Seksyen 10, 11 dipilih Zon Bersih
30 April 2012
Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, lanjutan dengan
pemilihan tersebut, MBSA akan melipatgandakan usaha pembersihan
termasuk memperkasakan kutipan sampah domestik, haram, pukal serta
pembersihan longkang besar dan kerja sapuan jalan.
Menurutnya, MBSA akan meningkatkan pemantauan dan penyelenggaraan
infrastruktur awam seperti perhentian bas, papan tanda jalan, bonggol
jalan dan sebagainya.
Beliau berkata, MBSA juga akan mengambil inisiatif untuk mengindahkan
landskap di sekitar Seksyen 10 dan 11 serta memastikan pemangkasan pokok
dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
“Papan tanda pemberitahuan nama kontraktor dan nombor talian yang boleh
dihubungi serta jadual kutipan sisa domestik, pemotongan rumput, sapuan
jalan, pembersihan kawasan komersial dan taman perumahan serta taman
permainan akan dipaparkan di laluan strategik sekitar seksyen berkenaan.
“Penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap premis makanan juga akan
diperkasakan melalui pemeriksaan kebersihan di restoran dan gerai
makanan bagi memastikan pemilik premis mematuhi piawaian dan standard
kebersihan yang ditetapkan dan memastikan kawasan laluan belakang
‘backlane’ tidak dijadikan sebagai tempat penyediaan makanan,” katanya
ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Zon Bersih Peringkat MBSA
Tahun 2012.
Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertempat di Dewan Jenjarum, Seksyen 11 di sini semalam.
Mohd Jaafar berkata, komuniti di Seksyen 10 dan 11 juga menerima 1700
tong sampah sumbangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui anak
syarikatnya Kumpulan Peransang Selangor dalam usaha merealisasikan Zon
Bersih ini.
Beliau katanya, bagi tujuan amal iaitu mengecat Rumah Ramah (Daycare
& Rehabilitation Centre) di Seksyen 10, Supply Paints System (M) Sdn
Bhd berbesar hati menaja cat bagi tujuan sama.
Di majlis berkenaan Abdul Khalid turut melancarkan facebook dan Buletin
Zon Bersih MBSA sebagai platform komuniti setempat untuk berinteraksi
dengan membuat aduan, saranan dan pandangan berhubung pelaksanaan Zon
Bersih.
Beliau turut memakaikan jaket dan topi kepada 22 ketua parcel atau
bahagian, di kedua-dua seksyen dibahagikan kepada 11 parcel yang akan
diketuai Pengarah Jabatan MBSA bersama wakil penduduk bagi memudahkan
pemantauan kawasan dan pelaksanaan aktiviti bersama komuniti.
Selain itu, beliau menyerahkan kemeja T seragam kepada kontraktor
kutipan sampah domestik dan pembersihan kawasan selain penyerahan sijil
penghargaan kepada sektor korporat dan awam yang membantu menjayakan
program Zon Bersih.
30 April 2012
PELABUHAN BARAT - Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan
mengerikan apabila perutnya terburai selepas terbabit kemalangan dengan
sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal
pagi semalam.
Pelajar maut perut terburai
30 April 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad
Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut
selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah
lori.
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman
berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas
digilis lori terbabit.
“Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan
ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Tengku Ampuan
Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.
“Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan
yang gagal dikesan sejurus kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.
Sesiapa yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai
Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti
Nur Baidura Datuk Zulyadaen di talian 03-33722222 bagi membantu
siasatan.
29 April 2012
GOMBAK - Sepasang suami isteri yang juga pemilik tanah Lot 153 Kampung
Melayu Sri Gombak Pinggiran Batu Caves menafikan keluarganya bertindak
kejam terhadap penceroboh tanah milik mereka.
Tuan tanah, Naney Kamis, 64 mendakwa, penceroboh pula melemparkan kata-kata tidak sepatutnya kepada keluarga mereka meskipun menduduki di atas tanah mereka hampir 10 tahun lamanya.
Menurutnya, dakwaan penceroboh mengatakan ahli keluarganya mencederakan ahli keluarga mereka baru-baru ini juga satu pembohongan.
“Buktinya penduduk kampung sendiri menyaksikan keganasan mereka seperti melemparkan botol berisi minyak dan menggunakan senjatakan parang ketika diminta berpindah,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menceritakan punca isu tersebut, keluarganya telah meminta dengan baik agar keluarga berkenaan berpindah dari tanah keluarganya kerana tanah tersebut adalah milik sah di atas nama suaminya, Othman Kamis, 64.
Katanya, 10 tahun keluarganya bertolak ansur dalam perkara ini tetapi keluarga berkenaan bertindak memburukkan nama keluarganya kepada penduduk kampung.
Jelasnya, apa yang dikesali, keluarga tersebut telah mungkir janji untuk mengosongkan tanah apabila pada mesyuarat isu penyelesaian bersama Pejabat Tanah Daerah Gombak pada 2003, mereka ditawarkan dua lot tanah iaitu di plot 149, Kampung Sri Gombak dan plot B di Kampung
Laksamana bagi ganti rugi dengan syarat mengosongkan Lot 153.
“Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah ditawarkan dua lot tanah dengan syarat berpindah dari Lot 153 namun ingkar dalam perjanjian dan tinggal di atas tanah keluarga saya hampir 10 tahun tanpa membayar sesen pun.
“Dalam tempoh itu , keluarga kami menanggung cukai tanah dan pada masa sama mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan mereka mengosongkan tanah tetapi keluarga tersebut tetap enggan berpindah,”katanya.
Sementara itu, keluarga yang kisah mereka disiarkan kelmarin mengosongkan rumah setelah menerima writ saman mengosongkan premis Lot 153 selewatnya 26 April lalu.
29 April 2012
KUANG – Seorang penyamun cedera teruk dibelasah penduduk kampung yang
berang dengan tindakannya meragut dan mencederakan seorang suri rumah
dalam kejadian di Kampung Damai malam kelmarin.
Menurut sumber, suspek yang menaiki motosikal meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa yang ketika itu ditemani anaknya lelakinya berusia 20 tahun.
"Suspek mengacukan pisau dan terus merentap rantai dan anting-anting yang dipakai menyebabkan wanita itu menjerit sekuat hati kerana telinganya sakit," katanya.
Kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudiannya bertindak mengejar suspek hingga ke jalan utama sebelum suspek terjatuh dan dapat diberkas.
"Suspek dibelasah teruk sekumpulan orang kampung yang marah dengan tindakannya dan pemeriksaan mendapati dia bukan penduduk kawasan itu,"katanya .
Suspek berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada polis manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan.
29 April 2012
KEPONG - Penduduk di Taman Usaha Jaya dekat sini sudah tidak tahan
dengan sikap pengotor sebuah medan selera yang sewenangnya-wenangnya
membuang sisa kumbahan tandas dan dan saliran air buangan terus ke dalam
longkang yang melalui kawasan perumahan mereka.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati medan selera yang sudah berada lebih 10 tahun di kawasan perumahan tidak mempunyai sistem saliran yang teratur malah lebih menjijikkan apabila bahagian tempat memasak medan selera yang mempunyai kira-kira 40 gerai itu kotor dan tidak terurus.
Difahamkan penduduk sudah banyak kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), namun setakat ini hanya kompaun sahaja dikeluarkan tetapi medan selera itu masih terus beroperasi dan melakukan kesalahan yang sama.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Imran, 62, berkata, dia yang tinggal membelakangi medan selera itu terseksa kerana sikap sambil lewa pengurusan medan selera terbabit untuk menjaga kebersihan
“Sudah banyak kali tegur tetapi mereka berdegil dan masih membuang air najis dan bahan buangan ke dalam longkang milik penduduk,” katanya.
Katanya, antara yang terjejas akibat bau busuk ialah Jalan 15 A, Jalan 10, Jalan 9 dan Jalan 7 kawasan perumahan berkenaan.
Penduduk Hamzah, 42, berkata, penduduk juga tidak terkecuali dari menghadapi risiko demam denggi apabila air longkang tersumbat dan tidak dapat mengalir disebabkan ianya bercampur dengan sisa buangan.
“Paling tidak dapat diterima kami ialah bagaimana medan selera ini boleh menggunakan rizab jalan untuk mendirikan tembok pemisah dan adakah mereka mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian,”katanya
Sehubungan itu, Persatuan Penduduk Taman Usaha Jaya (PPTUJ) sudah membuat aduan rasmi kepada MPS mengenai masalah berkenaan.
Pengerusinya, Suradi Ahmad ketika ditemui mengesahkan perkara berkenaan dan pihaknya berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk perumahan itu sejak sekian lama.
Sinar Harian akan mendapatkan maklum balas Majlis Perbandaran Selayang berhubung masalah ini dalam masa terdekat.
30 April 2012
GEORGETOWN - Negeri di kawasan utara Semenanjung Malaysia terdedah
kepada ancaman tsunami sekiranya berlaku gegaran dan gempa bumi kuat di
dasar laut Kepulauan Nicobar serta Perairan Sumatera.
Suami isteri nafi kejam kepada penceroboh tanah
29 April 2012
Tuan tanah, Naney Kamis, 64 mendakwa, penceroboh pula melemparkan kata-kata tidak sepatutnya kepada keluarga mereka meskipun menduduki di atas tanah mereka hampir 10 tahun lamanya.
Menurutnya, dakwaan penceroboh mengatakan ahli keluarganya mencederakan ahli keluarga mereka baru-baru ini juga satu pembohongan.
“Buktinya penduduk kampung sendiri menyaksikan keganasan mereka seperti melemparkan botol berisi minyak dan menggunakan senjatakan parang ketika diminta berpindah,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menceritakan punca isu tersebut, keluarganya telah meminta dengan baik agar keluarga berkenaan berpindah dari tanah keluarganya kerana tanah tersebut adalah milik sah di atas nama suaminya, Othman Kamis, 64.
Katanya, 10 tahun keluarganya bertolak ansur dalam perkara ini tetapi keluarga berkenaan bertindak memburukkan nama keluarganya kepada penduduk kampung.
Jelasnya, apa yang dikesali, keluarga tersebut telah mungkir janji untuk mengosongkan tanah apabila pada mesyuarat isu penyelesaian bersama Pejabat Tanah Daerah Gombak pada 2003, mereka ditawarkan dua lot tanah iaitu di plot 149, Kampung Sri Gombak dan plot B di Kampung
Laksamana bagi ganti rugi dengan syarat mengosongkan Lot 153.
“Dalam mesyuarat tersebut, mereka telah ditawarkan dua lot tanah dengan syarat berpindah dari Lot 153 namun ingkar dalam perjanjian dan tinggal di atas tanah keluarga saya hampir 10 tahun tanpa membayar sesen pun.
“Dalam tempoh itu , keluarga kami menanggung cukai tanah dan pada masa sama mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan mereka mengosongkan tanah tetapi keluarga tersebut tetap enggan berpindah,”katanya.
Sementara itu, keluarga yang kisah mereka disiarkan kelmarin mengosongkan rumah setelah menerima writ saman mengosongkan premis Lot 153 selewatnya 26 April lalu.
Penyamun cedera dibelasah
29 April 2012
Menurut sumber, suspek yang menaiki motosikal meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa yang ketika itu ditemani anaknya lelakinya berusia 20 tahun.
"Suspek mengacukan pisau dan terus merentap rantai dan anting-anting yang dipakai menyebabkan wanita itu menjerit sekuat hati kerana telinganya sakit," katanya.
Kejadian itu disedari jiran mangsa yang kemudiannya bertindak mengejar suspek hingga ke jalan utama sebelum suspek terjatuh dan dapat diberkas.
"Suspek dibelasah teruk sekumpulan orang kampung yang marah dengan tindakannya dan pemeriksaan mendapati dia bukan penduduk kawasan itu,"katanya .
Suspek berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada polis manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah kes disiasat mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan.
10 tahun derita bau busuk
29 April 2012
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati medan selera yang sudah berada lebih 10 tahun di kawasan perumahan tidak mempunyai sistem saliran yang teratur malah lebih menjijikkan apabila bahagian tempat memasak medan selera yang mempunyai kira-kira 40 gerai itu kotor dan tidak terurus.
Difahamkan penduduk sudah banyak kali membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), namun setakat ini hanya kompaun sahaja dikeluarkan tetapi medan selera itu masih terus beroperasi dan melakukan kesalahan yang sama.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Imran, 62, berkata, dia yang tinggal membelakangi medan selera itu terseksa kerana sikap sambil lewa pengurusan medan selera terbabit untuk menjaga kebersihan
“Sudah banyak kali tegur tetapi mereka berdegil dan masih membuang air najis dan bahan buangan ke dalam longkang milik penduduk,” katanya.
Katanya, antara yang terjejas akibat bau busuk ialah Jalan 15 A, Jalan 10, Jalan 9 dan Jalan 7 kawasan perumahan berkenaan.
Penduduk Hamzah, 42, berkata, penduduk juga tidak terkecuali dari menghadapi risiko demam denggi apabila air longkang tersumbat dan tidak dapat mengalir disebabkan ianya bercampur dengan sisa buangan.
“Paling tidak dapat diterima kami ialah bagaimana medan selera ini boleh menggunakan rizab jalan untuk mendirikan tembok pemisah dan adakah mereka mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian,”katanya
Sehubungan itu, Persatuan Penduduk Taman Usaha Jaya (PPTUJ) sudah membuat aduan rasmi kepada MPS mengenai masalah berkenaan.
Pengerusinya, Suradi Ahmad ketika ditemui mengesahkan perkara berkenaan dan pihaknya berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk perumahan itu sejak sekian lama.
Sinar Harian akan mendapatkan maklum balas Majlis Perbandaran Selayang berhubung masalah ini dalam masa terdekat.
Negeri utara terdedah tsunami
30 April 2012
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Yap Kok Seng
berkata, ini adalah berikutan gempa bumi yang kuat berpotensi berlaku di
kawasan berkenaan sehingga mampu mengancam perairan pantai terutamanya
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah dan Langkawi.
Menurutnya, walaupun pihak JMM telah membangunkan satu Sistem Amaran
Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi membolehkan amaran awal
tsunami dapat dikeluarkan kepada penduduk di kawasan pantai negara
dengan segera, rakyat seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga.
“Rangkaian SAATNM dan rangkaian pelampung tsunami antarabangsa mampu
mengesan ketibaan ombak tsunami lebih awal sebelum sampai ke perairan
negara.
“Jika berlaku gempa bumi di sana (dasar laut Kepulauan Nicobar serta
Perairan Sumatera) anggaran masa ketibaan ombak tsunami dijangka
kira-kira tiga jam ke negara kita,” katanya, selepas merasmikan upacara
penutup latih amal ex-tsunami di Batu Feringghi, di sini, semalam.
Seramai 300 peserta melibatkan komuniti setempat termasuk pelancong menyertai latihan ini.
Latihan itu membuka ruang kepada agensi pengurusan bencana yang
terlibat untuk menguji kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi
antara agensi berkenaan.
Ketika ditanya kecekapan pengurusan agensi mengurus bencana, beliau
mengulas satu penilaian akan diadakan esok (hari ini) oleh agensi yang
terlibat bagi mengkaji kelemahan ketika latihan amal ini dijalankan
supaya kelemahan itu dapat diperbaiki.
29 April 2012
NIBONG TEBAL – Sikap pelik seorang lelaki sejak beberapa hari lalu
ternyata menjadi petanda buat ahli keluarga dan rakan apabila dia maut
sejurus terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 4 pagi kelmarin.
M Mohganetelag, 32, berasal dari Taman Bestari, di sini, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius pada anggota badan berikutan motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Bakap.
Ibu mangsa, Lilymarry Louis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya itu lebih mesra dan gemar bergurau dengan adik-adiknya.
“Saya tidak sangka, sikap ramah dan mesra Mohganetelag yang dipamerkan tiga hari sebelum kejadian merupakan petanda yang dia akan pergi buat selamanya.
“Lebih menyedihkan, dia merupakan seorang anak yang baik dan sanggup membelanjakan wang gajinya untuk keperluan rumah, saya dan adik-adiknya,” katanya.
Sementara itu, rakannya yang juga anggota Rela kawasan Nibong Tebal, A Krishnaveni berkata, Mohganetelag merupakan seorang rakan dan anggota Rela yang baik dan ringan tulang.
“Saya terkejut dengan kematian Mohganetelag kerana siang sebelum kejadian kami masih sempat bergurau. Hasrat terakhir Mohganetelag untuk membantu seorang rakan anggota Rela mengadakan kenduri akhirnya menjadi kenangan apabila kami menerima khabar berita kematiannya awal pagi kelmarin.
Menurutnya, Mohganetelag yang lebih ramah dan suka senyum beberapa hari sebelum kematiannya ternyata membawa petanda buat kami yang dia akan pergi selamanya.
“Diharap, kebaikan yang dilakukan Mohganetelag akan menjadi ingatan buat kami semua dan kami bersedih kerana kehilangan seorang rakan yang baik sepertinya,” katanya.
30 April 2012
Berubah sikap sebelum maut

Jatuh motosikal disondol babi
30 April 2012
GURUN - Seorang bekas juruteknik tidak dapat melakukan kerja berat
untuk mencari rezeki menyara keluarga selepas dia patah tulang bahu
kirinya dalam satu kemalangan, Disember tahun lalu.
Mohd Fadli Mohd Sharif, 27, berkata, setelah empat bulan kejadian
terbabit, dia kini mencari rezeki dengan bekerja kontrak bersama bapa
mertuanya, Ramli Khamis, bagi menampung kehidupannya bersama isteri dan
seorang anak.
Menurutnya, mengimbas kejadian yang berlaku Disember tahun lalu, ketika
itu dia sedang menunggang motosikal dari rumahnya yang terletak di
Kampung Guar Jumaat untuk ke tempat kerja di Aimst University.
“Ketika menunggang motosikal dalam kawasan kampung kira-kira jam 7.30
pagi, saya terkejut apabila tiba-tiba seekor babi hutan meluru ke arah
saya dan terus melanggar saya dari arah kiri sebelum saya terjatuh.
“Pada ketika itu, nasib saya baik kerana kebetulan bapa saudara sedang
menunggang motosikal di belakang saya dan dia berhenti untuk membantu
saya,” katanya.
Mohd Fadli berkata, dia menerima rawatan di Hospital Yan dan doktor
yang merawatnya mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian
tulang bahu kiri akibat hentakan kuat semasa terjatuh dari motosikal
akibat disondol babi hutan berkenaan.
Menurutnya, dia kemudiannya diberi cuti sakit selama dua bulan dan kini
tidak lagi bekerja sebagai juruteknik di universiti berkenaan kerana
masih tidak dapat melakukan kerja berat akibat kecederaan itu.
“Saya kini hanya membantu bapa mertua untuk menampung perbelanjaan
keluarga kerana kecederaan yang dialami mengambil masa lama untuk
sembuh.
“Saya bersyukur kerana keadaan semakin pulih dan terselamat daripada
kemalangan yang masih dalam ingatan dan tidak dapat dilupakan,” katanya.
Terdahulu, Mohd Fadli menerima cek berjumlah RM2,000 yang telah
disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah
di bawah skim Bantuan Serangan Binatang Buas. Turut hadir ialah Pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor.
30 April 2012
PENDANG – Selepas tiga hari berkampung di daerah ini untuk mendekati
masyarakatnya, skuad Sinar Harian mengakhiri kunjungan dengan sesi
berkonvoi ke beberapa tempat menarik.
‘Mai singgah rumah...’
30 April 2012
Sesi berkenaan dijayakan bersama dengan ahli Persatuan Kelab-kelab
Belia Malaysia (MAYC) Pendang yang turut menunggang motosikal
beramai-ramai mengiringi kereta skuad cakna Sinar Harian ke beberapa
pelosok Pendang.
Antara tempat yang dilawati ialah ladang mempelam dan jambu air di
Kampung Kuala Lanjut Tobiar diikuti Ladang Markisa Kampung Hujung Keton
selain singgah menziarahi kubur bersejarah di Kubur Panjang.
Program tiga hari yang berakhir semalam disempurnakan dengan perlawanan
persahabatan futsal antara belia MAYC Pendang dengan Sinar Harian.
Sepanjang lawatan berkenaan, semua wartawan diberi penerangan oleh
pengusaha dari tempat-tempat terbabit. Mereka juga berpeluang merasai
keenakan buah-buahan segar hasil dari ladang dilawati.
Di Kampung Kuala Lanjut semua peserta konvoi disambut baik oleh
penduduk kampung yang meringankan tulang menyediakan hidangan lemang
yang baru dibakar bersama kari itik dan ayam.
Di Kampung Hujung Keton pula, pengusaha ladang berbesar hati menerima kunjungan dengan menghidangkan jus dan jeli buah markisa.
Ketika aktiviti konvoi itu, ramai penduduk kampung berkesempatan
beramah mesra bersama wartawan dengan bertanya mengenai pemberitaan
akhbar ini malah ada yang menyuarakan masalah mereka.
Pelbagai ragam dapat dilihat ketika berkonvoi apabila kereta Sinar
Harian yang melalui beberapa kawasan kampung dilambai penduduk. Ada yang
tersenyum malah ada yang memanggil agar singgah ke rumah mereka.
Selepas aktiviti konvoi yang dipenuhi kenangan manis ini, diharap
akhbar ini terus menjadi pilihan hati pembaca dari negeri-negeri di
utara, khususnya penduduk Pendang yang baru kami kunjungi.
No comments:
Post a Comment