Saturday, April 9, 2011

BILA KES ROGOL DAN ZINA...CURI....ORANG TAK HAIRAN....HUKUM LANGSUNG TAK MENGERUNKAN....KEJADIAN ROGOL...SERTA ZINA...SUDAH JADI BAHAN BERITA YANG LUMRAH...DAH TAK HAIRAN.....CUMA YANG HAIRAN....HUKUM ALLAH TAK DILAKSANAKAN JUGA....

Serpihan tsunami Jepun bergerak ke AS


STESEN televisyen ABC kelmarin menyiarkan imej serpihan sebuah rumah yang dihanyutkan ke laut dari kawasan timur laut Jepun.


NEW YORK - Sejumlah besar serpihan termasuk rumah, kereta, kapal, traktor, treler dan kereta kini dihanyutkan laut ke arah pantai barat Amerika Syarikat (AS) selepas tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut laporan berita stesen televisyen ABC, anggota-anggota Tentera Laut Armada Ketujuh AS mengesan serpihan itu yang terapung sekali gus menjadi ancaman kepada kapal.
Dalam tempoh tiga tahun, serpihan itu akan tiba dekat dengan pantai barat AS dan kemudian bergerak ke arah Hawaii dan berpusing semula ke arah Asia.
Putaran serpihan itu dikenali sebagai lingkaran Asia Pasifik.
Kebanyakan serpihan itu adalah plastik yang tidak akan patah menyebabkan ia akan mencetuskan kebimbangan mengenai pencemaran di laut dan mengancam kehidupan marin seperti penyu yang menggunakan laluan sama ke California dari Jepun.
Tsunami berlaku pada 11 Mac lalu akibat gegaran kuat gempa bumi yang berlaku di dalam laut dekat Sendai di timur laut Jepun mengakibatkan lebih 27,500 orang hilang dan terbunuh. - Agensi


Tembakan di dalam kapal selam nuklear Britain


GAMBAR yang disiarkan Perbadanan Penyiaran British (BBC) menunjukkan suasana di lokasi tembakan dekat kapal selam nuklear di pelabuhan Southampton, Britain semalam.


LONDON - Seorang mangsa terbunuh manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas satu kejadian tembakan berlaku semalam di dalam sebuah kapal selam nuklear milik tentera Britain yang berlabuh di pelabuhan Southampton.
Menurut polis, insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti pengganas.
Ia berlaku di dalam kapal selam terbaru dan paling canggih milik angkatan tentera laut Britain, HMS Astute.
Polis dan Kementerian Pertahanan Britain enggan memberi komen terhadap laporan yang menyatakan mangsa yang maut ialah pegawai tentera laut diraja.
"Dalam kedua-dua kes ini, saudara-mara mereka masih belum diberitahu mengenainya. Namun, para pegawai kini dalam proses memberitahu ahli keluarga mangsa.
"Tiada sebarang perincian mengenai mangsa yang cedera akan dikeluarkan sehingga siasatan disempurnakan," jelas polis Hampshire dalam satu kenyataan.
Pada Oktober tahun lalu, kapal selam Astute menjadi berita utama apabila ia tersadai di pantai Scotland dan terpaksa ditarik.
Kapal selam yang sama turut terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah kapal tunda dan terpaksa dibaiki.
Media tempatan melaporkan, kapal selam terbabit dalam lawatan selama lima harinya ke Southampton.
Ia tiba pada Rabu lalu dan membawa seramai 98 orang anak kapal dan berada selama 46 hari di laut.
Ekoran kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan ditangkap yang merupakan seorang anggota keselamatan. - Agensi


Penceroboh perkosa wanita



GOMBAK: Seorang wanita ditutup mata, diikat tangan dengan tali sebelum dirogol seorang lelaki yang menceroboh bilik tidurnya di rumah kedai yang disewa berhampiran Stesen Bas Rawang, dekat sini, Rabu lalu.
Sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an tidur bersendirian di rumah itu selepas pulang kerja kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut sumber, mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka terjaga daripada tidur apabila mendapati lehernya dicekik seorang lelaki sebelum matanya ditutup dengan kain.
“Tindakan lelaki itu mengakibatkan mangsa terkejut dan berlaku pergelutan ketika cuba mempertahankan diri, namun gagal, malah suspek turut mengikat tangan mangsa dengan tali.

