Tuesday, November 29, 2011

JANGAN LAKUKAN PERKARA2 SYIRIK..NI KESAN TAK MAHU BELAJAR BAB2 AKIDAH....SERTA PERKARA2 YANG MEMBATALKAN SYAHADAT...

Esakan di makam keramat

Oleh Sufian Thauri Muhammed dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.
KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.
KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.
Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.
Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.


Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

Culik tak sengaja

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Siti Hidayatidayu Razali dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

LEGA...ibu bapa kanak-kanak lima tahun lega selepas anak mereka ditemui semula.
LEGA...ibu bapa kanak-kanak lima tahun lega selepas anak mereka ditemui semula.
TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang   ditahan, semalam.
TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang ditahan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menempuh detik hitam hampir lima jam apabila ‘diculik’ secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang melarikan kenderaan mewah jenis BMW milik bapanya, semalam.
Dalam kejadian di Jalan KIP 1, Desajaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak malang terbabit ditinggalkan bapanya berusia 37 tahun dalam kenderaan di bahu jalan seketika kerana mahu membeli makanan di sebuah restoran di kawasan berhampiran.

Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba meluru masuk ke dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjinnya itu ketika bapa mangsa baru meninggalkan kenderaan itu.
Menyedari kenderaan dan anak lelakinya dilarikan, bapa mangsa bergegas membuat laporan di Balai Polis Kepong, sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Desajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, suspek yang melarikan kenderaan mewah itu dikatakan hanya menyedari ada seorang kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang selepas mangsa menangis ketakutan lima minit kemudian.

“Suspek bagaimanapun masih meneruskan niatnya melarikan kenderaan berkenaan tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu,” katanya.

Sumber berkata, sebaik laporan mengenai insiden itu diterima pihak berkuasa, usaha mengesan kanak-kanak terbabit giat dijalankan.

“Selain menghebahkan kejadian itu kepada semua unit peronda, beberapa sekatan jalan raya dilakukan bagi mengesan suspek di sekitar ibu negara,” katanya.
Usaha hampir lima jam itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan mangsa sedang di disembunyikan di sebuah hotel di Sri Damansara.

Sumber berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan empat individu termasuk seorang wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 34 tahun, kira-kira jam 2 petang. “Ketika ditahan, pihak berkuasa turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Latio dipercayai milik kumpulan terbabit,” katanya.

Katanya, sebaik ditahan, seorang daripada suspek mengaku hanya berniat melarikan kenderaan mewah milik bapa mangsa tanpa menyedari terdapat kanak-kanak dalam kereta berkenaan.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis berhampiran kawasan itu untuk soal siasat,” katanya yang turut memberitahu, pihak berkuasa sudah mengenal pasti lokasi kereta BMW milik mangsa disembunyikan.

Difahamkan, selepas merakamkan percakapan bapa mangsa, kanak-kanak malang itu kemudian diserahkan kembali kepada keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi, mengesahkan penahanan keempat-empat suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 379A kerana menculik daripada penjaga yang sah.


Rentung atas air

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

MUSNAH...tiga bot nelayan musnah dijilat api dalam kejadian di Jeti Angkasa Baru.
MUSNAH...tiga bot nelayan musnah dijilat api dalam kejadian di Jeti Angkasa Baru.
KUDAT: Angkara puntung rokok, dua wanita dan seorang lelaki rentung, manakala empat yang lain termasuk seorang wanita parah apabila tangki minyak dalam sebuah bot yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di sini, meletup, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berpunca daripada letupan tangki minyak sebuah bot nelayan sebelum api merebak ke sebuah lagi bot nelayan dan bot kecil yang berlabuh di jeti sama.
   
Dua daripada tiga mangsa yang maut itu ditemui rentung, manakala seorang lagi terbunuh dipercayai lemas ketika cuba menyelamat diri dan semua mereka lingkungan 20-an.

Mangsa yang parah dikenali Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50, dan seorang wanita, Mylen Masarap, 27.


Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan semua mangsa yang rentung sudah dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah ditahan di hospital sama untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment