Friday, July 27, 2012

JANGANLAH KITA BERMUKA2...ALLAH TAHU NIAT SERTA TUJUAN...KITA SIBUK CITER ISLAM SINI...JUANG ISLAM SINI SERTA ENTAH2 APE2 JUANG ISLAM...JUANG HUDUD TAK NAK...TAK SUNGGUH2...JANGANLAH KITA NAK AUTA PADA ALLAH SWT...ALLAH TAHU KITA LEBIH TAKUT PENGUASA@PEMERINTAH@MANUSIA DARI ALLAH..SABIT KAUORANG,MASUK NERAKA LAH

Memorandum kepada Agong



MADRASAH Salihiah, Kanchut, Alor Setar yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan projek membina kompleks beli-belah.



ALOR SETAR – Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak di sini menubuhkan badan bertindak untuk terus berjuang mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah.
Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah itu kini dianggotai kira-kira 200 ahli jawatan kuasa dan kariah madrasah berkenaan.
Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, tindakan pertama yang akan dilakukan adalah menyiapkan satu memorandum bantahan untuk diserahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
“Memorandum ini bertujuan untuk menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri daripada merobohkan madrasah ini memandangkan kerajaan Pas Kedah tetap berkeras untuk merobohkannya.
“Madrasah yang dibina pada tahun 1905 ini sepatutnya dijaga dan dibangunkan selaras dengan kemajuan negeri bukannya dirobohkan. Kerana itulah kami menubuhkan jawatankuasa ini supaya kami dapat mempertahankan madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini.
“Jika usaha ini juga gagal, kami akan meneruskan kepada peringkat perundangan pula dan apa yang pasti kita akan mempertahankan madrasah ini habis-habisan,” katanya selepas majlis pelancaran badan bertindak madrasah itu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini semalam.

Deruman kereta kebal depan rumah


KUMPULAN kedua seramai 16 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat tiba di KLIA semalam.



SEPANG – Seorang pelajar Malaysia di Damsyik, Khairul Nizam Mohd. Said melahirkan rasa syukur kerana selamat menjejakkan kaki ke tanah air semalam setelah dia bersama tiga rakannya terpaksa berkurung di dalam rumah selama seminggu terakhir berada di ibu kota Syria itu.
Menurutnya, pengalaman berada di tengah-tengah lokasi pertempuran antara Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan tentera kerajaan merupakan detik paling menakutkan yang pernah dialami sepanjang hidupnya.
“Di luar rumah sepanjang tempoh tersebut, saya dapat mendengar deruman enjin kereta kebal yang melintasi pintu rumah selain bunyi tembakan bersilih ganti,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Khairul Nizam, 31, yang merupakan penuntut Ma’ahad Fatah Islami memberitahu, bunyi tembakan daripada kereta kebal adalah detik yang begitu mencemaskan sepanjang berada di Damsyik.
“Semasa pertempuran berlaku, saya dan rakan-rakan tidak tahu nak buat apa, kami hanya berdoa agar rumah tidak menjadi sasaran bom atau peluru sesat.
“Kami juga tidak berani untuk meninjau keadaan semasa di luar rumah dan berharap pihak FSA dan tentera kerajaan beredar dari kawasan kediaman,” ceritanya.

Didenda RM800 cuba bakar rumah kerana isteri tidak izin kahwin lagi

MUAR – Seorang ketua UMNO peringkat cawangan di Lenga dekat sini didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana cuba membakar rumahnya sendiri selepas permintaan untuk berkahwin lagi pada 17 Julai lalu tidak dibenarkan isterinya.
Majistret Suzana Mokhtar memerintahkan Ithnin Misdani, 50, dari Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga membayar denda berkenaan atau dipenjara sebulan apabila tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Ithnin pada pukul 10.10 pagi 17 Julai lalu telah mengambil tong berisi petrol serta tong gas dan meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.
Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isteri pertamanya dikatakan tidak mengikuti kehendaknya untuk beristeri lain.
Berikutan itu, Ithnin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Penipu janda masuk perangkap



DI apartmen inilah tujuh kasanova Nigeria dan seorang wanita tempatan diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM300,000 di Bachang, Melaka semalam.



