Tuesday, May 1, 2012

DAH BANYAK KES...ZINA...BUANG ANAK...BUNUH ANAK LUAR NIKAH...KITA MASIH DEGIL DAN BERDALIH UNTUK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD...ALLAH AKAN BANYAKKAN LAGI BALA TURUN...KITA SENDIRI MENGUNDANG BALA TERSEBUT...DEGIL TERUS DEGIL...KENA BATANG HIDUNG BARU NAK SEDAR KOD...

Dua pisau bunuh ayah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

TRAGEDI...ahli keluarga  membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.
TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.
IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.
Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.
Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.


“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya.

Benam bayi dalam baldi

Oleh Fauzi Rahim Mustafa
am@hmetro.com.my

SIASAT...anggota  forensik memeriksa mayat bayi yang  ditanam dua remaja.
SIASAT...anggota forensik memeriksa mayat bayi yang ditanam dua remaja.
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercayai mencekik dan melemaskan bayi lelaki yang dilahirkannya dalam baldi berisi air Ahad lalu, sehari sebelum menanam mayat bayi itu dalam semak berhampiran kawasan kilang di Taman Ria Jaya di sini, keesokannya dengan bantuan teman lelakinya berusia 17 tahun.
Dalam kejadian 6.30 petang Ahad lalu, pelajar terbabit yang melahirkan bayi lelaki cukup sifat, panik lalu mengambil tindakan membunuh bayinya bagi mengelak perbuatan kejinya diketahui.

Menurut sumber, pelajar terbabit mencekik dan melemaskan bayi itu dalam baldi berisi air sebelum menyimpan mayatnya dalam almari di biliknya.
“Bayi itu dipercayai hidup dan sempurna sifat ketika dilahirkan.

“Ibu bapa remaja perempuan itu tidak tahu anak mereka hamil mungkin kerana perutnya yang membesar tidak terlalu ketara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, keesokannya kira-kira jam 6.30 pagi, remaja perempuan itu memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg sekolah untuk dibawa ke sekolah dan membuat temu janji dengan teman lelakinya, bekas pelajar sekolah berkenaan yang sudah tidak bersekolah.

“Pelajar perempuan itu kemudian mengikut teman lelakinya yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal, membawa mayat bayi untuk ditanam di tanah kosong di Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya.

“Mereka menanamnya bersama beg sebelum menutup dengan batang kayu untuk mengelak dikesan,” katanya.
Menurutnya, perbuatan pasangan remaja berkenaan terbongkar selepas pelajar perempuan itu menceritakan kejadian kepada beberapa rakannya yang kemudian melaporkan kepada guru kaunseling di sekolah berkenaan. Beliau berkata, guru kaunseling berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada seorang ahli jawatankuasa masjid berhampiran yang melaporkan kepada polis. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Tey ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya sudah menahan pasangan berkenaan malam kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menanam mayat bayi tanpa kebenaran. Polis akan menyiasat secara menyeluruh untuk mengetahui punca kematian bayi itu.

“Mayat bayi itu dipercayai ditanam lebih 24 jam lalu di Jalan PKNK 1/8, Kawasan Perusahaan Taman Ria Jaya dan ia dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Percutian berdarah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

NAHAS...bas persiaran terbalik selepas melanggar tembok, awal pagi  semalam.
NAHAS...bas persiaran terbalik selepas melanggar tembok, awal pagi semalam.
KUALA KUBU BHARU: Dua penumpang dan pemandu sebuah bas persiaran mati dalam keadaan mengerikan apabila kenderaan itu terbabas dan melanggar tembok penghadang jalan sebelum terbalik di Kilometer 434, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Beruntung, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, bas berkenaan membawa 48 penumpang iaitu rombongan penduduk kampung sekitar Chenderiang, Perak yang dalam perjalanan bercuti ke Melaka.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa yang terbunuh ialah ialah Tok Batin Orang Asli Kampung Sungai Balik, Chenderiang, Setapa a/l Mat, 46; seorang lagi peserta rombongan dikenali sebagai K Vimala, 58, dan pemandu bas, S Velmurugu, 44.

“Kemalangan itu menyebabkan dua mangsa (Setapa dan Velmurugu) tersepit di bawah bas dan seorang wanita (Vimala) tercampak keluar. Punca kejadian masih dalam siasatan. Ketika kejadian cuaca baik dan tidak hujan,” katanya.


Menurutnya, Setapa maut dalam keadaan perutnya terburai akibat dihempap bas yang terbalik, Vimala putus kepala dan tangan manakala Velmurugu cedera parah di kepala dan mati.

Upah samseng halau cikgu

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Damansara di sini, mendakwa hidup dalam trauma dan ketakutan selepas diganggu serta diugut sekumpulan samseng yang dipercayai diupah ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati mangsa mengajar di sekolah berkenaan.
Menurut sumber, guru berkenaan yang berusia 40 tahun menerima lima ugutan sejak 10 April lalu dan ugutan terbaru diterima ketika berada di tempat letak kereta rumahnya, jam 10 pagi, Sabtu lalu.

“Ketika kejadian itu, mangsa yang menuju keretanya dihampiri seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih mengajar di sekolah itu walaupun beberapa kali diberi amaran supaya berpindah.
“Lelaki terbabit yang juga orang sama mengganggunya sebelum ini mengugut dengan mengeluarkan perkataan ‘esok akan mati jika kau berdegil’ dan berpindah dari sekolah berkenaan,” katanya, semalam.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara. Sumber berkata, sekumpulan samseng terbabit turut mengekori guru berkenaan ke mana saja mangsa pergi termasuk membuat gangguan di rumah pada waktu malam apabila pintu rumah diketuk berulang kali.

“Siri gangguan terhadap mangsa bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu di sekolah berkenaan ditimbulkan segelintir ibu bapa pelajar yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

“Mangsa yang mengajar subjek Bahasa Melayu menyediakan kertas ujian pelajar dalam bahasa itu dan tindakan itu menyebabkan ibu bapa pelajar terbabit tidak berpuas hati. “Mangsa yang tidak tahan dengan gangguan itu membuat laporan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama dan memohon untuk ditukarkan sekolah lain kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Wanita bawa geng serang bekas rakan sekerja



KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan bekas rakan sekerja, seorang wanita berusia 20-an membawa geng sebelum menyerang dan memukul mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun diserang sekumpulan lelaki kerana dia berselisih faham dengan wanita itu mengenai masalah di tempat kerja.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa cedera di kepala dan badan.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sendirian di kedai berkenaan dihampiri empat lelaki bersama bekas rakan sekerjanya itu.

“Sebaik masuk, empat lelaki itu memukul mangsa. Mangsa mendakwa ditampar, ditumbuk dan diterajang kumpulan terbabit,” katanya.

Sumber berkata, kumpulan terbabit meninggalkan kedai itu selepas melihat mangsa terjatuh di lantai dan berada dalam keadaan lemah.

“Mangsa menghubungi majikannya sebelum dibawa ke klinik berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa mengenali seorang daripada mereka yang memukulnya.

Katanya, mangsa mengesyaki wanita itu tidak berpuas hati atau berdendam dengannya selepas berselisih faham ketika bekerja bersama beberapa bulan lalu sehingga membawa rakan menyerangnya.

Hartawan pemurah

IPOH: “Saya tidak percaya dia (suspek) tergamak menikam bapanya hingga mati,” kata Inder Singh, 65, sepupu Jaswant Singh Udan Singh, 40, yang ditemui mati dipercayai dibunuh anaknya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini, awal pagi semalam.
Inder berkata, mangsa antara saudara yang rapat dengannya dan peramah serta kerap berkunjung ke rumahnya bersama isteri untuk berbual sambil menjamu selera.

“Dia ahli perniagaan berjaya dan tidak lokek menderma. Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana dia tidak pernah mengadu mengenai masalah dengan anak sulungnya itu.
“Saya hanya mengetahui kejadian pembunuhan ini pada jam 3.30 pagi semalam, lalu bergegas ke rumah mangsa. Bagaimanapun, mayat Jaswant sudah dibawa ke HRPB,” katanya yang ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam, Menurut Inder, mangsa baru membeli kereta Mercedes Benz baru dan mempunyai kilang serta beberapa rumah sewa di Taman Botani, di sini.

Sementara itu, usaha wartawan menemu bual isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini, gagal kerana dia terlalu sedih dengan kejadian menimpa suaminya.

Bagaimanapun, seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Kamariah, 54, berkata dia sekeluarga tidak dapat tidur pada malam kejadian berikutan bunyi bising salakan anjing dari rumah mangsa.

Bukan lagi si tua terbuang

Oleh Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: “Saya di sini sihat dan gembira bersama anak serta cucu,” kata Omar Muhammad, 82, lelaki warga emas yang dipertemukan semula dengan anak lelakinya selepas terpisah selama 30 tahun ketika dihubungi, kelmarin.
Omar yang kini tinggal bersama anak sulungnya, Abd Wahab di Puncak Alam, Selangor berkata, dia bersyukur kerana hidupnya kini berubah dan tidak perlu lagi mengumpul kotak dan mengemis untuk menyara hidup seperti dilakukannya sebelum ini.

Menurutnya, dia tidak perlu lagi tidur di bangku Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana anaknya sudah menyediakan bilik yang selesa untuk tidur bersama cucunya.
“Segala makan minum saya kini terurus, malah kami sekeluarga gembira dapat bersama semula.

“Saya akan pulang ke Kuala Terengganu pada 15 Mei depan untuk menguruskan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh,’’ katanya.

Sementara itu, Abd Wahab berkata, dia gembira kerana bapanya dapat menyesuaikan diri serta selesa tinggal bersamanya dan keluarga.

Menurutnya, selepas kisah mereka disiarkan Metro Ahad pada 29 April lalu, ramai saudara-mara di seluruh negara menghubunginya dan mengucapkan tahniah kerana bertemu semula dengan bapa selepas sekian lama terpisah.

“Sempena perjumpaan semula dengan bapa, saya dan isteri bercadang mengadakan kenduri kesyukuran dan menjemput semua saudara-mara,” katanya.
Harian Metro pada 27 April lalu melaporkan kisah penderitaan Omar yang terpaksa mengemis dan mengumpul kotak untuk mengisi perut serta menjadikan hentian bas sebagai tempat kediamannya.

Abd Wahab yang terbaca berita itu terkejut apabila mendapati Omar adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak 1982 sebelum dia menghubungi pejabat Harian Metro untuk menemukan mereka di Hentian Bas MBKT, di sini, pada 28 April lalu.

Kekasih pula meninggal



JOHOR BAHRU: Teman lelaki seorang wanita yang ditemui maut dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta di sebuah ladang di Kangkar Pulai di sini, Ahad lalu, meninggal dunia tengah hari semalam selepas menerima rawatan selama dua hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HSA kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, mayat lelaki itu akan dibedah siasat di HSA bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Menurutnya, wanita berusia 23 tahun yang meninggal dunia pada hari kejadian disahkan meninggal dunia akibat gas beracun dipercayai daripada penghawa dingin kereta dinaiki mereka. Katanya, punca kematiannya diperoleh hasil bedah siasat dilakukan pasukan perubatan HSA terhadap jenazah wanita itu.

“Laporan bedah siasat petang kelmarin mendapati wanita terbabit mengalami sesak nafas berpunca daripada gas beracun sebelum meninggal dunia.

“Kes ini diharap dapat dijadikan teladan kepada semua dan memastikan kita tidak berada di dalam kereta yang enjin dihidupkan serta menggunakan penghawa dingin dalam tempoh lama sedangkan kereta tidak bergerak,” katanya, semalam.

Mati kepala kena stereng

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

KUCHING: Kegembiraan empat sahabat karib menikmati makan malam sempena cuti Hari Pekerja berakhir dengan tragedi memilukan apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki bersama seorang lagi rakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Jalan Penrinssen, dekat Batu 3, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa, Ng Wee Shian, 20, dari Taman Desa Moyan, Batu Kawa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai akibat terhantuk pada stereng.

Rakannya, Joseph Bau Quey Chyu, 16, terselamat dan hanya cedera ringan selepas merangkak keluar sebelum menghubungi rakan bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, keempat-empat rakan yang menaiki dua kereta mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Padungan.


“Ketika dalam perjalanan pulang, Ng yang memandu Perodua MyVi mengekori kereta dipandu rakannya sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Kian digesa letak jawatan

MELAKA TENGAH: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, dekat sini, Sabtu lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, tindakan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu juga membuktikan Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” katanya.

KITA TUNGGU VIDEO ATAU GAMBAR PIHAK YANG SATU LAGI...MEREKA NI ASALNYA SEPUAK@SERUMPUN DULUNYA...KELAUAR DAN TUBUH PARTI BARU....MASING2 TAHU KEGIATAN MASING2...CUMA SATU MASIH BERKUASA...YANG SATU LAGI BELUM...AKHIRAT NANTI MEREKA KAKI2 MAKSIAT TAK TERLEPAS WALAUPUN DARI PUAK MANA PUN...JANGAN SATU MONYET DAN SATU LAGI BERUK...DAH LAH...HARAP2 TIDAKLAH...BAGILAH ORANG BENAR2 TAKWA MEMIMPIN

Lagi skandal seks lelaki mirip pemimpin pembangkang


ANTARA rentetan gambar aksi lelaki mirip pemimpin parti pembangkang sedang berasmara yang didedahkan oleh sebuah laman blog kelmarin.



KUALA LUMPUR - Belum pun hilang ingatan orang terhadap isu gambar dan video seks melibatkan individu menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tersebar pula gambar-gambar aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin pembangkang di Selangor.
Sebanyak sembilan keping gambar yang memaparkan aksi lelaki mirip pemimpin kanan parti pembangkang sedang bermesra dengan seorang wanita di ruang tamu sebuah unit apartmen kini tersebar di laman siber.
Selain itu, gambar-gambar yang mula-mula muncul dalam blog Internet itu juga memaparkan aksi mereka berasmara seks oral di dalam tandas.
Gambar tersebut telah dimuat naik pada pukul 2.26 pagi Ahad lalu oleh sebuah laman blog.

Reka cerita selepas bunuh bapa



AHLI keluarga berkumpul di rumah Jaswant Singh yang disyaki mati dibunuh anak sendiri di Taman Bersatu, Simpang Pulai dekat Ipoh, Perak semalam.



IPOH - Tembelang seorang remaja yang datang ke balai polis kononnya untuk memaklumkan mengenai penemuan mayat bapanya terbongkar apabila dia ditahan selepas disyaki menikam perut peniaga kayu itu sampai mati dalam kejadian di Taman Bersatu, Simpang Pulai dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 1 pagi itu menyebabkan Jaswant Singh, 40, mati di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah teres dua tingkat tersebut selepas disyaki ditikam bertubi-tubi dengan dua bilah pisau oleh anaknya yang berusia 15 tahun.
Difahamkan, anak sulung daripada dua beradik itu bertindak demikian selepas dia tidak tahan melihat perlakuan ganas bapanya yang sering memukul ibunya selain rimas dengan masalah keluarga yang dialami mereka.

Kepala putus, perut terburai



ANGGOTA bomba memeriksa sebuah bas yang terbalik dalam kemalangan yang mengakibatkan tiga maut di Bukit
Beruntung, Hulu Selangor, Selangor semalam.



HULU SELANGOR – Seorang penoreh getah mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya putus selepas terlibat dalam kemalangan yang turut mengakibatkan dua lagi maut dan tiga parah di Kilometer 434, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Beruntung di sini semalam.
Kejadian pukul 1.50 pagi itu mengakibatkan K. Vimala, 58, maut di tempat kejadian. Turut maut ialah S. Velmurugu, 45, dan Setapa Mat, 46, yang berketurunan Orang Asli. Setapa maut dengan perutnya terburai.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa merupakan antara 48 ahli rombongan yang bertolak dari Chenderiang dekat Tapah, Perak ke Melaka dengan menaiki sebuah bas persiaran dipandu Velmurugu.

Penyangak langgar polis diberkas



ANGGOTA polis memeriksa sebuah kereta Proton Waja curi yang melanggar kereta peronda polis dalam kejadian
di kawasan Perindustrian Puchong, Selangor kelmarin.



PUCHONG – Tindakan jahat dua lelaki yang cuba melanggar polis selepas bimbang ditahan kerana menaiki kereta curi mengundang padah apabila mereka dapat ditahan setelah polis melepaskan satu das tembakan yang mengenai tayar kenderaan itu di kawasan Perindustrian Puchong di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila tiga anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja curi dinaiki dua suspek berusia lingkungan 40-an tersebut sebelum mengarahkan mereka berhenti.
Difahamkan, kereta Proton Waja tersebut dilaporkan hilang di kawasan Kuchai Lama pada 11 April lalu

AS dedah amalan guna dron di beberapa negara


GAMBAR fail menunjukkan sebuah dron milik Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Pegawai anti pengganas White House, John Brennan mendedahkan kepada umum berhubung keputusan untuk membunuh sasaran Al-Qaeda dengan menggunakan dron.
Ia merupakan kali pertama pentadbiran Obama mendedahkan amalan tersebut secara terperinci kepada umum tentang penggunaan pesawat tanpa juruterbang itu.
Bercakap di sini kelmarin, Brennan berkata, Presiden Barack Obama mahukan amalan tentera AS diketahui setahun selepas serbuan oleh komando Tentera Laut telah menyebabkan Ketua Al- Qaeda, Osama bin Laden terbunuh di bandar Abbottabad, Pakistan.
"Ya, bagi menghalang serangan pengganas ke atas AS dan bagi menyelamatkan nyawa rakyat AS, pentadbiran negara ini melancarkan serangan terhadap pengganas Al-Qaeda tertentu, kadangkala dengan menggunakan pesawat kawalan jauh yang dikenali sebagai dron," kata Brennan.
Menurutnya, sasaran serangan dron dipilih bergantung kepada tahap ancaman individu ke atas keselamatan AS.
Brennan berkata, membunuh anggota Al-Qaeda dengan menggunakan dron adalah sah di sisi undang-undang seperti yang dilakukan terhadap komander tentera Jerman dan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Pakistan kelmarin mengutuk serangan tentera AS yang menyebabkan tiga suspek militan mati di barat laut negara tersebut.
Sebelum ini, negara tersebut mengutuk serangan yang menggunakan pesawat tanpa juruterbang itu.
Bagaimanapun, dia membenarkan dron tersebut digunakan di beberapa kawasan yang didiami penduduk suku kaum. - AGENSI

Monday, April 30, 2012

SIBUK DENGAN PESTA..PESTA NI LEBIH BANYAK UNSUR MAKSIAT...BERHIBUR HINGGA LUPA MATI DAN AKHIRAT...PENDEKAT BIAR DE CIRI ISLAM BUKAN CARA LAIN...SEBAB KITA POPULAR DENGAN RASUAH...BETUL ATAU TAK...ALLAH SAJA YANG TAHU....

Wanita maut, suami dan bayi dipangkuan parah
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
Toyota Camry yang remuk dalam kemalangan pagi semalam.
Toyota Camry yang remuk dalam kemalangan pagi semalam.
IPOH - Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya merempuh pengadang besi jalan di Kilometer 306.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi berusia tiga bulan yang dipangku mangsa dan suaminya yang memandu cedera parah.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kereta Toyota Camry yang dipandu dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur terbabas ke kiri lebuh raya sebelum merempuh pengadang besi.
 
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa, Keng Siew Mei, 35, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Tang Lee Yen dan suaminya berusia 30 tahun parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
 
Katanya, mangsa yang berasal dari Petaling Jaya itu terhantuk pada bahagian hadapan kenderaan dan parah di kepala.
 
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pengadang besi jalan.
 
“Polis masih menyiasat punca kemalangan dan ketika kejadian cuaca dikatakan baik manakala lalu lintas juga lancar,” katanya.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222 atau 05-465 0020 bagi membantu siasatan.
Pesta Laut tahun ini bawa kelainan
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
LUMUT – Pesta Laut Pangkor Lumut menyaksikan lebih 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Putra Lumut sempena sambutan ulang tahun Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ke-78 yang berakhir hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir katanya, Pesta Laut Pangkor Lumut yang akan dijadikan acara tahunan di daerah Manjung itu akan memeriahkan Lumut sebagai Bandar Maritim.

“Kali ini, pengisian program ditambah kepada 30 acara berbanding sebelum ini hanya 10 dan ia dilangsungkan selama enam hari dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Perak,” ucapnya pada Perasmian Pembukaan Pesta Laut Pangkor Lumut di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman; Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Zamri Man.

Zambry berkata, pesta itu juga dijangka akan merancakkan ekonomi daerah berkenaan sekali gus memajukan industri pelancongan tempatan dan luar negara.

“Setiap kali cuti menyebabkan perkhidmatan feri sentiasa penuh untuk ke Pulau Pangkor sehingga ada yang terpaksa menunggu lebih dua jam.

“Ini tidak bermakna perkhidmatan feri tidak efektif disebabkan jumlah pelancong yang semakin meningkat ke daerah ini.

Pada majlis itu, kemeriahan pesta diserikan oleh Duta Tahun Melawat Perak, AC Mizal yang bertindak sebagai pengacara dan diserikan dengan nyanyian penyanyi tanah air antaranya Nash dan Jay jay.
Polis akan ubah cara pendekatan
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012

IPOH - Berikutan kurang sambutan dalam program Hari Polis Bersama pelanggan, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan menggunakan inisiatif dan pendekatan baru dalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat.
 
Beliau akan turun ke 15 daerah polis di negeri ini bagi memberi peluang kepada masyarakat bertemu secara bersemuka untuk mengetahui sendiri apa jua masalah jenayah yang dihadapi di sekitar kawasan masing-masing.
 
Menurutnya, cara ini boleh ditingkatkan serta dipererat agar usaha menurunkan kadar jenayah dapat direalisasikan.
 
“Melalui interaksi antara polis dan masyarakat, pelbagai pandangan dan maklumat untuk mengatasi masalah keselamatan masyarakat dapat diperoleh.
 
“Bagi program pertama, kita lancarkan di Ipoh sempena Karnival Jom Heboh dan seterusnya akan dijalankan ke daerah lain,” katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Ketua Polis Perak Bersama Pelanggan di pekarangan Stadium Indera Mulia sempena Karnival Jom Heboh, di sini.
 
Selain itu katanya, cara turun padang juga membolehkan masyarakat berkenalan dengan Ketua Polis Negeri atau Daerah yang bertugas di kawasan mereka.
Dua mayat hampir reput
MOHD FIRDAUS YON
30 April 2012
Polis sedang mengangkat mayat pasangan terbabit untuk dibawa ke hospital.
Polis sedang mengangkat mayat pasangan terbabit untuk dibawa ke hospital.
JOHOR BAHRU - Misteri kehilangan suami isteri warga Indonesia selama beberapa hari terjawab apabila pasangan terbabit ditemui mati dibunuh di kediaman mereka di Jalan Camar 15, Taman Perling, di sini, petang kelmarin.
Pasangan berusia 50-an yang menjalankan perniagaan kedai makan berdekatan rumah mereka itu diberitahu tidak berniaga selama tiga hari sehingga menimbulkan rasa hairan di kalangan pekerja dan penduduk setempat.
 
Penemuan mayat pasangan itu disedari oleh jiran yang curiga dengan bau busuk daripada rumah berkenaan sebelum bertindak melaporkan kepada pasukan polis.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, beberapa pekerja kemudiannya pergi ke rumah mangsa selepas gagal menghubungi majikan mereka menerusi telefon.
 
“Apabila sampai di rumah mangsa didapati pintu rumah dikunci dari luar, namun mereka mula syak ada sesuatu yang tidak kena apabila terhidu bau busuk dari dalam rumah itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini, malam kelmarin.
 
Menurutnya, pekerja terbabit memanggil penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum menemui mayat pasangan suami isteri itu dalam keadaan hampir reput di dalam bilik berasingan.
 
Eng Lai berkata, hasil daripada siasatan dilakukan mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa dipercayai dipukul.
 
“Kami percaya kes ini bermotifkan samun kerana sebahagian barang kemas mangsa didapati hilang selain beg duit mangsa yang kosong. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.
 
Selain itu, katanya, polis percaya suspek lebih daripada dua orang dan mereka dipercayai masuk dari pintu depan berdasarkan tiada kesan pecah masuk pada rumah mangsa.
Tiga hari tak pulang rumah
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
NORAINI
NORAINI
SEGAMAT - Seorang remaja perempuan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak tiga hari lalu setelah selesai membantu ibunya berniaga di warung berdekatan Bandar Putra di sini.
Menurut ibu gadis tersebut, Rosnah Abd Samad, 45, anaknya Noraini Zainal, 18, biasanya akan pulang ke rumah lebih awal daripadanya selesai berniaga.
 
Menurutnya, setelah melaporkan tentang kehilangan anaknya itu di Balai Polis Bandar Putra, sepasukan pihak Bomba dan Penyelamat datang ke rumah untuk membuat operasi mencari dan menyelamat selain pasukan polis.
 
Ketua Balai Bomba Bandar Putra, Aizat Mamat berkata, setakat ini masih tiada sebarang petunjuk dan pihaknya berharap sesiapa yang menemui Noraini terus membuat laporan di balai polis berdekatan.
Pekerja kilang mati dalam kereta
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kilang ditemui mati di dalam sebuah kereta bersama kekasihnya yang tidak sedarkan diri di Kilometer 10, Jalan Pontian Lama, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan punca sebenar kematian berkenaan.
 
“Pihak polis menerima laporan kira-kira jam 12 tengah hari tadi (semalam) dan bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.
 
“Mangsa merupakan wanita berusia 20-an dan telah ditemui mati di dalam kereta bersama pasangannya.
 
“Bagaimanapun pasangannya berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
 
Noor Hashim berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
10,000 kunjungi Karnival JOM Centre
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012

Rebut peluang kerjaya, pendidikan dan perniagaan. Seramai 10,000 pengunjung membanjiri Karnival JOM Centre yang diadakan sempena Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) peringkat Daerah Kluang 2012.
 
Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu anjuran Kerajaan Negeri Johor dan unit JOM Centre dengan kerjasama Sinar Harian, Astro dan Icon Community selaku rakan strategik.
 
Pegawai Belia dan Sukan JOM Centre, Anwar Zamil Malham berkata, karnival itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan belia terhadap aktiviti yang menyihatkan selain menyediakan peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan kepada mereka.
 
“JOM Centre adalah sebuah unit yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Johor dalam usaha membantu dan menjadikan golongan belia lebih proaktif dan mampu berdaya saing.
 
“Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang penubuhan unit JOM Centre ini dan antara yang paling diberi tumpuan adalah Karnival JOM Centre. Konsep santai yang ditekankan selaras dengan kehendak dan minat golongan belia masa kini menjadikan karnival terbabit antara karnival belia yang paling berjaya di negeri ini.”
 
Karnival itu akan diteruskan dengan penganjuran Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 Mei akan datang bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

BAGAIMANA SEMUA KAWASAN BERSIH DARI MAKSIAT...NAK...MUDAH JE...LAKSANAKAN HUKUM HUKUM HUDUD...MAI SINGGAH MASJID TAK NAK KE...MENUNTUT ILMU AGAMA DAN BERIBADAH TUK ALLAH...TAK KAN ..TAK INGAT MATI KOD...

Seksyen 10, 11 dipilih Zon Bersih
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
Abdul Khalid melancarkan Facebook Zon Bersih MBSA
Abdul Khalid melancarkan Facebook Zon Bersih MBSA sambil diperhatikan
Mohd Jaafar (kiri) dan Timbalannya, Mohtar Hani (kanan).
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memilih Seskyen 10 dan 11 Shah Alam sebagai kawasan Zon Bersih Peringkat MBSA bagi tahun 2012.
Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, lanjutan dengan pemilihan tersebut, MBSA akan melipatgandakan usaha pembersihan termasuk memperkasakan kutipan sampah domestik, haram, pukal serta pembersihan longkang besar dan kerja sapuan jalan.
 
Menurutnya, MBSA akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan infrastruktur awam seperti perhentian bas, papan tanda jalan, bonggol jalan dan sebagainya.
 
Beliau berkata, MBSA juga akan mengambil inisiatif untuk mengindahkan landskap di sekitar Seksyen 10 dan 11 serta memastikan pemangkasan pokok dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
 
“Papan tanda pemberitahuan nama kontraktor dan nombor talian yang boleh dihubungi serta jadual kutipan sisa domestik, pemotongan rumput, sapuan jalan, pembersihan kawasan komersial dan taman perumahan serta taman permainan akan dipaparkan di laluan strategik sekitar seksyen berkenaan.
 
“Penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis makanan juga akan diperkasakan melalui pemeriksaan kebersihan di restoran dan gerai makanan bagi memastikan pemilik premis mematuhi piawaian dan standard kebersihan yang ditetapkan dan memastikan kawasan laluan belakang ‘backlane’ tidak dijadikan sebagai tempat penyediaan makanan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBSA Tahun 2012.
 
Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertempat di Dewan Jenjarum, Seksyen 11 di sini semalam.
 
Mohd Jaafar berkata, komuniti di Seksyen 10 dan 11 juga menerima 1700 tong sampah sumbangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui anak syarikatnya Kumpulan Peransang Selangor dalam usaha merealisasikan Zon Bersih ini.
 
Beliau katanya, bagi tujuan amal iaitu mengecat Rumah Ramah (Daycare & Rehabilitation Centre) di Seksyen 10, Supply Paints System (M) Sdn Bhd berbesar hati menaja cat bagi tujuan sama.
 
Di majlis berkenaan Abdul Khalid turut melancarkan facebook dan Buletin Zon Bersih MBSA sebagai platform komuniti setempat untuk berinteraksi dengan membuat aduan, saranan dan pandangan berhubung pelaksanaan Zon Bersih.
 
Beliau turut memakaikan jaket dan topi kepada 22 ketua parcel atau bahagian, di kedua-dua seksyen dibahagikan kepada 11 parcel yang akan diketuai Pengarah Jabatan MBSA bersama wakil penduduk bagi memudahkan pemantauan kawasan dan pelaksanaan aktiviti bersama komuniti.
 
Selain itu, beliau menyerahkan kemeja T seragam kepada kontraktor kutipan sampah domestik dan pembersihan kawasan selain penyerahan sijil penghargaan kepada sektor korporat dan awam yang membantu menjayakan program Zon Bersih.
Pelajar maut perut terburai
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
Motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang rakan hancur diseret lori, awal pagi semalam.
Motosikal yang ditunggang mangsa bersama seorang rakan
hancur diseret lori, awal pagi semalam.
PELABUHAN BARAT - Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan mengerikan apabila perutnya terburai selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah lori.
 
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas digilis lori terbabit.
 
“Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
“Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret,” katanya.
 
Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.
 
“Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan yang gagal dikesan sejurus kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.
 
Sesiapa yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Nur Baidura Datuk Zulyadaen di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.
Suami isteri nafi kejam kepada penceroboh tanah
SYAIRI SHAARI
29 April 2012
GOMBAK - Sepasang suami isteri yang juga pemilik tanah Lot 153 Kampung Melayu Sri Gombak Pinggiran Batu Caves menafikan keluarganya bertindak kejam terhadap penceroboh tanah milik mereka.

Tuan tanah, Naney Kamis, 64 mendakwa, penceroboh pula melemparkan kata-kata tidak sepatutnya kepada keluarga mereka meskipun menduduki di atas tanah mereka hampir 10 tahun lamanya.

Menurutnya, dakwaan penceroboh mengatakan ahli keluarganya mencederakan ahli keluarga mereka baru-baru ini juga satu pembohongan.

“Buktinya penduduk kampung sendiri menyaksikan keganasan mereka seperti melemparkan botol berisi minyak dan menggunakan senjatakan parang ketika diminta berpindah,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menceritakan punca isu tersebut, keluarganya telah meminta dengan baik agar keluarga berkenaan berpindah dari tanah keluarganya kerana tanah tersebut adalah milik sah di atas nama suaminya, Othman Kamis, 64.

Katanya, 10 tahun keluarganya bertolak ansur dalam perkara ini tetapi keluarga berkenaan bertindak memburukkan nama keluarganya kepada penduduk kampung.

Jelasnya, apa yang dikesali, keluarga tersebut telah mungkir janji untuk mengosongkan tanah apabila pada mesyuarat isu penyelesaian bersama Pejabat Tanah Daerah Gombak pada 2003, mereka ditawarkan dua lot tanah iaitu di plot 149, Kampung Sri Gombak dan plot B di Kampung

Laksamana bagi ganti rugi dengan syarat mengosongkan Lot 153.

“Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah ditawarkan dua lot tanah dengan syarat berpindah dari Lot 153 namun ingkar dalam perjanjian dan tinggal di atas tanah keluarga saya hampir 10 tahun tanpa membayar sesen pun.

“Dalam tempoh itu , keluarga kami menanggung cukai tanah dan pada masa sama mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan mereka mengosongkan tanah tetapi keluarga tersebut tetap enggan berpindah,”katanya.

Sementara itu, keluarga yang kisah mereka disiarkan kelmarin mengosongkan rumah setelah menerima writ saman mengosongkan premis Lot 153 selewatnya 26 April lalu.
Penyamun cedera dibelasah
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
KUANG – Seorang penyamun cedera teruk dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tindakannya meragut dan mencederakan seorang suri rumah dalam kejadian di Kampung Damai malam kelmarin.

Menurut sumber, suspek yang menaiki motosikal meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa yang ketika itu ditemani anaknya lelakinya berusia 20 tahun.

"Suspek mengacukan pisau dan terus merentap rantai dan anting-anting yang dipakai menyebabkan wanita itu menjerit sekuat hati kerana telinganya sakit," katanya.

Kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudiannya bertindak mengejar suspek hingga ke jalan utama sebelum suspek terjatuh dan dapat diberkas.

"Suspek dibelasah teruk sekumpulan orang kampung yang marah dengan tindakannya dan pemeriksaan mendapati dia bukan penduduk kawasan itu,"katanya .

Suspek berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada polis manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan.
10 tahun derita bau busuk
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
10 tahun derita bau busuk
Kawasan belakang medan selera kotor serta tidak terurus
KEPONG - Penduduk di Taman Usaha Jaya dekat sini sudah tidak tahan dengan sikap pengotor sebuah medan selera yang sewenangnya-wenangnya membuang sisa kumbahan tandas dan dan saliran air buangan terus ke dalam longkang yang melalui kawasan perumahan mereka.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati medan selera yang sudah berada lebih 10 tahun di kawasan perumahan tidak mempunyai sistem saliran yang teratur malah lebih menjijikkan apabila bahagian tempat memasak medan selera yang mempunyai kira-kira 40 gerai itu kotor dan tidak terurus.

Difahamkan penduduk sudah banyak kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), namun setakat ini hanya kompaun sahaja dikeluarkan tetapi medan selera itu masih terus beroperasi dan melakukan kesalahan yang sama.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Imran, 62, berkata, dia yang tinggal membelakangi medan selera itu terseksa kerana sikap sambil lewa pengurusan medan selera terbabit untuk menjaga kebersihan

“Sudah banyak kali tegur tetapi mereka berdegil dan masih membuang air najis dan bahan buangan ke dalam longkang milik penduduk,” katanya.

