Thursday, September 20, 2012

LEPAS...ALLAH SAJA YANG TAHU..

Pelajar kolej cabul rakan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul dan merogol dua wanita.
Di Mahkamah Majistret, Ahmad Farid Abdul Jalil, 19, dari Cheras Baru, didakwa mencabul rakannya yang berusia 23 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Lebuh Raya Hulu Langat, Ampang, pada 8.22 malam, 13 Mei lalu. Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Farid didakwa merogol seorang pelukis draf berusia 22 tahun, di kawasan lapang Menara Tinjau, Jalan Ampang, Selangor, pada 12.30 malam, 11 September lalu.

Azab dua hari

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
SERDANG: Seorang operator kilang warga Bangladesh terpaksa menahan azab dua hari dikurung dalam satu kontena di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, selepas dikhianati rakan senegara yang bersekongkol dengan seorang lelaki tempatan untuk menculiknya bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM10,000.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun diumpan rakan senegara supaya mengikutnya ke Pulau Indah kononnya untuk berjumpa rakan mereka sebelum diculik lelaki lain dan dikurung dalam kontena berkenaan, 13 September lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias, berkata kes dilaporkan kepada polis selepas mangsa menghubungi rakan sekerjanya kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian dan meminta rakannya itu memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun bank seorang daripada suspek terbabit.
“Bagaimanapun, rakan senegara mangsa tidak mempunyai wang sebanyak yang diminta penculik itu, tetapi selepas berunding selama beberapa jam, suspek akhirnya bersetuju wang tebusan dikurangkan menjadi RM2,000.

“Wang berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam akaun suspek sebelum mangsa dibebaskan dua hari kemudian di Seri Kembangan, di sini, dengan tubuhnya mengalami calar dan lebam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian memberi keterangan kepada polis sebelum siasatan lanjut dijalankan dan berjaya mengesan seorang suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun bersama wang berjumlah RM1,925 di Klang, Ahad lalu.
“Turut dirampas daripada suspek berusia 32 tahun itu yang juga anggota Rela ialah buku dan kad bank serta motosikal yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penculikan mangsa.

“Susulan penahanannya, polis menahan suspek kedua yang juga rakan senegara mangsa berusia 38 tahun keesokannya dan mereka ditahan reman sehingga 22 September ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui.
Katanya, soal-siasat mendapati suspek pertama mengusahakan warung di satu tapak pembinaan, manakala suspek kedua adalah bekas pekerjanya.

“Suspek kedua mendapat tahu mangsa yang sudah empat tahun bekerja di negara ini bakal pulang ke negara asal dengan membawa wang simpanan yang banyak.

“Oleh itu, dia berpakat dengan suspek pertama untuk memeras ugut wang mangsa dengan melakukan penculikan dan menuntut wang tebusan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dibelasah akibat selisih faham



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kepong di sini, menjadi mangsa pukul kumpulan samseng pada Ahad lalu, yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan seorang ahli kumpulan terbabit.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal secara tiba-tiba dilanggar dari arah belakang hingga terjatuh oleh sekumpulan lima lelaki yang turut menaiki motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata selepas terjatuh, remaja terbabit kemudian dibelasah hingga mengalami kecederaan pada belakang badan.
“Kejadian berlaku di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan Sentul.

Katanya, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan seorang suspek berusia 22 tahun yang juga jiran kepada mangsa.

“Suspek ditahan di rumahnya di Jinjang Utara, jam 5.30 pagi tadi (semalam),” katanya.

‘Temu duga’ untuk perkosa

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

DIBURU...suspek
DIBURU...suspek
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.