“Selepas menghalang mangsa meronta-ronta, lelaki itu menyelak baju dan kain mangsa sebelum merogolnya.

“Mangsa yang tinggal berseorangan di bilik itu tidak menyangka dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit yang gagal dikenali kerana ketika kejadian matanya ditutup,” katanya.

Sumber berkata, puas mangsa merayu dilepaskan, namun suspek tidak menghiraukannya, malah bertambah ghairah meratah tubuh wanita terbabit.

“Selepas merogol, suspek mengambil dompet mangsa dan melarikan diri.
“Malah, mangsa dibiarkan tanpa dilepaskan ikatannya. Mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, namun suspek melarikan diri,” katanya Mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika kejadian itu berulang.


Mayat bayi 5 bulan dekat stesen LRT



AMPANG: Penemuan mayat bayi perempuan berusia lima bulan yang ditinggalkan di kawasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, di sini, menggemparkan pengguna perkhidmatan berkenaan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mayat bayi dibalut surat khabar ditemui ditinggalkan di tingkat bawah stesen LRT berkenaan.

Orang ramai yang terkejut dengan penemuan berkenaan memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum beberapa anggota bergegas ke tempat kejadian.
Menurut sumber, polis percaya bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan di lokasi lain sebelum individu terbabit meninggalkan mayat itu di kawasan berkenaan.

“Polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun mendapati CCTV itu gagal merakamkan individu terbabit.

“Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Ampang (HA) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Pelajar koma muntah darah

TAMPIN: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Gemas muntah darah dan koma selepas dibelasah dua lelaki menggunakan topi keledar di tempat menunggu bas di Kampong Londah, dekat sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Mohd Saufi Shamsul Baharin, 15, dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal lalu terus menghentak kepalanya menggunakan topi keledar.

Selepas dibelasah, remaja itu sempat pulang sebelum dia mengalami muntah darah di dalam bilik air rumahnya lalu dikejarkan ke hospital.
Harian Metro difahamkan, pelajar itu yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan selama kira-kira tujuh jam bagi membuang darah beku dalam kepalanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, ketika kejadian, Mohd Saufi sedang menunggu bas bersama beberapa rakannya di tempat menunggu bas di situ.

“Tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal menyerang mangsa menggunakan topi keledar sebelum mereka melarikan diri. Dia yang mulanya hanya mengalami sedikit kesakitan pulang ke rumah seperti biasa lalu menceritakan kejadian kepada bapanya.

“Beberapa minit kemudian, pelajar itu berasa pening dan hendak muntah lalu masuk ke dalam bilik air rumahnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, bapa mangsa bagaimanapun terkejut selepas melihat anaknya muntah darah serta tidak bermaya lalu menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemudian.
Menurutnya, Mohd Saufi bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke HSA kerana kecederaan yang dialaminya.

“Mangsa kemudian menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dalam kepala yang dialami berikutan kejadian terbabit.

“Bapa Mohd Saufi kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian menimpa anaknya pada malam hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan terus melakukan siasatan dan berjaya memberkas dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun di sekitar Gemas tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Katanya, dua lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.


Raba kepala sebaik sedar



JOHOR BAHRU: Selepas empat hari koma akibat dibelasah dua lelaki dengan topi keledar, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Gemas, Negeri Sembilan, Mohd Saufi Shamsul Baharin, 15, akhirnya menunjukkan perubahan positif.
Ketika dikunjungi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam, Saufi dilihat sudah sedar dan kerap meraba bahagian kepalanya yang dipenuhi kesan jahitan pembedahan.

Selain memberi tindak balas positif terhadap pertanyaan doktor dan jururawat, remaja berkenaan turut dikatakan lebih suka berusaha sendiri duduk, makan serta minum tanpa mengharapkan bantuan.
Berikutan keadaan kesihatan yang semakin pulih, dia dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad Pembedahan Neuro di hospital sama untuk pengawasan dan pemerhatian doktor.

Pengarah HSA, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican ketika dihubungi mengesahkan Saufi stabil dan beransur pulih.

“Selepas dirawat di ICU, Saufi kini stabil dan mula ditempatkan ke wad biasa sejak semalam (kelmarin). Buat masa ini, dia juga sudah boleh duduk, makan bubur dan mengenali orang di sekelilingnya,” katanya.

Menurut Dr Rooshaimi, walaupun semakin pulih, Saufi masih diletakkan di bawah pemerhatian doktor.

“Melihat keadaan pesakit, kami yakin dia ingat dan mengenali orang di sekelilingnya selain tahu di mana dia berada,” katanya.
Usaha menemubual keluarga mangsa tidak berhasil berikutan Saufi dilihat hanya bersendirian di katil wad berkenaan.

Dalam kejadian jam 6 petang Isnin lalu, Saufi bukan saja muntah darah, malah koma selepas dibelasah dua lelaki menggunakan topi keledar di tempat menunggu bas di Kampung Londah.

Sebelum itu, mangsa dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang terus menghentak kepalanya. Dia yang mulanya hanya mengalami sedikit kesakitan pulang ke rumah seperti biasa lalu menceritakan kejadian kepada bapanya.

Tidak lama kemudian, mangsa pening dan hendak muntah lalu masuk ke dalam bilik air dan bapa mangsa yang terkejut, menghantarnya ke Klinik Kesihatan Gemas.

Saufi dikejarkan ke Hospital Segamat sebelum dirujuk ke HSA.


'Usah jentik'



KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berharap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggota mereka dijalankan secara telus dan profesional tanpa menggunakan kekerasan termasuk dijentik atau dipukul.
Presiden Pegawai Kastam Malaysia, Ibrahim Ahmad, berkata pihaknya akan bersemuka dengan SPRM pada Selasa ini kira-kira jam 3 petang di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung siasatan mereka terhadap KDRM selain mendapatkan jaminan anggota mereka yang disiasat selamat.

“Kami bukan mahu membuat spekulasi atau tuduhan melulu, tetapi kenyataan ini lebih kepada jaminan pada masa akan datang kerana kami tidak mahu anggota KDRM disiasat seperti pesalah sedangkan ia belum disabitkan bersalah.
“Selain itu, perjumpaan ini diharap mampu membersihkan nama dan imej KDRM yang dipandang serong oleh masyarakat hinggakan ada anggota dan pegawai enggan memakai pakaian seragam kerana bimbang dengan tohmahan sekeliling,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KDRM Kelana Jaya, semalam.

Katanya, selepas sesi perbincangan dan taklimat khas itu, pihaknya juga akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi mendapatkan nasihat beliau bagi membersihkan imej KDRM.

“Kami akan jumpa PM kerana tidak mahu kerana seorang anggota yang bersalah, satu jabatan dilabel negatif dan buruk. Jadi, kami harap PM dapat memberi cadangan, sekali gus membantu jabatan yang menjadi penyumbang ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, katanya, KDRM akan memohon penjelasan berhubung angka RM108 bilion yang dikatakan angka kerugian negara setiap tahun dari segi kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilaporkan yang dihantar keluar negara dan pengisytiharan tidak betul barangan import.

“Datuk Seri sebagai Menteri Kewangan pasti lebih tahu hal ehwal negara jadi kami berharap beliau dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan itu. Kalau ikut kepada laporan kami, kastam menjana RM28 bilion pendapatan negara yang rekodnya dihantar setiap hari kepada Jabatan Perangkaan,” katanya.