Katanya, antara yang terjejas akibat bau busuk ialah Jalan 15 A, Jalan 10, Jalan 9 dan Jalan 7 kawasan perumahan berkenaan.

Penduduk Hamzah, 42, berkata, penduduk juga tidak terkecuali dari menghadapi risiko demam denggi apabila air longkang tersumbat dan tidak dapat mengalir disebabkan ianya bercampur dengan sisa buangan.

“Paling tidak dapat diterima kami ialah bagaimana medan selera ini boleh menggunakan rizab jalan untuk mendirikan tembok pemisah dan adakah mereka mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian,”katanya

Sehubungan itu, Persatuan Penduduk Taman Usaha Jaya (PPTUJ) sudah membuat aduan rasmi kepada MPS mengenai masalah berkenaan.

Pengerusinya, Suradi Ahmad ketika ditemui mengesahkan perkara berkenaan dan pihaknya berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk perumahan itu sejak sekian lama.

Sinar Harian akan mendapatkan maklum balas Majlis Perbandaran Selayang berhubung masalah ini dalam masa terdekat.
Negeri utara terdedah tsunami
GOKINA MORGANAN
30 April 2012
Anggota Maritim turut membantu menyelamatkan mangsa dalam latihan yang diadakan.
Anggota Maritim turut membantu menyelamatkan mangsa dalam latihan yang diadakan.
GEORGETOWN - Negeri di kawasan utara Semenanjung Malaysia terdedah kepada ancaman tsunami sekiranya berlaku gegaran dan gempa bumi kuat di dasar laut Kepulauan Nicobar serta Perairan Sumatera.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Yap Kok Seng berkata, ini adalah berikutan gempa bumi yang kuat berpotensi berlaku di kawasan berkenaan sehingga mampu mengancam perairan pantai terutamanya Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah dan Langkawi.
 
Menurutnya, walaupun pihak JMM telah membangunkan satu Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi membolehkan amaran awal tsunami dapat dikeluarkan kepada penduduk di kawasan pantai negara dengan segera, rakyat seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga.
 
“Rangkaian SAATNM dan rangkaian pelampung tsunami antarabangsa mampu mengesan ketibaan ombak tsunami lebih awal sebelum sampai ke perairan negara.
 
“Jika berlaku gempa bumi di sana (dasar laut Kepulauan Nicobar serta Perairan Sumatera) anggaran masa ketibaan ombak tsunami dijangka kira-kira tiga jam ke negara kita,” katanya, selepas merasmikan upacara penutup latih amal ex-tsunami di Batu Feringghi, di sini, semalam.
 
Seramai 300 peserta melibatkan komuniti setempat termasuk pelancong menyertai latihan ini.
 
Latihan itu membuka ruang kepada agensi pengurusan bencana yang terlibat untuk menguji kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi antara agensi berkenaan.
 
Ketika ditanya kecekapan pengurusan agensi mengurus bencana, beliau mengulas satu penilaian akan diadakan esok (hari ini) oleh agensi yang terlibat bagi mengkaji kelemahan ketika latihan amal ini dijalankan supaya kelemahan itu dapat diperbaiki.
Berubah sikap sebelum maut
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Berubah sikap sebelum maut
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas kemalangan.
NIBONG TEBAL – Sikap pelik seorang lelaki sejak beberapa hari lalu ternyata menjadi petanda buat ahli keluarga dan rakan apabila dia maut sejurus terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 4 pagi kelmarin.
M Mohganetelag, 32, berasal dari Taman Bestari, di sini, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada anggota badan berikutan­ motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Bakap.

Ibu mangsa, Lilymarry Louis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya itu lebih mesra dan gemar bergurau dengan adik-adiknya.

“Saya tidak sangka, sikap ramah dan mesra Mohganetelag yang dipamerkan tiga hari sebelum kejadian­ merupakan petanda yang dia akan pergi buat selamanya.

“Lebih menyedihkan, dia merupakan seorang anak yang baik dan sanggup membelanjakan wang gajinya untuk keperluan rumah, saya dan adik-adiknya,” katanya.

Sementara itu, rakannya yang juga anggota Rela kawasan Nibong Tebal, A Krishnaveni berkata, Mohganetelag merupakan seorang rakan dan anggota Rela yang baik dan ringan tulang.

“Saya terkejut dengan kematian­ Mohganetelag kerana siang sebelum kejadian kami masih sempat bergurau. Hasrat terakhir Mohganetelag untuk membantu seorang rakan anggota Rela mengadakan kenduri akhirnya menjadi kenangan apabila kami menerima khabar berita kematiannya awal pagi kelmarin.

Menurutnya, Mohganetelag yang lebih ramah dan suka senyum beberapa hari sebelum kematiannya ternyata membawa petanda buat kami yang dia akan pergi selamanya.

“Diharap, kebaikan yang dilakukan Mohganetelag akan menjadi ingatan buat kami semua dan kami bersedih kerana kehilangan seorang rakan yang baik sepertinya,” katanya.
Jatuh motosikal disondol babi
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012

GURUN - Seorang bekas juruteknik tidak dapat melakukan kerja berat untuk mencari rezeki menyara keluarga selepas dia patah tulang bahu kirinya dalam satu kemalangan, Disember tahun lalu.
 
Mohd Fadli Mohd Sharif, 27, berkata, setelah empat bulan kejadian terbabit, dia kini mencari rezeki dengan bekerja kontrak bersama bapa mertuanya, Ramli Khamis, bagi menampung kehidupannya bersama isteri dan seorang anak.
 
Menurutnya, mengimbas kejadian yang berlaku Disember tahun lalu, ketika itu dia sedang menunggang motosikal dari rumahnya yang terletak di Kampung Guar Jumaat untuk ke tempat kerja di Aimst University.
 
“Ketika menunggang motosikal dalam kawasan kampung kira-kira jam 7.30 pagi, saya terkejut apabila tiba-tiba seekor babi hutan meluru ke arah saya dan terus melanggar saya dari arah kiri sebelum saya terjatuh.
 
“Pada ketika itu, nasib saya baik kerana kebetulan bapa saudara sedang menunggang motosikal di belakang saya dan dia berhenti untuk membantu saya,” katanya.
 
Mohd Fadli berkata, dia menerima rawatan di Hospital Yan dan doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian tulang bahu kiri akibat hentakan kuat semasa terjatuh dari motosikal akibat disondol babi hutan berkenaan.
 
Menurutnya, dia kemudiannya diberi cuti sakit selama dua bulan dan kini tidak lagi bekerja sebagai juruteknik di universiti berkenaan kerana masih tidak dapat melakukan kerja berat akibat kecederaan itu.
 
“Saya kini hanya membantu bapa mertua untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana kecederaan yang dialami mengambil masa lama untuk sembuh.
 
“Saya bersyukur kerana keadaan semakin pulih dan terselamat daripada kemalangan yang masih dalam ingatan dan tidak dapat dilupakan,” katanya.
 
Terdahulu, Mohd Fadli menerima cek berjumlah RM2,000 yang telah disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di bawah skim Bantuan Serangan Binatang Buas. Turut hadir ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor.
‘Mai singgah rumah...’
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
Skuad cakna Sinar Harian yang berkonvoi sekitar Pendang, semalam.
Skuad cakna Sinar Harian yang berkonvoi sekitar Pendang, semalam.
Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Idros Ali (enam, kiri) menyampaikan cenderamata kepada pena
Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Idros Ali (enam, kiri) menyampaikan
cenderamata
PENDANG – Selepas tiga hari berkampung di daerah ini untuk mendekati masyarakatnya, skuad Sinar Harian mengakhiri kunjungan dengan sesi berkonvoi ke beberapa tempat menarik.
Sesi berkenaan dijayakan bersama dengan ahli Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pendang yang turut menunggang motosikal beramai-ramai mengiringi kereta skuad cakna Sinar Harian ke beberapa pelosok Pendang. 
 
Antara tempat yang dilawati ialah ladang mempelam dan jambu air di Kampung Kuala Lanjut Tobiar diikuti Ladang Markisa Kampung Hujung Keton selain singgah menziarahi kubur bersejarah di Kubur Panjang.
 
Program tiga hari yang berakhir semalam disempurnakan dengan perlawanan persahabatan futsal antara belia MAYC Pendang dengan Sinar Harian.
 
Sepanjang lawatan berkenaan, semua wartawan diberi penerangan oleh pengusaha dari tempat-tempat terbabit. Mereka juga berpeluang merasai keenakan buah-buahan segar hasil dari ladang dilawati.
 
Di Kampung Kuala Lanjut semua peserta konvoi disambut baik oleh penduduk kampung yang meringankan tulang menyediakan hidangan lemang yang baru dibakar bersama kari itik dan ayam.
 
Di Kampung Hujung Keton pula, pengusaha ladang berbesar hati menerima kunjungan dengan menghidangkan jus dan jeli buah markisa.
 
Ketika aktiviti konvoi itu, ramai penduduk kampung berkesempatan beramah mesra bersama wartawan dengan bertanya mengenai pemberitaan akhbar ini malah ada yang menyuarakan masalah mereka.
 
Pelbagai ragam dapat dilihat ketika berkonvoi apabila kereta Sinar Harian yang melalui beberapa kawasan kampung dilambai penduduk. Ada yang tersenyum malah ada yang memanggil agar singgah ke rumah mereka.
 
Selepas aktiviti konvoi yang dipenuhi kenangan manis ini, diharap akhbar ini terus menjadi pilihan hati pembaca dari negeri-negeri di utara, khususnya penduduk Pendang yang baru kami kunjungi.

UNDANG2 HUDUD BILA NAK LAKSANA DAN DIPERJUANGKAN...SAMPAI DIRI KITA MATIKAH...DUNIA BOLEHLAH...AKHIRAT JAWAB JE LAH...MANA PUSAT ZAKAT...HINGGA SIMISKIN TERUS MISKIN...TU WANG ZAKAT...BUKAN WANG SYARIKAT

Barang kemas, wang lesap
ROSALWANI CHE SOH
30 April 2012
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengunjungi premis batik terbabit
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengunjungi premis
batik terbabit dalam lawatannya sambil bertanyakan mengenai kes kecurian
yang berlaku, semalam.
KOTA BHARU- Seorang peniaga terpaksa berputih mata, selepas kedai pakaian batik di Bazar Buluh Kubu, dimasuki seorang wanita yang melarikan barangan kemas dan beg duit dalam kejadian petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu hanya disedari Noriza Ariffin, 26, ketika melihat seorang wanita keluar dari kedai milik mertuanya dalam keadaan mencurigakan.
 
“Semasa kejadian, saya berada di luar, berborak dengan peniaga di depan kedai dan hanya menyedari seorang wanita keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Melihatkan keadaan itu, saya tidak sedap hati, lalu terus menuju ke bahagian laci meja dan mendapati, beg tangan yang mengandungi barang kemas termasuk rantai, gelang serta duit bernilai hampir RM11,000 lesap,” katanya kepada pemberita semalam.
 
“Saya tidak sempat kejar dia kerana berlaku terlalu cepat. Ini kejadian pertama sepanjang lima tahun menjaga kedai milik mertua. Saya masih trauma dengan kejadian ini,” katanya.
 
Manakala bagi seorang lagi peniaga di situ, Nor Hamizah Isha, 24, turut menjadi mangsa apabila mendapati beg duitnya hilang kira-kira jam 4.30 petang dengan kerugian dianggarkan RM60.
 
“Semasa kejadian, tiada pelanggan yang berada di dalam kedai ini, jadi saya duduk di bahagian hadapan untuk menyusun kain bersama seorang lagi rakan. Tiba-tiba rakan saya sedar kehadiran seorang wanita yang memakai baju kemeja T, seluar jeans dan bertudung, masuk ke dalam kedai sambil mendukung anak dan keluar dengan pantas sambil bertanya mengenai harga kain," katanya.
 
Nor Hamizah berkata, tanpa perasaan curiga dia melayan wanita itu yang sebenarnya, hanya berpura-pura bertanya mengenai harga kain.
 
“Sehingga tiba waktu Asar, barulah saya masuk kedai dan melihat beg duit yang diletakkan dalam kedai hilang. Rakan saya mula mengesyaki wanita terbabit mencuri beg itu kerana semasa melipat kain di bahagian depan dia nampak kelibat wanita itu masuk dalam kedai,” katanya.
 
Kedua-dua peniaga terbabit membuat laporan polis dan menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa bagi menyiasat kes berkenaan.
Seorang lagi suspek ditahan bantu siasatan kes bunuh dan bakar
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
GUA MUSANG - Polis menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 42 tahun untuk membantu penyiasatan kes bunuh dan bakar seorang gadis yang ditemui tulang rangka dalam dalam belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan Limau Kasturi, petang Isnin lalu.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A, dekat sini, kira-kira jam 11.45 malam Jumaat lalu ketika lelaki tersebut berada dalam rumah bersama beberapa rakanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, serbuan yang dilakukan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang itu sebaik siasatan awal mendapati seorang lagi sedang diburu bagi membantu penyiasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan, lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis cuba melarikan diri bersama rakan mereka, tetapi tidak sempat hingga berjaya ditahan.

“Semasa siasatan dijalankan ke atas lelaki tersebut turut menemui beberapa biji pil dipercayai pil kuda pada dirinya dan kita harap penangkapan itu dapat membantu kes ini,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pekerja ladang sawit menemui rangka tulang Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, yang dipercayai dibunuh dan bakar dalam belukar berhampiran ladang sawit tersebut. Dia dilaporkan hilang sejak 3 April lalu selepas keluar dari rumahnya jam 9 pagi untuk menemui beberapa rakannya di jalan berkenaan.

Menurut Saiful Bahri, sebelum ini pihaknya menahan lapan penduduk tempatan termasuk rakan mangsa berumur antara 17 hingga 30 tahun bagi membantu penyiasatan kes tersebut. Bagaimanapun dua daripada lapan yang ditahan itu sudah dibebaskan dan lima masih ditahan di lokap IPD Gua Musang termasuk seorang suspek terbaru ditahan itu untuk siasatan lanjut.
OKU kudung kaki ugut tetak, bunuh ibu saudara
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012
Azhar yang kudung kedua-dua kakinya dan menghidap tibi mengaku salah ugut ibu saudaranya
Azhar yang kudung kedua-dua kakinya dan menghidap tibi mengaku salah
ugut ibu saudaranya dengan parang panjang di Mahkamah Majistret
Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU- Tidak kenang budi! Seorang lelaki yang kudung kedua belah kaki sanggup mengugut akan menetak dan membunuh ibu saudaranya yang memelihara sejak kecil dengan parang panjang semata-mata kehendaknya untuk mendapatkan wang tidak diendahkan.
Bagaimanapun, perbuatan biadap tertuduh, Azhar Mohd Noor, 32, dari Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, menerima pembalasan apabila dijatuhi penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
 
Tertuduh yang datang dengan berkerusi roda dan memakai topeng muka kerana menghidap tibi itu mengaku melakukan ugutan jenayah terhadap ibu saudaranya, Midah Said, 58, dengan mengamuk dan merosakkan barangan di dalam rumah dengan niat menyebabkan rasa cemas terhadap mangsa.
 
Kejadian berlaku di rumah ibu saudaranya di Kampung Maras, Batu Rakit, 5.30 petang, Sabtu lalu.
 
Azhar mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
 
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum tertuduh balik dalam keadaan marah-marah serta memaksa mangsa memberikan sejumlah wang kepadanya.
 
Sebaik mangsa memberitahu tidak ada wang untuk diberikan, tertuduh terus naik angin dengan mengamuk dan membaling barang di dalam rumah sambil mengangkat sebilah parang panjang di tangan serta mengugut mahu menetak serta membunuh mangsa sekiranya tidak mahu menyerahkan wang.
 
Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa terus membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada hari sama kejadian kira-kira jam 8.40 malam di rumahnya.
 
Sementara itu, semalam, tertuduh mengundang perhatian orang ramai di galeri awam mahkamah apabila beberapa kali menukar pengakuan bersalah dan mohon dibicarakan, sebelum akhirnya mengaku bersalah selepas ditanya oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengantuk petanda ajal anak
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Mengantuk petanda ajal anak
Mayat mangsa diusung orang ramai untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun
BUKIT LAT - “Petang itu, makcik rasa tak sedap hati, jantung berdebar-debar, mata pula asyik mengantuk, tak sangka ia petanda anak mak cik terbabit dalam kemalangan sehingga menemui ajal.”

Demikian kata Ramlah Hamzah, 60, ibu kepada Halimaton Saa’diah Mohamad@Ariffin, 29, kerani syarikat swasta yang menemui ajal selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 8 Jalan Dungun-Bukit Besi dekat Bukit Lat itu dipercayai berlaku ketika Halimaton Saa’diah yang bekerja di sebuah syarikat di Dungun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan berhenti di bahu jalan.

Menurut Ramlah, sebelum kejadian, anak gadisnya yang masih bujang itu keluar dari rumahnya di Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi lalu menuju ke tempat kerjanya di bandar Dungun.

Ramlah berkata, sebelum pergi kerja, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keliha-tan gembira kerana dapat memakai baju kurung baru yang siap ditempah sebelumnya.

“Ketika hendak keluar rumah, dia sempat beritahu makcik, sebaik pulang dari kerja, dia akan ambil dua pasang lagi baju kurung yang sudah siap ditempah di kedai jahit, manakala sepasang sudah dipakainya.

“Tak sangka dia tidak sempat memakai dua lagi baju baru, rupanya dia lebih dahulu menemui ajal,” kata Ramlah yang masih hiba dengan pemergian anak perempuannya itu.

Ramlah berkata, pemergian anaknya itu amat dirasainya kerana arwah sebelum ini banyak membantu meringankan beban hariannya.

Katanya, setiap kali mendapat gaji, arwah yang berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sejauh lebih 60 kilometer setiap hari akan menghulurkannya wang untuk belanja harian selain turut membeli keperluan lain.

“Mak cik tak sangka dia pergi terlalu cepat. Kini, dia sudah tiada, makcik hilang tempat bergantung,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah mangsa kemudiannya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan.
Perkemas undang-undang
NOOR AZIANTY NORMAN
30 April 2012
Tengku Abdullah dan Tengku Azizah bergambar bersama peguam syarie Pahang.
Tengku Abdullah dan Tengku Azizah bergambar bersama peguam syarie Pahang.
KUANTAN - Peguam syarie diminta mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memperkemaskan perundangan Islam dan keluarga Islam di negeri ini.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, banyak perkembangan berlaku sejak 25 tahun lalu di mana enakmen berkaitan undang-undang itu diperkemas ahli-ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), bekas mufti, cendekiawan dan pemimpin terdahulu.
 
“Langkah itu sedikit sebanyak dapat menjalankan pentadbiran hal ehwal agama Islam sebaik mungkin.
 
“Walaupun proses tersebut agak perlahan tetapi kita harus mengambil kira tentang aplikasi dan kesannya kepada masyarakat,” titahnya semasa melancarkan Persatuan Peguam Syarie Pahang, di sini.
 
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Maimunah Aminah Iskandariah
 
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Pahang, Najib Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Panel Temuduga Peguam Syarie Pahang, Profesor Abdul Munir Yaacob.
 
Tengku Abdullah berharap penasihat undang-undang negeri bersama mufti membawa segala pandangan yang dikemukakan ke peringkat Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dijadikan satu warta yang boleh diguna pakai.
 
“Saya juga berharap persatuan dapat bekerjasama dengan Muip dalam memberi pandangan mereka berkaitan perkara itu di samping bertukar fikiran bagi memperkemaskan perundangan Islam di Pahang.
 
“Usaha itu adalah tanggungjawab hakim dan peguam syarie untuk mengamalkan segala pelaksanaan dengan adil dan saksama,” titahnya.
 
Baginda turut meminta peguam syarie menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan negeri supaya mereka memahami undang-undang yang telah digubal sebelum ini.
 
“Kebelakangan ini, banyak pihak tidak memahami tentang peruntukan undang-undang di dalam negara ini yang mana ia digubal oleh pemimpin terdahulu.
 
“Saya berharap peranan peguam berkenaan dapat digerakkan secara konstruktif dan meningkatkan komuniti Islam kepada sistem yang ada sekarang,” titahnya.
Rohani setia jaga suami terlantar
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Rohani setia jaga suami terlantar
Mat Yaziz menerima kunjungan ziarah Ahli Parlimen Maran bersama pemimpin setempat , kakitangan Kemas dan JKM daerah di rumah
MARAN - Kasih isteri tiada batasnya. Begitulah besarnya pengorbanan seorang isteri di Kampung Kuala Sentul, di sini, yang tabah menjaga keluarga selepas suaminya terlantar akibat kecacatan anggota badan kekal sejak lima tahun lalu.

Rohani Osman, 41, berkata, suaminya, Mat Yaziz Daud, 52, patah kedua kaki dan tangan, tulang pinggul dan tulang belakang setelah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil upah mengait kelapa sawit di Felda Ulu Jempol.

Menurutnya, mereka mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan bagi menyara kehidupan, dia bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul ­dengan pendapatan RM450 sebulan.

“Suami kini hanya terlantar di katil dan memerlukan perhatian sepenuhnya memandangkan perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.

“Alhamdulillah, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan ziarah Ahli Parlimen Maran, di sini.

Rohani berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos membeli katil khas berharga RM2,100 supaya suaminya selesa kerana perlu berbaring sepanjang hari.

Menurutnya, kerusi roda yang diberikan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) tidak dapat digunakan lagi.

“Walau apa yang berlaku, saya setia di sisi suami dan anak. Saya menerima takdir ini dengan tabah.

“Ia menguatkan lagi kasih sayang kami tiga beranak dalam menempuh dugaan mendatang,” katanya.
Lelaki ditemui mati dalam ladang
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Lelaki ditemui mati dalam ladang
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.
RAUB - Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui mati dalam ladang kelapa sawit di Kampung Baru Sungai Klau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman ­­­berkata, lelaki berkenaan ­ adalah penduduk tempatan yang dikenali sebagai Wong Ng.

Menurutnya, mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring di ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.

“Pakar Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Dr Norzaimah Mohd Idris menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa di Unit Patologi Hospital Raub.

“Siasatan mendapati ­masalah saluran darah yang meng­alir ke jantung ter­sumbat sehingga mengakibatkan ­kematiannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Wan Mohd Samsudin berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai disaran menghubungi talian kilat polis Raub menerusi 09-3554999 sekiranya ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan atau menghadapi kecemasan supaya tindakan wajar dapat dilakukan segera,” katanya.
Kutip sampah sara anak OKU
DIANA SURYA ABD WAHAB
30 April 2012
Tok (kanan) tabah menjaga anaknya yang cacat penglihatan.
Tok (kanan) tabah menjaga anaknya yang cacat penglihatan.
KUANTAN – “Perasaan malu kutip besi buruk, kotak, botol dan segala jenis sampah lain memang tidak ada memandangkan ini sahaja kerja yang mampu dilakukan untuk mencari sesuap nasi,” kata warga emas, Tok Mat, 80, yang memulakan pekerjaan itu menggunakan beca sejak 10 tahun lalu.
Menurut Tok Mat, walaupun ada yang memandang serong pekerjaannya itu, dia tetap meneruskan dengan sabar kerana memikirkan anaknya yang cacat penglihatan, Zakaria Tok, 37.
 
“Mana tidaknya segala jenis sampah dibawa pulang ke rumah untuk dipilih sebelum dijual, jadi rumah pun semak dan penuh dengan barang kotor. Apa boleh buat semua ini yang menanggung kehidupan saya sekeluarga sejak dahulu.
 
“Walaupun pendapatan mencari besi buruk dan kotak tidak menentu iaitu paling sikit RM80 dan paling banyak RM400 sebulan, namun pekerjaan ini sahaja yang dapat dilakukan memandangkan saya sudah tua, mana ada orang hendak berikan pekerjaan lain,” katanya.
 
Tok yang sudah kematian isteri berkata, sebelum ini dia pernah bekerja kontrak dan menjadi pengawal keselamatan, namun apabila usia semakin meningkat, dia lebih suka bekerja sendiri.
 
“Saya selesa bekerja sendiri memandangkan boleh keluar mengikut masa sendiri. Ada masanya saya keluar pagi dan adakala petang baru larat memulakan proses mengutip sampah.
 
“Setiap hari saya menjelajah seluruh bandar Kuantan, termasuk memasuki mana-mana kawasan perumahan seperti Bukit Setongkol, Cenderawasih dan banyak lagi. Pernah sekali saya bersama arwah isteri mengayuh beca hingga ke Kota Bharu mencari barang terbuang,” katanya.
 
Tok berkata, dia dan anaknya tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan.
 
“Sesekali, ada juga yang memberikan sumbangan dan derma ikhlas secara persendirian berupa barangan harian. Bantuan kewangan secara tetap memang tidak ada memandangkan saya pun tidak pernah memohon.
 
“Setakat ini saya masih boleh menyara diri dan anak. Kami makan apa sahaja yang ada, lagi pun rumah ini adalah rumah sendiri yang sudah didiami sejak 20 tahun lalu,” katanya.
 
Anaknya, Zakaria berkata, dia tidak pernah bersekolah dan melalui kehidupan seperti pemuda lain.
 
“Sejak kecil saya memang duduk di rumah sahaja tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Selepas kematian ibu, kehidupan saya bertambah rumit kerana sebelum ini ibu yang banyak bantu saya bergerak ke mana-mana.
 
“Seperti orang lain, saya juga ada perasaan hendak keluar berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara dan menjalani kehidupan berkeluarga macam orang lain,” katanya.
 
Menurutnya, dia pernah terfikir untuk keluar bekerja dan belajar seperti golongan yang senasib dengannya.
 
“Saya ada memasang angan-angan untuk bekerja dan membantu ayah yang sudah tua tetapi saya tidak pernah keluar dan bersekolah. Masa yang ada selama 37 tahun hanya duduk memerap di rumah,” katanya.

SIBUK DENGAN BOLA..NEGARA ORANG PULAK...TAK SIBUK CARI ILMU AGAMA...TAK SIBUK CARI BEKAL AKHIRAT...SYAITAN MEMANG PANDAI MENYESATKAN MANUSIA...

