Saturday, January 14, 2012

YANG BUKAN SERAMBI MEKAH LAGI BANYAK..SIAP RUMAH URUT..RUMAH PELACURAN..JUDI...NIGHT CLUB DLL...DIMANA2 PUN DOSA SAMA JUGA...PENGUNJUNG BIASALAH AHLI MAKSIAT DAN TAK SUKA LAKSANAKAN HUDUD...TAK KAN TOK2 LEBAI...KECUALI DALAM DRAMA...PENGARAH YANG BUAT BEGITU

Pengantin baru dibunuh
Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2012/01/14

KUALA LIPIS: Seorang suri rumah yang baru enam bulan berumah tangga ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di tubuhnya di Bukit Betong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui terbaring dan berlumuran darah di dapur rumahnya oleh suaminya, Ahmad Khairu Ab Raman, 27.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya manakala Ahmad Khairu keluar menoreh getah.
Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, lelaki terbabit dikatakan memanggil isterinya namun tiada sahutan sebelum meninjau dalam rumah dan menemui mayat mangsa terbaring di dapur.

Katanya, terkejut melihat mayat mangsa yang berlumuran darah, lelaki terbabit menghubungi Balai Polis Padang Tengku, di sini, untuk memaklumkan kejadian berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

“Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan turut mendapati, leher mangsa bukan saja dikelar malah tubuhnya ditikam beberapa kali oleh penyerangnya dipercayai lebih daripada seorang dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.
Abdul Razak berkata, polis menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan kerana barang kemas mangsa tidak hilang dan polis sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Berdasarkan soal siasat dan keterangan suami mangsa, polis berjaya menahan empat lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan,” katanya.

Abdul Razak berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas proses bedah siasat di Hospital Kuala Lipis (HKL), pagi semalam,” katanya


Bahana suntikan uri kambing kerana mahu cantik



MANDY menunjukkan kesan bengkak dan nanah akibat suntikan uri kambing biri-biri pada punggungnya di Pejabat Biro Pengaduan Awam (MCA), Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.
Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat suntikan itu pada 5 Ogos 2011.
Mengimbas sebelum kejadian, Mandy berkata, dia yang mahu kulit halus mula terpengaruh untuk melakukan rawatan mencantikkan kulit dengan pakej suntikan uri kambing biri-biri ketika mengunjungi pameran di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Produk uri kambing biri-biri itu didakwa dari New Zealand.
Selepas mengunjungi pusat kosmetik itu, Mandy yang berunding dengan seorang pakar kecantikan di situ ditawarkan supaya melakukan suntikan uri kambing biri-biri bagi mendapat kulit yang mulus.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing biri-biri.

29 pelatih Puspen merusuh dijel



SEBAHAGIAN daripada 29 pelatih Puspen yang dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana merusuh di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam.



BUTTERWORTH - Seramai 29 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kampung Selamat di sini yang terlibat dalam kejadian merusuh dan membakar pusat itu pada Jun 2009, dijatuhi hukuman penjara di antara lima hingga 10 tahun dan denda RM50,000 hingga RM100,000.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mohd. Zairan Aman di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas beliau meneliti fakta-fakta kes oleh pihak pendakwaan dan mendengar pembelaan daripada kesemua tertuduh.
Mereka yang dituduh ialah Mohd. Zulkapli Hassan, 32; Mohd. Imanudin Shamsu Rahman Khan, 25; Mohd. Hasrul Hassan, 30; Salleh Faizal, 47; Noor Azrin Azman, 34; Mohd. Irman Mahad, 29; Mohd. Nizam Abu Bakar, 32, Mohd. Nor Hasmi Taib, 36, dan Mohd. Sarihan Abd. Samad, 31.
Turut dituduh Abd. Rahman Abd. Hamid, 29; Mohamad Azizi Abd. Rahman, 30, Sharian Yahya, 34; Mohd. Shariff Sulaiman, 39; Mohd. Noor Faizal Abdullah, 31; I. Subramaniam, 30, dan Fahmyzy Zainudin, 38.
Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM50,000 selain tambahan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Selain itu, J. Murugesan, 31; Zuhaimi Sudin, 41; Khairul Anuar Mahmud, 29; dan Shadzwan Sadzali, 23; yang turut dituduh terlibat dalam kejadian rusuhan itu dihukum penjara enam tahun dan denda RM50,000.
V. Sivasangar, 40; Baharudin Chandili, 37; Selbin Jamil, 33; S. Kumeradevan, 35; Mohd. Fareed Alias, 41; Dennis Antonius @ Mohd. Yunus Abdullah, 32; Mohd. Yusof Ibrahim, 40, dan Megat Jamaludin, 52, pula dihukum penjara lapan tahun dan denda RM50,000.
Seorang lagi tertuduh, G. Ganesh, 42, diarahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun dan denda RM100,000

Dua maut, bot pancung, bot APMM bertembung



INI bot pancung yang dinaiki 59 warga Indonesia yang berlanggar dengan sebuah bot APMM di Perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi kelmarin.



