Wednesday, January 11, 2012

AIR KURNIAAN ALLAH...KITA HANYA PROSES SAJA..JANGAN SOMBONG@BERLAGAK DENGAN MEMBUAT MUNGKAR..INGKAR PERINTAH ALLAH SERTA BERMEWAH2 SAKAN....GUNALAH IKUT SUKA DAN KUASA..AKHIRAT AKAN DIDAKWA BENAR ATAU ADIL..RAMAI YANG ADA HAK TAPI TAK DAPAT...INGAT KITA SEMUA PASTI MATI...DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR...KERJA@AMAL2 KITA AKAN DIHISAB@BICARAKAN...DAN KITA TAK BOLEH LARI...ADILI DENGAN TEPAT OLEH ALLAH....NERAKALAH TEMPATNYA BAGI YANG BERSALAH...BERSERTA YANG BERSUBAHAT DENGANNYA....

Myvi 'terbang' atas van



ORANG ramai melihat kereta Myvi yang terbabas ke atas sebuah van di Jalan Long Yunus, Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.
"Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.
"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Petanda krisis 2014 mula dirasai


ROZALI (kiri) meninjau persiapan lori tangki yang akan menghantar bekalan air ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Petanda awal krisis bekalan air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda apabila 2.2 juta penduduk di empat kawasan kini menghadapi gangguan bekalan akibat penggunaan melebihi pengeluaran sejak awal tahun ini.
Akibat daripada itu, dua buah loji utama yang membekalkan air di Lembah Klang iaitu Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini terpaksa beroperasi melebihi kapasiti sebenar untuk menampung bekalan ke daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.
Difahamkan, jumlah pengeluaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat meningkat kepada 468 juta liter sehari berbanding kapasiti sepatutnya hanya 386 juta liter sehari (JLH) manakala bagi LRA Sungai Semenyih meningkat kepada 682 JLH berbanding kapasiti reka bentuknya hanya 545 JLH.
Pada 5 Januari lalu, empat kawasan berkenaan mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual secara tiba-tiba dan mungkin akan berulang pada masa akan datang.
Kawasan berkenaan mendapat bekalan daripada dua loji utama iaitu LRA Sungai Langat dan LRA Sungai Semenyih yang masing-masing diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) dan sebuah anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS).
Punca utama gangguan bekalan air itu adalah disebabkan kadar pengeluaran air yang terhad di LRA Sungai Langat dan LRA Sungai Semenyih.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, keadaan seperti itu akan terus berlaku dari semasa ke semasa ekoran tahap pengeluaran air di dua loji berkenaan sudah tidak mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.
Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan Persekutuan dan Selangor supaya menyelesaikan segera masalah pelaksanaan projek pembinaan loji rawatan air dan pembinaan empangan bagi mengelak berlakunya krisis bekalan air menjelang 2014.


Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.
Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.
"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Gadis mati dikelar dalam bilik



Mayat Sivaranjini yang ditemui mati dibunuh dalam rumahnya di Taman Kempas, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Tidak diketahui motifnya, seorang gadis yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam rumahnya di Taman Kempas di sini semalam.
Mangsa, C. Sivaranjini, 18, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya oleh bapanya yang baru pulang dari kerja pada pukul 10 pagi.
Difahamkan semasa dibunuh, mangsa tinggal bersendirian di rumah kerana ibu dan bapanya keluar bekerja manakala dua adik lelaki Sivaranjini pula berada di sekolah.
Pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas di sini percaya dia dikelar menggunakan objek tajam.
Suspek dipercayai lebih daripada seorang itu memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang. Mereka kemudian membunuh mangsa sebelum kesemua suspek itu melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun di tiga lokasi di Kempas, Pasir Gudang dan Senai tidak lama selepas mangsa dibunuh.


Dua Geng Mamak ditembak mati



POLIS memeriksa salah satu mayat anggota Geng Mamak yang mati ditembak di Taman Melati, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Polis mengesyaki dua penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian samun dekat Wangsa Maju di sini kelmarin merupakan saki baki anggota Geng Mamak yang juga dipercayai pernah melarikan kutipan wang Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjumlah RM170,000 pada tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, semakan polis mendapati kedua-dua suspek itu menjadi buruan polis sejak setahun lalu selepas mereka dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes samun pelanggan bank di ibu negara dan Selangor.
Modus operandi dua penjenayah itu ialah menyamar sebagai pelanggan sesebuah bank sebelum ahli itu menyalurkan maklumat kepada anggota lain mengenai mangsa yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak di bank tersebut.
Suspek yang berada di luar bank itu kemudian akan mengekori pelanggan bank terbabit sebelum menyamun mangsa di kawasan sunyi.
Menurut Chin Wah, suspek berusia 45 tahun yang mati ditembak itu mempunyai 12 rekod jenayah manakala suspek kedua yang berusia 35 tahun mempunyai lima rekod jenayah bersabit kes samun.
"Selain menjadikan ibu negara sebagai lokasi melakukan jenayah, kedua-dua suspek juga turut terlibat dengan jenayah sama di Negeri Sembilan dan Melaka.
"Dalam tempoh setahun melakukan jenayah, kedua-dua suspek itu dipercayai berjaya menyamun mangsa-mangsa yang kesemuanya berjumlah lebih RM1.08 juta termasuk disyaki terlibat dalam rompakan wang PPUM," kata beliau semasa dihubungi di sini semalam.
Bagaimanapun, kata beliau, polis sedang menyiasat kaitan dua suspek yang ditembak mati itu dengan kes rompakan di PPUM sehingga menyebabkan seorang pengawal keselamatannya mati ditembak oleh perompak.
Semalam akhbar melaporkan, pemburuan polis terhadap sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki yang disyaki mencari mangsa untuk disamun tidak jauh dari pasar raya besar Carrefour, Wangsa Maju berakhir dengan dua daripada mereka mati ditembak di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini.