“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

Rumah jiran sarang pelacur

Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

SERBU...rumah yang dijadikan sarang pelacuran diserbu pihak berkuasa,  kelmarin.
SERBU...rumah yang dijadikan sarang pelacuran diserbu pihak berkuasa, kelmarin.
TAHAN ...antara pelacur warga asing yang ditahan.
TAHAN ...antara pelacur warga asing yang ditahan.
KLANG: Penduduk kawasan perumahan Bayu Perdana, di sini, terkejut dan sama sekali tidak menyangka sebuah unit rumah teres dua tingkat yang terletak sebaris dengan kediaman mereka sebenarnya sarang kegiatan pelacuran yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.
Kegiatan sindiket yang menjadikan rumah itu sebagai pusat aktiviti pelacuran terbongkar apabila diserbu sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 10.45 malam kelmarin.
Seorang penduduk, Razali Rizal, 47, ketika ditemui berkata, dia sangat terkejut melihat kehadiran ramai anggota polis dan tidak menyangka ada sarang pelacuran di kawasan perumahan itu.

Menurutnya, dia dan jiran lain tidak pernah mengesyaki kediaman diserbu itu adalah rumah pelacuran walaupun sering melalui kawasan itu berikutan sindiket dijalankan secara rapi bagi mengaburi mata penduduk setempat.

“Memang saya selalu nampak banyak kereta keluar masuk dari kawasan rumah ini, tapi saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk kerana sebelum ini rumah berkenaan didiami beberapa jururawat.

Cinta Yuna sudah bernokhtah



Yunalis Zarai
Yunalis Zarai
KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengakui desas-desus yang bertiup kencang mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon juga pengacara, Qushairi Razali sudah tiada lagi.
Perkara itu disahkan Yuna pada sidang media konsert sulungnya, Yuna Homecoming Concert di Damansara, di sini, petang semalam. Penyanyi berusia 26 tahun itu turut menafikan wujudnya orang ketiga dan keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah persetujuan bersama bagi kebaikan kedua-dua pihak.

“Tiada permusuhan yang berlaku, sebaliknya kami berdua sepakat untuk berehat sebentar daripada komitmen yang terjalin lebih dua tahun ini. Mungkin ini jalan terbaik untuk kami berdua bagi mencari fokus dan keserasian, lebih-lebih lagi kebetulan masing-masing begitu sibuk untuk mengukuhkan kerjaya.
“Bagaimanapun, kami masih berkawan baik dan harap-harap peminat doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya.

Yuna yang menjalin hubungan dengan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan berusia 36 tahun itu sejak lebih dua tahun lalu hanya menyifatkan perpisahan antara mereka kerana faktor kesibukan dan komitmen terhadap kerja masing-masing. Malah, tambahnya, hubungan jarak jauh antaranya yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat dan Qi yang sibuk dengan kerjaya lakonan di Kuala Lumpur alasan utamanya juga. “Bayangkan, saya berada di Kuala Lumpur sekali-sekala dan selebihnya saya sibuk dengan pelbagai aktiviti promosi album terbaru dan persembahan jelajah seluruh Amerika. Qi pula di Kuala Lumpur dengan jadual kerjanya yang padat. “Justeru kesibukan dengan tanggungjawab dengan syarikat rakaman Fader Label di sana membuatkan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing dulu. “Lebih baik kami meletak sepenuh tumpuan pada kerja dan komitmen terlebih dulu. Jika ada jodoh dan rezeki, Insya-Allah ia tidak akan ke mana,” katanya.

Hentak kepala ketua pengawas

Oleh Na'imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my

SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.
SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.
PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.

Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.
“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.

“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.

Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.
Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.

“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.
“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Lelaki dijel 6 tahun sumbang mahram dibebas



MELAKA: Seorang bapa yang sebelum ini dihukum penjara enam tahun kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya yang juga kanak-kanak lembam lima tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil terhadap tertuduh yang berusia 55 tahun, seorang penjual sayur selepas mendengar dan meneliti hujah pihak pendakwaan dan pembelaan.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan pihak pendakwaan dan membenarkan permohonan rayuan tertuduh untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Abdul Karim membuat keputusan pada prosiding rayuan silang antara tertuduh yang diwakili Azrul Zulkifli Stork dan Timbalan Pendakwa Raya, Haslida Isamail.

“Saya sudah membuat pertimbangan dan penelitian cukup mendalam dalam hujahan kedua-dua pihak dan rekod rayuan dikemukakan di mahkamah ini,” katanya.

Wanita separuh bogel mati dijerut



PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.
Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.

Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.
“Kakak mangsa yang curiga masuk ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk dari sebuah bilik yang berkunci sebelum menghubungi polis.

“Polis memecah pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dalam keadaan tangan dan kakinya terikat manakala ada kesan jerut di lehernya,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan ahli keluarga serta kenalan mangsa dan sedang mengenal pasti motif kejadian.

Wanita tua ditemui mati berkemban atas katil

ALOR GAJAH: “Dia pernah berpesan supaya pecahkan pintu rumahnya jika tiada sahutan dari dalam apabila dipanggil,” kata Zaiton Baba, 67, yang menemui mayat jirannya di sebuah kampung di Melekek, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Timah Tahir, 78, yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu, ditemui dalam keadaan berkemban atas katil.

Zaiton berkata, dia tergerak hati ke rumah jirannya itu pada pagi kejadian untuk bersembang selepas hampir seminggu tidak mengunjungi selepas mengetahui arwah uzur.
“Selesai mengemas rumah dan menyiram pokok bunga, saya ke rumah mangsa yang tinggal bersebelahan sebelum memberi salam.

“Selepas berkali-kali memberi salam dan memanggil namanya tetapi tiada jawapan, saya kemudian berjalan mengelilingi rumahnya sebelum terhidu bau busuk,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia yang tidak sedap hati meminta bantuan seorang jiran untuk memecahkan pintu sebelum menemui mayat arwah yang sudah membengkak.
Katanya, sebelum ini, arwah ada mengadu mengalami gout, tetapi masih mampu berjalan dan kerap ke rumahnya untuk bersembang. Cucu mangsa, Sabariah Karim, 36, berkata kali terakhir dia bertemu neneknya minggu lalu selepas arwah menyatakan hasrat untuk menikmati masakannya.

“Saya sempat memasak mi goreng dan ayam masak kicap kegemarannya dan saya juga difahamkan nenek sempat meminta seorang penduduk membelikan barang keperluannya beberapa hari lalu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan laporan penemuan mayat warga emas itu. Katanya, berdasarkan siasatan awal, arwah tinggal seorang diri di rumah berkenaan lebih 20 tahun lalu dan pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang kesan jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes berkenaan dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tak faham syariat Islam

KUALA LUMPUR: Tidak memahami peraturan dan undang-undang Islam menjadi punca segelintir individu sanggup menerima syarat tidak masuk akal termasuk berkahwin secara batin dan bersekedudukan dengan orang lain.
Penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, ketaksuban terhadap bomoh menyebabkan segelintir masyarakat bergantung kepada janji manusia, sedangkan yang menyembuhkan penyakit adalah Allah.

“Inilah yang terjadi pada masyarakat kita pada hari ini, mereka sangat lemah dari sudut syariat hingga boleh berkahwin batin dan melupakan peraturan Allah sama ada peraturan yang diterima syariat ataupun tidak.
“Kami mudah percaya dengan orang luar, selain tidak cuba menggunakan kaedah digunakan orang alim. Setiap penyakit yang datang adalah ujian daripada Allah untuk menentukan sama ada hambanya sabar atau sebaliknya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai syarat pelik seorang bomoh yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah dihadapi wanita termasuk tidak boleh mengandung, kemurungan dan krisis rumah tangga dengan menjadi isterinya selama 100 hari, jika mahu sembuh.

Lelaki berusia 48 tahun dan berstatus penduduk tetap dari Thailand itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan nikah batin dengan menikahkan dirinya sendiri apabila dia menjadi kadi serta saksi selain mengambil upah RM200 daripada mangsa.