JOHOR BAHRU - Dua lelaki pendatang tanpa izin warga Indonesia maut manakala 11 parah apabila bot pancung yang dinaiki berlanggar dengan bot Maritim Malaysia (APMM) di Perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi kelmarin.
Semasa kejadian pukul 11.55 malam, bot pancung sepanjang 12 meter dengan 600 kuasa kuda itu membawa 59 orang termasuk tiga kanak-kanak, 12 perempuan dan bakinya lelaki. Kesemua mangsa berusia lima bulan hingga 49 tahun.
Dua mangsa yang maut masing-masing berusia 27 dan 28 tahun. Mereka terbunuh akibat cedera parah di kepala selepas dipercayai terhantuk pada badan bot Petir 11 milik APMM.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Maritim Adon Shalan berkata, sebelum kejadian bot APMM dalam kawasan Perairan Tanjung Pengelih sedang mencari sebuah kapal yang didakwa terbakar.
"Ketika mencari kapal terbakar, bot APMM dari Jeti Marina, Kota Tinggi tiba-tiba bertembung dengan sebuah bot pancung yang bergerak dalam kelajuan tinggi," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Selepas perlanggaran itu, menurut beliau, bot pancung yang membawa penumpang itu cuba memecut laju namun berhenti selepas anggota APMM melepaskan satu das tembakan amaran di udara.

Kapal KD Mutiara terbakar


Anggota bomba bekerja keras memadam kabakar kapal KD Mutiara di Pasir Gudang, Johor semalam.



JOHOR BAHRU – Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di limbungan Malaysian Marine and Haevy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd., Pasir Gudang dekat sini petang kelmarin mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.
KD Mutiara yang merupakan kapal pengukur kedalaman laut sedang menjalani kerja-kerja baik pulih di MMHE apabila kebakaran itu berlaku pada pukul 7.30 petang.
Kebakaran yang berlaku ke atas kapal empat tingkat sepanjang lebih 70 meter dan sedang dibaik pulih itu, telah menyebabkan bahagian hadapan kapal rosak teruk.
Kerja-kerja baik pulih kapal tersebut dijangka siap Mei depan.
“Jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan namun tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE,’’ kata MHE dalam satu kenyataan di sini semalam.

Karaoke haram di Serambi Mekah



ANTARA pengunjung yang ditahan dalam serbuan sebuah karaoke haram di Bachok kelmarin.



BACHOK - Tidak kenal erti serik.Biarpun pernah diserbu sebelum ini, sebuah pusat karaoke haram yang berselindung di sebalik nama sebuah resort di Kampung Kubang Golok, di sini masih meneruskan operasinya.
Terbaru, sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dibantu anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok membuat serbuan ke atas pusat karaoke terbabit malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, pada serbuan kira-kira pukul 2 pagi itu, pihaknya menahan seramai 29 pengunjung pusat karaoke itu termasuk dua pekerjanya.
Katanya, pihaknya melakukan serbuan di lokasi sama lebih setahun lalu dan difahamkan selepas serbuan pertama, pusat karaoke tersebut menghentikan sementara operasinya.
Bagaimanapun, jelasnya, baru-baru ini pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengatakan pusat karaoke itu beroperasi semula, tetapi selepas pemiliknya mengetahui mengenai aduan tersebut, dia bertindak menutupnya.
"Risikan yang dibuat polis beberapa hari lalu mengesahkan ia beroperasi semula, sebab itulah kita melakukan serbuan ini," ujarnya.

Iran tuduh Mossad, CIA


SEJUMLAH orang membawa keranda dan poster Mostafa Ahamadi Roshan semasa perarakan jenazah saintis Iran itu di Teheran semalam.



TEHERAN - Iran semalam menuduh Israel dan Amerika Syarikat (AS) membunuh seorang saintis nuklearnya dalam komplot untuk menghalang program nuklear negara berkenaan.
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan pembunuhan saintis terbabit, Mostafa Ahmadi Roshan sebagai keji dan perbuatan pengecut.
Menurutnya, ia dilakukan dengan perancangan dan bantuan daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan perkhidmatan risikan Israel, Mossad.
Mostafa yang juga timbalan pengarah loji pengayaan uranium utama Iran, dibunuh pada Rabu lepas apabila dua lelaki menaiki motosikal melekatkan bom magnet pada kereta yang dinaikinya semasa kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sini.
Jenayah saintis berkenaan dikebumikan selepas solat Jumaat di sini.
Beberapa media mendesak supaya satu tindak balas dilakukan ke atas beberapa pegawai Israel.
Pemerintah Iran menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pembunuhan tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment