Wednesday, May 2, 2012

BOLEHKAH BERLAKU ADIL...SEDANGKAN KITA TERLIBAT@POLIS DALAM PENGADILAN ITU...SEPATUTNYA ORANG TAK KENA MENGENA...ALLAH PENGADIL YANG SEBAIK2NYA...

New York destinasi bulan madu

AWAL (kiri) dan Scha mencuba pakaian pengantin sambil dibantu Pengarah Urusan Atikah’s Songket, Noriah Ashari di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.
Awal Ashaari ketika mendedahkan perkara itu berkata, dia dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari.
“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.
“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui sewaktu melihat sebahagian kelengkapan perkahwinan mereka di Butik Atikah’s Songket di Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.
Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok.

BIAR JADI SUAMI ISTERI YG TAKWA...BUKAN ISLAM PADA AGAMA SAJA...PENAMPILAN DIRI TIDAK...

Warga Lembah Klang cemas


BEBERAPA buah kereta terperangkap dalam kejadian banjir kilat di pekan Salak Selatan, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda Lembah Klang semalam, menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memberitahu, hujan lebat sejak pukul 1 petang itu telah menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Yaakob Latif, Jalan Sungai Besi, Salak Selatan dan Bangunan Perkim di Jalan Ipoh mengalami banjir kilat.
Menurut jurucakap tersebut, kawasan paling teruk dilanda banjir kilat ialah di Salak Selatan iaitu kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan apabila ditenggelami air sedalam kira-kira 1.5 meter pada pukul 2 petang.
“Banjir kilat tersebut telah menyebabkan lalu lintas di beberapa jalan utama menjadi sesak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

 MINTALAH LEBIH... DOSA2 PUN BANYAK DALAM BUAT DRAMA...SEGALA PERKARA YANG BERLAKU MEMBUAT DRAMA YANG BERTENTANG SYARAK...ADALAH SATU DOSA...

Penerbit tuntut stesen TV naikkan bayaran


SEBAHAGIAN daripada penerbit dan artis yang menuntut stesen televisyen swasta menaikkan kadar bayaran kepada mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTM) memberi tempoh dua minggu kepada semua stesen televisyen swasta agar menaikkan kadar bayaran kepada penerbit drama dan telefilem tempatan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.
Presidennya, Jurey Latiff Mohd. Rosli berkata, selama 17 tahun bayaran kepada penerbit tidak pernah dinaikkan walaupun kos sara hidup semakin meningkat.
“Pada masa ini, harga minyak kenderaan dan barang keperluan semakin meningkat, tetapi bayaran yang diterima oleh penerbit masih tidak berubah.
“Bukan niat untuk bergaduh atau menghentam mana-mana pihak, khususnya stesen televisyen swasta. Cuma kami mahu kemelut ini diselesaikan kerana ia melibatkan periuk nasi dan industri seni di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ahli Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

BANYAK LAGI AHLI2 POLITIK KAKI MAKSIAT...RAKAMANNYA ADA DALAM REKOD SIMPANAN ALLAH...YANG AKAN DITUNJUK DIPADANG MAHSYAR...JANGAN BERLAGAK BERSIH...SEBAB KEJAHATAN KITA BELUM DIBONGKAR ALLAH SWT...

‘99.9 peratus orang itu Azmin Ali’


AZMIN ALI


GEORGE TOWN – Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Ummi Hafilda berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.
“Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Mati dibelasah penyamun


SHUKRI (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan Wee Keong yang parah dibelasah empat penyamun ketika melawat bekas polis itu di HRPB, Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Seorang jurukimpal yang koma selepas ditetak dengan senjata tajam dan dibelasah teruk oleh empat penyamun di Taman Rishah di sini kelmarin disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.
Song Chee Heng, 55, disahkan mati pada pukul 11 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut.
Kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang dari rumah bapanya di taman berkenaan didatangi empat suspek yang menaiki dua buah motosikal lalu cuba menyamunnya.
Mangsa kemudian berlari menuju ke sebuah rumah untuk menyelamatkan diri sebelum kesemua suspek yang berjaya menyamun dompet dan telefon bimbitnya membelasahnya.
Bagaimanapun, ketika hendak melarikan diri, suspek terserempak dengan seorang penduduk, Chuah Wee Keong, 59, yang cuba menahan mereka.

Misteri kematian 5 sekeluarga


ANGGOTA polis mengusung salah satu daripada lima mayat yang ditemui mati di dalam sebuah kereta Proton Iswara di sebuah bengkel kereta di Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang curiga selepas gagal menghubungi anaknya sejak Ahad lalu terkejut besar apabila mendapati pemilik bengkel kereta itu ditemui mati bersama menantu dan tiga cucunya dalam kejadian di sebuah pusat servis hawa dingin di Jalan Serangkai Empat, Taman Bukit Dahlia, Masai di sini semalam.
Lelaki berusia 63 tahun itu dikatakan curiga mengenai kehilangan anaknya selepas mangsa tidak muncul-muncul untuk menghantar makanan kepadanya yang sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini sejak Ahad lalu.
Difahamkan, dia dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan penyakit buah pinggang yang dihidapinya.
Sumber polis memberitahu, curiga dengan keadaan itu, dia kemudian meminta kebenaran doktor untuk dibenarkan keluar awal untuk mencari anaknya di rumahnya yang bahagian hadapannya juga dijadikan bengkel kereta. Dia keluar dari hospital itu pada pukul 12.30 tengah hari.
“Sebaik sampai, dia mendapati kesemua pintu dan tingkap terkunci sebelum dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar kerana menyangka anaknya tiada di rumah. Dia menetap bersama anaknya di situ sejak setahun lalu,” katanya.

