Wednesday, January 11, 2012

BILA NYAWA DAH TAK BERHARGA LAGI...BEGITU MARUAH TAK DIPENDULIKAN LAGI...HUKUM ALLAH TAK BERNILAI LAGI..BILA KEMEWAHAN SERTA KESENANGAN MENJADI MATLAMAT...SEDANGKAN LUPA AKAN TARIKH MATINYA....

Pengkid hebat daripada suami

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

MAN...naluri sukar berubah
MAN...naluri sukar berubah
JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.
Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.
“Suami saya sudah mencecah 50 tahun dan layanan seksualnya terhadap saya biasa saja, tetapi kekasih pengkid saya lebih hebat,” katanya.

Lisa berkata, kekasih songsangnya yang dipanggil Man, 43, dikenalinya sejak enam tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan intim selepas pengkid itu lebih banyak memberi perhatian kepadanya berbanding suami yang dikahwininya selama 13 tahun.


“Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks.


Ajal dirempuh selepas ditembak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

Polis menyiasat kenderaan mangsa yang rosak selepas terkena tembakan
Polis menyiasat kenderaan mangsa yang rosak selepas terkena tembakan
Mangsa maut selepas ditembak dan dirempuh kenderaan
Mangsa maut selepas ditembak dan dirempuh kenderaan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas ditembak dan dilanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki sekumpulan lelaki di Taman Desa Air, Brickfields di sini, malam tadi.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa dipercayai berada di dalam sebuah kereta Honda Accord berdekatan sebuah restoran apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki beberapa lelaki menghampirinya.
Menurutnya, sejurus kemudian, kumpulan penjenayah itu melepaskan tembakan menyebabkan mangsa yang cedera keluar dari kereta dan cuba melarikan diri ke jalan utama.

Bagaimanapun, katanya, penjenayah terbabit mengejar mangsa dengan kenderaan mereka sebelum merempuh lelaki itu kira-kira 300 meter dari keretanya.


“Siasatan kami mendapati mangsa ditembak sebanyak lima das oleh penyerangnya dengan satu terkena bahu. Mangsa dipercayai keluar dari kenderaan menghala ke jalan utama untuk mendapatkan pertolongan.

“Mangsa dikatakan berlari untuk menyelamatkan diri tetapi dapat dikejar kenderaan suspek yang dipandu melawan arus sebelum melanggar lelaki itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, polis turut menjumpai dua kelongsong peluru di dalam kereta mangsa dan serangan itu dipercayai dilakukan lebih daripada dua individu.

“Kami sedang menyiasat motif serangan dan berusaha untuk mengenal pasti penyerang terbabit,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.


Bapa meraung!

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

USUNG...mayat mangsa dibawa ke HSA untuk dibedah siasat.
USUNG...mayat mangsa dibawa ke HSA untuk dibedah siasat.
SEDIH... Chandran termenung memikirkan tragedi menimpa anaknya.
SEDIH... Chandran termenung memikirkan tragedi menimpa anaknya.
JOHOR BAHRU: Seorang bapa yang baru pulang daripada bekerja hanya mampu meraung apabila melihat anak perempuan kesayangan terbaring tidak bernyawa berlumuran darah di bilik tidur akibat lehernya dikelar, semalam.
Mangsa, C Sivaranjini, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dipercayai dibunuh tiga lelaki yang menceroboh rumahnya di Jalan Dataran 4/5, Taman Kempas, di sini, antara jam 8 hingga 10 pagi.

Ketika kejadian, mangsa tinggal sendirian kerana ayahnya, P Chandran, 42, dan ibu M Rani, 40, keluar bekerja di Singapura manakala dua adiknya ke sekolah.
Difahamkan, suspek masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang dan melarikan diri dengan menunggang motosikal yang diletak di belakang rumah selepas mangsa dibunuh.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mayat mangsa dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan menggunakan objek tajam, ditemui ayahnya yang pulang ke rumah pada jam 10 pagi.

Menurutnya, susulan kejadian, polis melakukan risikan dan menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 50 tahun di tiga lokasi berasingan iaitu di Kempas, Pasir Gudang dan Senai. “Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat motif pembunuhan terbabit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk bedah siasat.

Mokhtar yang enggan mengulas lanjut bila dan bagaimana suspek ditahan, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, adik mangsa berusia 16 tahun yang enggan dikenali berkata, sejurus pulang dari sekolah selepas dijemput bapa saudara, dia terkejut mendapati ramai orang berkumpul manakala ibu dan bapa pula dalam keadaan trauma. “Saya hanya mampu menangis selepas diberitahu kakak kesayangan dibunuh. Saya harap pembunuh kakak segera ditahan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Rakan karib mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 18, berkata, mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kempas.

“Tiga hari lalu, Sivaranjini menghubungi saya dan kami berbual agak lama. Dia memaklumkan mahu mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama saya.

“Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian dan saya amat terkejut apabila menerima berita kematiannya,” katanya.

Menurut Faizal, dia rapat dengan Sivaranjini sejak dua tahun lalu dan remaja berkenaan tidak mempunyai musuh malah disenangi ramai pelajar.

“Tidak sangka perbualan kami tiga hari lalu itu perbualan terakhir saya dengannya. Saya kehilangan seorang rakan yang peramah dan baik hati,” katanya sambil memberitahu mangsa turut menjadi calon SPM harapan SMK Taman Kempas.

No comments:

Post a Comment