Alasan buat kerja amal
Oleh FIRDAUS SAHAT, MOHD FAUZI ABDULLAH ARDYHANSAH AMAT dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my
metahad@hmetro.com.my
TIDAK TAKUT... sebahagian peserta pondan menyertai pertandingan Miss Malaysia 2010, baru-baru ini.
Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.
Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.
Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.
Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.
Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.
Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.
Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.
“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.
“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.
Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.
Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.
Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.
Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.
Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.
Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.
Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara.
Tangisan bayi di kawasan kubur
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
MASIH HIDUP... bayi perempuan yang ditemui di tanah perkuburan Islam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mendengar tangisan bayi itu sebelum menghampiri kawasan itu dan terkejut sebaik melihat bayi yang masih hidup di buang di atas rumput.
Difahamkan, bayi itu ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik dan tuala berwarna biru malah, keadaan bayi itu juga masih berdarah dan mempunyai uri.
Bersimpati dengan keadaan bayi perempuan itu, pasangan terbabit kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu berkemungkinan baru dilahirkan dalam tempoh tiga jam sebelum ditemui.
“Bayi yang cukup sifat itu kemudiannya diserahkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini dirawat di Unit Rawatan Intensif Bayi (Nicu) bagi rawatan selanjutnya,” katanya.
“Usaha mengesan individu yang bertanggungjawab terhadap pembuangan bayi itu masih giat dijalankan dan polis masih belum menemui sebarang bukti di tempat bayi itu ditemui,” katanya.
Bagaimanapun, bangsa sebenar bayi seberat 2.35 kilogram (kg) dan berkulit cerah itu masih belum dapat dikenal pasti.
Wanita dalam pantang amuk dituduh buang bayi
Terdahulu, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Lew Pei Siee, 26, yang kelihatan tidak terurus meninggalkan bayinya itu di atas sofa berkenaan dan mengusung beg plastik ke terminal bas berhampiran untuk meminta sedekah.
Orang ramai yang lalu berhampiran sofa itu terkejut mendapati bayi lelaki berkenaan menangis sebelum seorang daripadanya membuatkan susu untuknya.
Saksi, Feng Ling Lee, 36, yang bekerja sebagai penjual tiket bas berkata, dia membantu mendukung bayi berkenaan manakala rakannya menyusukannya.
“Kami kemudiannya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk, sebelum beliau bergegas datang.
“Tidak lama kemudian, seorang wanita mendakwa ibu kepada bayi berkenaan tiba-tiba muncul dan mula bising-bising kononnya kami cuba merampas anaknya itu,” katanya di lokasi kejadian.
Menurut Feng, seorang daripada rakannya memaklumkan pernah melihat wanita terbabit beberapa kali di kawasan berkenaan sambil meminta duit daripada orang ramai kononnya untuk membeli tiket bas dan pelbagai lagi.
Selain itu, rakan Feng turut mendakwa ada melihat wanita terbabit beberapa kali tidur di sekitar kawasan berkenaan.
Lew dan bayinya kemudiannya dibawa ke Balai Polis Johor Jaya untuk siasatan lanjut sebelum seorang lelaki dipercayai suaminya, Loo Soon Aun, 27, yang bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kota Masai dihubungi dan menjemputnya pulang.
Tan bagaimanapun enggan mengulas kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil tindakan.
Sementara itu, sumber polis berkata, maklumat diperoleh daripada orang awam mendapati wanita berusia 26 tahun terbabit sering membawa kanak-kanak berlainan ke lokasi berkenaan.
"Wanita dikenali sebagai Lew Pei Siee, 26, itu sering dilihat di kawasan berkenaan dengan membawa dua lagi kanak-kanak berumur dua dan empat tahun ke sana sejak sebulan lalu.
"Orang ramai di sana kemudiannya menyangka dia membuang bayi dan memaklumkan kepada kami untuk datang.
"Kami sudah mengesahkan dengan pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) bahawa wanita terbabit melahirkan bayi lelaki berkenaan di sana pada 17 Mac lalu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan kes berkenaan.
Tanam bayi perempuan baru lahir
Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
DI SINI... ‘kubur’ bayi baru lahir yang dibuat suspek bagi menutup rahsia kelahiran oleh teman wanitanya.
Bagaimanapun, salah seorang jiran lelaki berusia 26 tahun itu yang curiga dengan tindakan pelik pasangan itu bertindak menghubungi pihak berkuasa.
Difahamkan, polis yang menerima panggilan berhubung kejadian terbabit segera ke rumah lelaki itu sebelum menahannya yang kebetulan berada di dalam rumah berkenaan.
Hasil pendedahan lelaki berkenaan, polis akhirnya menemui ‘kubur bayi’ yang baru dilahirkan teman wanitanya dalam keadaan ditutupi zink bagi mengelakkan dikesan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, berikutan penemuan itu, suspek yang dipercayai berasal dari Indonesia kini ditahan reman selama empat hari sehingga 12 April bagi membantu siasatan.
“Mayat bayi sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi bedah siasat. Hasil bedah siasat dijangka diperoleh esok (hari ini).
“Namun, usaha mengesan teman wanita suspek yang juga ibu kepada mayat bayi ditemui itu masih gagal dan kita percaya teman wanitanya itu sudah melarikan diri ke Indonesia,” katanya, semalam.
Terdahulu, dalam penemuan mayat bayi perempuan itu kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu usia kandungan masih tujuh bulan.
Sebaik dilahirkan, bayi itu dikatakan meninggal dunia menyebabkan pasangan itu panik dan bertindak menanam mayat bayi terbabit di kawasan berhampiran bagi mengelakkan dikesan.
Suspek yang bekerja di sebuah kilang baja ayam sejak setahun lalu dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri menyebabkan suspek takut untuk menghantar bayi itu ke hospital.
Difahamkan, teman wanita suspek yang bekerja di ibu kota sering bertandang ke rumah teman lelakinya itu menyebabkan mereka sering mengadakan hubungan terlarang.
Sembunyi baju dalam cuba tipu penguat kuasa
Dalam operasi kira-kira jam 3.35 pagi Rabu lalu itu membabitkan sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.
Khairul Azman berkata, sebuah bilik hotel diperiksa dan apabila pintunya diketuk sebelum dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berusia 20-an itu tidak memakai seluar dalam apabila tangannya masih lagi memegang seluar dalam miliknya dipercayai tidak sempat dipakai.
Katanya, pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas suspek wanita berusia 20-an dan didapati dia juga hanya memakai baju dan seluar sedangkan colinya berada dalam beg plastik.
“Semua barangan berkenaan kemudian dirampas sebagai bahan bukti dan pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Khairul Azman berkata, dalam satu lagi pemeriksaan di sebuah bilik hotel kira-kira jam 4.50 pagi selepas pihaknya menerima maklumat awam berjaya menahan sepasang pasangan kekasih.
Menurutnya, sebaik pintu bilik dibuka didapati terdapat seorang wanita berpakaian lengkap, manakala lelaki bersembunyi di sebalik pintu hanya dengan bertuala tanpa baju.
Kekasih maut dalam hotel
Ia berikutan penemuan mayat gadis warga Vietnam berusia 23 tahun dalam keadaan hampir bogel dengan hanya berseluar dalam, kira-kira jam 1.30 petang.
Mayat ditemui oleh seorang pekerja hotel yang sebelum itu melakukan rutin pembersihan bilik apabila mengesyaki perkara buruk selepas melihat mangsa diselimuti cadar dan kaku serta tidak menyahut apabila dipanggil beberapa kali.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman (gambar) berkata, pekerja terbabit yang ketakutan bergegas keluar untuk memaklumkan kepada pengurusan hotel yang kemudian melaporkan kepada polis.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan dan pendarahan teruk di kepala kesan pukulan objek tumpul.
“Sehubungan itu, polis kini mengesan seorang lelaki tempatan dikenali Pan Hin Keong, 40, dengan alamat terakhirnya di No 476, Kampung Jering, Ayer Tawar, Sitiawan untuk membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Manjung di talian 05-683522.
