Saturday, September 22, 2012

BILA PEGANGAN AGAMA DIABAIKAN...SENANGLAH BERLAKU ROGOL DAN ZINA...DITAMBAH HUKUM ALLAH DINAFI DAN ABAI JUGA...ADAKAN PIHAK BERWAJIB...MUFTI2 SERTA PENCERAMAH TERSOHOR TAK BACA BERITA2 BEGINI ATAU SENANG JADI SYAITAN BISU SAJA


Suami Isteri Sanggup Bayar Penderma Sperma

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
KUALA LUMPUR: Tiada bank sperma di Malaysia menyebabkan pasangan berkahwin yang tidak boleh hamil kerana masalah sperma atau telur sanggup membayar untuk mendapatkan bantuan penderma tempatan dan asing.
Tiada angka rasmi, namun pakar-pakar percaya bahawa kegiatan itu semakin meningkat disebabkan peningkatan kadar ketidaksuburan di negara ini.
“Sepanjang lima tahun yang lalu, kita telah melihat peningkatan dalam ketidaksuburan lelaki daripada 15 peratus kepada 30 peratus,” kata Dr Mohamad Farouk Abdullah, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

“Kaum wanita yang berusia dan mempunyai masalah dengan ovulasi dan kualiti telur juga ramai mendapatkan rawatan,” katanya.
Kajian The Star mendapati sperma dan telur untuk diderma boleh didapati di pusat-pusat kesuburan di negara ini.
Penderma sperma kebiasaannya dipilih daripada lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Manakala penderma telur, wanita sekitar 20 hingga 30 tahun.
Penderma sperma dibayar RM200 dan penderma ovum boleh mencapai ribuan ringgit. Sebuah pusat kesuburan di Lembah Klang sanggup membayar lebih RM7,000 kepada penderma telur.
“Dalam pendermaan sperma atau telur, ada pihak ketiga yang terlibat dalam proses penyawaan bayi” katanya, sambil menambah bahawa amalan tersebut adalah dilarang bagi agama tertentu.
Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia telah menetapkan garis panduan mengenai pembiakan dibantu, tetapi tiada undang-undang yang membenarkan, mengawal atau melarang apa-apa derma.
Garis panduan MMC melarang perdagangan komersil dalam gamet, air mani dan embrio tetapi ini hanya terpakai kepada profesion perubatan.
“Ini kerana tiada undang-undang mengatakan apa yang boleh atau tidak boleh lakukan, ia sering menjadi persoalan apa yang seharusnya dilakukan oleh pasangan tersebut” katanya.
Beliau menambah bahawa Akta Bantuan Teknik Pembiakan sedang digubal untuk mengawal amalan tersebut.
Doktor hanya mengikut garis panduan dan pertimbangan etika dalam aktiviti pendermaan ini.
Pertimbangan etika asas termasuk memenuhi kriteria dengan merahsiakan kedua-dua penderma dan penerima serta memastikan bahawa kedua-dua pihak memahami prosedur dan risikonya.
mStar

Datuk cabul cucu 9 tahun

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
KUANTAN: Seorang datuk berusia 40 tahun ditahan selepas dipercayai menjadikan cucu perempuannya yang berusia sembilan tahun sebagai ‘mainan seks’ sejak tiga bulan lalu dengan mencabul kehormatan kanak-kanak berkenaan.
Lelaki berasal dari Indonesia bekerja sebagai penoreh getah itu ditahan di rumahnya di Felda Sungai Tekam, Jerantut, kira-kira jam 3 petang semalam selepas mangsa memaklumkan kejadian berkenaan kepada abangnya berusia 12 tahun yang kemudian memberitahu ibu mereka.
Difahamkan, mangsa dan abangnya menetap bersama nenek berusia 50 tahun serta datuk tiri mereka di Felda itu kerana ibu mereka yang berusia 32 tahun bekerja di Kelantan.
Kejadian itu terbongkar selepas abang mangsa memaklumkan perbuatan suspek kepada ibu mereka yang pulang ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat semalam yang membawa kepada penahanan suspek.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, berdasarkan keterangan awal diperoleh daripada mangsa, kanak-kanak itu memaklumkan suspek mencabulnya dengan meraba buah dada serta kemaluan dan perbuatan itu sudah berlaku sejak Jun lalu.
“Namun siasatan lanjut masih dilakukan dan kanak-kanak itu mungkin akan dibawa menjalani pemeriksaan di hospital.
“Difahamkan, suspek sudah 13 tahun berkahwin dengan nenek mangsa dan menetap di Felda berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Kertas siasatan kes itu dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.
Berita Harian

Kes rogol: Lari berbogel minta bantuan

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam
KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.
Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.
“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.
“Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.
Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.
“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.
Sinar

Lelaki parah diserang harimau di Zoo Bronx

Posted on the September 23rd, 2012 under Luar Negara by admin
PONDOK menjual tiket kelihatan kosong berikutan pintu masuk Zoo Bronx ditutup selepas seorang lelaki cedera parah diserang harimau.
NEW YORK – Seorang lelaki yang melompat dari sebuah monorel dan masuk ke dalam kawasan harimau di Zoo Bronx di sini cedera parah apabila diserang oleh haiwan buas tersebut.
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York, Leftenan Don Grimpel, lelaki berusia 25 tahun itu diserang selama hampir sepuluh minit oleh seekor harimau jantan berumur 12 tahun.

“Bahu dan kakinya patah. Kakinya juga berlubang kerana digigit,” kata Grimpel. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Pusat Perubatan Jacobi.
Pengarah Zoo Bronx, Jim Breheny memberitahu kakitangannya menggunakan pemadam api untuk menghalau harimau itu.
“Jika bukan kerana tindakan pantas dan kemampuan kakitangan bertindak dalam situasi kecemasan, insiden ini mungkin berakhir dengan kematian” tambah Breheny. – AFP

Ubat tiruan berleluasa

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
ANTARA pelbagai jenis ubat tiruan yang dijual di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Penjualan ubat-ubatan tiruan tetapi menggunakan jenama tulen yang dipercayai berleluasa di seluruh dunia kini amat membimbangkan apabila ia turut merebak di Malaysia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jualan ubat palsu kini melebihi RM230 bilion, manakala Kementerian Kesihatan pula mengakui penjualan ubatan yang menjejaskan kesihatan pengguna itu turut semakin berleluasa.
Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail berkata, setakat ini pihaknya telah merampas ubat tiruan tidak berdaftar bernilai RM9.2 juta. Kebanyakan ubat tersebut dibawa masuk dari China dan Indonesia.

Menurutnya, lebih menakutkan, produk yang dirampas itu meliputi 23,839 jenis produk ubat tiruan dari seluruh negara sehingga Julai tahun ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, ubat perangsang seks dikenal pasti merupakan penyumbang terbesar dengan nilai rampasan berjumlah RM642,209 meliputi 1,069 jenis produk.
Katanya, senario itu berpunca daripada sikap pengguna yang gemar membeli produk murah sehingga meningkatkan penawaran produk berkenaan di pasaran.
“Trend penggunaan ubat perangsang dilihat semakin membimbangkan kerana masih ramai yang bergantung kepadanya.
“Situasi ini turut menjadi bukti kedegilan pengguna yang enggan mendapatkan nasihat doktor apabila berhadapan dengan masalah yang membabitkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Beliau bagaimanapun memberitahu, setakat ini, tiada laporan membabitkan kes kematian yang dibuat berkenaan ubat palsu atau tidak berdaftar ini.
“Untuk mengekang penjualan ubat palsu atau tidak berdaftar ini daripada terus berleluasa, pelbagai langkah dijalankan termasuk kempen pendidikan kepada pengguna,” jelasnya.
Sementara itu, Pakar Seksual Lelaki dan Perempuan Hospital Damai Service, Dr. Ismail Tambi berkata, pengambilan ubat perangsang seks yang tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan boleh menimbulkan komplikasi kesihatan termasuk mengundang maut.
Katanya, kebanyakan ubat tersebut biasanya mengandungi sukatan bahan kimia berlebihan dos sekali gus boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Kosmo

Ayu anggap sengketa dengan Rita selesai

Posted on the September 23rd, 2012 under Artis by admin

PELAKON jelita, Ayu Raudhah Che Wan, 28, menganggap kontroversi dengan birasnya, pelakon Rita Rudaini sudah selesai memandangkan Rita tidak mahu berjumpa dengannya.
Kata Ayu, dia berharap selepas ini tiada lagi timbul isu baharu yang boleh mengeruhkan keadaan berkaitan dirinya dan Rita.
“Saya anggap apabila dia (Rita) tidak mahu jumpa saya untuk berbincang, isu ini selesai, lagipun dia cakap tulisannya di Twitter tiada kaitan dengan saya,” ujarnya kepada Sensasi Bintang ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ayu beranggapan isu yang berlaku antara dia dengan Rita adalah dugaan dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pihak ketiga yang sengaja melaga-lagakan mereka di laman sosial itu.
Baru-baru ini nama Ayu dikaitkan apabila berlaku ‘perang Twitter’ antara suaminya yang juga bintang bola sepak, Zaquan Adha yang membalas Twitter Rita.
Twitter itu yang berbunyi: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant (hamil). Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”
Tulisan itu menjadi hangat apabila Zaquan membalas melalui akaun Twitter yang mengatakan ada orang sedang meroyan.
Sebelum ini, Sensasi Bintang pernah menyiarkan bahawa Ayu ingin bertemu Rita bagi menjernihkan keadaan dan menjalinkan hubungan baik tetapi Rita menolak usaha berbaik-baik itu.
Tambah Ayu, selepas ini dia berharap tiada lagi kata-kata yang menyalahkan dia dan suaminya berhubung isu yang berbangkit pada masa hadapan.
“Saya hormati pendiriannya untuk tenang bersama anak-anaknya begitu juga saya, harap tiada apa-apa berkait lagi” ujarnya yang sedang hamil tiga bulan.
Kosmo

Anggota badan dikerat milik warga emas yang hilang

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
Anggota Polis dan Forensik keluar dari tempat kejadian kes bunuh seorang warga emas berusia 72 tahun selepas menamatkan operasi mencari sebahagian anggota badan mangsa di kawasan paya bakau Sungai Miang, Pahang.
PEKAN — Polis mengesahkan tengkorak dan anggota badan yang dijumpai dalam keadaan dikerat di kawasan paya bakau dekat Sungai Miang, di sini semalam, adalah warga emas yang dilapor hilang 15 September lepas.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, hasil siasatan polis dan laporan pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati anggota badan dan tengkorak yang dijumpai kira-kira pukul 5 petang semalam adalah Sh. Othman Sh. Bakar, 72.

“Hasil siasatan terhadap dua suspek yang ditangkap bagi membantu siasatan kes ini membawa kepada penemuan beberapa anggota badan mangsa di KM 15 Kampung Sungai Miang, dekat sini, semalam.
“Polis yang meneruskan pencarian sebahagian lagi anggota badan mangsa hari ini turut menemui beberapa lagi barangan milik mangsa iaitu kopiah dan cermin mata,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. — BERNAMA17 terbunuh di Pakistan dalam protes ganas
Posted on the September 23rd, 2012 under Luar Negara by admin
SEORANG penunjuk perasaan menghayunkan sebatang kayu berhampiran sebuah kenderaan polis yang terbakar dalam satu protes membantah filem anti-Islam di Karachi, Pakistan kelmarin.
ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Setakat ini, seramai 19 orang mati di Pakistan dalam protes yang berlanjutan lebih seminggu. Sementara di Libya, protes ganas membunuh empat orang warga Amerika Syarikat termasuk dutanya, Chris Stevens.
Para penunjuk perasaan dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya mengadakan demonstrasi aman pada hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti kebangsaan bagi menghormati Nabi Muhammad SAW.
Saksi-saksi memberitahu, dianggarkan seramai 45,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan. Pihak polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan membakar dan mencuri di pawagam, bank, kedai serta restoran-restoran di Karachi.
Penunjuk perasaan membaling batu serta menjerit “Orang Amerika ialah anjing” dan “Kawan Amerika ialah pengkhianat”.
Washington memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Pakistan, selain membelanjakan AS$70,000 (RM213,430) untuk menyiarkan amaran tersebut di televisyen. – AFP

Penyelam maut terkena kipas bot

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
KUANTAN — Seorang penyelam maut selepas kepalanya terkena bilah kipas sebuah bot di perairan Pahang dekat Jeti Nenasi, Pekan pagi tadi.
Mangsa, Lim Yu Leng, 60, berasal dari Petaling Jaya, Selangor mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 7.15 pagi itu tujuh penyelam termasuk mangsa menaiki sebuah bot pergi ke kawasan berkenaan.
“Sampai di lokasi kejadian kira-kira 10.30 pagi, lima daripada mereka telah turun ke dalam air untuk menjalankan aktiviti selaman di situ.

“Lebih kurang 45 minit kemudian, salah seorang rakannya, Wan Heng Nin, 67, juga dari Selangor telah menghidupkan enjin serta menggerakkan bot untuk mengambil semua penyelam.
“Tanpa disedari, kepala mangsa telah terkena bilah kipas bot itu sehingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-BERNAMA

337 penghuni “minum air mayat” tuntut RM100 juta

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin

TAWAU 20 Sept. – Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment