Monday, April 30, 2012

TAK TAHU DIBEZA ELAUN GRED 40 KEBAWAH DENGAN GRED 41 KEATAS...SEDANGKAN SEWA RUMAH..BAYARAN MASUK TANDAS...HARGA BARANG..HARGA MAKANAN DAN MINUMAN...TAMBANG DLL TAK IKUT GRED...PAKAILAH KEPALA OTAK...DAH GAJI KECIK ELAUN CIPUT....GAJI BANYAK ELAUN BANYAK...KATA NAK DEKATKAN JURANG...MAKIN LAMA MAKIN JAUH...PERKARA2 INI...SEMBANG AJE...CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

Ada motif bunuh

Oleh Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah
am@hmetro.com.my

KAWALAN KETAT...Pathmanabhan (tiga dari kanan) bersama tiga pekerjanya dikawal anggota polis selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
KAWALAN KETAT...Pathmanabhan (tiga dari kanan) bersama tiga pekerjanya dikawal anggota polis selepas perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: “Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai niat bersama apabila membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan di Banting, dua tahun lalu,” kata Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya di akhir pendakwaan kes itu, semalam.
Ketika membacakan penghakiman bertulis selama satu setengah jam, beliau berkata, ada perancangan untuk membunuh Sosilawati dan tiga rakan apabila pekerja Pathmanabhan dilihat memunggah kayu di ladang milik tertuduh pertama itu.
Katanya, Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati apabila jutawan kosmetik itu bertemunya bagi mempercepatkan tarikh satu cek tertunda bernilai RM3 juta.

Sedangkan katanya, akaun bank milik Pathmanabhan menunjukkan dia tidak memiliki wang sebanyak itu.


“Pada saya, ini adalah motif utama untuk membunuh Sosilawati. Tiga yang lain hanya berada di tempat dan pada masa yang salah. Jadi mereka juga terpaksa dibunuh bagi menutup mulut,” katanya yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Bungkusan nasi untuk ibu

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my

TEKUN...anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar untuk dihantar ke HSNZ bagi bedah siasat.
TEKUN...anggota bomba mengusung mayat mangsa keluar untuk dihantar ke HSNZ bagi bedah siasat.
MARANG: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang.
Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.

“Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian,” katanya.


Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.

Pelabur emas berputih mata

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.

“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu.

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa.

Lelaki mati disangka mabuk



SUBANG JAYA: Kelibat seorang lelaki terbaring yang disangka penduduk terlalu mabuk sebenarnya mangsa bunuh selepas terdapat kesan tembakan di kepalanya dalam kejadian Sentral 2, USJ 1, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah spa di tempat kejadian dan berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Mayat mangsa berusia 34 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Subang jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa, Loh Kon Chong, 34, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu menetap di sini (Subang Jaya) sejak lebih enam tahun lalu.

“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di tangan kanan, bagaimanapun punca kematian dipercayai akibat ditembak di kepala,” katanya.

Rita enggan cerai

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

PETALING JAYA: “Alasan Aidil tak masuk akal. Kalau ada pergaduhan yang boleh menyebabkan kami bercerai tak apa juga, tapi memang tiada. Sebelum dia keluar dari rumah empat bulan lalu, semuanya elok saja,” kata pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior, Rita Rudaini Mokhtar.
Aktres itu berkata demikian selepas tidak bersetuju dengan permohonan suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil atau nama sebenar Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Rita berkata, dia tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan Aidil pada prosiding semalam yang mengatakan dia mahu bercerai kerana mereka sudah tidak serasi dan tiada persefahaman.

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, saya tidak bersetuju dengan permohonan cerai itu,” katanya yang anggun berjubah hitam dan bertudung biru.


Bagaimanapun, Rita mengakui masih menyayangi perkahwinan mereka, namun sekiranya Tuhan menetapkan mereka berpisah, dia akur.

Elaun RM180 sebulan tak cukup



KUALA LUMPUR: Elaun tetap perumahan di kalangan penjawat awam khususnya bagi gred 40 dan ke bawah perlu dikaji semula bagi menyesuaikan keadaan ekonomi semasa terutama bagi petugas di bandar raya ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dengan elaun sebanyak RM180 sebulan untuk perumahan, ia dianggap sudah tidak lagi relevan pada masa kini apatah lagi kadarnya tidak pun berbeza mengikut kawasan, sekali gus menjadikan penjawat awam di bandar menanggung beban kos hidup lebih tinggi.

Menurut beliau, disebabkan tekanan itu juga ada penjawat awam di luar bandar sanggup menolak tawaran kenaikan pangkat gara-gara tidak mahu ditukarkan ke ibu pejabat di Kuala Lumpur yang memerlukan mereka berhadapan dengan perbelanjaan lebih besar.
“Mengikut perkiraan saya, elaun tetap perumahan ini tidak lagi diperhalusi sejak kira-kira 10 tahun lalu. Secara logiknya, sewa rumah sekarang pun mungkin sudah meningkat hampir sekali ganda berbanding sedekad lalu.

“Justeru, saya berharap elaun ini dapat dinaikkan pada kadar bersesuaian dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di Kuala Lumpur memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja,” katanya.

Omar berkata, kerajaan juga seharusnya memperluaskan pembinaan kuarters yang ketika ini hanya terhad untuk bidang kerja tertentu seperti kakitangan hospital dan polis.

Katanya, Cuepacs sendiri pernah menerima aduan daripada penjawat awam yang memohon supaya kuarters dapat diperluaskan kerana tidak tahan menanggung beban sewa rumah yang terlalu tinggi di ibu kota.

Malah, menurutnya, golongan muda yang baru mula bekerja di sektor awam menerima tekanan paling hebat kerana gaji permulaan mereka pastinya rendah.

RM190,000 lesap mesin ATM dipecah



AMPANG: Sekumpulan perompak dipercayai menggunakan pintu sisi sebuah pasar raya di Pandan Indah, di sini, untuk masuk dan memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di bahagian bawah premis itu sebelum melarikan wang tunai lebih RM190,000 di dalamnya, pagi semalam.
Kejadian itu disedari pengawal keselamatan jam 7 pagi sebaik mendapati terdapat kesan mesin ATM itu dipecahkan.

Kumpulan perompak dipercayai lebih daripada dua orang amat licik dan dapat mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan bertugas di dalam pasar raya itu.
Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan itu apabila siasatan awal polis mendapati mereka masuk dan keluar menggunakan salah satu pintu sisi bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan bertugas ketika menjalankan rondaan sebelum pertukaran syif.

“Pengawal keselamatan itu menghubungi polis memaklumkan kejadian sebuah mesin ATM dipecahkan.

“Sebaik menerima aduan, polis dan unit forensik ke tempat kejadian menjalankan pemeriksaan sebelum mendapati wang tunai lebih RM190,000 di dalam mesin itu hilang,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, laporan polis mengenai kejadian itu dibuat pengurus syarikat kawalan berkenaan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

Difahamkan, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati pintu keselamatan bagi mesin ATM berkenaan ditebuk sebelum wang tunai di dalamnya dilarikan tanpa disedari pengawal keselamatan.

Berlakon minta kerja

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kurang ajar apabila tiga penyamun yang menyamar untuk memohon pekerjaan kemudian menyamun mangsa hingga kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian di Taman Dagang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa turut diugut akan dibunuh sekiranya membuat laporan polis.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ketika mahu pulang ke rumah, dia didatangi tiga lelaki warga India berusia 30-an yang memohon pekerjaan.

Katanya, berikutan lewat malam, dia meminta tiga lelaki itu pulang dan datang keesokannya untuk memohon pekerjaan.


“Sebaik berkata demikian, tiga lelaki itu menendang dan menghentak kepala saya sebelum mencekik leher hingga tidak boleh bernafas.

No comments:

Post a Comment