Saturday, February 11, 2012

MALAYSIA MENAJDI TUMPUAN PELACUR...NI SEBAB PELANGGAN DISINI BANYAK...PENCEGAHAN YANG DIBUAT TAK MENAKUTKAN PELACUR...DAN JUGA PUSAT PENGEDARAN DADAH...JADI BEGINI HARUS KITA FIKIRKAN...KENAPA...

Sanggup berhutang jadi pelacur

SEBAHAGIAN daripada 15 GRO dari China yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban pada
Disember lalu.


KUALA LUMPUR- Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat seks di Malaysia.
Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap setiap hari.
Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah sebanyak RM59.2 juta.
Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.
Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari pelanggan.
Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka sebelum memasuki semula Malaysia secara solo.
Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.

Pemain bola telan 75 kondom berisi syabu


SITI Baya bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM1.6 juta yang dirampas di KLIA semalam.


SEPANG – Seorang warga Nigeria dipercayai pemain sebuah kelab bola sepak di negara itu ditahan selepas cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM200,000 dalam 75 kondom ke negara ini pada 9 Februari lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang baru tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria ditangkap selepas dikesan menyembunyikan 75 bungkus dadah jenis syabu.
“Lelaki itu menyembunyikan bungkusan syabu seberat kira-kira 800 gram dengan menelannya. Taktik suspek bagaimanapun disedari selepas anggota JKDM membuat imbasan badan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Siti Baya berkata, dadah berkenaan dibungkus menggunakan kondom sebelum ditelan.
Setakat ini hanya 35 bungkusan kondom itu berjaya dikeluarkan.
Suspek ditahan di Hospital Serdang dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kepala Geng Botak curi kabel ditangkap


ANGGOTA polis membawa ketua Geng Botak (tengah) dan anak saudaranya bersama tiga lelaki yang mengedar dadah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk disoal siasat semalam.


HULU TERENGGANU - Ketua Geng Botak iaitu kumpulan yang aktif menjalankan kegiatan curi kabel dan motosikal di sekitar daerah ini dan Dungun sejak setahun lalu tumpas apabila dia berjaya ditangkap kelmarin.
Suspek berusia 36 tahun itu berjaya ditahan dalam operasi Ops Lejang dan Ops Pintu kelmarin dan semalam di tepi jalan Kampung Durian Kassim dekat sini pada pukul 6 petang.
Dia ditahan bersama seorang lelaki berusia 20-an yang dipercayai anak saudaranya.
Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintenden Mohd. Rosli Mohd. Amir memberitahu, penahanan ketua kumpulan itu adalah hasil daripada tangkapan dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun pada 2 Februari lalu yang merupakan ahli kumpulan itu.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi lelaki berusia 20-an yang dipercayai ahli kumpulan ini bagi melumpuhkan sepenuhnya kegiatan kumpulan ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Sementara itu, jelasnya, dalam operasi itu juga, polis menahan tiga individu kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Premis proses bawang goreng diserbu


GURBACHAN (kanan) bersama seorang anggotanya memeriksa minyak masak yang dirampas di sebuah kilang memproses bawang goreng di Jalan Hutan Petai, Machang Bubok, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah menyerbu sebuah premis dekat Jalan Hutan Petai, Machang Bubok di sini dan merampas 3,500 kilogram minyak masak yang disimpan tanpa kebenaran semalam.
Timbalan Ketuanya, Gurbachan Kaur Dara Singh berkata, berdasarkan maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu premis yang menjalankan perniagaan memproses bawang goreng itu pada pukul 9.45 pagi.
Katanya, ketika serbuan, terdapat tujuh pekerja asing sedang bertugas di premis yang beroperasi secara haram itu.
"Hasil pemeriksaan oleh lima penguat kuasa, kita menemui 205 tong minyak masak dengan setiap satunya mengandungi 17kg minyak.
"Siasatan juga mendapati kesemua minyak bernilai RM10,000 itu disimpan di premis berkenaan tanpa kebenaran," katanya.

No comments:

Post a Comment