Sunday, November 27, 2011

JANGAN KELUAR BERSAMA YANG BUKAN LAGI SUAMI ISTERI KITA..TIADA NAS MENGHARUSKAN KECUALI TERLALU DHARURAT....IA AKAN MENIMBULKAN FITNAH ...BILA MATI PELBAGAI CARA ALLAH TENTUKAN...BERTAQWALAH


Oleh KASDI ALI
kasdi@hmetro.com.my

RAGUT NYAWA... Keadaan kereta kancil yang remuk setelah bertembung dengan dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut dekat Lahat yang mengorbankan dua nyawa, di sini semalam.
atas permintaan saya delete ceritanya...perkara ni yang pada dasar dilarang Islam..bila dah terlalu banyak serta kerap berlaku..hingga tak terasa lagi perkara ini dilarang Allah...maka memang bijaklah syaitan menyesatkan kita...Sama2lah kita jawab dihadapan Allah nanti.

60 tahun dapat anak ke-8



REMBAU: Seorang lelaki warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk dia terus menambah zuriat bersama isteri.
Kamarudin Mohd Said, 61, berkata dia menimang anak kelapan ketika usianya mencecah 60 tahun.

Menurutnya, hasil perkongsian hidup bersama isteri keduanya, Siti Aisyah Ishak, 21, yang dikahwini Julai tahun lalu, dia dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Shuhada, kini berumur enam bulan.
“Tiada senaman istimewa atau ilmu tertentu diamalkan, sebaliknya yang penting adalah menjaga pemakanan.

“Saya mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran dan ulaman seperti pegaga, ulam raja, buah-buahan dan minum air akar kayu.

“Sebelum makan nasi, saya menjamah buah terlebih dulu kerana boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan dan penghadaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lalah, dekat sini.

Menurutnya, dia turut mengamalkan minum air masak dan suam dalam kuantiti banyak kerana boleh membantu mencuci dan meneutralkan buah pinggang serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Katanya, pengambilan makanan berkolesterol tinggi juga dikurangkan kerana tidak baik untuk kesihatan, terutama apabila usia mencecah 60 tahun.
Lebih menarik apabila Kamarudin tidak menghidap sebarang penyakit, malah dapat membaca dengan baik tanpa memakai cermin mata.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghidap sebarang penyakit, mungkin disebabkan faktor amalan pemakanan seharian selain kurniaan Allah. Kesihatan yang baik itu bermula daripada pengambilan makanan seimbang,” katanya.

Kamarudin turut mendedahkan dia kurang meminum air sejuk kerana menyifatkan minuman sebegitu boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta cepat letih.

“Bukan tak boleh minum air sejuk namun kurang elok untuk kesihatan sama ada muda atau sudah tua, kalau boleh elakkan.

“Saya juga tak berapa suka makanan terlalu pedas.



Amal pucuk kesum

MARANG: Pucuk daun kesum dan ubi menjadi rahsia seorang warga emas berusia 60 tahun di Kampung Tok Fakir, Merchang, di sini, yang beristeri empat untuk mengekalkan stamina dan susuk tubuh menarik sehingga tampak muda berbanding umur sebenar.
Mohamed Nor Awang atau lebih mesra dipanggil Pok Nor berkata, dia hanya mengamalkan pemakanan sihat, terutama pucuk kesum dan ubi, untuk mengekalkan stamina seperti orang muda selain ingin tampak menarik.

Malah, pokok kesum ditanam di setiap rumah isterinya yang tinggal berasingan bagi memudahkan dia menjamah ulam kegemarannya setiap kali makan nasi.
“Pok Nor tak pernah guna ubat-ubatan atau majun, sebaliknya mengamalkan petua orang lama iaitu makan pucuk kesum dan ubi. Sejak 50 tahun mengamalkannya, Pok Nor kekal sihat zahir batin.

