Sunday, February 5, 2012

APA YANG DIKEPALA@DIKIRKAN..DAN DIHATI...MAKA AKAN KELUAR SEGALA TINDAK TANDUKNYA...JIKA SEK JADI FOKAS UTAMA...MAKA ITU SELALU YANG DIFIKIRKAN...KENAPA BUKAN UNDANG2 ALLAH DIPERJUANGKAN...KERANA INI DIABAI SEKIAN LAMA....NI ADALAH KESAN DIJAJAH...BEGITU LAMA....SERTA PENDIDIKAN SEKULAR

Inspektor tak cam mayat anak saudara


ANGGOTA polis memeriksa mayat Divendran yang ditemui mati di bawah jejambat di Bulatan Batu Caves, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Kelmarin mungkin akan menjadi hari yang sukar dilupakan bagi seorang pegawai polis apabila mayat pemuda yang ditemui di dalam longkang di bawah jejambat Bulatan Batu Caves di sini merupakan mayat anak saudaranya.
V. Divendran, 25, yang merupakan seorang anggota polis berpangkat Konstabel dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan ditemui mati dalam longkang pada pukul 7.15 malam kelmarin. Dia disyaki dibunuh.
Mengimbas kejadian itu, pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dekat sini yang hanya mahu dikenali sebagai Jaya, 40-an, berkata, mayat anak saudaranya itu ditemui ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas di kuil Batu Caves menjelang sambutan Thaipusam pada Selasa ini.
Ketika itu, Jaya menunggang motosikal dan memakai baju preman dengan jaket keselamatan polis.
"Tiba di tempat kejadian, ada seorang lelaki memanggil sambil berlari ke arah saya dan memberitahu ada mayat lelaki dalam longkang berdekatan.

Trio pakar pecah rumah terbunuh



ZAHRUDDIN (tengah) menunjukkan pasport milik dua lelaki yang ditembak mati dan barang rampasan pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Selatan semalam.



GEORGE TOWN - Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam 56 kes pecah rumah dan samun di negeri ini mati selepas berbalas tembak dengan polis di Kilometer 160, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang lelaki tempatan berasal dari Seberang Jaya di sini dan dua warga Indonesia dalam perjalanan ke arah selatan menaiki kereta jenis Hyundai berwarna emas.
Kelibat ketiga-tiga suspek yang menjadi buruan itu dikesan sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di lebuh raya tersebut sebaik kereta itu melepasi Plaza Tol Juru.
Polis kemudian mengekori kereta terbabit sehingga sampai ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari plaza tol berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, pihaknya berjaya memintas kereta dinaiki suspek selepas melepasi kawasan R&R Sungai Bakap sebelum mengarahkan pemandunya supaya berhenti di tepi lebuh raya.
Menurut beliau, kejadian tembak-menembak berlaku selepas seorang suspek yang berada di tempat duduk belakang cuba melarikan diri ke arah semak berhampiran sambil melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis.
"Melihat tindakan suspek yang melarikan diri, dua lagi rakan suspek itu turut cuba melarikan diri.
"Seorang daripada suspek menembak ke arah polis tetapi kesemuanya kemudian mati terkena tembakan balas pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini semalam.

JAIM serbu majlis guna tema seks



SEORANG penguat kuasa JAIM (kanan) menurunkan kain rentang penganjur sambutan Maulidur Rasul di Krubong Perdana, Melaka semalam.



MELAKA – Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak menyerbu sambutan Maulidur Rasul yang dipercayai dianjurkan oleh sebuah kumpulan serpihan Al-Arqam kerana menggunakan tema yang tidak sesuai.
Sambutan yang diadakan di sebuah khemah berdekatan rumah kedai di Krubong Perdana, Krubong di sini menggunakan tema Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam dan ia tertera pada sebuah kain rentang yang digantung di pentas utama.
Penguat kuasa JAIM menyerbu majlis itu kira-kira pukul 1 petang selepas menerima aduan daripada orang ramai.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan, seramai 100 orang berada di khemah yang juga menempatkan sebuah kek setinggi tiga tingkat
“Apa yang dikesalkan, mereka berani menganjurkan majlis sendiri dengan menggunakan perkataan seks yang dikaitkan dengan Rasulullah dan ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam,” katanya di sini semalam.

3 maut lima motosikal bertembung



SEORANG anggota polis memeriksa salah sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kesang-Jasin, Melaka kelmarin.



