Thursday, February 17, 2011

JIKA MAMPU DENGAN SORANG BEKERJA..BIARLAH ISTERI MENJAGA ANAK SEPENUH MASA...IBUBAPA MASIH BERPELUANG MENYEMBUH PENYAKIT INI..DENGAN BERMUNAJAT BERSUNGGUH2 PADA ALLAH...MOHON KESEMBUHAN..IKHTIARLAH..ALLAH TAK SIA2 DOA HAMBANYA...TIADA MUSTAHIL BAGI ALLAH...

Derita anak kecil

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Noriah Idris
am@hmetro.com.my

SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub.
SAKIT...darah beku daripada kepala bayi terbabit dikeluarkan menggunakan tiub. 
 
KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.
“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.

“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.
Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.

Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.

Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.

“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.

Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.

“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.

“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.

“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.

Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.

Dia yang membuat laporan polis berhubung kes terbabit bagaimanapun pelik apabila belum ada tindakan undang-undang diambil walaupun sudah berulang kali mendapatkan penjelasan.

“Saya mahukan keadilan terhadap nasib bayi saya. Penderitaan Sheena terlalu teruk dan saya tidak boleh memaafkan apa yang berlaku begitu sahaja. Saya yakin polis mampu merungkai apa yang berlaku dan membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.



Wali tidak perlu hadir

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

BUKTI...pegawai SPRM menunjukkan sijil nikah palsu  dikeluarkan sindiket perkahwinan.
BUKTI...pegawai SPRM menunjukkan sijil nikah palsu dikeluarkan sindiket perkahwinan.
PUTRAJAYA: Wali tidak perlu hadir ketika majlis pernikahan berlangsung, cuma perlu membuat pengesahan melalui telefon. Itulah keistimewaan pakej disediakan satu sindiket menyediakan khidmat perkahwinan untuk golongan yang mahu berpoligami dikesan bergiat aktif di seluruh negara sejak 2000.
Sindiket itu yang turut dilanggani artis dan golongan kenamaan (VIP) untuk berkahwin tanpa pengetahuan isteri, mengenakan bayaran antara RM1,600 hingga RM2,300 dan menyediakan sijil serta kad perakuan nikah hampir sama seperti dikeluarkan Jabatan Agama Islam negeri.

Paling mengejutkan, sindiket terbabit juga dikesan menyedia dan menjual sijil serta kad nikah terbabit kepada pasangan yang mahu memiliki dokumen itu tanpa perlu menghadiri majlis pernikahan. Sindiket yang dipercayai didalangi seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu menyediakan seorang jurunikah tidak bertauliah yang dipertanggungjawab menikahkan pelanggan mereka. Sumber berkata, lebih 500 pasangan dikenal pasti sudah menjadi mangsa sindiket berkenaan dan kebanyakan mereka mendakwa tidak menyedari ditipu kerana diberikan sijil dan kad nikah hampir sama seperti yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Menurutnya, kebanyakan mangsa tidak mengikuti prosedur ditetapkan untuk berpoligami iaitu tanpa kebenaran secara bertulis daripada mahkamah syariah seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).
“Kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka ditipu dan ia hanya terbongkar selepas mereka melakukan pemeriksaan terhadap sijil dan kad nikah dimiliki sebelum mendapati maklumat tidak sama seperti tertera di atas sijil serta kad nikah terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, khidmat sindiket terbabit cukup mudah kerana pasangan hanya perlu menyediakan dua keping salinan kad pengenalan serta saksi, sebelum diminta bertemu di satu tempat untuk menyerahkan dokumen itu.

“Mereka akan tetapkan tarikh untuk berjumpa sebelum dibawa ke lokasi untuk dinikahkan, terutama di hotel bajet atau rumah persendirian.

“Lebih mengejutkan, akad nikah dijalankan tanpa kehadiran wali dan pengesahan hanya perlu dibuat melalui telefon,” katanya.

Harian Metro pada 28 Januari lalu melaporkan segelintir VIP dikesan menggunakan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap dengan sijil nikah kononnya dikeluarkan Jawi. Pasangan menggunakan khidmat sindiket itu diyakinkan pernikahan diuruskan bukan saja sah dari segi Islam, malah turut diperakui Jawi dengan sijil perkahwinan dan kad nikah dikeluarkan sebaik proses ijab kabul selesai. Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lelaki berusia antara 50 hingga 64 tahun, Isnin lalu.

 JODOH NI KUASA ALLAH..JANGAN SEKALI KITA CAMPUR TANGAN BAB TAKDIR...NI KETENTUAN ALLAH...YANG PENTING SAH DARI SEGI SYARAK...CUMA LANGGAR UNDANG2 DUNIA HASIL KETETAPAN MANUSIA....PERMUDAHKAN POLIGAMI..JIKA TIDAK KESANNYA ZINA DAN SINDIKET INI AKTIF SERTA BANYAK ORANG KAHWIN DILUAR NEGARA....INGAT! KITA AKAN MATI....ALLAH AKAN TANYA...KITA KAWAL AGAMA ISLAM...ATAU AGAMA ISLAM ITU MENGAWAL KITA....JAWAPANNYA MENUNGGU DIAKHIRAT...

Digilis pembajak

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

TRAGEDI... Mohd Arif menunjukkan tempat Asmadi (gambar kecil)  digilis traktor di Kampung Wek, Machang.
TRAGEDI... Mohd Arif menunjukkan tempat Asmadi (gambar kecil) digilis traktor di Kampung Wek, Machang.
MACHANG: “Saya sepatutnya mengambil dia di kawasan membajak kira-kira 200 meter dari tempat berehat untuk keluar makan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan parah akibat tersepit pada traktor berkenaan,” kata Mohd Arif Aladin, 20, rakan Asmadi Mamat, 49, yang maut akibat terjatuh dari traktor sebelum digilis jentera pembajak itu ketika melakukan kerja meratakan baja tanaman tembikai di Kampung Wek dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga Penghulu Mukim Banggol Pak Awang, Kampung Joh, dekat sini, dikatakan cuba menguis guni baja yang kosong menggunakan kaki kanan ketika mengendalikan jentera itu.

Tindakannya menyebabkan dia terjatuh sebelum kaki kanannya terlekat pada tayar belakang, manakala dada dan kepalanya tercucuk bilah pembajak traktor berkenaan.

Menurut Mohd Arif, mangsa mula melakukan kerja meratakan baja di kawasan itu sejak Selasa lalu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaannya untuk mengambil mangsa di kawasan itu sebelum mereka makan tengah hari bersama berikutan tempat itu agak terpencil.

“Seperti biasa, saya pergi mengambilnya dengan menunggang motosikal. Apabila sampai, saya tidak melihatnya di atas traktor dan terkejut apabila ternampak kaki kanannya melekat pada tayar belakang dan keadaannya parah.

“Panik melihat keadaannya, saya bergegas ke tempat rakan di kawasan rehat untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Dia dan rakannya kemudian menghubungi bomba dan polis bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Machang (HM).

Seorang anak mangsa, Mazri Afandi, 22, berkata dia terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke HM.

Katanya, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi sering mengadu pening kepala sejak beberapa hari lalu.

“Ayah juga sempat berpesan supaya segera menyiapkan bangsal di depan rumah bagi persiapan kenduri kahwin kakak, (Azlina, 24,) bulan depan.

“Namun, tidak sangka itu pesanan terakhir selain tidak sempat melihat kakak yang juga anak sulung diraikan dalam majlis perkahwinan itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malik Bedot, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

No comments:

Post a Comment