Sunday, July 17, 2011

ALFATIHAH....PAKAILAH TUDUNG.....WAJIB TUTUP AURAT...BUKAN MASA BERLAKON...PATUH PENGARAH SERTA SKRIP TIDAK PADA ALLAH...INGAT! KITA AKAN MATI...SEBELUM MATI...IALAH TUA...ITU PUN JIKA SEMPAT TUA....PANDULAH DENGAN CERMAT SERTA JANGAN MEMANDU JIKA KITA MENGANTUK...

Dr Lo’Lo’ meninggal



Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang, malam tadi akibat barah dialami dua tahun lalu.
Lo’ Lo’ yang juga anak bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah dilahirkan di Kuala Kangsar, 2 Ogos 1957.

Beliau aktif dalam Dewan Muslimat Pas tetapi sejak 8 Mac 2008, menumpukan perhatian kepada parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir.

Solat jenazah Dr Lo' Lo' jam 10.30 pagi
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.
Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.
Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

‘Usah buat andaian’

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan.
ROZITA...dua kali masuk hospital dalam tempoh sebulan.
KUALA TERENGGANU: “Saya tak pernah terfikir sampai ke situ,” kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu.
Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.

Rozita berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dia baru saja pulang daripada penggambaran episod terakhir drama bersiri Anissa yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
“Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.

“Ketika hendak mendapatkan rawatan, kaki saya terlalu sakit dan tidak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung abang untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui pada Pertunjukan Peragaan Fesyen Garden Of Bliss oleh butik Klasique dan My Couture di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas pemeriksaan x-ray dilakukan, doktor mendapati ligamen kakinya terkoyak dan dia diberi rehat seminggu serta terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran.

“Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh,” katanya.

Rozita berkata, selepas kecederaan kakinya pulih, pada pertengahan Jun lalu dia sekali lagi terpaksa dirawat ke hospital. “Saya berasa sakit kepala dan sekali lagi mendapatkan rawatan di hospital sama. Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya menghidap demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari,” katanya. Ketika ditanya mengapa dia tidak mahu menerima pelawat sepanjang dirawat di hospital, Rozita berkata, dia hanya mengikut nasihat doktor yang mahukannya berehat sepenuhnya. “Bukan semua orang tak boleh melawat saya di hospital kerana ahli keluarga terdekat dibenarkan berbuat demikian. Hakikatnya, saya sakit biasa saja dan menerima rawatan seperti orang lain di hospital, selain mengikut nasihat doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja.
“Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja,” katanya.

Rozita yang menerajui butik My Couture bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom kini meluaskan empayar perniagaannya apabila membekalkan busana untuk wanita sopan rekaan mereka kepada butik Klasique di bandar raya ini.

Pelakon jelita itu turut menafikan andaian sesetengah pihak kononnya dia menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan untuk bersara daripada arena seni.

“Saya memang minat berniaga sejak dulu lagi, malah saya juga merancang membuka sebuah butik tahun depan. Pada masa sama, saya masih aktif berlakon,” katanya.

Rozita berkata, rezekinya dalam lakonan tidak putus-putus apabila baru saja selesai membintangi telefilem, Kiah Raya Solo di Perlis dan kini memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod, Biarlah Rahsia.

‘Kakak panggil anak, suami sebelum ajal’

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

REMUK...keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
REMUK...keadaan kereta mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu.
MAUT...seorang mangsa nahas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan.
MAUT...seorang mangsa nahas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan.
SERDANG: “Sayu hati saya ketika mendengar kakak memanggil nama suami dan anaknya sebelum suara itu senyap,” kata Nur Effindi Sungip, 17, menceritakan kejadian kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) susur keluar Serdang dari arah Sungai Besi menuju Seremban di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, tiga beranak terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila kereta yang dinaiki 10 bersaudara terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh ialah kakak Nur Effindi, Nur Nazirah Sungip, 20, suaminya yang memandu kereta, Zulkifle Zainul, 29, serta anak tunggal mereka, Muhammed Danish Adam Zulkifle, 2.
Tujuh yang cedera pula ialah Nur Effindi, dua kakaknya, Nur Jumaatul Shuhaida, 24; Nur Atiqah, 19, dua adiknya, Nur Khairuddin, 12, Nurul Ashura, 7, serta dua anak saudaranya, Nur Shahiratul Syafiqa, 4, dan Muhammad Amirul Aiman Muhammad Nuralif, berusia setahun.

Nur Effindi berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga baru pulang daripada menziarahi bapa saudaranya, Ahmad Razli, 40-an, yang sakit tenat di Hospital Pusrawi di ibu negara dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Sri Intan, Kajang.

Dia yang berada di tempat duduk sebelah pemandu berkata, sebelum kejadian dia tertidur seketika namun dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Selepas itu, katanya, Proton Wira yang mereka naiki berpusing beberapa kali sebelum semua penumpang dan pemandu kereta berkenaan tercampak keluar.

“Kami bergelimpangan di atas jalan dalam jarak satu meter dari kereta dan saya sempat melihat Muhammed Danish Adam berada di tepi kenderaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
“Walaupun cedera, saya gagahkan diri untuk bangun melihat mangsa lain termasuk abang ipar (Zulkifle yang bekerja sebagai penghantar akhbar) juga sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, semalam.

Nur Effindi berkata, dia cuba memberi bantuan kepada mangsa lain tetapi tidak berdaya sebelum orang ramai datang membantu dan menghantar mereka ke Hospital Serdang.

Menurutnya, jenazah kakak, abang ipar dan anak saudaranya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Jengka 4, Pahang, selepas selesai bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebatang tiang lampu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


No comments:

Post a Comment