Bersih 3.0 jadi huru-hara
|
KUALA LUMPUR - Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang kononnya mahu menuntut pilihan raya yang adil bertukar ganas apabila penyokongnya bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka semalam.
Kesemua anggota tersebut termasuk seorang anggota wanita dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan pesakit luar akibat kecederaan di kepala, tangan serta patah gigi.
Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih berjaya mengawal keadaan, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka.
Polis kelmarin mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.
Katanya, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.
"Mereka membaling objek kepada polis dan memaksa polis membuka laluan untuk memudahkan mereka bergerak menghampiri Dataran Merdeka," katanya.
Antara yang menyertai Bersih 3.0 ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kemuncak perhimpunan pada pukul 12 tengah hari itu ialah perarakan seramai 25,000 penyokong pembangkang yang dibawa dari seluruh negara untuk menceroboh Dataran Merdeka tetapi usaha mereka gagal.
PDRM nafi anggotanya terbunuh
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi menafikan ada anggotanya yang terkorban ketika ditugaskan mengawal demonstrasi Bersih 3.0 yang bertukar ganas semalam.
Penafian itu dibuat PDRM melalui akaun Twitter rasmi pasukan itu.
Sebelum ini khabar angin tersebar kononnya seorang anggota polis dipercayai dari unit trafik terbunuh akibat dibelasah peserta Bersih 3.0 di hadapan kompleks beli-belah Sogo.
Maut tersepit jentera
ALOR SETAR - Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini.
Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut.
Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat.
"Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.
Air 'sirap' telaga Pasir Puteh berbahaya
KOTA BHARU - Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan semalam mengingatkan orang ramai supaya jangan meminum air daripada sebuah telaga di Kampung Pintu Gerbang, Pasir Puteh kerana dipercayai mengandungi kandungan besi yang berlebihan dan boleh mendatangkan komplikasi buah pinggang.Timbalan Pengarahnya, Abd. Rashid Ahmad berkata, fenomena air bertukar merah itu bukan peristiwa aneh khususnya di negeri ini memandangkan bentuk buminya mempunyai banyak kandungan mineral termasuk besi.
Menurutnya, mengikut Standard Kualiti Air Minuman 2009 Kementerian Kesihatan, kadar
Pusaran angin setinggi bumbung
MUAR - Penduduk di Taman Sri Jeram 3, Bakri di sini terkejut apabila ternampak pusaran angin setinggi bumbung semasa kejadian ribut yang menyebabkan 16 buah rumah rosak teruk awal pagi semalam.
Seorang mangsa, Md. Saat Ali, 49, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, lebih kurang 15 minit selepas angin kuat dan hujan lebat.
Menurutnya, pada mulanya, dia terdengar bunyi angin kuat dari luar rumah yang berhampiran kebun kelapa sawit.
Bapa kepada dua anak itu terkejut apabila ternampak satu pusaran setinggi bumbung sedang melalui depan rumahnya dan terus bertindak menyelamatkan diri.
"Saya bersyukur kami sekeluarga selamat dan selepas ribut hilang saya dapati beberapa bahagian atap rumah saya musnah dan juga barangan dalam rumah rosak.
"Kejadian ini dirasakan begitu pantas sekali. Kerugian yang kami alami dianggarkan lebih RM3,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Mohd. Nazri Mohd. Robak, 42, pula masih terbayang-bayang pusaran ribut tersebut yang menakutkan itu.
"Ribut tersebut berbentuk pusaran angin dengan campuran air dan desiran kuat yang pada mulanya saya sangka bunyi orang bergaduh di luar rumah kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Melihat keadaan itu, saya, isteri, seorang anak dan ibu yang berkerusi roda hanya berlindung dalam rumah serta berdoa tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.
kandungan besi dalam air yang selamat diminum hanya 0.3 miligram seliter.
Ratu Pop pasang kekasih kiri kanan
SENYUM sahaja Diva dengar gosip terbaharu yang disampaikan ke telinga Diva tentang seorang penyanyi yang sedang mekar dalam industri. Kalau dulu dia dilihat seperti dilarang bercinta tetapi sekarang seperti sudah dapat lesen suami isteri.Bila sudah dapat lesen besar maka sang penyanyi wanita cantik ini tidak segan silu memberitahu umum siapa buah hatinya sekarang. Mereka juga tidak segan silu menghadiri majlis dan berfotografi bersama dalam aksi peluk.
Tetapi dalam si aktor mengikuti penyanyi ke sana ke sini jika ada kelapangan, si penyanyi wanita itu khabarnya licik dan sempat mengikat cinta dengan seorang penyanyi baharu. Maklumlah terlibat sama dalam satu program besar yang kini sedang bersiaran. Mungkin kerap bertemu membuatkan mereka ada kimia dan bertukar nombor.
Kasihan juga Diva mengenangkan nasib si aktor yang sanggup menemani aweknya ke sana sini demi cinta dan keselamatan. Yang Diva kurang faham, macam mana vokalis lelaki tu sanggup cuba nasib juga sedangkan satu Malaya sudah tahu percintaan kedua selebriti ini. Kalau sudah milik orang tu dik, janganlah kacau. Takut penumbuk sampai ke muka sahaja nanti.
Khabarnya penyanyi wanita tersebut menggunakan pelbagai helah untuk menutup kecurangannya.
Aktor sudah tidak sebumbung
KALAU Diva tersasul sebut nama aktor pujaan ramai ini, pasti ramai yang menjerit. Tubuh dan matanya memang sentiasa dipuji dan karakter maskulin yang dibawanya sering menambat mata khalayak terutamanya wanita.Diva cuma menyampaikan cerita seorang teman bahawa aktor kesayangan ramai yang sudah berkahwin itu kini tidak lagi sebumbung dengan isterinya. Khabarnya perkahwinan mereka sudah seperti dilanda badai kerana aktor tersebut sedang gilakan seorang aktres cantik.
"Aku dengar cerita yang aktor itu memang sudah gilakan pelakon wanita cantik yang pernah bergandingan dengannya. Memang orang kata tengah angau betul. Tetapi yang tidak sedap didengar, katanya, dia dan isterinya sudah tidak sebumbung. Tak tahulah sebab 'kegilaan' dia atau pun memang sudah tidak sefahaman," ujar teman gebu Diva.
Memang hairanlah kalau dia tinggalkan isterinya yang comel itu demi sebuah cinta atau harapan yang belum pasti. Takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
No comments:
Post a Comment