JASIN – Tiga remaja maut apabila sebuah motosikal terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan empat buah motosikal lain di Jalan Kesang-Jasin di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, salah seorang mangsa, Muhammad Firdaus Ibrahim, 19, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Jasin menghala ke Kesang dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh empat buah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
“Rempuhan kuat itu mengakibatkan Muhammad Firdaus dan dua penunggang motosikal yang dirempuhnya iaitu Zafran Zainudin, 17, dan Muhammad Nazri Musa, 18, maut di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, dua lagi remaja iaitu Mohammed Izhar, 18, dan Haffiszudin Firdaus, 17, yang masing-masing menunggang motosikal selamat.
“Mereka hanya patah kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Jasin,” kata beliau.

Mydin cipta yee sang terpanjang



ORANG ramai melihat hidangan yee sang terpanjang di Malaysia di Pasar Raya Besar Mydin di Melaka malam kelmarin.



MELAKA – Pasar raya Mydin mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menghasilkan yee sang terpanjang di negara ini di sini malam kelmarin
Hidangan tradisi masyarakat Cina sepanjang 880 meter itu dihasilkan selama dua hari oleh enam orang chef tempatan yang dibantu oleh 60 kakitangan Mydin di hadapan Pasar Raya Besar Mydin Ayer Keroh di sini.
Majlis bertambah meriah apabila kira-kira 2,000 pengunjung pelbagai kaum membanjiri pasar raya itu untuk bersama-sama menggaul yee sang yang sinonim setiap kali tiba sambutan Tahun Baru Cina.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin dan Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi.
Menurut Ameer Ali, acara membuat yee sang terpanjang sempena Tahun Baru Cina itu membuktikan Mydin meraikan semua perayaan di negara ini sambil mendukung semangat 1Malaysia.
“Semua perayaan utama di negara ini perlu dikongsi dan disambut bersama-sama oleh setiap orang tanpa mengira kaum dan agama dalam usaha mengekalkan keharmonian negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini malam kelmarin.

Anak peniaga ayam bersanding di Pasar Awam Larkin



NURUL JANNAH (kiri) dan Erryzuan melangsungkan persandingan mereka di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Pelbagai cara dilakukan oleh pasangan pengantin baharu bagi mengabadikan hari bahagia mereka yang akan diingati hingga ke anak cucu.
Bagi Erryzuan Topah, 34, dan isterinya, Nurul Jannah Abdullah, 22, mereka membuat kelainan apabila memilih mengadakan majlis persandingan di Pasar Awam Larkin di sini semalam.
Menurut Nurul Jannah, lokasi majlis persandingan itu dicadangkan oleh bapanya, Abdullah Idris, 50, yang merupakan peniaga ayam di pasar berkenaan ketika majlis pertunangannya Disember tahun lepas.
“Pada mulanya memang kami terkejut tetapi melihat sendiri majlis persandingan yang cukup meriah hari ini (semalam), kami sangat terharu dan gembira.

Asingkan produk kulit babi

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Saripuddin Kasim berkata, ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.
"Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Enggan bayar RM2,000, takut ditipu lagi

JOHOR BAHRU - "Bukan saya tidak mahu bayar tetapi saya takut ditipu dan dipermainkan sekali lagi."Demikian pengakuan Wanchak Ibrahim, 43, mengenai kenyataan pengasuh anaknya yang meminta wang lebih RM2,000 sebagai tuntutan kos menjaga kanak-kanak itu, Muhammad Ashraf Abdullah yang kini berusia setahun 10 bulan.
Menurut Wanchak, dia kini terlalu sakit hati kerana pengasuh anaknya itu yang bukan sahaja enggan menyerahkan kembali Muhammad Ashraf kepadanya tetapi didakwa turut menabur fitnah memburukkan dirinya kepada jiran tetangga.
"Saya dah buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya takut jika saya mengikut kehendak dia, saya akan dipermainkan dan anak saya tetap tidak dipulangkan meskipun selepas bayaran dibuat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tong sampah kalis bom



SEBUAH tong sampah kalis bom ditempatkan di tepi sebatang jalan raya di London pada Khamis lalu.



LONDON - Tong sampah kalis bom baharu akan ditempatkan di jalan raya di London menjelang Sukan Olimpik 2012 di sini pada Julai depan.
Tong sampah baharu itu adalah idea dua bekas pelajar London School of Economics.
Sebanyak 100 tong sampah itu akan ditempatkan di daerah kewangan London. - Reuters

No comments:

Post a Comment