MELAKA – Kegiatan jahat seorang wanita tempatan yang bersekongkol dengan tujuh kasanova warga Nigeria untuk memperdayakan lebih 10 janda dan andartu kesunyian hingga melibatkan kerugian lebih RM300,000 terbongkar apabila kesemuanya ditahan semalam.
Suspek-suspek berusia antara 23 dan 33 tahun tersebut ditahan pada pukul 1 pagi di sebuah pangsapuri di Bachang di sini selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada mangsa-mangsa yang diperdaya. Mereka dikatakan aktif sejak lima tahun lalu.
Kumpulan Awang Hitam itu bertindak licik dengan menggunakan gambar lelaki kacak Eropah dan Pakistan ketika berkenalan dengan mangsa di satu laman sosial sebelum menggunakan ayat-ayat manis dan romantik untuk membuatkan mangsa jatuh cinta dengan mereka.
Kira-kira dua minggu selepas berkenalan secara maya, suspek akan menghubungi mangsa bagi membolehkan mereka bercakap perkara-perkara lucah selain menghantar gambar-gambar tidak senonoh.
Difahamkan, mangsa-mangsa yang diperdaya ialah wanita kesunyian berusia antara 30-an dan 50-an. Mangsa-mangsa yang menjadi sasaran termasuk ahli perniagaan dan pegawai tinggi di syarikat swasta.
Suspek kemudian akan cuba memperdaya mangsa dengan mengatakan akan menghantar bungkusan mengandungi barang berharga sebagai tanda cinta selain memperdayakan mangsa kononnya mereka tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan.

Kapal meletup: 1 maut, 4 hilang



Keadaan Kapal Bunga Alpinia yang terbakar berhampiran Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan semalam.



LABUAN – Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.
Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan.
Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.
Tinjauan mendapati api yang marak atas kapal tersebut mencapai ketinggian melebihi tiga meter.
Api besar itu hanya mampu dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4 petang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang polis bantuan, Asian Supply Base, yang sedang membuat rondaan di jeti terbabit.
Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 29 anak kapal terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam warga Filipina yang sedang sibuk memunggah kargo berisi bahan bakar jenis methanol dari kapal turun ke jeti.

Serik bercinta

KUALA LUMPUR – “Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”
Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya dalam kejadian di Flat 213 Sentul Utama, Taman Datuk Senu di sini pada 20 Julai lalu.
Menurut pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul itu, kejadian itu hampir meragut nyawanya.
Katanya, sebelum kejadian itu, dia pernah dipukul sebanyak tiga kali oleh suspek.
Mengimbau semula kejadian pada pukul 4 petang itu, Syafina Erina memberitahu, bekas teman lelaki seusianya itu seorang yang panas baran dan cemburu buta hinggakan dia langsung tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki.

Isu Islam dalam Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Program Bicara Rakyat yang disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1 pada pukul 9 malam ini akan membincangkan isu Islam dalam Perlembagaan Malaysia.
Menurut penerbit program tersebut, Muhammad Shahzil Abu Bakar, Islam merupakan agama Persekutuan di negara ini dan ia bukan semata-mata agama rasmi.
“Ini memberikan implikasi pelaksanaan nilai dan penerimaan dalam kalangan rakyat Malaysia seluruhnya.
“Meskipun ada percubaan mempolitikkannya, hakikat Perlembagaan ini utuh dan kekal sedemikian selama rakyat Malaysia matang menerimanya,” kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ahli-ahli panel yang akan mengupas tajuk tersebut ialah Peguam Datuk Salehuddin Saidi dan Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhamad Naser Desa.


Nik Aziz tetap pertahan laksana Hudud

25 Julai 2012
Nik Aziz
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.
 
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.
 
Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
 
"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
 
Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
 
Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.
 
"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.
 
"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya. - Bernama

Tentera Syria perhebat serangan


BEBERAPA penduduk mengawal sebuah pusat pemeriksaan semasa pertempuran dengan tentera Bashar di Aleppo kelmarin.



LEBANON - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad di Aleppo, kata seorang aktivis tempatan, Mohammed Saeed semalam.
Menurutnya, terdapat serangan pada waktu malam di beberapa bahagian di bandar tersebut yang didiami tiga juta penduduk.
Beliau berkata, tentera Syria memperhebatkan serangan udara kelmarin dan semalam.
Menurutnya, tentera Bashar melakukan serangan di kawasan perumahan.
Beliau memberitahu agensi berita Ap menerusi Skype.
Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar bermula sejak Mac tahun lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang terbunuh.
Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di negara tersebut. - AGENSI

Udang karang gergasi dilepaskan ke laut



Pengurus restoran The Dock, Kristen Eighme menyerahkan udang karang gergasi kepada Wilson di Waterford, Connecticut kelmarin.



TELUK NIANTIC, Amerika Syarikat - Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia kelmarin.
MacKenzie mengetahui tentang udang karang itu yang mempunyai nama jolokan Lucky Larry daripada kanak-kanak tempatan.
Namun, dia enggan mendedahkan harga yang perlu dibayarnya untuk membeli udang tersebut daripada restoran The Dock.
Menurutnya, udang itu perlu mengambil masa selama 80 tahun untuk mecapai saiznya seperti sekarang.
Dia membawa udang tersebut menaiki sebuah bot ke sebuah lokasi rahsia di sini dan melepaskannya ke dalam laut dengan bantuan seorang kenalannya, Steve Wilson. - AGENSI

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash



SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.



KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.
Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.
Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.
Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. - AGENSI

No comments:

Post a Comment