Sunday, September 23, 2012

TANGKAP DAN HUKUM...DIA SEDAP2 LEPAS BEGITU AJE...PATUT JUGA DIHUKUM ...MALU...SAMA YANG DIRASA OLEH YANG DIZINA HINGGA MENGANDUNG DAN BUNUH ANAK

Like This Page · 3 hours ago

Balasan Di Dunia - Inilah Nasib Keluarga Pembuat Filem Yang Menghina Nabi Muhammad (SAW)

Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, untuk mula hidup dalam perse
mbunyian.

Nakoula Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.

Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan.

"Mereka memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News Selasa (18/9).

Whitmore menolak menyebutkan di mana keluarga itu tinggal saat ini. Mereka menyatakan tidak akan pernah kembali ke rumah mereka di Cerritos, walaupun keputusan itu "sepenuhnya terserah kepada keluarga".

Nakoula, 55 tahun, mengakui peranannya dalam pembuatan filem itu minggu lalu. Saat itu, ia meminta bantuan polis untuk menangani ancaman pembunuhan yang diterimanya sejak pelancaran filem itu. Ia juga menyatakan "takut mati", berkaitan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Nakoula awalnya menggunakan nama samaran Sam Bacile, mengatakan kepada wartawan ia adalah seorang "Yahudi-Israel", dan filem itu menelan kos sekitar US $ 5 juta, yang berasal dari teman-teman Yahudi-nya. Namun, yang sebenarnya, Nakoula adalah seorang Mesir-Amerika beragama Kristian Koptik.

Ia kemudian berkata kepada pihak berkuasa bahawa ia dan anak lelakinya, Abanob Basseley, 21 tahun, yang bertanggung jawab untuk menghasilkan filem itu. Ia juga meralat kos pengeluaran sebanyak US $ 50 ribu hingga US $ 60 ribu dan penggambaran yang dilakukan tak lebih dari 12 hari. Ia mendakwa wang untuk filem itu berasal dari keluarga isterinya di Mesir.

Catatan yang diperolehi oleh ABC News menunjukkan, Nakoula pernah dihukum kerana berniat menghasilkan metamfetamin pada 1990-an. Ia juga pernah terjerat kes undang-undang bagi tuduhan penipuan bank.

Menurut laman web The Smoking Gun, Nakoula dihukum 21 bulan penjara dan lima tahun masa percubaan, lalu dipindahkan dari kompleks pemasyarakatan persekutuan di Lompoc, California, ke rumah peralihan pada tahun 2010. Ia dibebaskan dari tahanan persekutuan pada Jun 2011. Produksi filem itu bermula hanya dua bulan selepas dia tidak di sebuah tempat di selatan California.

-sumber eramuslim.com

P/s : Di Dunia tentera Muhammad mencari mu, Di Alam Kubur Malaikat Mungkar Nakir menunggu mu..yang pasti kamu pasti mampusss..
— with Cikgu Suhasni, Rokhiah Azit, Pas Zon Anggeri
Trauma dada diacu parang
NORFARAHAH OTHMAN
23 September 2012
Siti Khatijah
Siti Khatijah melakonkan semula situasi kakaknya yang diikat dan diselubung dengan selimut semasa rompakan berlaku.
BENTONG - Dua beradik warga emas berdepan saat mencemaskan apabila rumah mereka di Simpang Chamang, dekat sini, dimasuki tiga perompak, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin.

Ketika kejadian, Sainiah Ahmad, 80, sedang menonton televisyen di dalam bilik tidur manakala adiknya, Siti Khatijah Ahmad, 60, sedang berbaring di ruang tamu.

Siti Khatijah berkata, semasa berbaring dia terdengar bunyi bising di bahagian dapur, namun menyangka anak saudaranya datang.

Bagaimanapun katanya, dia terkejut kerana yang muncul ketika itu ialah tiga lelaki dan dua daripadanya bersenjatakan parang.

“Dua lelaki itu terus masuk ke dalam bilik kakak saya dan mengarahkan kakak menyerahkan barangan berharga.

“Dalam masa sama saya juga turut diminta masuk ke dalam bilik sebelum kami berdua diikat,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Khatijah berkata, tangannya diikat ke belakang dan mulut ditutup dengan plaster, manakala kakaknya pula diikat tangan di bahagian depan dan bahagian kaki kemudian diselubung dengan selimut.

Jerit minta tolong

Selepas kira-kira 15 minit menggeledah bilik tidur, Siti Khatijah berkata, ketiga perompak itu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua dalam keadaan terikat di atas katil.

Menurutnya, selepas menyedari keadaan selamat, kakaknya mengambil gunting dan terus mengunting ikatan tali di bahagian tangannya.

