Sunday, April 29, 2012

SAPE YANG KEJAM...ZALIM...MELAMPAU...ALLAH SAJA YANG TAHU...JANGAN LAPORAN BERAT SEBELAH...YANG BELASAH DUIT BERJUTA2 TAK DIHUKUM..ATAU HUKUMNYA BEGITU RINGAN...

Ambiga harus dihukum


ANGGOTA polis bekerja keras menyuraikan peserta perhimpunan haram di Kuala Lumpur kelmarin.



PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0, Datuk S. Ambiga dan pemimpin parti pembangkang perlu bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara kelmarin sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius.
Sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai 'amat malang', Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai penganjur Ambiga harus menghadapi tindakan undang-undang kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan anggota polis.
"Ambiga tidak boleh lepas daripada tanggungjawab sebab dia kata dia jadi penganjur utama. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa apakah tindakan wajar yang boleh diambil. Bukan kita ikat kebebasan. Itu kita sudah bagi.
"Nampaknya ia (perhimpunan) sudah diculik oleh parti-parti pembangkang dan kita tahu apakah muslihat mereka," katanya.

Peserta demonstrasi boleh didenda RM20,000



MEREKA yang membawa kanak-kanak dalam perhimpunan haram juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.



KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 boleh didenda antara RM10,000 hingga RM20,000 jika didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.
Jumlah denda tersebut adalah lima hingga 10 kali ganda daripada jumlah denda yang dkenakan sebelum ini iaitu RM2,000.
Kesalahan yang ditakrifkan dalam akta baharu itu termasuk merempuh sekatan polis, membawa anak kecil dan melakukan keganasan di tempat perhimpunan.
Akta baharu itu turut menyatakan seseorang penganjur didapati bersalah jika menganjurkan perhimpunan dalam jarak 50 meter dari tempat larangan.

KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis

http://kafesantai.blogspot.com, 29 Apr 2012
Dicatat oleh Tuk Kiyai
Label:
Pautan pada catatan ini
Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH


Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/04/kantoi-lelaki-ini-kejap-jadi-peserta.html#ixzz1tRHNv3Bj

Menilai siapa yang kejam

http://www.msomelayu.blogspot.com/, 29 Apr 2012
Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan. Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya. Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya.  Terima kasih kepadsa blog Pinkturtle.

Polis memulakan serangan dengan kelengkapan penuh.

Serangan dimulakan, bedil kemudian serang...

Rakyat merempuh hanya menggunakan tangan.


Yang mampu dilakukan tengok dan lari.

Polis menembak para himpunan macam tembak gagak.

Kabur dan pening dalam tembakan polis. Hanya jiwa berani saja bisa menghadapinya.

Ditangkap dan dibelasah.

Digereng ke lokap....

Kesadisan yang kontroversi, siapa yang memula dan melakukannya/

Jadikan gambar ini sebagai bukti perjuangan ayah...

Cara pengamanan yang kolot....

Bertempiaran melarikan diri dari tembakan gas.

Inilah jaguh Bersih 3.0 peluru yang dihala kepadanya ditangkap dan dilontar kembali kepada polis.


Sesiapa yang memiliki atau merakam gambar Bersih yang menarik kirimlah untuk dikongsikan dalam blog Merah Tinta. [wm.kl.12:49 t/hari 29/04/12]

Perusuh guna kayu pukul polis



Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada Mohamad Kamil yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.
Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba membantu anggota polis lain yang diserang dipercayai oleh penyokong Bersih 3.0 tidak jauh dari tempat kejadian.
"Secara tiba-tiba saya telah diserang dari depan dan belakang. Belakang saya telah dipukul dengan kayu besbol menyebabkan darah keluar melalui mulut.
"Dalam keadaan kelam-kabut saya gagahkan diri menunggang motosikal ke arah Dataran Merdeka untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Dibebaskan atau kena bela diri



NASIB Pathmanabhan (berkaca mata) dan tiga pekerja ladangnya akan diketahui hari ini.



SHAH ALAM - Persoalan sama ada bekas peguam N. Pathmanabhan terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dua tahun lalu bakal terjawab di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir dijangka membuat keputusan itu bukan sahaja terhadap Pathmanabhan tetapi juga tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyangan, R. Matan, dan R. Kathavarayan sama ada mereka akan dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas tuduhan membunuh kesemua mangsa.
Pathmanabhan, 43; Thilaiyangan, 21; Matan, 22, dan Kathavarayan, 32, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Kesalahan itu dilakukan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Gadis tomboi disyaki turut diperkosa





KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.

Campak mayat selepas bunuh



ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui mati di dalam longkang di Nilai 3, Negeri Sembilan semalam.