Cabul budak lima tahun



KUALA LUMPUR: Perbuatan keji seorang pemandu ‘teksi sapu’ yang dibayar secara bulanan mencabul seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berakhir apabila mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk pemandu itu selepas menjadi mangsa sejak enam bulan lalu.
Difahamkan, lelaki yang berusia 56 tahun itu menyediakan perkhidmatan teksi sapu di kawasan persekolahan menggunakan kereta Perodua Viva.

Menurut sumber, ibu mangsa mengatakan anaknya kelihatan sentiasa murung sejak kebelakangan ini dan tidak banyak bercakap seperti biasa.
Risau dengan keadaan anaknya, ibu kanak-kanak terbabit mencuba pelbagai cara untuk mencari punca kemurungan kanak-kanak malang itu. Bagaimanapun, mangsa akhirnya menceritakan perbuatan terkutuk pemandu teksi sapu itu kepada ibunya selepas dipujuk ketika makan malam di restoran di Subang, beberapa hari lalu. Sumber itu berkata, setiap kali dijemput oleh pemandu keji itu, mangsa diarahkan supaya duduk di bahagian penumpang hadapan untuk memudahkan suspek meraba kemaluannya.

Susulan maklumat daripada mangsa, ibu kanak-kanak itu yang terkejut dengan kejadian itu membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ 8, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar mengesahkan suspek sudah ditahan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Cermin mata lihat jin



KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik gelaran ustaz, tiada siapa menyangka seorang lelaki mampu mengaut untung mencecah puluhan ribu ringgit apabila menipu mangsa yang meminta bantuannya dalam urusan membuat pinjaman peribadi dan jual beli kereta.
Difahamkan, setakat ini, seramai 40 mangsa sekitar Kuala Lumpur menjadi mangsa ustaz terbabit yang mendakwa mampu melihat jin melalui cermin matanya yang direndam dalam air ‘zafaran’.

Lelaki terbabit dikenali Haji Din berusia lingkungan 40-an pada mulanya hanya menjalankan rawatan perubatan Islam di Pahang sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan menjalankan perniagaan sebagai ejen pinjaman bersama seorang pembantu lelaki berusia 21 tahun.
Malah, ustaz terbabit yang sebelum ini sering memakai serban dan berjubah berubah perwatakan selepas berpindah ke Kuala Lumpur.

Lelaki terbabit turut mendakwa menerima anugerah Datuk malah mempunyai ijazah dalam bidang kedoktoran dan pernah berkhidmat sebagai pakar bedah di Australia sebelum pulang ke Malaysia pada 2009.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai ustaz MZ berkata, dia mengenali Haji Din ketika membawa seorang kenalan berubat dengan lelaki terbabit di Pahang.

Menurutnya, perkenalan itu berlanjutan sehingga Haji Din berpindah ke ibu kota dan mereka sering bertemu sebelum dia memperkenalkan rakannya kepada ustaz terbabit.

“Ramai rakan saya yang mahu membuat pinjaman peribadi tetapi tidak boleh berikutan nama mereka disenarai hitam meminta bantuan Haji Din.
“Ini kerana Haji Din mendakwa mampu menyelesaikan masalah mereka dan berjanji pinjaman peribadi yang dimohon akan diluluskan bank walaupun nama mereka sudah disenarai hitam,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka lelaki terbabit sebenarnya menipu mangsa menggunakan gelaran ustaz supaya mereka mempercayainya sebelum bertindak menghilangkan diri selepas menerima wang untuk proses membuat pinjaman peribadi.

“Saya ketika ini turut rasa bersalah kerana memperkenalkan rakan-rakan kepada ustaz terbabit menyebabkan mereka ditipu. “Sejak kejadian itu, saya sudah memutuskan hubungan dengannya dan tidak tahu dia berada ketika ini,” katanya.

Mangsa, Mohd Nordin Abd Aziz, 26, berkata, dia mengenali Haji Din melalui ustaz MZ yang membawanya berjumpa lelaki itu pada Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment