Saturday, September 22, 2012

JENAYAH KIAN MENINGKAT...MUNGKIN NI BALA ALLAH YANG MENAFI HUKUM HUDUD

Pakej mandi buih naga

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhammad Apendy Issahak dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
KAMAR MAKSIAT...bilik yang digunakan untuk pakej mandian buih naga di premis terbabit.
TUNGGU...dua perempuan menanti pelanggan.
TUNGGU...dua perempuan menanti pelanggan.
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘mandian buih naga’.
Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.
Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu.

Habis ikhtiar

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.
Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi.

Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.
“Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.
“Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.

“Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu,” katanya.
Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga.

Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486.

Rugi RM10 bilion

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat pelaburan emas berpangkalan di luar negara termasuk di Panama, Geneva dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dikesan menjadikan golongan kenamaan dan berpengaruh di negara ini termasuk mereka yang bergelar Datuk Seri sebagai mangsa penipuan dengan nilai kerugian keseluruhan lebih RM10 bilion.
Tanpa sebarang lesen atau pendaftaran perniagaan, dengan jumlah pelaburan antara RM4 juta hingga RM36 juta, rangkaian perniagaan terbabit turut mensasarkan syarikat berkaitan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu dengan jumlah pelaburan antara RM4 juta dan RM36 juta.
Taktik mengaut keuntungan mudah itu dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan daripada ejen berkaitan selepas mereka menanggung kerugian disebabkan kegagalan mendapatkan ‘habuan’ seperti dijanjikan.

MPSJ saman isu jual hotel

Oleh Nurasyikin Ramli
am@hmetro.com.my

JADI ISU...bangunan Hotel Grand Dorsett.
JADI ISU...bangunan Hotel Grand Dorsett.
BINCANG...Asmawi berbincang dengan Hannah.
BINCANG...Asmawi berbincang dengan Hannah.
SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan undang-undang ke atas Mayland Valiant Sdn Bhd (Mayland Valiant) berhubung isu bangunan Hotel Grand Dorsett Subang yang dijual untuk membangunkan perumahan.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, sebelum ini pihaknya sudah meluluskan projek pembangunan yang membabitkan cadangan tambahan dan pengubahsuaian sebahagian bangunan terbabit, namun pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai penjualan hotel itu kepada individu.

“Kami akan memohon untuk satu deklarasi bahawa Kebenaran Merancang bertarikh 5 Oktober 2010 yang diberikan kepada defendan adalah untuk kegunaan hotel semata-mata.
“Satu injunksi bagi menahan mereka daripada menggunakan atau membenarkan kawasan itu dimajukan sebagai kawasan perumahan turut di pohon,” katanya di sini, semalam.

Asmawi berkata, pihaknya sudah menghantar surat saman kepada Mayland Valiant pada 14 September lalu.

Menurutnya, pengurusan kes itu ditetapkan oleh mahkamah pada 24 September ini sambil memohon pihak terbabit dan orang ramai dapat memberikan kerjasama serta menunggu keputusan mahkamah.
Mengulas perkara sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yoeh berkata, penduduk kawasan itu tidak bersetuju dengan idea pembangunan yang mengubah persekitaran kawasan dan menyebabkan ketidakselesaan.

Beliau berharap supaya mahkamah memberikan keputusan adil bagi menjamin kesejahteraan di kawasan berkenaan di samping dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

JKM Hulu Langat kesan dua waris bayi



KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat meminta bantuan orang ramai mengesan waris dua bayi yang ditinggalkan di hospital ketika menjalani rawatan kesihatan.
Kedua-dua bayi yang belum diberi nama itu akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berdaftar di bawah JKM jika tidak dituntut mana-mana ahli keluarga mereka.

Bayi pertama yang dilahirkan pramatang di Hospital Kajang pada 17 Mac lalu ditinggalkan ibunya yang dikenali sebagai Fasa, seorang warga Indonesia selepas anaknya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Difahamkan, pihak JKM Hulu Langat sudah berulang kali menghubungi ibu bayi berkenaan melalui nombor telefon yang didaftarkan ketika bersalin, namun talian itu tidak aktif.

Seorang lagi bayi ditinggalkan ibunya di Hospital Serdang pada 28 Jun lalu selepas dilahirkan di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ibu bayi berkenaan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sri Rahayu, nombor pasport AR5664256 dan alamat terakhirnya di B-4-05, Jalan 6/2, Seri Cempaka Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau waris yang ingin menuntut kedua-dua bayi berkenaan boleh menghubungi Penjaga JKM Hulu Langat, Rohaidah Omar di talian 03-87378007.

Lelaki nyaris buta anak baling botol



KUALA LUMPUR: Angkara wang RM60 yang diberi ibunya tidak mencukupi untuk membeli dadah, seorang anak lelaki berusia 22 tahun membaling botol kaca hingga terkena mata bapanya menyebabkan kecederaan parah dan terpaksa dibedah.
Dalam kejadian di Pandan Indah, jam 4 petang kelmarin itu, mangsa yang berusia 50-an tidur apabila dikejutkan isterinya selepas tidak tahan dengan maki hamun anak lelaki mereka yang mahu duit tambahan, namun tidak dilayan ibunya.

Mangsa bangun untuk memberi nasihat sebelum anak lelakinya itu keluar rumah kerana tidak mahu mendengar leteran mangsa.
Sumber polis berkata, mangsa menjenguk luar rumah melalui pintu jeriji besi, namun bernasib malang apabila anak lelakinya itu mengamuk dan membaling botol kaca ke arah jeriji itu hingga pecah.

Katanya, akibat balingan itu, serpihan kaca masuk ke dalam mata mangsa menyebabkan kecederaan parah di kedua-dua mata.

“Doktor memaklumkan mata mangsa perlu dibedah segera bagi mengelak menjadi buta,” katanya mangsa sudah menjalankan pembedahan semalam di Hospital Ampang.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, anak lelaki mangsa pulang ke rumah dan mengamuk minta wang dengan ibunya yang hanya mampu memberi RM60.

Katanya, anak lelaki mereka mengugut menikam dan melanggar ibunya sekiranya berjumpa di luar kerana wanita itu enggan memberi wang tambahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

Polis serbu premis tawar khidmat seks



KUALA LUMPUR: Hasil maklumat diberikan Harian Metro, sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan risikan dan serbuan di premis yang menawarkan khidmat seks di Bukit Bintang, di sini, semalam.
Operasi jam 8 malam yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd dengan kekuatan 10 anggota menahan tiga wanita warga China berusia 21 hingga 38 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga wanita terbabit berusia 30-an,” katanya.
Menurutnya, selain empat yang ditahan dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa sembilan wanita tempatan terdiri daripada pelbagai bangsa berusia 21 hingga 38 tahun.

Ketika ditanya mengenai tawaran khidmat seks di premis itu, Azman mengakui perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga RM160 hingga RM250.

Katanya, premis itu diserbu empat kali sejak tahun lalu dan semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

3 suspek utama serangan ‘ala mafia’ diburu



TAMPIN: Satu pasukan khas ditubuhkan polis Negeri Sembilan dengan bantuan Bukit Aman bagi memburu tiga suspek utama kes serangan ‘ala mafia’ di tiga kawasan berasingan di bandar ini hingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya yakin dapat memberkas semua suspek dalam masa terdekat berdasarkan petunjuk diperoleh.

“Kami percaya suspek masih berada di Negeri Sembilan dan gerakan memburu semua suspek itu giat dijalankan. “Malah, saya ingin menasihatkan ahli keluarga atau orang awam yang mengetahui di mana suspek berada segera menghubungi balai polis terdekat dan jangan sesekali melindungi penjenayah ini kerana ia kesalahan bersubahat,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Katanya, pihaknya kini memburu ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan, iaitu S Sandramogan, nombor kad pengenalan 770214-05-5455, beralamat terakhir di No 928, Taman Sri Berlian, Tampin.
“Dua suspek lagi ialah S Vatu Malai Devar, nombor kad pengenalan 850508- 04-5017 serta G Punithan, nombor kad pengenalan 880727-04-5161, kedua-duanya berkongsi alamat sama di No. 5094, Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau terus hubungi saya di talian 017-5008911,” katanya. Menurutnya, pihaknya turut memberikan kawalan keselamatan dengan diiringi beberapa anggota polis ketika mangsa bunuh, M Sivabalan, disemadikan di Kampung Padang Ragut, Sri Repah, di sini, semalam dan mengesahkan tiga mangsa lain yang dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil. Laporan muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan ‘ala Mafia’ dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.

Dalam insiden berdarah itu, seorang lelaki, M Sivabalan, 42, terbunuh selepas ditetak bertubi-tubi dengan parang dalam serangan berdarah itu, manakala empat lagi rakannya cedera parah.

No comments:

Post a Comment