Wednesday, February 8, 2012

KENAPA KITA SANGGUP ISTERI TAK PAKAI TUDUNG...PAKAI TUDUNG ITU WAJIB KECUALI DEPAN LELAKI MUHRAM

Operasi berterusan kikis imej khurafat Pulau Besar



DUA anggota penguat kuasa MBMB melakukan pemantauan di Pulau Besar, Melaka semalam.



MELAKA – Imej Pulau Besar di sini, yang sering dikaitkan dengan pelbagai amalan khurafat kini mulai pulih apabila pihak berkuasa agama negeri melakukan pemantauan yang kerap di pulau berkenaan sejak dua tahun lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil pemantauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa lain di pulau itu pada setiap minggu mendapati, kini tiada lagi sebarang aktiviti pemujaan diadakan.
Menurut beliau, sebelum ini, ribuan umat Islam dari seluruh negara termasuk dari India akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar yang bertentangan dengan ajaran agama.
“Namun, dalam lawatan kita hari ini (semalam) mendapati, tiada lagi sebarang aktiviti temasya besar sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
“Selain itu tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam yang dilakukan di sini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Lazimnya dua tempat yang menjadi kegilaan individu untuk melakukan pemujaan ialah di ‘batu belah’ yang terletak di antara dua bukit di pulau berkenaan dan Gua Yunus.

Tidak mengaku bakar muka isteri



WAN MUSTAFA dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan muka isterinya dengan mancis api di rumahnya Khamis lalu.
Tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.
Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rohana Abdullah, 40, di rumahnya Kampung Kedai Buloh di sini pada pukul 9.30 malam, 2 Februari lalu.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Wan Mustafa turut tidak mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan lain iaitu memiliki dua tiub straw warna biru cerah setiap satu berisi serbuk putih disyaki dadah heroin seberat 0.2 gram pada 8.15 malam 3 Februari lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan.
Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang dikenakan terhadapnya dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan kes.
Kosmo! Ahad lalu melaporkan seorang suami bukan sahaja tergamak memukul isterinya dengan kerusi bahkan mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur di Kedai Buluh, Badang di sini pada Khamis lalu.
Pada kejadian lebih kurang pukul 7 malam itu, lelaki berusia 40 tahun yang juga bekas banduan itu meminta wang daripada anak perempuannya yang berusia 19 tahun untuk membeli dadah.
Apabila anaknya enggan memberinya wang, suspek mengamuk dan merampas beg duit anaknya dan memukul isterinya.
Dilaporkan, selepas itu, suspek telah bertindak membakar wang kertas RM1 menggunakan pemetik api lalu mencucuh mata kiri isterinya.

Hilang nyawa lepas merompak



ANGGOTA polis memeriksa kawasan mayat perompak yang mati ditembak selepas melakukan rompakan 
ke atas rumah pemandu lori di Ijok semalam.



KUALA SELANGOR - Tindakan empat lelaki merompak sebuah keluarga di Jalan Parit Mahang, Kampung Parit Mahang, Ijok di sini semalam menerima balasan apabila tiga daripada mereka mati ditembak polis.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, ketiga-tiga perompak dipercayai warga Indonesia terbabit, mati ditembak selepas mereka melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.
Seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berdekatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, sebelum kejadian, empat penjenayah berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an baru menyamun sebuah rumah yang didiami tujuh beranak yang bekerja sebagai pemandu lori di Jalan Berkat di Kampung Parit Mahang.
Menurut beliau, empat suspek bertopeng itu telah memasuki rumah batu dan kayu setingkat itu sebelum mengikat tiga daripada tujuh penghuninya.
"Suspek-suspek itu menggeledah seluruh rumah itu dan mereka melarikan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai milik keluarga itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Adnan memberitahu, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke Kampung Parit Mahang sebelum terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira yang mencurigakan dinaiki empat lelaki.
Polis cuba menahan kereta tersebut namun, tidak dihiraukan menyebabkan polis mengejar kereta itu.
Selepas dikejar sejauh kira-kira tiga kilometer, kenderaan tersebut terbabas ke tepi Jalan Parit Mahang berdekatan Jambatan Sungai Buloh.
"Empat lelaki dalam kereta itu keluar dari kereta tersebut dengan dua daripada mereka terus melepaskan tembakan ke arah anggota polis.
"Polis terpaksa membalas tembakan ke arah penjenayah terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan tiga daripada penjenayah itu terkena tembakan dan mati di tempat kejadian.
"Namun seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berdekatan," kata beliau.
Adnan memberitahu, pemeriksaan pada mayat tiga lelaki terbabit tidak menemui kad pengenalan diri tetapi mereka dipercayai warga Indonesia.
Ketiga-tiga perompak itu mati ditembak hanya selepas kira-kira 10 minit mereka melakukan rompakan.
Pemeriksaan ke atas kereta Proton Wira pula menjumpai sebuah komputer riba, beberapa unit telefon bimbit, kad pengenalan dan sejumlah wang tunai dipercayai milik mangsa samun.
Kata Adnan, polis yang memeriksa mayat tiga penjenayah itu menemui dua pucuk pistol, sebilah parang dan sebilah sabit.
Kereta Proton Wira yang dinaiki kumpulan penjenayah itu merupakan kereta dilaporkan hilang di Kota Damansara dekat sini pada 17 Januari lalu.
"Dengan terbunuhnya penjenayah ini, polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dengan 13 kes samun bersenjata di negeri ini," ujarnya.

Jururawat dapat kembar empat



NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam.



MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.
Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan.
Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.
"Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor.
"Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam.
Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus.
"Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu," katanya.
Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.
Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Bumbung diterbang puting beliung



keadaan Pangsapuri Teratai di Bukit Subang, Subang Jaya yang rosak akibat dilanda puting beliung semalam.



SUBANG JAYA – Seorang wanita yang sarat mengandung sempat menyelamatkan anak bongsunya berusia dua tahun daripada dihempap bumbung rumah yang terbang akibat dilanda angin puting beliung di Pangsapuri Teratai Seksyen 16, Bukit Subang di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 4 petang itu, Roshidah Daud, (gambar kecil) 36, yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak keempatnya terus menarik tangan Muhammad Hadith Al Bani Mohd. Hanafiah yang ketika itu lena di dalam sebuah bilik di rumah di tingkat lima.
“Sebelum kejadian saya yang berehat terkejut mendengar bunyi hujan dan angin kencang bertiup sebelum diikuti air hujan mencurah-curah memasuki rumah saya.
“Dalam cemas, saya hanya memikirkan untuk menyelamatkan Hadith yang tidur dalam bilik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Semasa kejadian, dua lagi anak Roshidah yang masing-masing berumur lima dan sembilan tahun turut berada di rumah itu.
Cerita suri rumah itu, dia yang terus mendukung Hadith kemudian menarik dua lagi anaknya keluar dari rumah.
“Sebaik keluar, kedengaran bumbung jatuh menghempap katil tempat Hadith tidur sebelum itu,” katanya yang bersyukur kerana anak-anaknya selamat.
Kejadian menakutkan itu berlaku dalam tempoh 10 minit dengan kedengaran ramai penduduk di pangsapuri itu menjerit.
Akibat kejadian itu, hampir semua bumbung tingkat lima Blok 2, Pangsapuri Teratai tercabut dan berterbangan.
Ada antara bumbung yang terbang itu terjatuh dalam kawasan Pangsapuri Melur yang terletak kira-kira 100 meter dari Pangsapuri Teratai.
Namun nasib baik tiada mangsa yang cedera dihempap bumbung tersebut.
Kejadian puting beliung yang pertama kali melanda kawasan itu menyebabkan kira-kira 100 keluarga Pangsapuri Teratai terjejas kerana kehilangan bumbung rumah.
Seorang lagi penduduk di pangsapuri itu, Noorina Mohamad, 38, berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi bumbung rumah bergetar sebelum bumbung itu tercabut dan jatuh ke dalam rumahnya yang terletak di tingkat lima blok 2.
“Ketika itu saya yang memasak terus memanggil tiga anak saya membantu membawa ibu saya yang uzur keluar dari rumah,” katanya yang bersyukur kerana tiada ahli keluarganya yang cedera.
Dalam kejadian luar biasa itu, lebih 20 buah kereta di Pangsapuri Teratai turut rosak akibat dihempap bumbung-bumbung terbang. Malah banyak pokok yang tumbang.
Puting beliung itu turut menjejaskan beberapa blok di Pangsapuri Melur, Melati dan Cendana yang terletak di kawasan Bukit Subang. Bagaimanapun, tingkat lima Blok 2 Pangsapuri Teratai yang paling teruk terjejas akibat kejadian itu.
Penyelaras Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin berkata, kira-kira 23 unit rumah pangsapuri di kawasan Bukit Subang rosak akibat kehilangan bumbung selepas dilanda puting beliung.
“Seramai 100 mangsa yang rumah mereka terjejas ditempatkan di surau di Bukit Subang sementara bantuan lain akan menyusul,” katanya ketika ditemui di Bukit Subang di sini semalam.

 Anak ikut lelaki 60-an beristeri tiga 

ALOR SETAR: Akibat termakan kata-kata manis seorang lelaki yang layak digelar bapa, seorang gadis memberi alasan memperoleh pekerjaan sebelum meninggalkan rumah keluarganya di Jeniang, Sik, dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang. Nor Diyana Sikh Ramlee, 24, hanya meninggalkan nota ringkas ‘minta maaf kerana keluar rumah tak beritahu mak dan sudah dapat kerja’ sebelum menghilangkan diri tanpa menghubungi keluarga sejak 29 November lalu. Ibunya, Siti Bedah Hussain, 41, berkata dia tidak mengesyaki keganjilan kerana Nor Diyana memang biasa meninggalkan nota jika ingin keluar rumah, tetapi tidak menyangka anaknya itu mengikut lelaki berusia 60-an terbabit. “Saya agak hairan kerana sepanjang dua minggu selepas meninggalkan nota berkenaan, Nor Diyana langsung tidak menghubungi saya kerana biasanya berbuat demikian jika ingin ke mana-mana. “Saya hanya menyedari dia mengikut lelaki itu apabila isteri ketiga lelaki terbabit datang ke rumah dan menuduh anak saya melarikan suaminya. “Sejak itu saya sedar Nor Diyana mengikut lelaki berkenaan,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, baru-baru ini. Berikutan kehilangan anaknya, Siti Bedah membuat dua laporan di Balai Polis Gurun pada 26 Disember lalu dan di Balai Polis Daerah Kota Setar, 26 Januari lalu. Siti Bedah berkata, sebelum ini, anak sulungnya memang rapat dengan lelaki berkenaan dan dia pernah menyatakan kebimbangannya berhubung keakraban mereka, namun anaknya memintanya tidak bimbang kerana tahu menjaga diri. Menurutnya, selepas kehilangan anaknya itu, dia pernah ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam untuk memeriksa sama ada mereka ke sempadan, tetapi hanya menemui nama lelaki itu. “Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengedarkan gambar Nor Diyana di beberapa kawasan, namun tiada siapa boleh memberikan maklumat. “Justeru, saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Nor Diyana agar menghubungi 017-5849827,” katanya.

No comments:

Post a Comment