Monday, July 18, 2011

YANG NIKAH SUSAH MENDAPAT ZURIAT...YANG BERZINA MUDAH PULA ADA ZURIAT...SYAITAN BERUSAHA MENGAGALKAN LAHIRNYA ANAK YG BERKETURUNAN...MENOLONG LAHIRNYA ANAK TIADA KETURUNAN@ANAK LUAR NIKAH....DAN MEMBISIK ULAMAK FASIK..PEMIMPIN2 JAHIL LAGI FASIK JANGAN LAKSANA HUKUM ISLAM...MEREKA MENCARI NAHAS DIAKHIRAT...MASA ITU AKAN PASTI TIBA...ORANG YG TAKWA SAJA YANG TAKUT KEPADA ALLAH....

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik. (Al-Anbiya'89)”

Dipukul tegur suami tidur bilik adik



KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.

Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.
Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.

“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.

“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.
“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bongkar rahsia suami durjana



AMPANG: Bapa setan. Itulah yang layak digelar kepada seorang lelaki berusia 42 tahun apabila sanggup merogol anak kandungnya berusia lapan tahun.
Difahamkan, lelaki durjana itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuknya sejak setahun lalu sebelum dia melarikan diri selepas perbuatannya diketahui isterinya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, ibu mangsa berusia 29 tahun turut dipukul di kepala oleh suaminya akibat bertanyakan mengenai perbuatan terkutuk dilakukan kepada anak perempuan mereka.
Wanita terbabit yang kesal dengan tindakan suaminya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini.

Menurut sumber, kejadian itu terbongkar apabila si isteri terjaga dari tidur dan mendengar tangisan anak perempuannya yang ditidurkan di ruang tamu rumah mereka di Kampung Pasir, di sini.

“Pada mulanya dia menyangka kanak-kanak itu menangis kerana mahukan susu. Dia yang keluar dari bilik melihat suaminya di sebelah anaknya sebelum ke dapur menyediakan susu.

“Sebaik selesai memberikan susu, wanita itu terkejut dan hairan melihat ada kesan seolah-olah minyak pada kemaluan anaknya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mengesyaki apa-apa sebelum dia melihat kesan sama di kemaluan anaknya beberapa hari kemudian.
“Suatu hari, si ibu yang tidak sedap hati bertanyakan kepada kanak-kanak itu berhubung perbuatan bapanya dan kanak-kanak terbabit menceritakan apa berlaku.

Terkejut mendengar pengakuan anaknya, wanita terbabit bertanya pula kepada suaminya menyebabkan lelaki itu naik berang.

“Suspek memukul kepala isterinya selain memaki hamun wanita itu disebabkan perbuatan keji dilakukan selama ini terbongkar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, suspek masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

65 bayi lahir melalui IVF



PETALING JAYA: Seramai 65 bayi dilahirkan menerusi proses rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) oleh pasangan suami isteri yang mendapat tajaan melalui Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (Taff) sejak yayasan itu diperkenalkan tujuh tahun lalu.
Pengasasnya, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkata, jumlah itu tidak mengambil kira beberapa lagi pasangan lain yang mengalami keguguran atau kematian selepas kelahiran.

“Biasanya setiap tahun, tajaan terhad kepada 50 pasangan saja, namun tahun ini seramai 130 pasangan sudah kami taja supaya kebaikan ini dapat dinikmati lebih ramai lagi pasangan yang menantikan kehadiran zuriat.
“Berita baik sudah diperoleh apabila enam daripada sebahagian pasangan yang sedang menjalani rawatan, disahkan sudah mengandung,” katanya pada sidang media di Majlis Pelancaran Logo Ulang Tahun ke-25, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL), semalam.

Tunku Azizah berkata, setakat ini, hampir 300 hingga 400 pasangan sudah ditaja pihaknya dan kebanyakannya menjalani rawatan di klinik dan hospital seluruh negara.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Tunku Azizah mewakili Taff, menerima sumbangan RM25,000 daripada UFL disampaikan Pengerusi Eksekutif UFL, Datuk Dr Yusof Yacob.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah; Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan dan Presiden Malaysian Lawn Bowls Association (Malba), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Pada masa sama, Tunku Azizah turut berpesan kepada pasangan suami isteri yang mempunyai masalah mendapatkan zuriat agar mendaftarkan di Taff supaya mereka dapat dibantu.

No comments:

Post a Comment