City atasi MU, kembali kuasai takhta EPL
1 Mei 2012
Dengan kemenangan ini, kedua-dua kelab menghimpunkan 83 mata, tetapi City berada di depan dengan perbezaan mata.
Jaringan pada waktu kecederaan di separuh masa pertama memberi kelebihan kepada City untuk memintas MU yang mendahului lawannya sejak lebih sebulan lalu.
Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan dan dijangka juara akan ditentukan menerusi perbezaan mata, yang mana City ada kelebihan dalam soal ini.
Sememangnya kemenangan perlawanan yang diadakan awal pagi tadi (waktu Malaysia) amat diperlukan oleh City sedangkan MU hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi gelaran buat kali ke-20.
Bakal pengantin cabut lari
30 April 2012
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin
Shaharuddin, berkata, lelaki terbabit, Ramli Kamaruddin, 30, dan
beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta
milik tunangnya itu, dua hari sebelum pernikahan.
Menurutnya, mangsa mengenali tunangnya setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal
isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain
sebagai hantaran perkahwinan.
“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.
Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2
petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi
tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan
pagi.
“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan
mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya
berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.
Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin
hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja
sebagai anggota keselamatan.
“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung
laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.
“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.
30 April 2012
SEREMBAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya
merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 266 Lebuhraya
Utara-Selatan, arah selatan berdekatan Plaza Tol Seremban-Labu, di sini,
kelmarin.
Maut rempuh belakang kereta
30 April 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Raja Muhamad Fariz
Raja Md Yusoff, 20, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di
kepala.
Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej swasta di ibu kota dipercayai
gagal mengawal motosikalnya ketika melalui lorong kecemasan lalu
terbabas, sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua
Myvi yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.
Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang berseorangan motosikal jenis
Modenas Kris dan menggunakan lorong kecemasan, dalam perjalanan dari
Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Mersing, Johor.
“Kereta terbabit pula dinaiki seorang pemandu dan tiga penumpang,
berusia 20-an, dalam perjalanan ke Melaka mengadakan persembahan ular
tetapi terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan kerana
rosak.
“Selepas 30 minit, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh oleh
mangsa yang datang dari arah belakang ketika melalui lorong kecemasan
berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa maut serta-merta tetapi pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
30 April 2012
Mayat dalam longkang
30 April 2012
SEREMBAN - Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an,
dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam longkang berhampiran tandas awam
di Pusat Jualan Borong Nilai 3, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, mayat mangsa yang
berpakaian lengkap ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit,
kira-kira jam 6 petang.
Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan siasatan awal
polis mendapati, terdapat kesan luka di kepala mangsa, dipercayai
dihentak dengan pasu bunga serta serta kesan jerut di leher mangsa.
“Polis percaya, mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Osman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta
menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
29 April 2012
JASIN - “Pulanglah anakku, pulanglah. Kami semua merinduimu,” rayu
seorang ibu yang sehingga kini mengharapkan anak gadisnya, Syazwani
Ismail, 15, kembali ke pangkuan mereka setelah anaknya itu sehingga
sekarang tidak pulang ke rumah sejak menghilangkan diri pada 4 April
lalu.
Latifah Md Noor, 50, berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam namun sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang berita mengenai anak bongsu dari lima beradik itu.
Menurutnya, lebih menyedihkan pelajar tingkatan tiga di salah sebuah sekolah menengah di Jasin yang mesra dengan panggilan Wani dalam kalangan keluarga bukan sahaja gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi menyebabkan mereka sekeluarga buntu mencarinya.
“Saya risau akan keselamatan Wani dan hati saya kuat menyatakan yang dia masih berada di negeri ini serta mahu pulang ke rumah.
“Sehingga sekarang kami masih lagi berusaha mencari di merata-rata tempat dan berharap orang ramai dapat turut sama mencari Wani,” katanya.
Sementara itu, suaminya, Ismail Maarof, 60, berkata, selepas kehilangan Wani, salah seorang anak perempuannya ada menerima pesanan ringkas daripada seorang individu yang dipercayai berada di Padang Temu memberitahu Wani disimpan seorang individu bernama Wan di Taman Cempaka.
Menurutnya, dia cuba menghubungi individu terbabit untuk mensahihkan maklumat itu, bagaimanapun gagal dihubungi dan ada juga yang pernah memberitahu ternampak anaknya itu di Dataran Pahlawan termasuk ada yang menyatakan Wani dikurung di bangunan dua tingkat di Taman Melaka Raya.
“Kehilangan Wani mungkin disebabkan terpengaruh dengan rakan yang dikenali melalui rangkaian sosial Facebook dan saya merasanya dia dikurung seseorang menyebabkan anak saya tidak pulang ke rumah.
“Saya merayu kepada mereka yang menyorokkan Wani agar dapat melepaskan dia dengan selamat,” katanya.
Ismail berkata, sehingga sekarang mereka sekeluarga bukan sahaja tidak lena tidur malah kesihatan isteri juga agak membimbangkan kerana terlalu merindui Wani.
“Saya mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai bersama-sama ikhtiar mencari anak gadisnya.
“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat ataupun pernah ternampak Wani boleh menghubunginya menerusi talian 013-6958849 dan 06-5292734 atau balai polis berdekatan,” katanya.
Pada 19 Februari lalu, Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai kehilangan gadis terbabit namun ditemui semula sehari selepas berita mengenai kehilangannya disiarkan, sebelum dia kemudian hilang kali kedua pada 4 April lalu.
30 April 2012
ALOR GAJAH - Seorang kaki pancing menemui mayat terapung yang
disangkanya bangkai binatang di Kolam Air Machap, di sini, tengah malam
semalam.
‘Pulanglah anakku, pulanglah’

Sumbat mayat dalam guni
30 April 2012
Atim Semail, 21, yang juga penduduk Orang Asli, menemui mayat tanpa
identiti itu, yang disumbatkan dalam guni dan berbalut dengan jaring
ikan.
Menurutnya, dia ke kolam berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam dan
sewaktu sibuk menyuluh kawasan persekitaran, dia terlihat satu objek di
tepi kolam yang dihurung lalat.
“Kerana menyangka objek berkenaan bangkai haiwan, saya terus beredar dan pulang ke rumah tanpa memancing.
“Bagaimanapun, disebabkan rasa tidak sedap hati, saya mengajak rakan ke
lokasi sama untuk melihat dengan lebih dekat objek yang saya temui dan
memang terperanjat apabila mendapati ia adalah manusia,” katanya.
Atim berkata, dia segera ke Balai Polis Machap Baru, kira-kira jam 9.30 pagi untuk melaporkan penemuan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali
Shaifuddin Shaharuddin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan
mayat lelaki, dipercayai berbangsa Cina, berusia dalam lingkungan
20-an hingga 30-an.
Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, diketuai Asistan Superintendan Md Dom
Dollah ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan.
“Kami menemui mayat terapung kira-kira satu meter dari tebing kolam
dengan tubuhnya dikerat dua, sementara tangannya diikat ke belakang.
“Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak
ke dalam kolam ini hampir seminggu lalu dan hasil pemeriksaan awal, kami
turut menemui empat kesan tikaman di belakang badan mangsa serta luka
di kepala,” katanya.
Umar Ali Shaifuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau ada maklumat mengenai
kejadian ini, diminta menghubungi talian 06-5562222 untuk membantu
siasatan,” katanya.
29 April 2012
SEREMBAN - Sebanyak 1,014 kenderaan diperiksa, manakala 110 motosikal
dan 14 kenderaan disita, dalam operasi sekatan jalan raya di sekitar
bandar ini, malam kelmarin.
Operasi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), itu bermula kira-kira jam 9 malam hingga lewat 12 tengah malam.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya berjaya mengesan 316 kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 155 kesalahan kerana tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh, 96 kesalahan pula membabitkan cukai jalan, sementara 52 kesalahan teknikal juga berjaya dikesan.
“Antara kesalahan teknikal yang dikenal pasti adalah mengubahsuai ekzos dan penggunaan cermin gelap melebihi ketelusan cahaya dibenarkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi tersebut, malam kelmarin.
Menurutnya, dalam operasi itu juga, sebanyak 297 kenderaan diambil tindakan, manakala 80 saman telah dikeluarkan.
“Sebanyak 195 kesalahan membabitkan motosikal dan 71 pula untuk kenderaan atas pelbagai kesalahan.
“Operasi seperti ini akan dilakukan selama tiga bulan bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya.
124 kenderaan disita

No comments:
Post a Comment