Sunday, November 27, 2011

TAK KISAHKE KESAN DARI ZINA..MACAM KITA BANGGA PULAK...ANAK TAK SALAH...BAGAIMANA IBUBAPA ZINANYA....ADAKAH MEREKA TAK DIHUKUM IKUT KEHENDAK ALLAH...WANITA ITU SAKIT KETIKA BERANAK..LELAKI RELAX AJE...TAK TERCEMAR NAMANYA...WAJAHNYA PUN TAK NAMPAK...SEKOLAH UNTUKNYA PUN TAK ADA...IA DAPAT SEDAP AJE.....HUKUM TERLEPAS....AKHIRAT SANGKUT...

Restoran Maju Junction meletup



PUSAT beli-belah Maju Junction di Jalan Sultan Ismail yang meletup dan terbakar malam kelmarin.



KUALA LUMPUR – Restoran Noodle Station di tingkat bawah pusat membeli-belah Maju Junction di sini meletup dan terbakar akibat kebocoran gas memasak di premis itu malam kelmarin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pukul 11.25 malam.
“Bomba yang memeriksa tempat kejadian mendapati berlaku letupan pada saluran gas di dapur restoran yang berada di tingkat bawah bangunan tersebut.
“Letupan itu menyebabkan berlaku kebakaran di bahagian stor restoran malah pintu kaca dan syiling premis itu turut pecah akibat letupan tersebut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Penghuni Sekolah Harapan lahir bayi



NORPIPAH Abdol (empat dari kiri) meraikan bayi yang baru dilahirkan di Hospital Melaka semalam.



MELAKA – Beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di sini melahirkan seramai 24 bayi ketika sambutan tahun baru Maal Hijrah 1433 semalam termasuk seorang daripadanya adalah bayi lelaki yang dilahirkan oleh penghuni Sekolah Harapan di sini.
Bayi seberat 2.3 kilogram itu dilahirkan oleh seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada pukul 10.09 malam menerusi kaedah vakum.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pihaknya bersyukur remaja itu selamat melahirkan anak walaupun mengalami kesukaran melahirkan bayinya.
“Saya amat berharap remaja ini dapat melihat kelahiran bayinya pada sambutan Maal Hijrah tahun ini sebagai satu anugerah yang amat bernilai dan dijadikan pegangan hidup untuk menjalani kehidupan lebih baik,” katanya.


Korban kemarahan adik



SUSPEK (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sebelum ditahan reman selama lima hari.



PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan dengan desakan si abang yang menuntut hutang, seorang adik yang dipercayai terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu dalam kejadian di Taman Dato Harun di sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang semasa dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah.
Difahamkan sebelum tercetus tragedi berdarah itu, kedua-dua beradik terbabit berperang mulut kerana isu hutang RM50.
Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, mendesak adiknya yang berusia 21 tahun supaya membayar semula hutang sebanyak RM50.
Tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa.
Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.


Koyak mulut babi untuk elak ditusuk taring


NORDI ditemani isterinya, Siti Rohani Saad ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani semalam.


ALOR SETAR – “Saya kuatkan diri koyak mulut babi hutan setiap kali ia mahu sondol saya kerana takut taringnya tertusuk pada perut dan bahagian badan lain yang boleh menyebabkan saya hilang nyawa.”
Demikian cerita seorang tukang kebun, Nordi Said, 51, mengenai saat-saat cemas selama 10 minit dia terpaksa bergelut dengan seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini.
Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi kelmarin, Nordi cedera parah akibat disondol haiwan itu di seluruh badan termasuk di kepala, dada dan kedua-dua belah kakinya.
Bercerita lanjut, Nordi memberitahu, dia tidak menyangka tindakannya keluar dari rumah untuk melihat punca bunyi bising zink membawa padah apabila diserang seekor babi hutan seberat kira-kira 120 kilogram.




Wanita lumpuh mati dikelar anak



BEBERAPA anggota polis mengusung mayat seorang wanita warga emas yang dibunuh di sebuah rumah di Jalan BS 14/2A Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan semalam.



SERDANG – Seorang wanita warga emas yang uzur dan lumpuh dikelar sampai mati oleh anak sendiri sebelum pemuda itu kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya dalam kejadian menyayat hati di sebuah rumah teres tiga tingkat di Jalan BS 14/2A Taman Bukit Serdang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, semasa kejadian pada pukul 10.45 pagi, hanya warga emas berusia 74 tahun dan anak lelakinya yang berumur 35 tahun berada di rumah.
Bagaimanapun, menurut beliau, tanpa diketahui apa puncanya pemuda yang dipercayai mempunyai masalah mental itu bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher ibunya yang berada di ruang tamu rumah menggunakan sebilah pisau.
“Selepas melihat ibunya cedera, suspek kemudian dipercayai mengelar leher sendiri,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.


Wanita tanam mayat bayi ditahan

SEREMBAN – Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membuang dan menanam mayat bayinya sendiri di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, Tampin dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, wanita itu ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka oleh sepasukan anggota polis pada pukul 1 pagi kelmarin.
Difahamkan wanita berusia 25 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana kehilangan darah namun doktor yang merawatnya mendapati wanita itu baru melahirkan anak.


Tiga remaja dikhuatiri lemas

KOTA BHARU – Tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas dalam tiga kejadian berasingan di Machang, Rantau Panjang serta di sini kelmarin.
Kejadian pertama di Machang melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Mohamad Alif Razwan Azman, 15, yang hilang selepas dia terjun ke dalam Sungat Sat di sini kira-kira pukul 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Che Malek Bedot ketika dihubungi berkata, gerakan mencari telah dilakukan sehingga 3 kilometer dari tempat kejadian namun mangsa masih gagal ditemui.
Kejadian kedua melibatkan seorang lelaki dipercayai menghidap sawan yang terjatuh ketika mengayuh basikal di pesisiran pantai di Kuala Pak Amat, Kampung Pulau Panjang, Sabak dekat sini kelmarin.


Buaya berkeliaran selepas banjir



SEEKOR buaya yang ditangkap di wilayah Nonthaburi, utara Bangkok diletakkan dalam sebuah bot.



BANGKOK - Banjir besar yang semakin surut di Thailand membawa bersama ratusan ekor buaya dari kawasan paya bakau ke kawasan penempatan penduduk di sini.
Berpuluh-puluh ekor reptilia itu termasuk spesies ular berbisa dilihat berkeliaran di beberapa kawasan di ibu kota Thailand tersebut.
Kehadiran tetamu tidak diundang itu mendorong pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menangkap buaya yang terlepas.
Beberapa pasukan khas Jabatan Perikanan Thai menerima banyak laporan kehadiran reptilia buas itu seperti kejadian yang menimpa seorang penduduk di sini, Anchalee Wannawet.
Lelaki berkenaan melihat seekor buaya sepanjang satu meter dengan mulut terganga luas berada di tepi tandas di luar rumahnya baru-baru ini.
"Saya terus cabut lari," kata pemuda berusia 23 tahun itu.
Selain buaya liar banjir terburuk dalam tempoh separuh abad itu turut menyebabkan ratusan ekor buaya yang menghuni ladang-ladang buaya di pinggir bandar raya ini terlepas. - Agensi

No comments:

Post a Comment