Malah, bomoh yang sudah beristeri itu juga bijak menjerat pasangan bermasalah untuk mendapatkan khidmatnya selain menawarkan diri berkunjung ke rumah pesakit bagi memberikan rawatan.

‘Musang’ maut dalam kereta

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SEREMBAN: Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Musang’ ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang sebuah kereta dipercayai dibunuh berhampiran sebuah tokong Cina di Broga, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Saravanan, 22, dari Seremban Selatan ditemui cedera parah di beberapa bahagian badan dalam Perodua Alza putih.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul berdasarkan kesan kecederaan pada beberapa bahagian badannya. “Hasil pemeriksaan mendapati, sebelum kejadian berlaku, empat rakan mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki mengatakan mangsa berada di kawasan tokong itu.
“Empat lelaki berkenaan kemudian bergegas ke lokasi itu sebelum dikejutkan dengan penemuan mangsa yang berlumuran darah di tempat duduk belakang kereta,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, dua daripada rakan mangsa bertindak menghantar mangsa ke Hospital Kajang sebelum doktor mengesahkan mendiang sudah meninggal dunia. “Kedua-dua rakan mangsa turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya yang mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7583222 bagi membantu siasatan.

Tangisan dalam masjid

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

PERMAISURI: Seorang imam dan pembantunya yang baru tiba di masjid untuk menunaikan solat Subuh terkejut apabila mendengar bunyi tangisan bayi sebaik membuka lampu dalam kejadian di Kampung Saujana, di sini, kira-kira jam 5.50 pagi, semalam.
Imam Masjid Kampung Saujana, Yaacob Jusoh, 66, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi itu adalah tangisan kanak-kanak yang singgah bersama keluarganya untuk bersembahyang di masjid berkenaan.

Namun, katanya, sebaik menuju ke arah bunyi tangisan itu, dia terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat dibalut dengan tuala berwarna oren di bahagian belakang ruang solat lelaki.

“Sebaik melihat bayi itu, saya dan Pembantu Hal Ehwal Agama masjid, Zahari Ngah, berbincang bagaimana untuk menyelamatkannya kerana jemaah lain belum tiba disebabkan hujan.

“Saya dan Zahari mengambil keputusan menghantar bayi itu ke Hospital Setiu sebelum doktor memasukkannya ke dalam inkubator.

Dua penyangak tak sempat joli hasil samun



SHAH ALAM: Hasrat dua penyangak mahu berjoli menggunakan wang hasil rompakan tidak tertunai apabila mereka dicekup polis dalam tempoh 24 jam selepas meragut seorang wanita warga emas di Apartment Millenium Square, Petaling Jaya, Isnin lalu.
Ketika kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 56 tahun sedang berjalan bersama anak perempuannya berusia 26 tahun untuk pulang ke rumah di luar kawasan apartment berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohamad Adnan Abdullah berkata, dalam perjalanan itu, mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal Yamaha sebelum meragut beg tangan mangsa.
Katanya, mangsa dan anaknya cuba melawan, namun terjatuh menyebabkan mangsa cedera di hidung selain patah tulang rusuk.

"Mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis," katanya.

Mohamad Adnan berkata, pada jam 5.30 pagi keesokannya, polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian itu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
"Sewaktu ditahan, polis merampas wang RM150 bersama sebuah motosikal Yamaha,” katanya.

Pekerja ladang ditahan kerana berasmara dengan keldai


TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.
Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.

Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.
Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.

Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu “menjadi matang.” “Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya,” katanya. Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle “secara tidak sengaja.” Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melakukan onani apabila haiwan itu terangsang. Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.

Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. “Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang,” katanya. Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu. - TS

Jurutera pakai 302 helai seluar dalam untuk cipta rekod dunia

LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.
Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. - DM

No comments:

Post a Comment