“Saya kemudian terus ke ruang tamu menelefon saudara mara terdekat, namun hampa kerana talian telefon sudah diputuskan perompak terbabit.

“Selepas itu saya jerit minta tolong dan nasib baik jiran sebelah dengar,” katanya.

Siti Khatijah berkata, jirannya membantu menghubungi ahli keluarga terdekat dan polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Ugut bunuh

Sementara itu, Sainiah berkata, perompak terbabit mengacukan parang beberapa kali ke bahagian dadanya sambil mengugut akan membunuhnya sekiranya tidak menyerahkan barang berharga.

Katanya, salah seorang perompak sempat memberitahu mereka sudah lama memerhatikan rumahnya.

“Sehingga kini kami berdua masih trauma dengan apa yang berlaku. Kalau ingat kejadian itu saya akan berasa sesak nafas.

“Namun saya bersyukur kerana kami berdua selamat walaupun hilang barang kemas dan sejumlah wang tunai lebih kurang RM2,000 serta sebuah telefon bimbit,” katanya.

Terkejut terima panggilan jiran

Anak Sainiah, Amiruddin Ahmad, 55, berkata, dia terkejut menerima panggilan telefon daripada jiran ibunya memaklumkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah ibunya dan mendapati perompak terbabit masuk selepas mengumpil pintu di bahagian tepi rumah.

“Setiap malam, memang rutin harian saya datang menemani emak dan ibu saudara tidur di rumah ini. Namun pada hari ini (malam kelmarin) saya terlewat sedikit,” katanya.

Amiruddin berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana perompak berkenaan seolah-olah sudah membuat pemerhatian sebelum menyamun rumah ibunya.

Polis jalankan siasatan

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan bersenjata.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang melawat keluarga mangsa menasihatkan penduduk supaya peka dengan keadaan persekitaran termasuk kehadiran individu mencurigakan di sekitar kawasan rumah.

Menurutnya, masalah kecurian dan pecah rumah biasanya berlaku di luar jangkaan menyebabkan penduduk perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi.
SHAH ALAM – Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.
Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.
Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.
Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.
Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.
Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. -BERNAMA

Zain: Saya dan Rozita hanya kawan

Posted on the September 23rd, 2012 under Artis by admin

NAMA Zain Saidin seakan tidak lengkap sekiranya dirinya tidak dikaitkan dengan pelakon janda bergetah, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
Gosip cintanya dengan Che Ta berterbangan sejak tahun lepas selepas dirinya menemani pelakon wanita itu dan dua anaknya bercuti ke kota keriangan Genting Highlands.
“Saya memang mengakui menemani Rozita dan anak-anaknya ke Genting semasa cuti persekolahan tahun lepas, itu pun kebetulan saya pun tengah ‘free’ ketika itu.

“Sejak daripada banyak keluar cerita yang saya bercinta dengan Rozita pada hal saya dan dia hanya berkawan sahaja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Tetapi saya tidak menafikan dia antara kawan perempuan dalam industri ini yang saya rapat selain Azza Elite dan Natasha Hudson,” katanya.
Ketika ditanya tidak dia rimas dengan gosip itu, Zain menjelaskan, “saya melihatnya daripada sudut positif.”
“Saya cuba mengelak tapi apabila masuk dalam dunia seni, cerita-cerita gosip seperti itu kita tak boleh lari dan saya sedar gosip sebegini adalah di luar kawalan kita.
“Kalau boleh saya mahu elakkan diri daripada terpalit gosip dan berharap peminat mengenali saya kerana bakat yang saya ada,” katanya.
Sementara itu, drama bersiri lakonan terbaru Zain terbitan Skop Productions itu akan bersiaran mulai 4 Oktober ini di TV2 yang turut dibintangi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Aaron Aziz.
Sinar

Gereja Australia akui 600 kanak-kanak dicabul paderi

Posted on the September 23rd, 2012 under Luar Negara by admin

MELBOURNE: Gereja Roman Katolik Australia telah mengesahkan bahawa lebih daripada 600 kanak-kanak telah didera secara seksual oleh paderi mereka sejak tahun 1930 di negeri Victoria.
Ketua Biskop Melbourne, Denis Hart, menyifatkan angka itu sebagai “ngeri dan memalukan”.
Pengakuan itu dibuat dalam satu penghujahan kepada siasatan parlimen negeri dalam pengendalian kes-kes pencabulan, namun terdapat pihak yang mengatakan angka sebenar mungkin mencapai sehingga 10,000 mangsa kanak-kanak.
Pihak gereja berkata 620 kes itu bermula dari 80 tahun lepas dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, dengan 45 kes lagi masih dalam siasatan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Biskop Hart berkata ia adalah penting untuk bersikap terbuka “mengenai penderaan seksual yang telah berlaku di Victoria dan di tempat lain”.
“Kita melihat siasatan ini sebagai cara membantu penyembuhan mereka yang telah dicabul, dan untuk memeriksa konteks yang luas tentang respons dari pihak gereja, terutamanya dalam tempoh 16 tahun yang lalu, dan untuk membuat cadangan bagi meningkatkan penjagaan mangsa dan bagi langkah-langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, “kata kenyataan itu.
Chrissie Foster, ibu kepada dua anak perempuan yang dirogol oleh paderi mereka dari pertengahan 1980-an, berkata pihak gereja mempunyai tempoh yang berdekad lamanya untuk menangani isu ini tetapi hanya baru mendedahkan angka penderaan seksual itu kepada siasatan parlimen Victoria Jumaat lalu.
“Hanya kerana usaha mangsa yang berulang alik melapor kepada pihak polis yang menyebabkan semua ini berhenti”.
“Pihak gereja tidak pernah berusaha untuk menghentikan jenayah paderi fidofilia (tertarik secara seksual kepada kanak-kanak) mereka,” tambah Foster, yang berkata salah satu daripada anak perempuannya akhirnya membunuh diri.
Kerajaan negeri Victoria mengumumkan siasatan ke dalam kes pencabulan kanak-kanak oleh badan agama dan badan bukan kerajaan selepas berpuluh-puluh kes bunuh diri oleh mereka yang dicabul oleh para paderi dilaporkan.
Penderaan kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik telah menjadi isu utama di Australia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Semasa lawatan ke Australia pada Julai 2008, Pope Benedict XVI bertemu dengan beberapa mangsa dan membuat permohonan maaf secara terbuka ke atas pencabulan tersebut.
Harakahdaily.net
Naik angin bapa tidak beri duit
Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by admin
Zapri menutup mukanya mengelak daripada dirakam selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.
KUALA TERENGGANU – Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik.
Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Zapri mengaku dengan sengaja telah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada bapanya, Razali Muda, 59, pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 11 malam.
Zapri mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama itu di kediaman mereka di Kampung Gong Pak Maseh, di sini.
Sinar
AGM kecoh, Shahidan gagal pertahan jawatan
Posted on the September 23rd, 2012 under Sukan by admin
Datuk Seri Shahidan Kassim melambaikan tangan sebelum beredar selepas mesyuarat agung tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini bermula dalam suasana kecoh susulan pertikaian sama ada ia diteruskan atau ditunda.
Bukan itu sahaja, calon Presien KOM yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan. Datuk Zainal Abidin Ahmad menyuarakan perasaan tidak puas hati berikutan mesyuarat tersebut ditutup oleh pengerusi yang juga Presiden KOM, Datuk Shahidan Kassim sebelum keputusan undian diumumkan.
Love Drama? Create your own. Win up to USD30,000!
Diundi sebagai Presiden KOM bagi penggal 2012-2014, Zainal Abidin yang menewaskan Shahidan dengan 23 undian daripada 44 perwakilan, berkata, AGM tersebut sepatutnya ditutup selepas selesai pengumuman calon dan ia sepatutnya dilakukan oleh ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.
“AGM ini sepatutnya mengikut prosedur mesyuarat yang sebenar dan hanya boleh ditutup selepas kesemua ahli jawatankuasa baru diberikan peluang untuk berucap dan menyatakan hala tuju,” katanya selepas diumumkan sebagai presiden KOM yang baru semalam.
Pada masa sama, mengakui yakin akan menang dalam perebutan kerusi presiden KOM berdasarkan polemik yang melanda badan induk itu belakangan ini, Zainal berharap pemilihan muka baru dalam mengendalikan KOM akan membawa banyak perubahan.
“Saya memang mahu mengambil alih jawatan ini sekali gus sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam memartabatkan sukan olahraga,” katanya yang mahu menumpukan aspek kebajikan, prestasi atlet dan juga jurulatih.
Sementara itu, meskipun menjadi calon popular dalam KOM, Shahidan nyata gagal mempertahankan jawatan presiden yang dipegangnya sejak 2006 apabila sekadar menerima 21 undian.
Terpaksa menerima hakikat tersebut, Shahidan bagaimanapun berjanji akan terus berjuang untuk memastikan sasaran pingat bagi olahraga tercapai dan berharap segala isu panas yang berlaku dalam KOM dapat dikurangkan.
“Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka. Ini tidak bermakna perjalanan saya dalam dunia sukan sudah berakhir. Enam tahun berada dalam pengurusan KOM saya sudah lakukan yang terbaik dan saya berharap ahli jawatankuasa baru sudah membuat persediaan yang mantap untuk menerajui KOM.
“Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya, jangan putus asa,” katanya ketika ditemui di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.
Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatannya apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu.

No comments:

Post a Comment