City atasi MU, kembali kuasai takhta EPL
Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012
manchester-city
$entry.content.caption.value
MANCHESTER City menguasai kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) 1-0 dalam perlawanan yang menarik jutaan peminat dari seluruh dunia.

Dengan kemenangan ini, kedua-dua kelab menghimpunkan 83 mata, tetapi City berada di depan dengan perbezaan mata.

Jaringan pada waktu kecederaan di separuh masa pertama memberi kelebihan kepada City untuk memintas MU yang mendahului lawannya sejak lebih sebulan lalu.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan dan dijangka juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata, yang mana City ada kelebihan dalam soal ini.

Sememangnya kemenangan perlawanan yang diadakan awal pagi tadi (waktu Malaysia) amat diperlukan oleh City sedangkan MU hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi gelaran buat kali ke-20.
Bakal pengantin cabut lari
NORRIZAH BAHARUDDIN
30 April 2012
Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu
Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya
berlangsung Sabtu lalu terpaksa dibatalkan. Gambar kecil: Ramli
ALOR GAJAH - Pihak polis kini giat mencari seorang lelaki yang melarikan kereta tunangnya, dua hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, lelaki terbabit, Ramli Kamaruddin, 30, dan beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta milik tunangnya itu, dua hari sebelum pernikahan.
 
Menurutnya, mangsa mengenali tunangnya setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
 
“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain sebagai hantaran perkahwinan.
 
“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.
 
Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan pagi.
 
“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
 
“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.
 
Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja sebagai anggota keselamatan.
 
“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.
“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.
Maut rempuh belakang kereta
NUR SHARIEZA ISMAIL
30 April 2012
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
SEREMBAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 266 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berdekatan Plaza Tol Seremban-Labu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Raja Muhamad Fariz Raja Md Yusoff, 20, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
 
Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej swasta di ibu kota dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui lorong kecemasan lalu terbabas, sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.
 
Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang berseorangan motosikal jenis Modenas Kris dan menggunakan lorong kecemasan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Mersing, Johor.
 
“Kereta terbabit pula dinaiki seorang pemandu dan tiga penumpang, berusia 20-an, dalam perjalanan ke Melaka mengadakan persembahan ular tetapi terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan kerana rosak.
 
“Selepas 30 minit, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh oleh mangsa yang datang dari arah belakang ketika melalui lorong kecemasan berkenaan,” katanya.
 
Menurutnya, mangsa maut serta-merta tetapi pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.
 
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Mayat dalam longkang
Wartawan Sinar Harian
30 April 2012

SEREMBAN - Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an, dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam longkang berhampiran tandas awam di Pusat Jualan Borong Nilai 3, dekat sini, kelmarin.
 
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, mayat mangsa yang berpakaian lengkap ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit, kira-kira jam 6 petang.
 
Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan siasatan awal polis mendapati, terdapat kesan luka di kepala mangsa, dipercayai dihentak dengan pasu bunga serta serta kesan jerut di leher mangsa.
 
“Polis percaya, mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
 
Osman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
‘Pulanglah anakku, pulanglah’
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
‘Pulanglah anakku, pulanglah’
Syazwani yang menghilangkan diri pada 14 April lalu.
JASIN - “Pulanglah anakku, pulanglah. Kami semua merinduimu,” rayu ­seorang ibu yang sehingga kini mengharapkan anak gadisnya, Syazwani Ismail, 15, ­kembali ke pangkuan mereka setelah anaknya itu ­sehingga sekarang tidak pulang ke rumah sejak menghilangkan diri pada 4 April lalu.

Latifah Md Noor, 50, berkata, ­pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang berita mengenai anak bongsu dari lima beradik itu.

Menurutnya, lebih menyedihkan ­pelajar tingkatan tiga di salah sebuah ­sekolah menengah di Jasin yang mesra dengan panggilan Wani dalam kalangan keluarga bukan sahaja gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi menyebabkan mereka sekeluarga buntu mencarinya.

“Saya risau akan keselamatan Wani dan hati saya kuat menyatakan yang dia masih berada di negeri ini serta mahu ­pulang ke rumah.

“Sehingga sekarang kami masih lagi berusaha mencari di merata-rata tempat dan berharap orang ramai dapat turut sama mencari Wani,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Ismail Maarof, 60, berkata, selepas kehilangan Wani, salah seorang anak perempuannya ada menerima pesanan ringkas daripada seorang individu yang dipercayai berada di Padang Temu memberitahu Wani di­simpan seorang individu bernama Wan di Taman Cempaka.

Menurutnya, dia cuba menghubungi individu terbabit untuk mensahih­kan maklumat itu, bagaimanapun gagal ­dihubungi dan ada juga yang pernah memberitahu ternampak anaknya itu di Dataran Pahlawan termasuk ada yang menyatakan Wani dikurung di bangunan dua tingkat di Taman Melaka Raya.

“Kehilangan Wani mungkin ­disebabkan terpengaruh dengan rakan yang ­dikenali melalui rangkaian sosial Facebook dan saya merasanya dia dikurung seseorang ­menyebabkan anak saya tidak pulang ke rumah.

“Saya merayu kepada mereka yang ­menyorokkan Wani agar dapat ­melepaskan dia dengan selamat,” katanya.

Ismail berkata, sehingga sekarang ­mereka sekeluarga bukan sahaja tidak lena tidur malah kesihatan isteri juga agak membimbangkan kerana terlalu merindui Wani.

“Saya mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai bersama-sama ikhtiar mencari anak gadisnya.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat ataupun pernah ternampak Wani boleh menghubunginya menerusi talian 013-6958849 dan 06-5292734 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Sinar Harian ­pernah menyiarkan mengenai kehila­ngan gadis terbabit namun ditemui semula ­sehari selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan, sebelum dia kemudian hilang kali kedua pada 4 April lalu.
Sumbat mayat dalam guni
NORRIZAH BAHARUDIN
30 April 2012
Mayat yang ditemui terapung di Kolam Air Machap.
Mayat yang ditemui terapung di Kolam Air Machap.
ALOR GAJAH - Seorang kaki pancing menemui mayat terapung yang disangkanya bangkai binatang di Kolam Air Machap, di sini, tengah malam semalam.
Atim Semail, 21, yang juga penduduk Orang Asli, menemui mayat tanpa identiti itu, yang disumbatkan dalam guni dan berbalut dengan jaring ikan. 
 
Menurutnya, dia ke kolam berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam dan sewaktu sibuk menyuluh kawasan persekitaran, dia terlihat satu objek di tepi kolam yang dihurung lalat.
 
“Kerana menyangka objek berkenaan bangkai haiwan, saya terus beredar dan pulang ke rumah tanpa memancing.
 
“Bagaimanapun, disebabkan rasa tidak sedap hati, saya mengajak rakan ke lokasi sama untuk melihat dengan lebih dekat objek yang saya temui dan memang terperanjat apabila mendapati ia adalah manusia,” katanya.
 
Atim berkata, dia segera ke Balai Polis Machap Baru, kira-kira jam 9.30 pagi untuk melaporkan penemuan berkenaan.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki, dipercayai berbangsa Cina, berusia dalam lingku­ngan 20-an hingga 30-an.
 
Menurutnya, sepasu­kan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, diketuai Asistan Superintendan Md Dom Dollah ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan.
 
 “Kami menemui mayat terapung kira-kira satu meter dari tebing kolam dengan tubuhnya dikerat dua, sementara tangannya diikat ke belakang.
 
“Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam kolam ini hampir seminggu lalu dan hasil pemeriksaan awal, kami turut menemui empat kesan tikaman di belakang badan mangsa serta luka di kepala,” katanya.
 
Umar Ali Shaifuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
 
“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau ada maklumat mengenai kejadian ini, diminta menghubungi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan,” katanya.
124 kenderaan disita
SARINAH MAT KASIM
29 April 2012
124 kenderaan disita
Sekatan jalan raya di Seremban, malam kelmarin.
SEREMBAN - Sebanyak 1,014 kenderaan diperiksa, manakala 110 motosikal dan 14 kenderaan disita, dalam operasi sekatan jalan raya di sekitar bandar ini, malam kelmarin.

Operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), itu bermula kira-kira jam 9 malam hingga lewat 12 tengah malam.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya berjaya mengesan 316 kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 155 kesalahan kerana tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh, 96 kesalahan pula membabitkan cukai jalan, sementara 52 kesalahan teknikal juga berjaya dikesan.

“Antara kesalahan teknikal yang dikenal pasti adalah mengubahsuai ekzos dan penggunaan cermin gelap melebihi ketelusan cahaya dibenarkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi tersebut, malam kelmarin.

Menurutnya, dalam operasi itu juga, sebanyak 297 kenderaan diambil tindakan, manakala 80 saman telah dikeluarkan.

“Sebanyak 195 kesalahan membabitkan motosikal dan 71 pula untuk kenderaan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi seperti ini akan dilakukan selama tiga bulan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya.