Wednesday, January 11, 2012

ZAMAN PENUH DENGAN PENIPUAN..PEMBOHONG...AUTA...DAN KAKI KELENTONG

Mendulang 'emas tipu'


ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.
"Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara.
"Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kekasih didakwa bunuh Rozana


MUHAMMAD ZAL dan Muhammad Faizul (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang semalam atas tuduhan membunuh Rozana.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikatakan kekasih kepada Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 20 kesan tikaman di rumah sewanya pada Disember lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini semalam atas tuduhan membunuh mangsa.
Turut didakwa bersama Muhammad Faizul Mohd. Ali, 27, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ialah rakannya, seorang penganggur, Muhammad Zal Haziq, 23. Muhammad Zal mempunyai tatu pada kedua-dua belah lengannya.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang memberitahu mereka memahami pertuduhan tersebut.
Faizul dan Zal didakwa mempunyai niat bersama membunuh Rozana, seorang kerani bank, di rumah No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong dekat sini antara pukul 12 tengah malam dan pukul 1.15 pagi, 21 Disember 2011.
Kedua-dua tertuduh berhadapan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah memohon tempoh bagi mendapatkan laporan bedah siasat, laporan forensik dan juga surat izin untuk mendakwa.
Majistret Mohd. Isa Md. Noor menetapkan pada 28 Februari depan untuk sebutan semula kes itu.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan tidak dibenarkan ikat jamin.
Kelibat ahli keluarga mangsa dan kedua-dua tertuduh tidak kelihatan di mahkamah.

Lesen kenderaan automatik Mei ini

WALAUPUN opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja.


IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.
Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.
"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Aduan jenayah siber naik 88 peratus




PUTRAJAYA - Kes jenayah siber semakin mengancam masyarakat apabila pihak berkuasa merekodkan 15,218 aduan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan 88 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kes yang paling mendapat perhatian ialah penipuan di Internet dengan melibatkan 5,328 aduan diikuti dengan spam (3,751) dan pencerobohan (3,699).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kesemua aduan tersebut disalurkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan sepenuhnya oleh CyberSecurity Malaysia.
"Trend ini membimbangkan kerana kalau dibandingkan dengan tahun 2010, jumlah aduan itu telah meningkat lebih 88 peratus," katanya pada Majlis Pelancaran Penyelesaian Sekuriti Internet Perisai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi CyberSecurity Malaysia, Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed


Lelaki ditemui mati dikelar selepas dua hari tak pulang


ANGGOTA polis memeriksa mayat Karthik yang ditemui dalam kereta di Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya, Rawang semalam.


RAWANG - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelaran di leher dan pergelangan tangan kiri dalam sebuah kereta yang diletakkan di depan sebuah kuil di Kampung Koskan, Jalan Sungai Buaya dekat sini semalam.
Mayat S. Karthik (gambar), 26, yang bekerja di sebuah kilang kereta dekat sini ditemui pada pukul 11 pagi oleh orang awam yang pergi ke kuil itu untuk upacara sembahyang.
Jurucakap polis berkata, semasa ditemui, mangsa yang dalam keadaan bersandar dan berlumuran darah serta tidak memakai baju berada di tempat duduk depan kereta jenis Proton Wira miliknya.
Semasa ditemui mangsa dipercayai telah mati dalam tempoh 24 jam lalu.
"Pemeriksaan menemui kesan kelar di pergelangan tangan kiri dan leher mangsa. Polis juga menemui sebilah pisau lipat warna merah di sebelah mayat mangsa.
"Turut ditemui sebotol arak yang telah kosong di dalam kereta tersebut," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kerabat diraja Johor palsu dijel


ASMADI yang dijatuhi hukuman penjara kerana menyamar dan menipu di Mahkamah Majistret Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan iaitu menyamar sebagai kerabat diraja Johor untuk menipu mangsa bagi mendapatkan tanah kurniaan dan anugerah gelaran Datuk daripada Sultan Johor.
Asmadi Nordin, 49, dari Kampung Pasir, Johor Bahru yang bekerja sebagai ejen kutipan dana bagi Kejohanan Badminton Piala Sultan-Sultan didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 7 Oktober hingga 11 November pada tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaku sebagai kerabat diraja Johor menipu mangsa seorang lelaki sehingga mangsa itu membuat bayaran sebanyak RM8,000 bagi mendapatkan darjah kebesaran serta tanah kurniaan daripada Sultan Johor yang akan memberi sumbangan dan hadiah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Syarikat Myna Printing Sdn. Bhd., Taman Bintang di sini antara 7 Oktober hingga 7 November tahun lepas.
Bagi pertuduhan kedua, Asmadi didakwa memperdaya mangsa dengan mengaku sebagai kerabat diraja Johor sehingga mangsa menyerahkan wang RM30,000 bagi tujuan mendapatkan darjah kebesaran bergelar Datuk dari Sultan Johor.

Terbujur kaku kena tembak


ANGGOTA polis memeriksa mayat Seng Seong berhampiran Plaza Sentosa, Taman Sentosa Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Baru seminggu lalu, seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran di Skudai, semalam kejadian kejam berulang lagi apabila seorang lagi lelaki ditemui mati terbujur dengan kesan tembakan di bahu kiri di luar Plaza Sentosa di Taman Sentosa di sini.
Dalam kejadian terbaharu pada pukul 7.50 pagi itu, Koh Seng Seong, 26, dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki selepas dia bergaduh dengan suspek itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa semasa ditemui sudah tidak bernyawa akibat terkena satu das tembakan di bahu kiri.
"Polis masih menyiasat motif pembunuhan sebenar mangsa dan sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar Plaza Sentosa," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Beri peluang kedua pilih opsyen persaraan 60 tahun

SERDANG - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.
"Jadi bila pihak Cuepacs sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

No comments:

Post a Comment