Wednesday, May 2, 2012

ADAKAH MENANG DENGAN MENGUNA SIMBOL PARTI LAIN...LEPAS MENANG...GIGIT BALIK..CERCA DAN CEMUH...KUTUK...ADAKAH ITU TIDAK BIADAP...TIDAK JAHAT...ADAKAH ORANG MACAM BERMORAL...DAN BOLEH JADI CONTOH...LAWAK2

Derita setahun dikurung

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bukan saja dikurung sejak setahun lalu, malah turut dipukul dengan tali pinggang dan kayu oleh bapanya sehingga menyebabkan kecederaan serius di kepala dan badan.
Penderitaan kanak-kanak itu yang didera di sebuah rumah di Taman Desa, di sini, berakhir kelmarin apabila sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat daripada penduduk.
Sumber berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, bapa kanak-kanak terbabit yang berusia 30-an ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, laporan polis mengenai penderaan ke atas kanak-kanak itu dibuat wakil penduduk di kawasan berkenaan yang sudah beberapa kali menegur dan memberi peringatan kepada bapa mangsa supaya menghentikan perlakuannya yang tidak bertimbang rasa itu.


“Mangsa tinggal bersama suspek selepas lelaki itu berpisah dengan isterinya lebih dua tahun lalu. Suspek mendiami rumah berkenaan sejak setahun lalu bersama beberapa rakannya.

Wajah kuning

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

SIASAT...anggota polis memeriksa mayat Tan  dijumpai mati akibat serangan jantung  dalam sebuah kereta di Seksyen 15, di sini, semalam.
SIASAT...anggota polis memeriksa mayat Tan dijumpai mati akibat serangan jantung dalam sebuah kereta di Seksyen 15, di sini, semalam.
SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai alat ganti kereta baru selesai bersarapan pagi terkejut sejurus menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang pada mula disangkakan sedang tidur di hadapan kedainya, di Seksyen 15, di sini, semalam.
Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an berkata, selepas menikmati sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi di gerai berhampiran dia ingin membuka kedai majikannya namun hairan selepas melihat kelibat seorang lelaki ‘tidur’ di dalam kenderaan depan kedai itu.
Katanya, selepas selesai membuka kedai majikannya, dia tertanya-tanya kerana lelaki berkenaan masih tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum dia menghampiri kenderaan mangsa.

“Saya kemudian mengetuk pintu kenderaan dan memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sebarang tindak balas daripada mangsa.


“Selepas saya perhatikan beberapa ketika, jelas kelihatan mangsa tidak bernafas selain mukanya kelihatan kekuningan,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, semalam.

5 beranak mati dalam kereta

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

MAUT...anggota polis mengangkat mayat seorang daripada mangsa untuk dihantar ke hospital.
MAUT...anggota polis mengangkat mayat seorang daripada mangsa untuk dihantar ke hospital.
MASAI: Lima beranak ditemui maut di dalam sebuah kereta Proton Iswara yang diletak di dalam kedai penghawa dingin kenderaan milik ketua keluarga berkenaan di Jalan Serangkai 4, Taman Bukit Dahlia, Masai di sini, petang semalam.
Lima beranak itu membabitkan bapa berusia 30-an yang mayatnya berada di tempat pemandu, isterinya, 30-an berada di tempat duduk penumpang depan sambil memangku anak perempuan bongsu mereka berusia empat tahun manakala dua lagi anak pasangan itu berada di tempat duduk belakang.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, dua kanak-kanak terbabit ialah anak lelaki berusia 11 tahun dan dan anak perempuan berusia sembilan tahun.

Menurutnya, polis mendapat laporan jam 7.10 malam yang dibuat bapa ketua keluarga berkenaan selepas gagal menghubungi anaknya sejak Ahad lalu.


“Ketua keluarga yang terbunuh itu dikatakan menghantar bapanya berusia 60-an, ke Hospital Sultan Ismail pada jam 11 pagi, Ahad lalu, untuk mendapatkan rawatan buah pinggang dan meninggalkan bapanya di hospital itu.

BODY JAGA JUGA..TAPI IMAN DAN TAKWA JANGAN LUPA...BODY NI DALAM KUBUR DIMAKAN ULAT KECUALI KEKASIH ALLAH SWT

Jumaat khusus untuk wanita


GOLONGAN wanita tempatan yang mahukan privasi boleh berkunjung ke Global Fitness Centre setiap hari Jumaat.



MENURUNKAN berat badan dan mempunyai bentuk tubuh badan yang menarik merupakan idaman setiap wanita. Meskipun demikian, ramai pula wanita yang mencuba pelbagai produk pelangsing tanpa mendapat khidmat nasihat pakar dan akhirnya menanggung kesan sampingan.
Sebenarnya, rata-rata wanita tahu cara terbaik untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal iaitu melalui diet yang seimbang dan bersenam. Namun, akibat perasaan malu lebih-lebih lagi bagi wanita yang bertubuh besar, mereka enggan ke pusat-pusat kecergasan.
Perasaan malu itu juga berpunca daripada kesedaran mengenai batas aurat antara lelaki dan wanita.
Menyedari perkara tersebut, Global Fitness Centre yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, menyediakan satu hari khas untuk golongan wanita meningkatkan kecergasan tanpa bercampur dengan pengunjung lelaki.
Pengurusnya, Mohammad Ridzwan Hafizu, 26, memberitahu, ramai wanita di negeri itu tidak mahu bercampur dengan lelaki ketika bersenam.
“Oleh itu, kami mengambil inisiatif mengadakan satu sesi khas untuk pengunjung wanita. Kami akan membuka gim khas buat wanita setiap hari Jumaat dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.
“Pada hari yang sama juga, bermula pukul 9 malam hingga 11 malam, kami akan mengadakan kelas senaman aerobik khas untuk wanita yang akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman,” ujarnya.
Bagaimanapun, menurut Ridzwan, bagi operasi pada hari biasa, pelanggan wanita masih boleh mengunjungi Global Fitness Centre yang beroperasi tujuh hari seminggu dari pukul 5 petang hingga 12 malam.
Bagi kelas aerobik, yuran yang dikenakan cuma RM20 sebulan di samping yuran keahlian seumur hidup berharga RM10.
Mereka yang ingin menjadi ahli Global Fitness Centre, yuran keahlian seumur hidup ialah RM100 dan yuran bulanan pula cuma RM85.
“Buat masa ini, kami ada membuat promosi untuk wanita iaitu potongan 50 peratus untuk yuran keahlian sehingga penghujung bulan Mei 2012.
“Kami juga menerima pelanggan walk-in pada kadar bayaran RM5 sekali masuk,” katanya.
Kini, wanita di Kelantan sudah mempunyai pilihan untuk bersenam tanpa perasaan malu dengan bimbingan jurulatih berpengalaman.


JURULATIH kecergasan peribadi turut disediakan buat pengunjung Global Fitness Centre, Kota Bharu.



Rasa selesa
Dalam pada itu, Diana Mayadi, 26, yang merupakan salah seorang pengunjung memilih untuk bersenam di Global Fitness Centre kerana berasa selesa dengan persekitarannya.
“Apabila mereka mengadakan hari untuk wanita iaitu pada hari Jumaat, saya boleh bersenam dengan selesa tanpa kehadiran lelaki,” ujarnya sambil menambah bahawa dia kini tiada alasan malu lagi untuk berkunjung ke gim

Bagi seorang lagi pengunjung, Najwah Yusoff, 33, malu untuk bercampur dengan pengunjung lelaki bukanlah satu isu baginya cuma apabila diadakan sesi khas wanita, ia memberi ruang yang wanita untuk lebih serius bersenam.
“Cara dan tujuan lelaki dan wanita bersenam berbeza. Apabila hanya wanita bersenam di sini, kami dapat fokus dengan tujuan sebenar, sama ada untuk menguruskan badan atau meningkatkan kecerdasan diri.
“Selain itu, ia juga membuka peluang kepada wanita untuk bergaul sesama sendiri dan membesarkan jaringan perhubungan masing-masing,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Global Fitness Centre, Ridzwan boleh dihubungi di talian 013-967 7656 tau Faiz 014-299 1126 untuk kelas aerobik. – JULIA ISMAIL

Serangan cemburu

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

AMPANG: Cemburu buta. Seorang lelaki mengekori bekas teman wanitanya menggunakan van syarikat tempat dia bekerja bagi mengelakkan disedari sebelum mencekik teman wanitanya itu selain menumbuk muka rakan lelaki mangsa, kelmarin.
Sebelum kejadian jam 9 pagi itu, wanita berusia 29 tahun terbabit keluar bersama seorang rakan lelaki yang menjemputnya di rumahnya di Taman Kosas, di sini.

Difahamkan, mangsa dan rakannya itu menaiki kereta untuk pergi ke Bandar Baru Ampang, di sini, sebelum menyedari sebuah van mengekori menyebabkan mereka berpatah balik kerana bimbang berlaku sesuatu.

Bagaimanapun, menurut sumber, sebaik mangsa tiba di rumah, lelaki yang juga bekas kekasih mangsa menghalang kereta dipandu rakan lelakinya sebelum menyuruh mangsa keluar.


“Apabila mangsa keluar, lelaki terbabit memarahinya dan meminta wang. Namun, mangsa enggan memberikan wang menyebabkan lelaki itu naik angin.

Gadis menangis terjun sungai



OPERASI...usaha mencari remaja
terbabit di Sungai Johor berhampiran Kompleks Pasar Awam Kota Tinggi.
OPERASI...usaha mencari remaja terbabit di Sungai Johor berhampiran Kompleks Pasar Awam Kota Tinggi.
KOTA TINGGI: “Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai.
“Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan,” kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam.

Osman berkata, kejadian itu berlaku jam 2.35 petang di Sungai Johor apabila dia yang berehat di sebuah astaka di situ terlihat seorang gadis berkulit cerah berjalan di air cetek sungai berkenaan seorang diri.
Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek.

“Saya difahamkan beberapa penduduk melihat gadis itu menangis berlari ke sungai sebelum terjun di situ.

“Namun, air surut ketika itu, gadis yang berbaju berwarna putih dan berseluar pendek berjalan di air cetek sebelum hilang,” katanya yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya.

Lelaki itu, Liew Yoon Seng, 40, berkata anak perempuannya, Lee Man Ling yang belajar di tingkatan tiga didapati menghilangkan diri dari rumah.
Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam.

“Saya bimbang dengan keselamatan anak sekiranya mangsa yang dikatakan terjun itu Man Ling.

“Kami berdoa supaya dia selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan gerakan mengesan mangsa dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat petang semalam.

Menurutnya, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mangsa terjun ke sungai terbabit mahu pun terdapat apa-apa unsur jenayah.

“Kami akan terus menjalankan usaha mengesan mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terjejas kali ke-4

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kejadian ini kali keempat berlaku dan paling teruk sejak tahun lalu,” kata Zalifah Jaafar, 54, seorang daripada 150 penduduk di Kampung Setia Jaya, Setapak, di sini, yang rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.5 meter berikutan hujan lebat selama dua jam, petang semalam.
Banjir disebabkan hujan lebat selama dua jam bermula 2.30 petang itu menyebabkan sebahagian daripada 150 penduduk terbabit dipindahkan ke Dewan Umno Kampung Setia Jaya.

Zalifah berkata, banjir lumpur itu menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumah selepas air naik mendadak.
Menurutnya, masalah banjir di kawasan itu ada kaitan dengan pelaksanaan projek perumahan atas bukit berhampiran kampung itu.

“Sebelum projek perumahan itu, jarang berlaku banjir lumpur seteruk kali ini, namun sejak pembinaan dimulakan sudah empat kali rumah kami dilanda banjir dan kejadian terbaru petang ini paling teruk.

“Kejadian sebelum ini pada September tahun lalu menyebabkan penduduk kerugian lebih RM50,000,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara di Dewan Umno Kampung Setia Jaya.

Mangsa lain, Siti Maznah Abdul Aziz, 53, berkata, paras air yang naik mendadak menyebabkan dia sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barangan elektrik dan perkakasan rumah.

“Saya anggarkan kerugian mencecah RM10,000 selepas semua barangan dalam rumah rosak. Selama 28 tahun tinggal di kampung ini, kejadian kali ini paling teruk,” katanya.
Sementara itu, penduduk di Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru, di Ampang, yang terjejas akibat banjir turut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh.

Penduduk Apartmen Intan, Abdullah Che Mat, 62, berkata, dia bimbang dengan kejadian tanah runtuh di belakang Blok 1 rumahnya sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Perodua Myvi milik seorang penghuni.

“Kejadian tanah runtuh ini yang pertama berlaku di sini sejak lebih 20 tahun saya tinggal di sini. Sebelum ini, tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini.

“Keadaan ini menimbulkan keresahan penduduk kerana bimbang berlaku runtuhan lebih besar. Saya minta pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden ini tidak berulang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selain itu, pihak berkuasa menutup sebahagian laluan masuk ke Jalan Bukit Permai, di sini, bagi melakukan kerja pembersihan apabila tanah runtuhan menutup sebahagian jalan sehingga menghalang lalu lintas.

20 tahun setia tunggu suami pulang



KUALA LUMPUR: “Tidak tahu ke mana dia pergi dan seingat saya kali terakhir berjumpa kami tidak bergaduh, malah tidak mengalami sebarang masalah dalam rumah tangga,” kata Nor Majidah Bachee, 57, mengenai kehilangan suaminya sejak 20 tahun lalu.
Menurut Nor Majidah, suaminya, Baharim Mad Yasin, 56, ketika kejadian bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Setar, Kedah dan sebelum keluar bekerja dia sempat melihat suaminya bermain dengan anak tunggal mereka.

“Selepas itu saya langsung tidak dapat menghubungi suami dan terus setia menanti dengan harapan dia akan pulang ke pangkuan kami. “Namun tahun demi tahun berlalu, sudah dua kali saya membuat laporan polis sepanjang tempoh 20 tahun ini tetapi masih tidak dapat menjejakinya.
“Saya ada membuat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2011 dan mereka menyatakan nombor kad pengenalan Baharim masih aktif,” katanya.

Katanya, sebaik mendapat tahu perkara itu dia berusaha mencari suaminya di Kedah menerusi alamat terakhirnya di Kampung Sungai Lalang, Bidong, Sungai Petani, Kedah namun gagal.

“Pada awal kehilangan suami saya pernah beberapa kali mencarinya dan bertanyakan majikan di tempat kerjanya di stesen minyak di Alor Setar.

“Majikannya mengatakan Baharim mungkin sudah meninggal dunia kerana sudah lama tidak datang bekerja di situ dan tidak dapat dihubungi lagi,” katanya.

Nor Majidah berkata, pernah dia mencarinya di beberapa tempat tetapi gagal. Sehubungan itu, dia meminta saudara-mara atau kenalan Baharim supaya menghubunginya di talian 016-9037232 dan di alamat Kampung Melaka, Batu 9, Hulu Langat, Selangor jika mempunyai maklumat mengenai lelaki itu.

Banjir kilat hujan dua jam

Oleh Asmah Rusman, Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 1.30 tengah hari menyebabkan lebih 20 kawasan di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga satu meter, semalam.
Kawasan yang terjejas teruk adalah Kampung Setia Jaya, Setapak apabila 20 rumah ditenggelami banjir lumpur hingga memaksa penduduk dipindahkan ke Dewan Umno kampung berkenaan.

Kawasan lain yang turut terjejas termasuk pekan Salak Selatan, Bandar Sri Permaisuri, Ampang, Kepong, Bandar Tun Razak, Pantai Dalam, Sungai Besi dan Jalan Tun Razak.

Jurucakap Skuad Penyelamat Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihak turut menerima laporan dua kejadian pokok tumbang di Bulatan Sungai Besi yang menghempap empat kenderaan.


Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Anggota bomba dihantar ke tempat kejadian untuk memotong pokok tumbang berkenaan.

‘Perbuatan biadab, jahat’

PUTRAJAYA: Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan desakan segelintir pihak supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan adalah satu perbuatan biadab, jahat dan bersifat samseng.
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Abu Bakar Yahya berkata, desakan itu juga menunjukkan pihak terbabit jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang melantik anggota SPR.

Menurutnya, kewibawaan SPR tidak boleh dipersoalkan dari segi kredibiliti dan ketelusan, malah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 12 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang dua pertiga majoriti dan beberapa negeri adalah bukti ketelusan institusi itu.
“Penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen jelas membuktikan keterbukaan kerajaan untuk memastikan lagi proses pilihan raya di Malaysia benar-benar adil dan saksama,” katanya.

No comments:

Post a Comment