NILAI - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah tandas awam dengan kesan kecederaan di kepala dan jerutan di leher dalam kejadian di pusat barangan borong di Nilai 3 di sini kelmarin.
Mayat wanita yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6 petang oleh seorang pengunjung yang merasa pelik sebaik ternampak mayat mangsa ketika hendak membeli-belah di situ.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang berpakaian lengkap tersebut.
"Pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa cedera akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras serta terdapat kesan jerut di lehernya.
"Polis percaya mangsa telah dibunuh dalam tempoh 24 jam dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya," katanya yang memberitahu polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau ahli keluarga supaya membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penduduk marah kerja pembalakan



SEBAHAGIAN daripada penduduk dari beberapa buah kampung sekitar Hutan Lipur Bukit Bakar mengadakan demonstrasi aman di Machang semalam.



MACHANG – Seramai lebih 500 penduduk di beberapa buah kampung sekitar Hutan Lipur Bukit Bakar berang dengan kegiatan pembalakan di kawasan itu yang didakwa mengancam hutan lipur tersebut yang menjadi produk pelancongan di jajahan itu.
Penduduk mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan seluas hampir 250 hektar yang dijalankan sejak tiga tahun lalu itu juga menjejaskan kawasan tadahan air untuk aktiviti penanaman padi.
Seorang penduduk, Mat Lazim Harun, 60, mendakwa aktiviti tersebut yang dijalankan oleh dua syarikat pembalakan itu melibatkan Kampung Bukit Bakar, Kampung Berangan Mek Nab dan Kampung Chenulang.
Menurutnya, dua syarikat berkenaan dipercayai mendapat lesen dan kebenaran kerajaan negeri untuk melakukan aktiviti tersebut namun kesan pembalakan tersebut membimbangkan para penduduk sekitar.
“Kami para penduduk meminta kerajaan negeri supaya mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan aktiviti itu serta-merta kerana kami khuatir ia akan merosakkan keindahan Hutan Lipur Bukit Bakar.

Penyakit hilang guna air perigi 'sirap'



SEORANG penduduk membasuh muka menggunakan air perigi 'sirap' di Pasir Puteh semalam.



PASIR PUTEH - "Alhamdulillah, penyakit gatal-gatal saya kini beransur hilang selepas mandi dengan air perigi ini."
Itu dakwaan seorang warga emas, Man Mat, 70,selepas mandi air dari sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini yang kini menjadi tarikan utama selepas airnya bertukar menjadi warna merah baru-baru ini.
Beliau yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu berkata, sebelum ini, badannya sering gatal, namun penyakit tersebut hilang selepas mandi dengan air daripada perigi berkenaan.
Menurutnya, berita mengenai air tersebut diketahuinya ketika sedang membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran kawasan kampung berkenaan.
"Ketika itu saya sedang membaiki kereta, tiba-tiba saya terdengar ada penduduk kampung bersembang mengenai telaga tersebut.
"Sejurus mendapat tahu mengenai kejadian pelik itu, saya terus ke tempat kejadian dan ambil airnya dengan harapan mengubati penyakit saya.
"Selepas pulang ke rumah, saya mandi dengan air telaga berkenaan dan penyakit gatal yang dihidapi sebelum ini beransur pulih," dakwanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Kurang wanita punca skandal seks ejen rahsia AS



GAMBAR pada 3 Mei 2007 menunjukkan seorang ejen Perkhidmatan Rahsia wanita memperkenalkan diri kepada anggota polis di luar kediaman Senator Barack Obama di Chicago, Amerika Syarikat.



WASHINGTON - Skandal seks yang melanda Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan bahawa pasukan pengawal peribadi Presiden Barack Obama itu tidak mempunyai ramai ejen wanita.
Insiden memalukan itu menjadi petanda bahawa usaha perlu dilakukan bagi mengurangkan perbezaan gender yang kini ketara dalam agensi berkenaan.
"Saya berpendapat akan ada kemajuan sekiranya lebih ramai ejen wanita diambil berkhidmat dalam agensi ini," kata ahli Jawatankuasa Pemantau dan Penambahbaikan Kerajaan daripada Parti Republikan, Carolyn Maloney.
"Ia akan membawa kepada rasa lebih bertanggungjawab dalam kalangan anggota Perkhidmatan Rahsia," tambahnya.
Wanita mewakili 25 peratus dalam tenaga kerja agensi berkenaan dengan hanya 11 peratus daripada mereka terdiri daripada ejen dan pegawai beruniform, jelas jurucakapnya, Ed Donovan.
Angka itu adalah rendah berbanding 19 peratus ejen khas wanita dalam Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Namun, ia lebih ramai daripada ejen khas wanita yang bertugas di Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS.
"Kami memang mahu merekrut lebih ramai pegawai wanita dalam Perkhidmatan Rahsia AS," kata Donovan. Malah, agensi terbabit secara agresif merekrut dan cuba mendapatkan pegawai wanita dengan cara menyertai pameran kerjaya dan menghantar brosur ke kolej-kolej di AS.
Beberapa ejen Perkhidmatan Rahsia yang tiba di Cartagena untuk melindungi Presiden Barack Obama pada Sidang Kemuncak Negara-Negara Amerika di Cartagena, Colombia 20 April lalu terpaksa dihantar pulang selepas mereka dilaporkan melanggan sekitar 21 orang pelacur. - Agensi

No comments:

Post a Comment