Dua wartawan maut nahas

MUKAH – Dua wartawan akhbar Kumpulan See Hua Daily News maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 20, Jalan Mukah-Balingian di sini semalam.
Kejadian pukul 11 pagi itu mengakibatkan Begaing @ Gaing anak Kuding, 48, wartawan Borneo Post dan Patricia Yiu Siew, 31, wartawan See Hua Daily News maut di tempat kejadian.
Difahamkan, Patricia baru bekerja dua hari selepas ditukarkan dari Kuching ke Mukah.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Omar Bakhtiar berkata, ketika kejadian kedua-dua wartawan itu dalam perjalanan pulang selepas membuat liputan majlis pecah tanah sebuah tadika yang akan dibina di rumah panjang Aji Ak Buli, kira-kira 40 kilometer dari Mukah.

2 cedera bergaduh luar pejabat PM


SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong PKR cedera di muka dalam kekecohan itu.


PUTRAJAYA – Kehadiran lebih 200 penyokong MIC dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar pekarangan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri semalam, dengan masing-masing mendakwa mahu mempertahankan hak masyarakat India, akhirnya menjadi kecoh.
Akibat pertikaman lidah antara kedua-dua kumpulan, pergaduhan tercetus sehingga mengakibatkan dua cedera dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan. Identiti mereka yang cedera tidak diketahui.
Kumpulan penyokong MIC diketuai Ketua Pergerakan Pemuda MIC kebangsaan T. Mohan dikatakan hadir bagi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas keprihatinan beliau dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat India termasuk sekolah Tamil, kuil, masalah ekonomi dan kewarganegaraan.
PKR pula diketuai Naib Presidennya, N. Surendran dan Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin dikatakan hadir untuk memohon kad pengenalan biru untuk seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang didakwa gagal mendaftar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolahnya akibat masalah itu.

Polis jamin siasatan secara adil


IMBAS kembali. Arif Kartono yang cedera ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu.


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung insiden beberapa individu termasuk petugas media yang dikasari dalam perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu.
Ismail berkata, beliau mengambil berat terhadap insiden yang berlaku dan akan menjalankan siasatan secara terbuka demi keadilan semua pihak.
“Kita akan kenal pasti apa yang berlaku (pada hari tersebut) dan akan pastikan siasatan yang adil dijalankan.
“Kita juga menerima laporan daripada polis, orang awam dan media berhubung kejadian (dikasari) itu. Saya memberi jaminan akan menyiasat semua laporan secara telus dan terbuka tanpa mengira latar belakang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Media di Bukit Aman di sini semalam.
Sehubungan itu, Ismail meminta masyarakat supaya memberi ruang kepada polis untuk menyiasat semua laporan yang dibuat berhubung insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

Jet MiG digelar 'keranda terbang'


GAMBAR fail menunjukkan jet MiG-21 berlepas dari sebuah pangkalan Tentera Udara India di Kalikunda, India pada 29 September 2011. - AFP


NEW DELHI - Koleksi jet pejuang MiG buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) dilaporkan tidak popular dalam kalangan juruterbang Tentera Udara India sehingga ia digelar 'keranda terbang' oleh mereka.
Gelaran memalukan itu dibuat ekoran banyak kemalangan melibatkan jet MiG berlaku sejak beberapa dekad lalu.
Menteri Pertahanan, A.K. Antony berkata, terdapat 482 nahas udara melibatkan pelbagai jenis MiG sejak 30 tahun lalu.
"Sepanjang tempoh tersebut, seramai 171 juruterbang, 39 orang awam, seorang kakitangan perkhidmatan dan seorang kru udara telah kehilangan nyawa," kata Antony kepada Parlimen India semalam.
Menurutnya, India memiliki 873 buah pesawat MiG pelbagai jenis yang masih beroperasi.
Pengunaan pesawat MiG oleh India bermula pada tahun 1966 dengan pembelian jet pemintas MiG-21 dan jet berkelajuan tinggi MiG-25.
Tentera udara India turut menggunakan jet serangan darat MiG-27 diikuti generasi keempat jet pejuang MiG-29.
Pakar-pakar menyatakan, majoriti nahas yang berlaku melibatkan jet MiG-21.
Lebih 50 buah negara menggunakan jet itu sejak ia dibangunkan oleh USSR dalam tahun 1950-an.
Kemalangan melibatkan MiG-21 yang kerap berlaku turut menjadi inspirasi untuk penerbitan filem Bollywood, Rang De Basanti pada 2006.
Pada tahun 2003, saudara mara seorang juruterbang MiG-21 yang terbunuh berkempen supaya pihak tentera tidak lagi menggunakan pesawat lama berkenaan.
Pemerintah India merancang menggantikan jet MiG dengan 123 buah pesawat tempur moden dalam urus niaga bernilai AS$12 bilion (RM36.37 bilion).
Firma Perancis, Dassault Aviation memperoleh hak rundingan untuk menjual pesawat Rafale kepada India pada Januari lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment