Monday, April 30, 2012

YANG MUDAH DIBAWA..KENAPA..BARU KENAL PULAK...ROMEN2 BUAT APE...DAH MIANG..DAH BERNAFSU SANGAT...KAWINLAH...KAN DAH AIB...DI SELURUH NEGARA...CERITA DALAM SURAT KHABAR...KAN MALU KELUARGA

Bahagia tidak menjelma

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Impian seorang guru mendirikan mahligai bahagia musnah apabila bakal suaminya lesap bersama kereta dan barang kemasnya dua hari sebelum mereka diijabkabulkan.
Wanita itu sepatutnya meraikan hari bahagianya kelmarin, tetapi majlis pernikahan mereka dibatalkan selepas bakal pengantin lelaki menghilangkan diri.
Lebih mengharukan apabila lelaki berusia 30 tahun yang memperkenalkan diri kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) rupa-rupanya suspek dikehendaki polis, selain pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah penipuan.

Selain terpaksa menanggung malu, wanita berusia 26 tahun itu kerugian lebih RM60,000 selepas Proton Persona, barang kemas, komputer riba dan telefon bimbitnya dilarikan lelaki terbabit.


Pasangan itu berkenalan di sebuah kedai makan di Johor pada April tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan awal tahun ini dan sepatutnya diijabkabulkan kelmarin.

Ratap jasad ayah, ibu

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
SEDIH...ahli keluarga sebak meratap mayat mangsa yang dirempuh ketika menukar tayar kereta.
SEDIH...ahli keluarga sebak meratap mayat mangsa yang dirempuh ketika menukar tayar kereta.
SIBU: Seorang gadis berusia 20-an hanya mampu tunduk sambil meratapi kematian ibu dan bapanya yang mayat mereka bergelimpangan di atas jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika kedua-duanya sedang menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 30, Jalan Durin-Sibu, malam kelmarin.
Gadis itu dilihat mengesat air mata sambil menatap mayat ibu bapanya yang terbunuh dalam keadaan mengerikan sambil ditenangkan ahli keluarganya.
Tragedi berdarah pada jam 9.30 malam itu berlaku ketika Guyang anak Seliong, 40, dan isterinya, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei ke Sibu apabila tayar Proton Wira dinaiki pancit, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.

Mereka kemudian memberhentikan kenderaan sebelum cuba menukar tayar berkenaan, namun kecelakaan menimpa apabila kedua-duanya dirempuh sebuah Perodua Kembara yang lalu di lokasi kejadian.


Turut terbunuh bapa saudara Guyang, Jack Musin anak Juna, 63, yang datang membantu mereka menukar tayar.

Wanita mati aib

Oleh Mary Victoria Dass dan Siti Nadirah Hafidzin
am@hmetro.com.my

MATI...anggota polis mengangkat jenazah wanita berkenaan untuk dihantar ke HSA.
MATI...anggota polis mengangkat jenazah wanita berkenaan untuk dihantar ke HSA.
SIASAT...anggota unit  forensik berusaha mengumpul bukti di tempat kejadian, semalam.
SIASAT...anggota unit forensik berusaha mengumpul bukti di tempat kejadian, semalam.
NUSAJAYA: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebelah teman lelakinya yang turut tidak berpakaian lengkap dan tidak sedarkan diri dalam sebuah Proton Iswara di Kangkar Pulai, Kilometer 10 Jalan Pontian Lama, di sini tengah hari semalam.
Pasangan kekasih itu ditemui dalam keadaan mengaibkan dalam ladang kelapa sawit yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari jalan raya berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita 23 tahun yang juga pekerja kilang dan pasangannya berusia 20-an itu ditemui orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan dengan lelaki berkenaan di tempat duduk pemandu. Enjin kereta berkenaan masih hidup ketika mereka ditemui.


Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan menjemput kekasihnya di rumah keluarganya di kawasan berhampiran pada jam 5 pagi semalam, kononnya mahu menghantar mangsa ke tempat kerja di sebuah kilang elektronik di bandar raya ini.

Remaja jadi ‘habuan’ tiga lelaki



GOMBAK: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.
Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.
“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.
Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mangsa mungkin diperkosa

KOTA BHARU: Mangsa bunuh dan bakar, Nor Ain Shafnie Mohd Azizi, 16, dipercayai dirogol sebelum tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perbuatan kejam itu juga dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa.

“Setakat ini, polis menahan reman sembilan suspek warga tempatan bagi membantu siasatan kes ini.
“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mendapatkan bantuan pakar patologi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan, tengkorak dan tulang Nor Ain ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya oleh seorang pekerja kontrak ladang sawit pada jam 6 petang.

Tengkorak dan tulang remaja yang hilang pada 3 April lalu itu ditemui bersama dompet mengandungi kad pengenalannya, seutas jam tangan serta sebuah motosikal miliknya yang hanya tinggal rangka akibat dibakar.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Esah Yusoff, 60, terkejut dan sebak ketika dimaklumkan perkembangan terbaru siasatan polis itu.
“Tiada ibu di dunia ini yang tidak sedih apabila anaknya dirogol, dibakar dan dibunuh. Individu yang memperlakukan anak saya sedemikian layak dipanggil binatang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Upah samseng belasah bos

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu.
Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.

Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila mangsa yang sedang bekerja di pusat hiburan berkenaan didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu berbincang dengannya.
Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.

“Belumpun sempat mangsa membuat penerangan, empat lagi lelaki yang juga ahli kumpulan terbabit menghampirinya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudiannya dipukul kumpulan berkenaan lebih 10 minit sebelum dia diheret keluar dari premis berkenaan.

“Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.

“Wanita terbabit memaki hamun mangsa sebelum mendakwa dia yang mengupah kumpulan berkenaan untuk memukulnya kerana mengatakan dia diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah,” katanya.
Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan premis berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), oleh beberapa rakan sekerjanya di pusat hiburan berkenaan.

Difahamkan, mangsa dibenarkan keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Mayat kerat 2 dalam guni



ALOR GAJAH: Mengerikan apabila mayat seorang lelaki dikerat dua dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam kolam di Machap, di sini, semalam.
Mayat lelaki berusia 30-an yang dipotong pada paras pinggang itu ditemui lelaki Orang Asli yang pergi ke lokasi itu untuk memancing tengah malam semalam sebelum memaklumkan kepada polis.

Mangsa dipercayai dibunuh hampir seminggu lalu dengan beberapa kesan kecederaan di badan dan kepala.
Menurut lelaki yang menemui mayat itu, Atim Semail, 21, dia pergi ke kolam berkenaan untuk memancing ikan, namun terpandang satu objek aneh di dalam guni bersalut jaring di tepi kolam.

“Saya sangka ia bangkai haiwan yang dibuang dan membatalkan hasrat memancing lalu pulang,” katanya di sini, semalam.

Atim berkata, sepanjang malam dia terfikirkan mengenai objek itu lalu mengajak rakannya pergi semula ke lokasi berkenaan pagi semalam.

Katanya, mereka bagaimanapun terkejut selepas mendapati objek itu mayat manusia lalu terus ke Balai Polis Machap Baru melaporkan perkara berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan Md Dom Dollah yang menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, polis menemui mayat mangsa yang terapung kira-kira satu meter dari tebing kolam dalam keadaan badan dikerat dua manakala tangannya diikat ke belakang menggunakan tali kabel.

“Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam kolam ini hampir seminggu lalu. “Pemeriksaan awal polis menemui empat kesan tikaman di belakang badan kesan luka di kepala mangsa,” katanya di sini, semalam.

“Polis meminta orang ramai kehilangan ahli keluarga tampil membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sepasukan polis dari Unit Forensik dan Anjing Pengesan (K9) turut berada di tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Md Dom di talian 06-5562222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Tak tahu mengucap

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Sungguh mengejutkan apabila kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sekolah di Kuala Lumpur, mendapati ada di kalangan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan agama, termasuk tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
Ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, kajian itu dibuat tahun lalu membabitkan lima kelas di sekolah itu dan hasil kajian mendapati hanya pelajar di tiga kelas yang mempunyai pengetahuan agama.

“Sementara pelajar dalam dua kelas lagi tidak mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam, termasuk ada yang mengaku tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
“Keputusan kajian ini mengejutkan kami, jika mengucap dua kalimah syahadah pun tak boleh, macam mana mereka nak solat,” katanya ketika merasmikan Penutup Program Pengukuhan Akhlak ‘Smart Solat’ Remaja di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Pembangunan dan Transformasi Insan Malaysia (P-TIM) yang bertujuan mengajak golongan remaja dan belia menguasai dan memahami asas solat.

Othman berkata, pada 1995, kajian seumpama itu pernah dilakukan terhadap 6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.

“Ini kajian yang dilakukan pada 1995 dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata selain penguatkuasaan undang-undang, isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini mampu ditangani melalui pendekatan pendidikan solat.

Katanya, senario gejala sosial di kalangan remaja dan belia ketika ini menakutkan, kebanyakan mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah, merokok, melepak di pasar raya, bohsia, ponteng sekolah, zina dan menonton video lucah. “Kebanyakan remaja yang bermasalah menghadapi masalah solat, iaitu mereka tidak solat di rumah, apatah lagi di masjid atau surau.

“Namun, lebih menyedihkan anak ini tidak pernah nampak ibu bapa mereka bersolat. Walaupun mereka bukan anak kami tetapi atas nama kemanusiaan, kami sangat bersimpati dengan mereka,” katanya.

Justeru, katanya program Smart Solat yang dianjurkan P-TIM sangat bertepatan dengan waktunya bagi membina benteng ampuh dalam diri anak menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dan belia.

“Bila anak solat dengan sempurna, Insya-Allah mereka terpelihara daripada melakukan perkara negatif dan mereka boleh menjaga diri “Ini kesan suntikan iman yang membajai hati dan sanubari anak kita yang disebut sebagai taqwa,” katanya.

No comments:

Post a Comment