Duda ditinggal isteri mati dibunuh



ANGGOTA polis memeriksa mayat Pau Soon (gambar kecil) yang ditemui mati dibunuh di Taman Peringatan Melaka, Sungai Putat, Batu Berendam semalam.



MELAKA – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di kepala dan kelar di leher di pintu pagar masuk ke Taman Peringatan Melaka di Sungai Putat, Batu Berendam di sini semalam.
Mayat Siah Pau Soon, 35, ditemui pada pukul 8.30 pagi oleh seorang pekerja pejabat Taman Peringatan itu ketika dia mahu masuk ke tempat kerja melalui pintu pagar berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, polis yang memeriksa mayat tersebut menemui identiti mangsa bersama beberapa barang peribadinya termasuk sejumlah wang yang tidak diusik.
“Mangsa mati dibunuh dan polis menemui beberapa kesan tikaman pada leher dan kepala mangsa,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, motif pembunuhan belum diketahui tetapi polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya di campak ke Taman Peringatan itu.
Pemeriksaan polis di lokasi kejadian menemui seutas dawai berhampiran mayat mangsa.
Sementara itu, seorang pekerja di Taman Peringatan yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila menemui mayat lelaki dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan pintu pagar masuk ke taman itu.
“Saya yang melihat mayat itu terus masuk ke pejabat Taman Peringatan dan menghubungi polis,” kata lelaki itu ketika temui semalam.


Ibu mencuri demi anak-anak

MELAKA - Akibat mahu memenuhi permintaan anak, seorang ibu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri pakaian dan peralatan bayi bernilai RM1,451.10 di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Aisyah Abd. Wahid, 30, selepas ibu kepada dua orang anak berusia sebulan dan empat tahun itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri 30 barangan termasuk pakaian, peralatan bayi dan permainan kanak-kanak di Jaya Jusco Ayer Keroh di sini pada pukul 5.30 petang, 10 November 2011.
Antara 30 barangan yang dicuri ialah empat unit fail Disney Princess, permainan Transformers, enam jenis sarung tangan bayi pelbagai jenama seperti Puppy Wink dan Baby Anakku, empat pasang baju kanak-kanak jenama Miki Kids, enam pasang seluar pendek jenama Miki Kids House yang kesemuanya bernilai RM1,451.10.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang tinggal di Taman Seri Duyong di sini dan diwakili peguam pelatih dari Pusat Bantuan Guaman Melaka, memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kerana telah insaf.
Muhammad Hazri yang mendengar rayuan tersebut kemudian bertanya kepada tertuduh sama ada dia melakukan jenayah itu atas dasar kehendak atau keperluan.

Pakar nuklear Iran dibunuh

ANGGOTA-ANGGOTA pasukan keselamatan Iran memeriksa kereta milik saintis nuklear, Mostafa Ahmadi Roshan yang meletup di luar sebuah universiti di Teheran semalam.


TEHERAN - Sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti di sini semalam sekali gus mengorbankan seorang saintis nuklear dan mencederakan dua yang lain, kata beberapa agensi berita Iran.
Individu yang terbunuh dikenal pasti oleh beberapa media sebagai Mostafa Ahmadi Roshan, seorang saintis dan pensyarah di universiti berkenaan.
Ketika kejadian, dia berada di dalam kereta terbabit bersama dua lagi penumpang.
"Pada pagi ini seorang penunggang motosikal melekatkan sebutir bom pada kereta Peugeot 405 yang kemudian meletup," kata timbalan gabenor wilayah Teheran, Safar Ali Bratloo seperti yang dipetik agensi berita ILNA.
Menurut Bratloo, Mostafa terbunuh manakala dua penumpang lain yang cedera dihantar ke sebuah hospital.
Agensi berita Fars melaporkan, Mostafa sedang bekerja dalam satu projek untuk membuat membran polimerik untuk mengasingkan gas.
Mostafa merupakan pakar kimia dan pengarah kemudahan pengayaan uranium Natanz di tengah Iran.
Sebelum ini, tiga saintis Iran lain terbunuh pada 2010 dan 2011 apabila kereta-kereta mereka diletupkan dalam situasi serupa.
Sekurang-kurangnya, dua saintis berkenaan terbabit dalam aktiviti nuklear.
Serangan-serangan itu dianggap pihak berkuasa Iran sebagai operasi pembunuhan yang dilakukan oleh agensi perisikan Israel Mossad dengan dibantu Amerika Syarikat. - Agensi


Udang di dalam lubang gunung berapi




PARIS - Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.
Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.
Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.
Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment