Tuesday, February 7, 2012

TANGKAL YANG SYIRIK..PEMBUNUHAN YANG SERING BERLAKU...KEMALANGAN YANG KIAN MENINGKAT...LEMAS SERING DIPAPARKAN...ADA KITA TAK MAHU MUHASABAH DIRI..LEBIH2 PIHAK PEMERINTAH

Sultan Kelantan ziarah keluarga mangsa lemas






BACHOK – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.
Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain.
Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.
“Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin

Tak sedap hati pertanda buruk



Keadaan salah satu mayat mangsa yang terkorban selepas motosikal dirempuh lori sampah.



KUALA LUMPUR – Naluri seorang abang yang tidak tenteram membawa kepada berita dua adiknya maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori sampah dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 1 petang, Rezzall Nurshahrie Nasaruddin, 22, dan Farouk Nur Shahrin, 18, mati di tempat kejadian.
Semasa tragedi, kedua-dua beradik itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Koperasi Polis di Gombak menuju ke kolam renang Kompleks Seri Siantan di Selayang.
Abang kedua-dua beradik itu, Lans Koperal Edinur Shah Hamzah Nasaruddin, 33, berkata, semasa kejadian Farouk menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan dibonceng Rezzall.
“Motosikal dinaiki mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah lori sampah yang hilang kawalan akibat masalah brek,” kata Edinur yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini.
Sebelum kejadian, Edinur berkata, dia yang dalam perjalanan ke tempat kerja membuat keputusan berpatah balik ke rumah selepas dilanda perasaan tidak tenteram secara tiba-tiba.
“Ketika itu saya sudah sampai di Jalan Kuching tetapi tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati.


Ajal diseret lori sampah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

 TRAGEDI...anggota polis trafik menguruskan jenazah dua beradik untuk dibawa ke Hospital Selayang. Gambar kecil, Danial, terkejut.
GOMBAK: ”Mereka adik beradik beria-ria nak pergi mandi kolam. Saya pelik dan tidak sampai hati menolak jadi saya dan kawan-kawan bersetuju mengikutnya,” kata rakan baik mangsa, Ahmad Danial Ahmad, 20, yang masih terkejut dengan kejadian menimpa mangsa. Danial yang menunggang motosikal berkonvoi bersama dua mangsa dan tujuh lagi rakan lain sempat mengelak daripada dilanggar sebuah lori sampah yang hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan brek. Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, sebuah lori sampah dari arah Batu Caves menghala ke Kepong dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori satu tan sebelum merempuh motosikal mangsa. Mangsa, Rezzall Nur Shairie Nasaruddin, 21, membonceng motosikal diseret hampir 30 meter sebelum lori sampah berkenaan berhenti sebaik merempuh sebuah bas manakala adiknya Farouk Nur Shahrin, 18, terpelanting ke kanan jalan. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Azimat lulus BI 
 KHURAFAT...Azman dan Rashid menunjukkan ‘daun sirih hikmat’.

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop, Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Shuhada Mansor am@hmetro.com.my ‘daun sirih hikmat’.

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. ‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’ Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris. “Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan. “Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui

No comments:

Post a Comment