Tuesday, October 9, 2012

JANGAN KITA TERLALU KEJAM SERTA BERSIKAP DEGIL

Kerajaan disaran laksana sistem sekolah satu sesi

KERAJAAN diminta laksanakan sistem persekolahan satu sesi demi kecemerlangan pendidikan. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU – Majlis Profesor Negara (MPN) meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi di semua sekolah demi kecemerlangan pendidikan negara pada masa depan.
Menurut Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan MPN, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa, pendekatan itu disifatkan mendatangkan lebih banyak faedah dan manfaat kepada para pelajar.
“Apabila sekolah satu sesi dilaksanakan, pelajar mempunyai cukup masa untuk menanam nilai murni, melakukan aktiviti kokurikulum termasuk berinteraksi dengan guru dan komuniti sekolah,” katanya.

Sebar mesej perpaduan melalui dakwah - TPM


MUHYIDDIN melancarkan buku bertajuk Falsafah Agama John Hick: Pengamatan Dari Kaca Mata Ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah sambil diperhatikan oleh Presiden Muafakat, Ismail Mina (tiga dari kiri) pada Seminar Dakwah Nasional 2012 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gerakan dakwah di Malaysia boleh memainkan peranan utama dalam menyebarkan mesej perpaduan secara meluas kepada segenap lapisan masyarakat.
Beliau berharap peranan itu boleh dilaksanakan dengan berkesan kerana sifat gerakan dakwah yang bebas dan mempunyai pengaruh merentasi batas politik.
"Saya yakin perpaduan ummah akan dapat dicapai sekiranya semua pihak ikhlas dalam memperjuangkannya tanpa ada tujuan lain selain melihat Islam terus dimartabatkan dan syiar Islam ditegakkan di negara kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Dakwah Nasional 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Muhyiddin turut mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengelakkan perpecahan sesama sendiri dan mengekalkan perpaduan memandangkan ia faktor terpenting yang menentukan kesejahteraan ummah.
"Janganlah kita membiarkan perbezaan fahaman atau pandangan politik menyebabkan kita bersengketa sesama sendiri, berpecah-belah dan akhirnya merugikan umat Islam," katanya.

Mati selepas seminggu koma


GAMBAR menunjukkan beberapa batang kayu masih terdapat di dalam rumah tempat Ku Ameerul dibelasah sampai mati di Sungai Petani pada 2 Oktober lalu.


SUNGAI PETANI – Perbuatan lapan lelaki yang menyerang dan memukul seorang remaja hingga koma mengundang padah apabila mereka kini berdepan hukuman mati selepas mangsa yang tidak sedarkan diri sejak seminggu lalu meninggal dunia semalam.
Suspek-suspek disyaki sebahagian daripada 20 lelaki yang memukul Ku Ameerul Arshad Ku Salim, 20, sampai koma pada pukul 4 pagi, 2 Oktober lalu. Ketika kejadian, mangsa berada di sebuah rumah bersama lima lagi rakannya di Taman Ria di sini.
Difahamkan, ketika sedang berehat di rumah itu, mangsa dan rakan-rakannya diserang oleh 20 lelaki dikenali bersenjatakan kayu selepas disangka terlibat dalam satu kejadian ragut.
Kesemua mereka yang cedera akibat dibelasah kemudian bertindak berlari keluar untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, Ku Ameerul yang terjatuh ke dalam longkang berdekatan terus dijadikan ‘karung tinju’ dan dibelasah tanpa belas kasihan sampai koma.
Polis menukarkan siasatan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh selepas remaja berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati mandatori.

Borong syabu, heroin


MOHMAD menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada empat individu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kegiatan haram empat individu termasuk sepasang suami isteri menjadikan dua buah rumah sewa dan bilik hotel sebagai tempat membungkus serta memborong syabu dan heroin terbongkar apabila mereka ditahan bersama dadah bernilai RM870,000 kelmarin.
Serbuan di sebuah flat di Jalan Sunway, Bandar Sunway Semenyih, Kajang pada pukul 12.30 tengah malam itu dapat merampas 12.5 kilogram syabu bernilai RM570,000 dan menahan sepasang suami isteri berusia 30 dan 38 tahun.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek menyewa dua buah rumah bersebelahan dengan salah satunya dijadikan tempat membungkus dan menjual dadah secara borong manakala satu lagi didiami oleh mereka sejak setahun lalu.

83 laman web jual ubat haram, tiruan

JAKARTA: Agensi Pemantauan Dadah dan Makanan (BPOM), dalam Operasi Pangea kelimanya, merampas beribu-ribu dadah haram dan tiruan yang dipasarkan di Internet
Pengerusi BPOM, Lucky S. Slamet semalam berkata, dalam operasi itu, agensi berkenaan mengenal pasti 83 laman web yang dikatakan mengedar dadah haram dan tiruan.

Jumlah itu meningkat daripada 30 laman web yang dikenal pasti ketika operasi sama, tahun lalu.

“Kami meminta Kementerian Komunikasi dan Maklumat untuk segera menyekat dan menutup laman web berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat BPOM di Jalan Percetakan Negara, Jakarta Tengah.

Dalam operasi tahun ini, BPOM merampas 66 jenis ubat tiruan, kebanyakannya untuk masalah mati pucuk, diikuti dengan pil melangsing badan dan menaikkan syahwat wanita yang bernilai Rp150 juta (RM48,043) yang dipercayai diedar di Internet.

Lucky berkata, pegawai mereka turut menahan dua suspek dalam operasi itu dan dalam proses membawa empat kes ke mahkamah.

