Jumpa selepas 30 tahun
Oleh KHAIRUL HAMIZY RAMLEE
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SAYANG...Omar dipeluk cucu, Mohd Asraf sambil diperhatikan bapanya Abdul Wahab ketika pertemuan mereka di Hentian Bas MBKT.
Abd Wahab berkata, sejak ibu bapanya bercerai ketika dia berusia enam tahun, mereka sekeluarga tidak pernah bertemu kerana ibu dan bapanya masing-masing berkahwin lain.
Dia yang dilahirkan di Segamat, Johor dan dibesarkan di Tawau, Sabah sebelum menetap di Puncak Alam, Kuala Selangor berkata, perpisahan keluarga yang memeritkan terjadi ketika dia dan seorang adiknya yang sudah meninggal dunia, masih kecil serta memerlukan tempat bergantung.
Katanya, sukar untuk dia menceritakan perselisihan faham yang berlaku sehingga menyebabkan keluarganya berpisah dan tidak menyangka rutin hariannya membaca Harian Metro kelmarin membawa khabar gembira apabila melihat wajah seorang lelaki yang hidup merempat di hentian bas mirip bapanya.
“Sebaik membaca berita disiarkan, terdetik di hati, lelaki itu bapa saya dan terus menelefon pejabat Harian Metro untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mengenal pasti dia ayah saya selepas bercakap dengannya menerusi telefon.
“Tanpa berlengah, saya terus menaiki kereta bersama dua anak ke Kuala Terengganu untuk bertemu bapa dan tidak menyangka pertemuan ini berlaku pada awal pagi selepas azan Subuh, menjadikan lidah saya kelu untuk berkata-kata ketika memeluk bapa sehingga menitiskan air mata,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.
Menurut bapa kepada enam anak itu, dia berterima kasih kepada Harian Metro kerana membantu mempertemukan semula bapanya yang terputus hubungan sejak 30 tahun lalu.
Katanya, dalam tempoh itu dia pernah mencuba mencari bapanya tetapi tiada maklumat sama ada masih hidup atau mati kerana sering berpindah, menyebabkan usaha mereka terbantut.
“Bagaimanapun, bapa tidak terus menetap di situ serta merantau semula ke beberapa negeri dan sejak itu kami terputus hubungan serta tidak pernah berjumpa lagi,” katanya sambil menyifatkan pertemuan itu sebagai hadiah awal sempena ulang tahun ke-10 anak bongsunya, Mohd Ashraf esok.
Sementara itu, Omar yang kelihatan ceria ketika bergurau dengan dua cucunya, Asrul Safuan, 23, dan Mohd Ashraf berkata, dia terharu apabila mendengar cucunya memanggil dia ‘atuk’.
Menurutnya, dia tidak menduga hidupnya yang terpaksa mengemis untuk mengisi perut sejak empat bulan lalu itu kini berubah selepas anak sulungnya menawarkan untuk tinggal bersama.
“Lidah saya kelu dan sukar meluahkan perasaan terharu apabila melihat Abd Wahab sudah besar dan membawa anaknya untuk menjemput saya ke rumah mereka,” katanya sambil mengesat air mata dan saling bermaafan antara mereka berdua.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan kisah penderitaan seorang warga emas yang terpaksa mengemis dan mengumpul kotak untuk mengisi perut serta menjadikan hentian bas sebagai tempat kediamannya.
Lebih malang, Omar berkata, rumahnya terpaksa dirobohkan akhir tahun lalu kerana didirikan atas tanah milik orang lain, menyebabkan dia hilang tempat berlindung.
Dia yang pernah bekerja sebagai nelayan mendakwa hanya membawa sehelai selimut, tikar, tuala, sejadah dan beberapa helai pakaian ke hentian bas berkenaan selepas keluar dari rumahnya, empat bulan lalu.
Menurutnya, segala makan minumnya setiap hari adalah daripada belas ihsan orang ramai yang simpati dengan nasibnya.
Cantik, tak sombong
Oleh RIADZ RADZI, RUDY IMRAN SHAMSUDIN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.
SAMA CANTIK... Kartini (kanan) mewarisi kecantikan daripada Bibi.
Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.
Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.
Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.
“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.
Mak lawa, anak cun
Selain Rozita dan Ayu Raudhah, tiga lagi anak perempuan Bedah iaitu Robithoh, 35, yang juga isteri pelawak Lan Pet Pet, Rahaiza, 31, dan Rahimah, 41, turut memiliki rupa paras menawan.
Keluarga ini turut memiliki dua saudara lelaki iaitu Rashidi, 33, dan Mohd Rafiudin, 24.
Bedah berkata, dia turut menggalakkan semua anak perempuannya melakukan amalan lepas bersalin dalam usaha mengekalkan bentuk badan, selain lebih sihat.
“Sepanjang tempoh berpantang, saya memang berdisiplin, terutama membabitkan makanan. Semua ini diajar ibu saya dan saya kemudian menurunkannya kepada anak.
“Setiap kali bersalin pula, saya berpantang dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan bentuk tubuh langsing. Saya tak makan apa-apa jamu tapi jaga pemakanan harian dan banyak minum air suam, selain bangun awal setiap hari,” katanya.
Warisan kahwin campur
Menurutnya, sejak tinggal di Kanada lagi, mempunyai lima anak perempuan menggamit perhatian kerana sebahagian besar ibu bapa tidak mempunyai keluarga besar sebagaimana dia dan isteri, Azlina Jahaya, 46.
“Sejak saya tinggal di Kanada lagi, apabila keluar bersama isteri dan lima anak perempuan, kami pasti dihampiri orang ramai.
“Tambah pula sejak kecil mereka pandai bergaya dan gemar memakai barangan ‘trendy’, menyebabkan kami cepat popular di kalangan orang awam di situ,” katanya.
Dia tidak menafikan sebaik tiba di Malaysia, tambah pula pembabitan anak gadisnya dalam bidang hiburan, perhatian diberikan orang tempatan tidak ubah seperti selebriti kerana gaya semua anak gadisnya seakan-akan sebaya dan sama.
Rancang dapat anak cantik
Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Pakar Genetik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Prof Dr Zilfalil Alwi berkata, perancangan kehamilan bermakna wanita tahu bila mereka akan hamil dan membantu mereka lebih bersedia untuk menjaga kandungan.
“Dalam kehamilan, tempoh tiga bulan pertama adalah kritikal kerana waktu itu berlaku pembentukan mata, anggota badan dan jantung bayi. Jika kandungan tidak dirancang, ada wanita tidak tahu mereka hamil walaupun kandungan mencecah dua bulan.
“Dalam tempoh itu, wanita yang tidak menyedari mereka hamil mungkin tidak menjaga kandungan, terutama membabitkan pemakanan dan kawasan persekitaran yang boleh menjejaskan pembentukan bayi. Lebih teruk jika wanita itu perokok dan mengambil alkohol,” katanya ketika dihubungi.
Dr Zilfalil berkata, faktor genetik turut memainkan peranan kerana wujud gen tertentu yang boleh menentukan pembentukan bayi, termasuk wajahnya. “Setiap manusia memiliki kira-kira 25,000 gen dan beberapa ribu daripadanya terbabit dalam pembentukan bentuk badan. Gen juga ditentukan faktor ibu dan bapa atau keturunan.
“Jika bayi dilahirkan tidak normal, mungkin ia berpunca daripada ibu atau bapa sebagai pembawa dan kita tidak boleh mengawalnya,” katanya.
Beliau berkata, kejadian bayi dilahirkan tidak sempurna seperti lelangit sumbing atau berpenyakit kemungkinan berpunca daripada gen tidak normal dibawa ibu bapa.
Menurutnya, pembentukan setiap bayi itu diwarisi, jika ibu bapa berhidung penyek, bermata sepet atau berkulit gelap, ia akan turun kepada anak mereka.
Tak guna kalau tiada iman
Mohd Zawawi berkata, manusia boleh berusaha bagi mendapatkan keturunan cantik, namun ia ditentukan Allah.
Katanya, pembentukan muka, anggota badan dan pembesaran ditentukan Allah.
Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan ialah ibu mengandung digalakkan membaca surah Yusuf untuk mendapatkan anak cantik, surah Luqman bagi anak bijak dan surah Maryam untuk mendapatkan anak soleh.
Ini termasuk menjaga pemakanan dan kandungan supaya anak yang bakal dilahirkan sihat.
“Jika mahukan keturunan cantik, mungkin boleh memilih pasangan cantik seperti orang kulit putih yang berhidung mancung, berambut perang dan berbibir nipis.
“Namun, kecantikan itu tidak ada gunanya jika ia tidak seiring dengan sikap kita, lebih-lebih lagi jika langsung tidak beriman kepada Allah.
“Ambil contoh sahabat Rasulullah SAW iaitu Bilal bin Rabah. Bilal adalah hamba daripada bangsa kulit hitam dan kerap diejek kerana keadaan itu,” katanya.
Rosak sistem kekeluargaan
Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang suami, Azmir, 30, yang tertekan selepas mendapati isterinya yang dikahwini pada 7 Januari lalu, menjalin hubungan terlarang dengan bapanya yang berusia 50-an.
Kemuncak kecurangan itu terbukti pada 27 Mac lalu selepas Azmir mengekori pergerakan bapa dan isterinya yang memasuki sebuah kondominium di sini dalam keadaan berpelukan, selain pengakuan dibuat wanita itu sendiri.
Menurut Wan Akashah, sebagai bapa, lelaki itu perlu menunjukkan akhlak terbaik dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam keluarga, bukan menghancurkan kehidupan anak kandungnya.
“Lelaki berkenaan bukan saja gagal menjadi model terbaik dalam keluarga, malah tindakannya mewujudkan perasaan dendam yang sukar dilupakan anaknya. Kegagalan mengamalkan cara hidup Islam antara punca keluarga itu porak-peranda,” katanya.
Wan Akashah berkata, kesilapan Azmir adalah tidak mengenali hati budi dan latar belakang isterinya terlebih dulu, sebaliknya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga biarpun baru berkenalan enam bulan.
“Dalam keadaan ini, suami harus menegur isteri, pulaukan jika berdegil dan jika masih ingkar, wajar menceraikannya. Allah berfirman: ‘Kalau mereka mahu menipu Allah, nescaya Allah akan membalas tipu daya mereka’ dan kejadian itu terbukti berlaku,” katanya.
Wan Akashah berkata, dalam kes itu, wanita terbabit disifatkan sebagai batu api dan duri dalam daging kerana menjadi punca kerenggangan hubungan anak dengan bapa melalui hubungan terlarang itu.
Kereta rosak, polis ke wad
Oleh ZAITI SATIBI, MOHD FIRDAUS IBRAHIM, MUHAMMAD
APENDY ISSAHAK, RAJA NORAINA RAJA RAHIM, ASMAH RUSMAN, SITI NOR
HIDAYATIDAYU RAZALI, MUHAAMAD HAFIS NAWAWI, KALIDEVI MOGAN dan NAIMAH
MOHAMED
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
GANAS... kereta polis diterbalikkan peserta perhimpunan di depan Sogo, semalam.
LAWAN... antara gelagat peserta perhimpunan.
Sepucuk pistol milik anggota trafik dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kumpulan peserta terbabit sebaik kejadian berlaku. Difahamkan, pistol berkenaan ditemui semula.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam twitternya memaklumkan, pistol anggota yang hilang itu ditemui dan dua anggota polis dimasukkan ke wad.
Saksi kejadian, Mohd Azri Salleh@Khalid, 28, yang juga kakitangan TV al-Hijrah berkata, ketika kejadian jam 4.15 petang, dia mahu merakam gambar sebuah kenderaan polis sebaik dimaklumkan kenderaan itu merempuh dua peserta sebelum cermin kenderaan itu dibaling batu di depan Sogo.
“Saya terus berlari ke arah kenderaan itu dan sebaik tiba, ramai peserta mengerumuninya dan saya cuba membantu mengeluarkan anggota terbabit, tetapi ditumbuk di muka. Anggota polis yang cuba keluar dari kenderaan itu pula dipukul dan ditendang.
“Sebuah lagi kenderaan pegawai penyiasat turut dirosakkan di depan Kompleks Pertama. Semua anggota yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sebelum itu, perhimpunan yang sepatutnya berlangsung secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, jam 3 petang, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menembak gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.
Dianggarkan puluhan ribu penyokong membanjiri ibu kota sekali pun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis mengeluarkan arahan supaya tiada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka selepas mendapat perintah mahkamah.
Sikap degil peserta yang enggan bersurai selepas diarah berbuat demikian memaksa FRU melepaskan beberapa gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka. Meriam air turut digunakan untuk menyuraikan peserta.
Selain, itu, kesesakan jalan yang teruk dilaporkan berlaku di pinggir pusat bandar apabila polis terpaksa menutup 58 jalan serta susur laluan berikutan perhimpunan berkenaan.
Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook pasukan itu menjelaskan, laluan itu ditutup secara berperingkat-peringkat sejak 6 pagi dan akan dimaklumkan pembukaannya kemudian.
Berikutan perhimpunan itu, beberapa batang jalan pula akan dilencongkan.
Setakat jam 5.30 petang ini, seramai lebih 30 peserta ditahan selepas ingkar arahan polis supaya bersurai.
No comments:
Post a Comment