“Pucuk kesum dan ubi dijadikan ulam-ulaman ketika makan nasi dan sehingga kini Pok Nor tidak menghidap penyakit berbahaya, malah masih kuat bekerja sebagai penjual kayu api dan buruh.

“Ramai juga pelik dengan kecergasan Pok Nor, namun itulah hakikatnya apabila kita menjaga kesihatan serta mengamalkan petua yang betul.

“Pernah juga rakan mencadangkan Pok Nor mengambil majun untuk kekal sihat, namun ia tidak perlu kerana Allah mengurniakan kesihatan zahir batin kepada Pok Nor,” katanya.

Empat isterinya ialah Wan Rukiah Mat Yusoff, 55, Khalthum Dollah, 42, Noraini Daud, 43, dan Suzi Sulong, 37.
Usia Suzi sebaya dengan anak sulungnya, Shamsudin Mohamed Nor.

Isteri pertamanya, Wan Rukiah dikahwini pada 1973 dan dikurniakan sembilan anak berusia 16 hingga 37 tahun, manakala Khalthum dinikahinya pada 1987 dan dikurniakan empat anak berusia 15 hingga 22 tahun.

Dia berkahwin dengan Noraini pada 1988 dan dikurniakan lima anak berusia tujuh hingga 21 tahun, manakala isteri keempat, Suzi pada 10 Julai 2008.

Bersama Suzi, mereka belum dikurniakan cahaya mata selepas isterinya mengalami keguguran tahun lalu.

Bagaimanapun, perkahwinan dengan Suzi berdepan masalah apabila permohonannya di Mahkamah Tinggi Syariah untuk berkahwin lagi ditangguh pihak mahkamah sehingga mendorong ketiga-tiga isterinya turut membuat rayuan supaya membenarkan serta menyokong permohonan suami mereka.

Menurutnya, pernah seorang Datuk berstatus VIP yang ingin berpoligami berjumpanya untuk mencungkil rahsia dan petua mengekalkan keharmonian rumah tangga dan kekuatan batin.

“Tiada petua khusus selain mengamalkan makan pucuk kesum untuk kesihatan tubuh badan serta menerapkan amalan agama, termasuk bacaan surah Yasin setiap malam Jumaat secara beramai-ramai dengan keluarga untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

“Memang jarang yang gemar makan pucuk kesum, padahal ia rahsia semula jadi yang diamalkan orang lama. Pucuk ubi juga bagus tetapi tidak dapat menandingi pucuk kesum.

“Pantang paling besar dalam hidup Pok Nor ialah tidur siang secara berlebihan, terutama petang. Siang adalah masa untuk badan kita bekerja dan aktif, manakala berehat hanya pada sebelah malam,” katanya.

Pok Nor berkata, dia bahagia bersama empat isteri dan 18 anaknya.

“Paling meriah ketika menyambut hari raya apabila semua anak dan cucu berkumpul dan kami bersama-sama menyiapkan hidangan hari raya untuk meraikan tetamu.

“Saya bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan baik, boleh melihat cucu dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami empat isteri, bapa kepada 18 anak dan datuk kepada 12 cucu,” katanya.


Bimbang sakit jantung pada malam pertama



KUALA LUMPUR: Lelaki berusia yang berkahwin dengan wanita muda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kaunseling seksual daripada pakar.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Profesor Madya Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, ini penting kerana mereka perlu tahu tahap kesihatan, terutama jantung, tekanan darah dan paras gula dalam darah.

“Ada kalanya lelaki lanjut usia akan berdepan risiko jantung akibat terlalu gembira ketika bersama pasangan pada malam pertama.
“Sekurang-kurangnya ia turut membantu pasangan mendapat nasihat bagi memastikan kesejahteraan keluarga dan mengelak isteri tidak berpuas hati dengan layanan suami,” katanya.

Sambil tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang menyifatkan perkahwinan membabitkan warga emas dan wanita muda serta perancangan menambah cahaya mata sebagai langkah kurang bijak, beliau berkata, ia hanya pendapat individu semata-mata.

“Malah, tidak mustahil pasangan berkenaan memperoleh cahaya mata sekerap mungkin selagi si suami tidak mempunyai masalah kesihatan lain,” katanya.

Dr Shaiful Bahari berkata, proses pembentukan sperma dalam lelaki berlaku seumur hidup hingga terus mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan lebih muda untuk memperoleh zuriat.

“Bagi lelaki, berumur 70 atau 80 tahun, ia bukan penghalang kerana mereka masih bertenaga dan memiliki kesuburan, ditambah dengan pasangan yang jauh lebih muda,” katanya.


Rugi hampir RM1 juta

Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
metahad@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Seorang pengarah syarikat mendakwa kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dimasuki lima lelaki bertopeng bersenjatakan sabit, pemutar skru dan cangkul kecil dalam kejadian di Taman Jesselton, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi dan disedari mangsa selepas tersedar daripada tidur apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Mangsa kemudian bangun untuk membuka pintu sebelum perompak terbabit menyerbunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang juga wanita kemudian diarah mendiamkan diri sebelum tangannya diikat.
Menurutnya, selain pengarah itu, turut diikat kumpulan perompak terbabit adalah lima lagi anggota keluarga mangsa sebelum diarah menyerahkan duit dan barangan berharga.

“Takut dan kejadian lebih buruk berlaku, semua mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500, koleksi syiling lama, cincin berlian, pakaian, lima botol minyak wangi, pasport antarabangsa dan tiga unit telefon bimbit yang dianggarkan jumlah keseluruhan menjangkau RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan lelaki berkenaan mengambil masa sejam untuk melakukan rompakan sebelum melarikan diri jam 6 pagi.

Katanya, siasatan juga mendapati suspek masuk ke rumah melalui tingkap selepas menceroboh melalui pagar belakang.


Subkontraktor kena samun

GEORGETOWN: Seorang subkontraktor kerugian hampir RM20,000 apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang ketika masuk ke dalam kereta selepas membeli rokok di Lorong Prangin, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 38 tahun pergi ke sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim, berkata berdasarkan siasatan, tiga lelaki menaiki kereta jenis Honda Civic mengekorinya sebelum mengambil kesempatan ketika mangsa masuk ke kereta selepas membeli rokok.
“Dua suspek menghampiri mangsa lalu mengacukan parang ke arahnya sebelum memecahkan cermin kiri dan kanan keretanya.” Menurutnya, seorang daripada penjenayah juga memotong tali beg galas dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kunci kereta mangsa tetapi cuba dihalang hingga berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun, mangsa gagal menghalang tindakan itu, malah rantai leher dipakainya turut diragut sebelum mereka melarikan diri,” kata Ahmad Baktiar.


Maut ditimpa tanah liat

Oleh ZULIATY ZULKIFFLI
am@hmetro.com.my

BUKIT KAYU HITAM: “Saya cuba menarik tangan arwah tetapi gagal. Saya juga cuba mengorek tanah liat untuk menyelamatkannya tetapi sia-sia,” kata Supian Ariffin, 45, rakan kepada Abdul Hamid Ismail, 47, yang maut selepas ditimpa dinding tanah liat ketika mengorek lubang pembetungan di kuarters Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.45 pagi, Supian bersama Abdul Hamid melakukan kerja-kerja mengorek di situ menggunakan sebuah jengkaut.

Menceritakan detik cemas itu, Supian berkata, arwah yang mengendalikan jengkaut memberitahu, ada sesuatu tersangkut pada alat pengorek jengkaut dan meminta dia turun ke dalam lubang sedalam tiga meter itu.
“Apabila turun ke dalam lubang saya mendapati ada saluran paip di situ, menyebabkan Abdul Hamid menyuruh saya naik dan mengambil tukul besi daripada keretanya yang terletak 30 meter dari situ.

“Namun tidak sampai lima minit, saya nampak arwah turun daripada jengkaut dan masuk ke dalam lubang. Tiba-tiba tebing tanah di bahagian atas runtuh ke dalam lubang lalu menimpanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Teja, di sini, semalam.

Walaupun terselamat dalam kejadian itu, dia tidak menyangka ajal akan menjemput rakannya kerana ia berlaku tidak sampai beberapa minit selepas dia naik ke tebing.

“Mungkin kalau saya tak naik lagi ke tebing, saya yang mati dan saya tak sangka arwah turun untuk melihat apa berlaku, tetapi semua ini sudah ketentuan,” katanya.

Abdul Hamid dari Taman Seri Temin, di sini, yang baru bersara sebagai tentera di Kem Batalion 305, Rejimen Sempadan Bukit Kayu Hitam di sini, bekerja dengan sebuah syarikat pemaju perumahan sebagai pemandu jengkaut untuk menyara keluarga, termasuk lima anaknya yang masih belajar berusia enam hingga 20 tahun.
Isteri mangsa, Rosmah Abdullah, 50, berkata dia tidak menyangka gurauan suaminya untuk melangsaikan semua hutang padanya adalah petanda dia akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

“Arwah bertanya sama ada dia masih berhutang dengan saya, tetapi saya beritahu saya halalkan semuanya. Sejak dua minggu lalu, dia kerap berpesan pada saya supaya menjaga anak dengan baik jika dia sudah tiada dan dia perlu mencari duit lebih walaupun menerima pencen setiap bulan sebagai persediaan jika dia meninggal dunia kelak. Saya tak sangka dia seakan-akan tahu ajalnya sudah sampai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Rosmah berkata, mimpi anak perempuan kedua mereka, Nor Hidayah Abdul Hamid, 17, juga membawa petanda kerana dua hari lalu anaknya bermimpi dia meninggal dunia tetapi sebaliknya suaminya pergi dulu.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kayu Hitam, jam 10 malam kelmarin.

Dalam pada itu, anggota UPP, Konstabel Shaiful Nizam Syaid, 20, berkata dia yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak mangsa dalam keadaan lemah dan cuba menolong tetapi bimbang melihat keadaannya yang masih terperangkap dalam lubang.

Jenazah mangsa kemudian diangkat naik ke tebing dengan dibantu beberapa anggota UPP serta anggota Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, setengah jam kemudian sebelum dibawa ke Rumah Mayat Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,saya memuji baik usaha anda untuk menyedarkan mereka yang didalam kesesatan dengan menggunakan cerita sebenar... tetapi saya berharap anda dapat remove entri "JANGAN KELUAR BERSAMA BUKAN LAGI SUAMI ISTERI..BILA MAUT BEGINI TIMBUL FITNAH TUK KELUARGA...BILA MATI PELBAGI ALLAH TENTUKAN...BERTAQWALAH Sepasang kekasih maut" mereka berdua ialah sahabat baik saya dan mereka bukan apa yang difikirkan oleh orang lain.. dan saya pasti jika orang lain mengeluarkan post sebegitu mengenai rakan anda dan cerita tersebut tidak benar anda pasti hilang sabar... sdah ajal mereka tetapi diaibkan lagi dan menjadi buah mulut orang.. mereka baru sahaja menghabiskan kelas mereka di uitm dan ingin pulang mengambil ibu si perempuan untuk pergi ke kenduri.... mereka bukan keluar untuk membuat maksiat tetapi mempunyai tujuan yang baik demi masa depan mereka.. sekali lagi saya mengharapkan jasa baik encik untuk remove entri tersebut.... sekian~~

    ReplyDelete
  2. wsalam...saya keluarkan...banyak perkara ini berlaku...ia tetap dilarang tanpa pilihkasih hukum..kecuali dharurat@kesukaran...kaedah yang sempit jadi lapang...

    ReplyDelete