“Kami akan terus melakukan siasatan untuk mencari dalang di sebalik laman web ini,” katanya.

Operasi BPOM itu dilakukan di dua bandar, iaitu Jakarta dan Yogyakarta dari 25 September hingga 2 Oktober dengan kerjasama Polis Nasional, Pejabat Pendakwa Raya Negara dan Pejabat Kastam dan Eksais di Kementerian Kewangan.

Kira-kira 100 negara, termasuk Indonesia mengambil bahagian dalam Operasi Pangea kelima ini di bawah pengawasan Pusat Biro Nasional (NCB) dan Interpol yang bertujuan untuk membongkar penjualan produk haram termasuk ubat haram di Internet.

NCB dan Interpol memulakan Operasi Pangea pada 2008 dengan penyertaan daripada lapan negara, diikuti pada 2009 dan disertai oleh 25 negara. Operasi pada 2010 disertai oleh 44 negara dan pada 2011, 81 negara turut serta.

Indonesia mula menyertai Operasi Pangea pada 2011. Dalam operasi itu, BPOM merampas 57 dadah tiruan dan yang paling banyak adalah dadah meningkatkan keupayaan seks dan pil pelangsing badan bernilai Rp82 juta (RM26,171). - Jakarta Post

Pensyarah didakwa jual diploma


ELMY (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tuduhan menjual diploma palsu.


JOHOR BAHRU – Seorang bekas pensyarah kolej swasta di ibu kota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM1,500 kerana menjual diploma palsu pada Mac lalu.
Tertuduh, Elmy Shadzly Wahi, 40, memohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Bekas pensyarah Fakulti Kulinari dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu didakwa menerima suapan daripada Izam Mustafa sebanyak RM1,500 melalui akaun miliknya yang dimasukkan secara deposit tunai.
Semasa kejadian, Elmy masih bekerja di kolej tersebut.
Wang RM1,500 sebagai dorongan kerana tertuduh membekalkan Diploma Dalam Bidang Pengurusan daripada Nilai University College di Negeri Sembilan kepada Izam.

Penemuduga jadi perogol didakwa


Ruong HUEI semasa ditahan di sebuah hotel di Cheras pada 26 September lalu.


KUALA LUMPUR - Kelicikan seorang lelaki yang mencari mangsa menerusi iklan temu duga kerja berakhir dengan dia dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan termasuk merogol dan samun dua wanita.
Bagaimanapun, Chai Ruong Huei mengaku tidak bersalah selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Ruong Huei, 29, didakwa merogol seorang wanita berusia 21 tahun di dalam sebuah bilik bernombor 303, sebuah hotel bajet di Setapak pada pukul 11.40 pagi, 15 September lalu.
Lelaki itu juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii ke atas wanita sama pada 16 September di tempat sama.
Bagi dua kesalahan tersebut, Ruong Huei berhadapan dakwaan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 C akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Warga emas maut selepas diseret sejauh dua km


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang warga emas yang mati akibat kemalangan di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh hampir dua kilometer (km) oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan kenderaan itu dalam kejadian di Lebuhraya Kulim-Butterworth di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi berhampiran stesen minyak Petronas Seberang Jaya itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan termasuk perutnya yang hampir hancur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam apabila mereka menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan bersama motosikalnya.
Katanya, mangsa, Shahidin@Moktar Ahmad, 70, yang berasal dari Permatang Bertam, Kepala Batas yang menunggang sendirian dipercayai telah bergesel dengan kenderaan berat disyaki lori.

Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki

SEBUAH kereta berperisai tentera Turki mengawal kawasan di bandar Akcakale yang terletak di sempadan Syria kelmarin.


ANKARA – Agensi berita pemerintah Turki menyatakan bedilan meriam tentera Syria mengenai wilayah Turki untuk hari keenam.
Agensi berita Anadolu melaporkan bedilan meriam itu mengenai sebuah kawasan tanaman kapas dekat bandar Altinozu, berhampiran sempadan kedua-dua buah negara semalam.
Bagaimanapun, tiada laporan bahawa tentera Turki bertindak balas.
Terdapat beberapa orang yang bekerja di kawasan berkenaan ketika kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.
Ankara dan Damsyik saling berbalas bedilan meriam dan mortar sejak Rabu lalu.
Turki melakukan serangan balas itu apabila lima penduduknya maut akibat bedilan meriam Syria mengenai rumah di bandar Akcakale.
Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan perang saudara di Syria akan merebak menjadi konflik serantau melibatkan Turki.
Turki merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Agensi

Kereta disembur asap pembunuh nyamuk


SEORANG pelancong (berbaju merah) berdiri di tepi keretanya yang disembur asap pembunuh nyamuk.


HAVANA, Cuba - Seorang pegawai kesihatan menyembur asap pembunuh nyamuk ke dalam beberapa buah kereta di Jimaguaye, dekat Camaguey, timur Cuba pada Khamis lalu.
Pemerintah Cuba melancarkan kempen menyembur asap itu untuk memerangi penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk yang disebabkan gigitan nyamuk aedes.
Penyakit itu boleh membawa maut. - Reuters

Ikan paus ditemui mati terapung




BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai.
Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui.
Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin.
Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada badan paus itu.
Haiwan itu merupakan ikan paus yang kedua terbesar di dunia selepas paus biru.
Ia boleh membesar sehingga 21.34 meter dengan berat mencecah 63.5 tan metrik. - Agensi

No comments:

Post a Comment