daripada sampah sarap dan bangkai kereta yang terbakar setelah ia menjadi tempat perhimpunan penunjuk perasaan sejak 25 Januari lalu.
Para penunjuk perasaan menuntut Hosni meletakkan jawatan kerana pemerintahannya yang menindas kebebasan bersuara selain tidak membawa kemakmuran ekonomi kepada ramai penduduk yang masih miskin di Mesir. - Agensi

No comments:

Post a Comment