Wednesday, July 25, 2012

HUKUMI DENGAN HUKUMAN ISLAM...MAKA SUDAH TENTU IA DIREJAM SEBAB DAH KAWIN...JIKA TIADA...MAKA PENZINA2 LAIN TAK TAKUT UNTUK BERZINA DAN MEROGOL

Guru wanita dipercayai dirogol rakan sekerja

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad
SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.




“Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.
“Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.
“Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.
“Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu,” katanya,
Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.
“Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.
“Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah,” katanya.
Sinar

PM: Bonus raya setengah bulan

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.




Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. – Bernama


Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share
Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.
Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.




Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.
Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?
Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.

Umat Islam tanpa segan silu beli juadah tengah hari

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Peniaga dan pembeli Muslim tanpa segan silu berniaga dan membeli makanan di bulan Ramadan.
BUKIT BERUNTUNG – “Nak apa abang… Makan ke bungkus?” Itu layanan awal si suami ketika wartawan Sinar Harian tiba di gerai peniaga nasi lauk di tepi persimpangan sebuah kawasan industri di sini jam 12.30 tengah hari.
Bagaimanapun, setelah memperkenalkan diri si suami dengan tenang memberitahu makanan dijual hanya untuk pekerja warga asing bukan Islam.




Tinjauan selama setengah jam mendapati sebaliknya apabila makanan dijual kepada semua pelanggannya yang datang tidak mengira Islam, puasa atau tidak.
“Kami hanya jual kepada pelanggan tetap yang bukan beragama Islam.
“Menu yang disediakan juga khusus untuk warga Myanmar seperti kari dan sedikit saja lauk pauk Melayu,” katanya yang sudah lebih dua tahun berniaga di kawasan itu.
Menurutnya, mereka perlu terus menyediakan makanan untuk pelanggan tetap kerana bayaran bulanan sudah dijelaskan.
Bagaimanapun, tinjauan jelas mendapati segelintir pembeli adalah daripada orang Islam.
Peniaga terbabit turut dilihat menasihati pelanggannya supaya tidak membeli makanan ketika wartawan Sinar Harian berada digerainya kerana bimbang gambar yang dirakam akan menjejaskan perniagaannya.
Seorang pemandu lori berasal daripada Kedah yang enggan dikenali berkata, makanan yang dibungkus adalah untuknya dan ketika dia mengambil makanan, peniaga pasangan suami isteri itu langsung tidak menegur atau menghalangnya.
“Saya bungkus untuk saya makanlah, siapa lagi. . .
“Tapi, saya makan dalam lori bukanlah di tempat terbuka, malulah,” katanya yang mengakui tidak menghidap sebarang penyakit menguzurkan.
Sementara itu, seorang pegawai penguat kuasa daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor ketika dihubungi berkata, jika peniaga terbabit didapati bersalah tindakan denda tidak kurang RM1,000 akan dikenakan terhadap peniaga terbabit.
Sinar

Kecoh ikan gergasi masuk kampung

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Nizam (kanan) bersama penduduk lain menaikkan bangkai ikan arapaima yang dijumpai di sungai itu.
BALING – Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.
Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdeka-tan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.




Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.
Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.
“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.
Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.
“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau.
“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.
Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan beriku-tan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.
Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.
Sinar

Bayi maut tercampak keluar kereta

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

Mayat Mohamad Aysisy ditutup selepas tercampak keluar ketika kedua-dua kenderaan bertembung.
KUANTAN- Seorang bayi berusia setahun maut tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya setelah kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 37, Jalan Temerloh- Mayam dekat Bera, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa Mohamad Aysisy Shfyi’ Mohd Rizail, 1, yang sebelum itu berada di pangkuan ibunya di tempat duduk penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kemalangan itu, ibu mangsa, Salma Mohd Sadali, 21 cedera parah apabila patah bahu dan terkoyak kulit muka.
Menurutnya, pemandu kereta Mohd Rizail Abd Kadir, 32 yang bertugas sebagai anggota tentera di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Kuala Lumpur dan seorang lagi anaknya, Qaseh Nur Syifa’, 2, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pemandu lori, Mohamad Mazani Yusof, 27, dari Felda Bukit Goh dekat sini turut terselamat dan juga hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Beliau berkata, empat sekeluarga dari Felda Sebertak itu dipercayai dalam perjalanan ke Felda Kumai dari arah Temerloh.
“Ketika sampai di lokasi nahas, lori yang dipandu Mohamad Mazani dari arah bertentangan hilang kawalan dan nyaris terbalik ketika cuba mengelak sebuah lori balak yang memotongnya di sebelah kanan.
“Tindakan pemandu lori terbabit mengelak ke kiri menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang imbangan memandangkan permukaan jalan di kawasan itu tidak rata,” katanya.
Mohamed Fauzi berkata, pemandu lori menekan minyak untuk masuk kembali ke laluan namun kenderaan tersebut tersasar ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta dinaiki empat beranak itu.
“Akibat pertembungan itu, kereta jenis Proton Persona itu terseret beberapa meter manakala mangsa yang berada di pangkuan ibunya tercampak keluar melalui bahagian pintu depan sebelah kiri yang tercabut.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat manakala kedua ibu-bapa dan kakak mangsa turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.
“Pemandu lori yang mengalami cedera ringan hanya mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Bandar 32, Bera,” katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa bayi terbabit masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar


Gerakan hapus etnik Rohingya

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

CHITTAGONG (Bangladesh): “Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di sini.
Halimullah mendakwa apa yang dilakukan pemerintah kerajaan Myanmar pada masa ini dan sejak lebih 30 tahun lalu, benar-benar satu usaha terancang untuk menghapuskan sama sekali kewujudan etnik Rohingya di negara itu.
“Mereka tidak bertimbang rasa. Kami bukan saja dinafikan hak sebagai warga Myanmar, tetapi hak sebagai manusia. Dunia perlu sedar hakikat ini dan tekanan perlu diberikan ke atas kerajaan Myanmar sekarang supaya mereka mengubah polisi mereka terhadap etnik Rohingya,” katanya.




Kenyataan Halimullah itu terbukti benar apabila Presiden Myanmar, Thein Sein dalam satu kenyataan di Yangon pada 12 Julai lalu secara terbuka memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik di Arakan adalah dengan menghantar etnik Rohingya ke khemah pelarian atau mengusir mereka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web rasminya itu, Thein Sein berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang dianggapnya memasuki negara itu secara haram.
Harian Metro

Tak mahu puasa, tetak kepala ibu

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by admin

  • Share

TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.




Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas.
Harian Metro

Pengeluar tauhu dan tempe Indonesia ancam henti pengeluaran

Posted on the July 25th, 2012 under Luar Negara by admin

  • Share

JAKARTA – Tauhu dan tempe iaitu hidangan wajib bagi sebahagian besar penduduk Indonesia, berkemungkinan tidak dapat disajikan dalam beberapa waktu lagi minggu ini di beberapa kawasan.
Harga kacang soya iaitu bahan utama membuat tauhu dan tempe yang melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan ribuan pengeluar produk makanan itu di kawasan Jakarta dan beberapa daerah di sekitarnya mengancam untuk menghentikan pengeluaran mereka pada minggu ini.
Para pengeluar tauhu dan tempe di beberapa negeri di Indonesia kini mengeluh kenaikan harga kacang soya yang berpunca daripada musim kering di Amerika Syarikat itu menyebabkan bekalannya dalam negara berkurangan dengan banyak.




Ketua Forum Komunikasi Masyarakat Pengeluar Tauhu, Tempe Sukabumi, Dadang Jamaludin berkata harga kacang soya pada masa ini sudah mencecah Rp8,200 sekilogram sedangkan harga yang sesuai bagi para pengeluar produk itu ialah Rp5.500 sekilogram.
Kenaikan harga kacang soya menyebabkan harga jualan tauhu dan tempe juga terpaksa dinaikkan dan mereka bimbang akibat kenaikan harga itu, produk mereka tidak lagi dibeli oleh masyarakat kumpulan menengah dan ke bawah, yang merupakan kumpulan utama bagi pasaran produk itu.
Dalam keadaan normal, harga kacang soya berkisar antara Rp6,000 dan Rp6,500 sekilogram.
Seorang pengusaha tauhu dan tempe dari Purwokerto, Banyumas, Nunung, 42, misalnya, mengurangkan pengeluarannya daripada 75kg kacang soya sehari menjadi 50kg sehari kerana permintaan masyarakat juga berkurangan sejak akhir-akhir ini.
Ada pengusaha tauhu dan tempe di Kota Depok (Jawa Barat) sudah pun berhenti mengeluarkan produk itu mulai hari ini.
Keperluan kacang soya peringkat nasional pada masa ini ialah kira-kira 2.4 juta tan setahun, atau kira-kira 200,000 tan sebulan, kata anggota Suruhanjaya XI Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Arif Budimanta.
Daripada jumlah itu pengeluaran kacang soya dalam negeri hanya 40 peratus dan selebihnya diimport.
Arif berkata peningkatan dalam penggunaan kacang soya dari semasa ke semasa adalah sejajar dengan meningkatnya jumlah penduduk.
Pada masa yang sama, bahan ini bukan sahaja digunakan sebagai makanan manusia tetapi juga campuran makanan ternakan dan satu daripada sumber tenaga bio. – Bernama

No comments:

Post a Comment