Monday, April 4, 2011

ADAKAH KERJAYANYA@ARTIS TIDAK BERTENTANG DENGAN SYARAK...APA KOMEN MUFTI2...DAN ULAMAK2 TERSOHOR...

Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam
Shaheizy Sam memenangi anugerah Artis Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular di Arena Of Stars, Genting Highlands, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
GENTING HIGHLANDS: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars di sini, malam Ahad.
Sam yang turut menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.
Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000.
Shaheizy Sam (kanan) bangga dengan kemenangannya sambil ditemani ibu tersayang Khaty Fauziah.
Sam turut merampas gelaran itu daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memegang gelaran itu tahun lalu.
"Selama bertahun-tahun lalu, saya hanya berdiri dalam dewan ini dan menonton dari bawah.
"Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri dari bertanding kerana memang saya teringin untuk menang," kata Sam yang turut berkongsi kemenangan dengan ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Sam berkata, ibunya adalah antara penyumbang kemenangannya pada malam itu yang tidak jemu menghantar undian menerusi akhbar dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Senarai pemenang ABP2010:
1) Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
2) Penyanyi Wanita Popular - Yuna
3) Artis Duo/ Berkumpulan Popular - 6ixth Sense
4) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
5) Pelakon Televisyen Lelaki Popular - Remy Ishak
6) Pelakon Televisyen Wanita Popular - Fasha Sandha
7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
8) Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
9) Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
10) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
11) Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
12) Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
13) Pengacara Televisyen Lelaki Popular - Aznil Nawawi
14) Pengacara Televisyen Wanita Popular - Fara Fauzana
15) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
16) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
17) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil
18) Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense



Sabrina Ali Sahkan Kahwin Amirul Awal Tahun
Sabrina dan Syed Amir ketika ditemui di tayangan media filem Khurafat.
PETALING JAYA: Pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.
Sabrina yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pernikahan tersebut.
"Dah nikah awal tahun 2011 ni," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepada mStar Online.
Sumber memberitahu Sabrina bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun dalam satu majlis tertutup.
Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.
Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan.
Sementara itu sumber turut memberitahu pelakon Khurafat tersebut sudah mengandung dua bulan.
Dalam sebuah sesi fotografi bersama Mingguan mStar beberapa bulan lalu, Sabrina pernah memberitahu sedang bercinta dengan jejaka yang berasal dari Raub Pahang.
Malah dia turut menyatakan kesediaannya untuk berkahwin tahun ini.
“Saya mengenalinya pada satu majlis hari jadi kakak angkat saya dan setakat ini, kami serasi bersama. Dia juga menerima anak saya, Ariyana, seadanya,” ujar Sabrina dalam pertemuan itu tidak lama dulu.
Sebelum ini, Sabrina Ali pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei, 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana.

Dira Zahar Cabaran Anak VIP
SIAPA yang tidak mahu bergelar anak orang kenamaan (VIP)? Bukan saja dilimpahi kemewahan, malah turut diuliti keselesaan, punya pengawal peribadi dan disegani ramai.Bunyinya memang indah tetapi hakikatnya tidak semudah yang disangka.
Menggalas taraf anak VIP, pelakon dan pengacara Dira Zahar mengakui ia tidak sebebas sangkaan umum.
Benar, puteri bongsu kepada bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin ini memiliki kehidupan yang senang, selesa dan penuh kesempurnaan yang didambakan orang ramai.
Namun, itu bukan lesen untuk Dira bebas bergerak atau melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya tanpa kawalan dan pemantauan.
“Kalau hendak ukur pada aspek kebendaan, keistimewaan dan keselesaan, memang saya menikmati semua itu. Namun, bukan mudah menjalani kehidupan dengan status ini.
“Percaya atau tidak, sehingga hari ini, saya masih lagi dalam pemantauan keluarga dan pengawal peribadi pada setiap masa,” katanya.
Merancakkan lagi perbualan, ibu tunggal itu menyambung: “Apa yang terbaik tentang kehidupan kami adalah kesederhanaan yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kami adik-beradik.
“Kami menjalani hidup yang ringkas di sebalik segala protokol yang diaturkan. Pun begitu, waktu remaja saya sebenarnya tidak berwarna-warni seperti remaja lain.
“Dek status itu, saya terlepas banyak perkara yang dilakukan oleh remaja lain seperti bersiar-siar atau menonton wayang dengan kawan-kawan.
“Sehingga hari ini, saya sebenarnya tidak pernah berpeluang menaiki LRT dan pengangkutan awam yang lain. Sekalipun dibenarkan keluar dengan kawan pasti akan ditemani ibu atau paling tidak pasti ada pengawal peribadi yang memantau dari jauh.”
Tambahnya, pada usia mencecah 27 tahun ini pun, dia belum bebas sepenuhnya untuk ke sana ke mari bersendirian, termasuklah untuk keluar dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Yusof.
“Kalau hendak tahu, saya masih tidak berpeluang untuk keluar berdua-duaan dengan tunang saya. Selalunya, kami akan lepak di kedai abang sahaja atau jika keluar pun pasti beramai-ramai dengan keluarga yang lain.
“Namun, saya tetap bersyukur di atas perhatian dan kawalan berterusan oleh keluarga ini. Sekurang-kurangnya saya tahu saya tidak pernah berseorangan di mana sahaja.
“Berbanding pada usia remaja dulu, kini saya lebih bebas dengan pemantauan yang minimum, walaupun sebenarnya saya tahu masih lagi tetap dipantau dari jauh,” kongsinya sambil ketawa.
Pun begitu, memahami aspek keselamatan dan statusnya sebagai ibu tunggal itu, graduan undang-undang ini begitu bersyukur kerana dilahirkan sebagai Khaidhirah Abu Zahar iaitu nama sebenarnya.
Sensitif dan tersentuh
Di sebalik sisi luarannya yang dinamik, ceria dan bertenaga itu, mungkin ramai tidak tahu pemuja motosikal berkuasa tinggi ini sebenarnya cukup sensitif dan mudah tersentuh.
Apabila melibatkan isu kanak-kanak dan kemanusiaan umpamanya, ibu kepada Tengku Anggun Deandra yang berusia dua tahun ini cukup tersentuh dengan penderitaan atau penindasan ke atas anak-anak kecil.
“Saya memang tidak boleh lihat, dengar atau baca isu penganiayaan atau kezaliman terhadap kanak-kanak. Kalau baca atau lihat kes pembuangan bayi atau penganiayaan kanak-kanak, saya boleh berubah menjadi begitu beremosi dengan sekelip mata.
“Saya sangat tidak faham kenapa manusia perlu menzalimi anak-anak kecil yang tidak berdosa? Mengapa tidak kita diami bumi ini dengan penuh kasih sayang?
“Mungkin kerana saya dibesarkan dalam limpahan kasih sayang dan perhatian secukupnya, saya juga ingin melihat anak-anak bumi ini menikmati proses kehidupan sebaik mungkin dan bukannya dizalimi,” katanya penuh pengharapan.
Cabaran kendalikan Melodi
Beralih ke arena pekerjaan, Dira yang menggantikan gandingan Fara Fauzana-Wahid (Senario) sebagai pengacara program hiburan Melodi di TV3 bermula hari ini mengakui debarannya kian memuncak.
Berpasangan dengan pengacara dan pelakon komedi Zizan (Raja Lawak), Dira berkata, penonton mempunyai harapan dan jangkaan tersendiri untuk melihat keberkesanan gandingan baru itu.
“Walaupun sudah lazim dengan bidang pengacaraan tetapi tugas untuk Melodi berbeza dan begitu penting buat saya.
“Kita sedia maklum kadar tontonan dan pengikut program ini tinggi. Sebagai hos baru, saya akui berdebar sama ada saya mampu menjalankan tugas itu dengan baik atau sebaliknya,” katanya.
Justeru itu, Dira senang untuk mempraktikkan formula mudah iaitu dengan menjadi dirinya sendiri sepanjang mengemudi program tersebut.
“Perbandingan dan respons penonton adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan. Sebagai orang baru, saya pasti tidak boleh mengelak daripada dua perkara itu.
“Strategi saya cukup mudah iaitu mengemudi program itu mengikut gaya dan cara saya. Hanya dengan menjadi diri sendiri sahaja orang akan menerima kita seadanya,” jelasnya yang sudah bersedia secara mental dan fizikal.
Aksi Dira dan Zizan mengacarakan Melodi boleh ditonton bermula 12.30 tengah hari ini pada setiap Ahad di TV3.
Erin Malek Sanggup Belanja RM500 Untuk Justin Bieber

PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek, 17, (gambar) sanggup membelanjakan RM500 untuk membeli tiket konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia yang akan berlangsung pada 21 April ini di Stadium Merdeka.
Erin akan ditemani oleh adik perempuannya, Fieqa Malek, 16, untuk menonton konsert penyanyi berasal dari Kanada itu.
Pada mulanya dia ingin membeli tiket termahal berharga RM1,000 tetapi disebabkan tiket pada harga tersebut telah habis dijual, dia dan adiknya terpaksa memilih tempat duduk yang jauh sedikit pada harga RM500.
“Kami sangat meminati Bieber dan selalu memutarkan lagunya di rumah atau dalam kereta untuk menghafal.
“Tetapi kami tidaklah terlalu fanatik sebaliknya menyukai Bieber kerana wajahnya yang comel dan bangga dengan pencapaian dan popularitinya pada usia muda,” katanya yang menggemari lagu Love Me, Pray dan Somebody To Love.
Pelakon filem Congkak dan Tentang Bulan ini berharap dapat bertentang mata dan berpeluang bergambar dengan penyanyi yang turut popular menerusi lagu Baby dan One Time itu.
Dalam perkembangan lain, Erin sedang membuat persediaan untuk berlakon sebuah telefilem berjudul Lari, Sayang, Lari yang diterbitkan oleh produksi dari Jepun, 42nd Picture dan diarahkan oleh pengarah dari negara yang sama, Yasu Tanaka.
Bagaimanapun, semua kru dan pelakon adalah di kalangan orang tempatan termasuk pelakon Alif Satar.
Erin bersedia untuk bekerja dengan pengarah bukan Melayu itu dan akan melakukan yang terbaik.
“Saya sedang menelaah skrip telefilem itu untuk berlakon dengan baik.
“Saya akan bergandingan sebagai pasangan kekasih dengan Alif Satar dalam telefilem ini. Jika penonton menyukai lakonan kami, mungkin ia akan diteruskan kepada drama episod,” ujarnya lagi yang mengenakan pakaian rekaan Wanpa dan disolek oleh Vie Xenddra.
Lia Natalia Amal Krim Pelangsing

KARAKTERNYA yang ceria tidak menyukarkan Lia Natalia, 19, pendatang baru dalam industri lakonan untuk beraksi di hadapan kamera.
Nama pun model dan ratu cantik, sudah pasti bekas finalis Pilih Kasih musim kedua (PK2) ini sudah biasa melakukan pelbagai gaya apabila diminta berbuat demikian.
Gadis dari Tawau, Sabah ini pernah menyertai banyak majlis peragaan fesyen dan menjadi model untuk sebuah butik pengantin di negeri kelahirannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memenangi banyak pertandingan ratu cantik yang disertainya sejak tahun 2009.
Setelah menyertai bidang lakonan lebih sebulan lalu, Lia telah ditawarkan berlakon sebuah telefilem berjudul Pautan Kasih Rabecca dan filem Azura 2011 arahan Aziz M.Osman.
Lia baru selesai menjalani penggambaran telefilem tersebut di Kota Kinabalu dan Kota Belud, Sabah dan drama itu dijangka akan menemui penonton pada pertengahan tahun ini di TV2.
Sementara untuk filem Azura 2011 pula, dia akan menjalani penggambaran pada April ini bersama beberapa rakannya dari PK2 iaitu Livonia, Ku Haris dan Bodt Sharade.
Minum teh herba
Melihat raut wajahnya yang cantik sudah pasti membuatkan ramai orang akan terpegun. Ditambah pula dengan senyuman manisnya yang tidak lekang di bibir ketika menyusun kata.Berkongsi tentang rahsia kecantikan, Lia sebenarnya seorang yang sederhana dalam menjaga penampilan.
Jadi, kecantikan luarannya banyak dibantu oleh kecantikan semula jadi di tambah pula dengan wajah kacukannya menambahkan ayu gadis ini. Kata Lia, nenek moyangnya berasal dari Australia.
Anak bongsu dari empat beradik ini hanya mengamalkan rutin kecantikan seperti biasa setiap hari di samping menggunakan beberapa produk tambahan.
“Saya baru menggunakan rangkaian produk Garnier terutama pencuci, penyegar dan krim pelembap sejak enam bulan lalu setelah berhenti menggunakan jenama produk lain yang menyebabkan kulit muka saya bertambah nipis.
“Saya memilih Garnier kerana fungsinya dirasakan sama seperti saya menggunakan produk lama setelah disarankan oleh abang saya.
“Selain itu, saya menggunakan kosmetik jenama 4U2 Cosmetics kerana sesuai dengan kulit saya,” katanya kepada OopStarz!.
Menyentuh tentang penjagaan badan, Lia sempat berkongsi tentang penggunaan krim pelangsing badan memandangkan tubuhnya semakin berisi dan berat badannya bertambah sebanyak 8 kilogram selepas memasuki PK2.
“Saya nak kurus semula dan menggunakan krim pelangsing untuk disapu di bahagian badan yang menggeleber seperti perut dan lengan tangan.
“Semasa menyertai PK2, saya lupa membawa krim itu, jadi sekarang saya mula menggunakannya semula. Saya sudah memakai krim tersebut sejak menyertai dunia peragaan kira-kira tiga tahun lalu.
“Saya turut mengamalkan minuman teh herba setiap kali selepas makan nasi untuk memudahkan proses nyah toksin dalam badan,” kata Lia lagi.
Tentang pemakanan, untuk memudah proses menurunkan berat badan, Lia cuba mengelak makan nasi dengan kuantiti banyak dan hanya mengambil nasi seminggu sekali.
Sebagai ganti nasi, sepupu kepada bekas “supermodel” Renee ini mengamalkan makanan seperti roti, biskut dan sayur-sayuran.
Naik dan turun tangga
Memandangkan dia berasal dari Tawau, Sabah, gadis ini juga bercerita tentang cara orang Sabah menjaga kecantikan kerana kebanyakan wanita di negeri itu memiliki raut wajah yang manis.
Kata Lia, kebanyakan wanita di sana banyak mengamalkan jamu seperti jus dalam botol yang boleh didapati di pasar kawasan Tawau.
“Jamu tersebut dijual dalam pelbagai jenis seperti untuk kecantikan kulit dan membuang lemak. Saya tidak mengamalkan jamu tetapi kakak saya biasa mengambil jamu.
“Bagaimanapun, saya mengetahui khasiatnya yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang itu seperti awet muda dan menguruskan badan,” ceritanya.
Selain itu, Lia turut melakukan senaman turun dan naik tangga di rumahnya setelah merasakan senaman yang diamalkan sebelum ini kurang memberikan kesan kepadanya.
Senaman dalam bentuk tarian juga dirasakan amat berbaloi untuk dilakukan tambahan lagi Lia gemar menari apa sahaja jenis tarian termasuk tarian tradisional dan moden.
Lia pernah mengikuti kelas tarian sewaktu belajar di tingkatan tiga, empat dan lima di sekolah menengah.

Shaheizy tepati ramalan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

6IXTH SENSE...Artis Duo/Berkumpulan Popular.
6IXTH SENSE...Artis Duo/Berkumpulan Popular.
GENTING HIGHLANDS: Pelakon berbakat besar Shaheizy Sam menepati ramalam apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung, malam tadi.
Kejayaan Shaheizy itu melayakkannya membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia/Mandalay.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Anthony Bujang sambil diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid.


Kemenangan pelakon Adnan Sempit itu sememangnya dijangkakan berdasarkan pembabitannya dalam banyak filem tahun lalu selain kejayaan filem Ngangkung yang mencatat kutipan RM8.4 juta sekaligus muncul filem terlaris dalam sejarah penayangan filem tempatan.

Tidak hanya menggungguli anugerah tertinggi ABPBH 2010, Shaheizy turut mendominasi satu lagi kategori iaitu, Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Shaheizy tumpas di tangan bintang Nur Kasih, Remy Ishak bagi kategori Pelakon Lelaki TV Popular.

Majlis anugerah yang disiarkan secara oleh TV3 itu, Shaheizy dicabar hebat oleh Zizan Raja Lawak yang tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan Pelakon Komedi Lelaki Popular.

Kemenangan Shaheizy dilihat lebih mudah apabila Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan pengundurannya daripada menyertai ABPBH kali ini bagi memberi peluang pada pendatang baru.

Ketiadaan Siti yang pernah memenangi Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali, termasuk Penyanyi Wanita Popular 13 kali memberi laluan kepada Yunalis Zarai (Yuna) membawa pulang trofi berkenaan.
Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pula, Faizal Tahir mengenepikan calon hebat Aizat, Anuar, Black dan juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir. Keputusan ini agak mengejutkan kerana Shahir dan Aizat disebut mendominasi kategori itu.

Biarpun tewas, Shahir tetap berpuas hati apabila menjadi pilihan pengundi terdiri daripada pembaca akhbar Berita Harian untuk Artis Baru Lelaki Popular yang membariskan pesaing iaitu Daus juga Maulana bintang AF8, termasuk dua pelakon kacak Sharnaaz Ahmad dan Shahz Jazsle.

Artis Baru Wanita Popular menjadi milik Ana Raffali manakala dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani menepati ramalan sebagai pemenang.

Bagaimanapun bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, Lisa tewas ditangan Fasha Sandha yang kembali merebut takhtanya.

ABPBH 2010 bertemakan moden klasik menyaksikan wajah pemenang yang sama, antaranya Aznil Haji Nawawi yang berjaya mengekalkan takhtanya sebagai Pengacara Lelaki Popular lapan tahun berturut-turut.

Fara Fauzana yang baru saja meninggalkan Melodi, terus unggul sebagai Pengacara TV Wanita Popular sebanyak lima kali dan Penyampai Radio Popular empat kali berturut-turut. Rakan seperjuanganya yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew, Faizal Ismail turut meraikan kemenangan Penyampai Radio Lelaki Popular empat kali berturut-turut, mengenepikan pencabar terdekat Salih Yaakob, Halim Othman, Kieran dan Aznil.

Sementara itu, Artis Komedi Wanita Popular Noorkhiriah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang sekali gus mengulangi kejayaan tahun lalu.

Pertukaran berlaku bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular apabila 6ixth Sense mengenepikan pemenang tahun lalu, Bunkface.


No comments:

Post a Comment