Cabar undang-undang negara, hukum agama
KUALA LUMPUR: “Walaupun ia dilakukan untuk tujuan amal, ia tetap mencabar institusi undang-undang negara dan hukum agama,” tegas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain mengulas penganjuran Miss Malaysia 2010 membabitkan semua peserta mak nyah dari seluruh negara.
Menurutnya, sebagai contoh, Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah Selangor menyebut mana-mana lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Dalam hal ini, walaupun tujuan mereka menganjurkan pertandingan berkenaan untuk kerja amal, tetapi ia tetap salah kerana tindakan mereka berpakaian wanita adalah satu perkara tidak bermoral apatah lagi ia dilakukan di khalayak ramai.
“Mana boleh kita campur aduk antara kerja amal dengan kegiatan tidak bermoral seperti itu,” katanya.
Zaidi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak seharusnya mengeluarkan permit atau lesen jika penganjuran melanggar undang-undang.

Saya malu tonton
KUALA LUMPUR: “Saya malu menonton klip berkenaan kerana tidak sangka ia wujud di negara kita,” kata seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Zack, 27.
Menurutnya, jelas kelihatan peserta pertandingan terdiri daripada lelaki yang kebanyakannya sudah hilang identiti kejantanan mereka.
“Saya rasa mereka sudah membuat pembedahan menukar jantina,” katanya.
Zack berkata, lebih memalukan apabila acara berkenaan diluluskan pihak berkuasa kerana diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan.
“Saya hairan bagaimana acara itu boleh diluluskan kerana ia jelas bertentangan dengan budaya kita dan lebih memalukan mendapat sambutan hangat daripada mak nyah di seluruh negara.
“Jika tak percaya anda tontonlah sendiri,” katanya.
Menurutnya, pertandingan yang kelihatan hebat itu turut diacarakan oleh seorang pondan dan setiap ‘wanita’ jelita yang memasuki pertandingan berkenaan ditemubual.
“Sungguh jelik ada antara mak nyah mengaku keturunan terakhir Mahsuri,” katanya.
Katanya, acara itu persis pertandingan Miss World dengan setiap peserta dikehendaki memperagakan pakaian mengikut tema ditetapkan, selain diajukan beberapa soalan menguji kebijaksanaan masing-masing.
“Selain itu, ia turut diserikan persembahan oleh pondan yang berpakaian menjolok mata,” katanya.
Zack berkata, lebih menggemparkan artis Noraniza Idris turut mengadakan persembahan pada pertandingan berkenaan dan kehadirannya seolah-olah menyokong acara songsang itu.
Zack meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana pertandingan songsang itu tidak mustahil akan turut diadakan di negeri lain jika tiada bantahan.
Menurutnya, jelas kelihatan peserta pertandingan terdiri daripada lelaki yang kebanyakannya sudah hilang identiti kejantanan mereka.
“Saya rasa mereka sudah membuat pembedahan menukar jantina,” katanya.
Zack berkata, lebih memalukan apabila acara berkenaan diluluskan pihak berkuasa kerana diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan.
“Saya hairan bagaimana acara itu boleh diluluskan kerana ia jelas bertentangan dengan budaya kita dan lebih memalukan mendapat sambutan hangat daripada mak nyah di seluruh negara.
“Jika tak percaya anda tontonlah sendiri,” katanya.
Menurutnya, pertandingan yang kelihatan hebat itu turut diacarakan oleh seorang pondan dan setiap ‘wanita’ jelita yang memasuki pertandingan berkenaan ditemubual.
“Sungguh jelik ada antara mak nyah mengaku keturunan terakhir Mahsuri,” katanya.
“Selain itu, ia turut diserikan persembahan oleh pondan yang berpakaian menjolok mata,” katanya.
Zack berkata, lebih menggemparkan artis Noraniza Idris turut mengadakan persembahan pada pertandingan berkenaan dan kehadirannya seolah-olah menyokong acara songsang itu.
Zack meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana pertandingan songsang itu tidak mustahil akan turut diadakan di negeri lain jika tiada bantahan.
Matlamat tak halal cara
KUALA LUMPUR: “Al-ghayah la tubarriru wasilah (matlamat tidak menghalalkan cara),” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad ketika diminta mengulas mengenai isu penganjuran pertandingan ratu cantik mak nyah bertujuan mengutip dana untuk anak yatim dan rumah kebajikan.
Menurut beliau, keadaan atau sifat pertandingan itu sendiri sudah haram iaitu peserta pertandingan yang terdiri daripada golongan mak nyah amat dilarang dalam Islam.
“Antaranya satu hadis sahih al-Bukhari (5885), dari Ibn Abbas r.a. menyebut sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
“Maka hasil yang diperoleh melalui cara penganjuran pertandingan ratu cantik golongan transeksual itu sudah semestinya haram dan tidak wajar didermakan walaupun ia bertujuan ke arah kebaikan. Ini kerana cara penganjuran majlis sedemikian sememangnya tidak mengikut garis panduan syariah,” katanya.
KUALA LUMPUR: “Kak Ani tidak takut berdepan tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis itu kerana Kak Ani tahu apa yang Kak Ani buat,” demikian kata Noraniza Idris mengulas penampilannya dalam satu pertandingan ratu cantik mak nyah.
Noraniza berkata, beliau dijemput mengadakan persembahan pada majlis berkenaan dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah.
Katanya, pertandingan itu pernah diadakan di bandar sama tahun lalu tetapi tidak mengingati tarikhnya.
“Ya... memang Kak Ani dijemput membuat persembahan pada majlis itu dan Kak Ani tahu ia disertai golongan mak nyah,” katanya yang tidak kisah dipandang serong atau dituduh menyokong golongan ‘dua alam’ terbabit kerana hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga makhluk Tuhan, cuma naluri mereka berbeza.
“Tidak salah rasanya Kak Ani bergaul dengan mereka kerana kita sebagai manusia perlu saling mengasihi, justeru tidak timbul tanggapan Kak Ani menyokong kewujudan mereka.
“Kita tidak sepatutnya memandang negatif golongan itu kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa,” katanya.
Menurutnya, golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji atau dilempar dengan pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan itu hanya akan membuatkan mereka rasa tersisih daripada masyarakat dan terus hanyut dalam dunia mereka.
“Bagi Kak Ani, kita sebagai manusia perlu membimbing antara satu sama lain tidak kira ‘jenisnya’ dan kehadiran Kak Ani dalam majlis berkenaan antara lain untuk menyelami hati serta perasaan mereka.
“Mereka perlukan semangat bukannya caci-maki daripada masyarakat, mereka juga manusia seperti kita yang punya hati dan perasaan. “Jika kita hendak membimbing seseorang, kita perlu mendekati dan menyelami hati mereka... dari situ barulah kita boleh membawa mereka ke jalan benar,” katanya.
Menurut beliau, keadaan atau sifat pertandingan itu sendiri sudah haram iaitu peserta pertandingan yang terdiri daripada golongan mak nyah amat dilarang dalam Islam.
“Antaranya satu hadis sahih al-Bukhari (5885), dari Ibn Abbas r.a. menyebut sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
“Maka hasil yang diperoleh melalui cara penganjuran pertandingan ratu cantik golongan transeksual itu sudah semestinya haram dan tidak wajar didermakan walaupun ia bertujuan ke arah kebaikan. Ini kerana cara penganjuran majlis sedemikian sememangnya tidak mengikut garis panduan syariah,” katanya.
Saya dijemput
Noraniza berkata, beliau dijemput mengadakan persembahan pada majlis berkenaan dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah.
Katanya, pertandingan itu pernah diadakan di bandar sama tahun lalu tetapi tidak mengingati tarikhnya.
“Ya... memang Kak Ani dijemput membuat persembahan pada majlis itu dan Kak Ani tahu ia disertai golongan mak nyah,” katanya yang tidak kisah dipandang serong atau dituduh menyokong golongan ‘dua alam’ terbabit kerana hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga makhluk Tuhan, cuma naluri mereka berbeza.
“Tidak salah rasanya Kak Ani bergaul dengan mereka kerana kita sebagai manusia perlu saling mengasihi, justeru tidak timbul tanggapan Kak Ani menyokong kewujudan mereka.
“Kita tidak sepatutnya memandang negatif golongan itu kerana mereka sendiri tidak minta dijadikan sedemikian rupa,” katanya.
Menurutnya, golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji atau dilempar dengan pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan itu hanya akan membuatkan mereka rasa tersisih daripada masyarakat dan terus hanyut dalam dunia mereka.
“Mereka perlukan semangat bukannya caci-maki daripada masyarakat, mereka juga manusia seperti kita yang punya hati dan perasaan. “Jika kita hendak membimbing seseorang, kita perlu mendekati dan menyelami hati mereka... dari situ barulah kita boleh membawa mereka ke jalan benar,” katanya.
Kesabaran saya ada had: Zali
KUALA LUMPUR: “Kesabaran saya ada batasnya. Jika diri saya sebagai suami tidak dihormati bahkan maruah pula dipijak-pijak, adakah patut saya terus menyimpan isteri seperti itu?” kata suami Azimah, Zali, 38.
Menafikan dakwaan isterinya bahawa dia intim dengan ibu mentua tirinya sebaliknya berkata, dia mengambil keputusan meninggalkan isterinya kerana sikapnya yang keterlaluan.
Katanya, isterinya itu mempunyai ego tinggi dan menggunakan bahasa kasar apabila berinteraksi dengannya.
“Setiap kali kami bertengkar, pasti keluar perkataan kesat dan caci maki. Malah, dia sering mencabar menceraikannya.
“Selama lebih 10 tahun saya berdepan dengan keadaan ini sehingga saya sendiri tidak tahu di mana letaknya diri saya sebagai suami,” katanya.
Menurutnya, masalah rumah tangganya semakin rumit apabila wujud campur tangan keluarga mentuanya kerana isterinya selalu menceritakan perihal rumah tangga kepada mereka.
“Bukanlah tidak boleh bercerita mengenai rumah tangga tetapi perlu ada batas supaya tidak mengaibkan maruah. “Lebih mengecewakan kata makian ibarat mainan di mulutnya dan saya terpaksa mendengarnya saban hari,” katanya.
Menurutnya, dia cuma membantu ibu mentuanya keluar dari rumah bapa ekoran wanita itu mengalami tekanan.
“Tidak perlulah saya menceritakan secara terperinci, tetapi keadaan yang kami hadapi adalah sama. Bila segala pengorbanan dinafikan malah pelbagai tohmahan dilemparkan, hati mana yang mampu bertahan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak puas bersama suami yang kini uzur, seorang wanita didakwa tergamak menggoda menantunya sehingga menyebabkan rumah tangga anak tirinya bergolak.
Lebih menjijikkan, pasangan itu tidak segan silu bermesra di kawasan perumahan dan ada ketikanya mengaku sebagai suami isteri.
Perkara itu dibongkar anak tiri wanita berkenaan, Azimah (bukan nama sebenar), yang kini menjeruk perasaan apabila suaminya dikebas ibu tirinya.
Menyedihkan apabila dia hanya mengetahui hubungan itu beberapa bulan lalu sedangkan mereka dipercayai sudah berbuat demikian hampir tiga tahun lalu.
Secara kebetulan, keperitan itu sama seperti dilalui ibunya kira-kira 17 tahun lalu apabila terpaksa berkongsi kasih sayang ayahnya. Azimah mendakwa ibu tirinya seorang yang kuat seks dan perkara itu diakui bapanya yang kini tidak mampu lagi melayan wanita itu apabila menghampiri usia 70 tahun.
“Bapa saya pernah berhasrat melepaskan ibu tiri saya apabila tidak mampu melayan nafsu isterinya namun dia enggan diceraikan,” katanya yang ditemui di Bandar Kinrara, baru-baru ini.
Katanya, hubungan ibu tiri dengan suaminya memang rapat sejak kebelakangan ini namun dia langsung tidak menjangka mereka mempunyai hubungan serius.
Menurutnya, ibu tirinya menjadi sebahagian daripada keluarga sejak 1994 sebagai isteri kedua bapanya dan dikurniakan tiga anak.
“Pada awalnya memang sukar saya menerima kehadiran ibu tiri saya dan sering mencari pasal dengannya.
“Namun lama-kelamaan saya pujuk diri saya supaya menerimanya dan menganggapnya suratan takdir,” kata wanita berusia 42 tahun itu.
Namun, kekerapan suaminya menghabiskan masa bersama ibu tirinya sejak Ogos lalu membuatnya terfikir adakah hubungan mereka hanya sekadar menantu dan mentua atau sebaliknya.
Kemuncaknya, tindakan suaminya yang mahu pulang beraya di rumah ibu tirinya di Kelantan dengan alasan mereka berasal dari kawasan sama menguatkan lagi kesangsiannya.
“Suami memberitahu mahu beraya di rumah mama (ibu tiri) dan membiarkan saya sendirian di sini (Puchong) dan pulang ke Kelantan bersama anak saya.
“Malah saya dimaklumkan anak mereka pernah berduaduaan di dalam rumah keluarga mama dan lebih mengejutkan, keluarganya menutup mata merelakan perbuatan itu,” katanya.
Azimah berkata, hubungan terlarang mereka terbongkar dan suaminya mengaku menjalinkan hubungan dengan ibu tirinya.
Pembongkaran itu membawa kepada perpisahan sementara lebih seminggu bagi menenangkan diri.
Atas nama kasih dan sayang terhadap lelaki yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu, dia memberi peluang kedua kepada suaminya.
Namun, Azimah sekali lagi kecewa apabila pasangan terlarang itu masih menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin.
“Bagaimana mereka mahu berkahwin sedangkan bapa saya belum menceraikan mama, takkan mereka tidak tahu.
“Saya pasti mama lebih tahu status dirinya dan dia bukannya cetek agama,” katanya yang kini tawar hati kepada suaminya.
Menafikan dakwaan isterinya bahawa dia intim dengan ibu mentua tirinya sebaliknya berkata, dia mengambil keputusan meninggalkan isterinya kerana sikapnya yang keterlaluan.
Katanya, isterinya itu mempunyai ego tinggi dan menggunakan bahasa kasar apabila berinteraksi dengannya.
“Setiap kali kami bertengkar, pasti keluar perkataan kesat dan caci maki. Malah, dia sering mencabar menceraikannya.
“Selama lebih 10 tahun saya berdepan dengan keadaan ini sehingga saya sendiri tidak tahu di mana letaknya diri saya sebagai suami,” katanya.
Menurutnya, masalah rumah tangganya semakin rumit apabila wujud campur tangan keluarga mentuanya kerana isterinya selalu menceritakan perihal rumah tangga kepada mereka.
“Bukanlah tidak boleh bercerita mengenai rumah tangga tetapi perlu ada batas supaya tidak mengaibkan maruah. “Lebih mengecewakan kata makian ibarat mainan di mulutnya dan saya terpaksa mendengarnya saban hari,” katanya.
Menurutnya, dia cuma membantu ibu mentuanya keluar dari rumah bapa ekoran wanita itu mengalami tekanan.
Keluarga cacamarba
Lebih menjijikkan, pasangan itu tidak segan silu bermesra di kawasan perumahan dan ada ketikanya mengaku sebagai suami isteri.
Perkara itu dibongkar anak tiri wanita berkenaan, Azimah (bukan nama sebenar), yang kini menjeruk perasaan apabila suaminya dikebas ibu tirinya.
Menyedihkan apabila dia hanya mengetahui hubungan itu beberapa bulan lalu sedangkan mereka dipercayai sudah berbuat demikian hampir tiga tahun lalu.
Secara kebetulan, keperitan itu sama seperti dilalui ibunya kira-kira 17 tahun lalu apabila terpaksa berkongsi kasih sayang ayahnya. Azimah mendakwa ibu tirinya seorang yang kuat seks dan perkara itu diakui bapanya yang kini tidak mampu lagi melayan wanita itu apabila menghampiri usia 70 tahun.
“Bapa saya pernah berhasrat melepaskan ibu tiri saya apabila tidak mampu melayan nafsu isterinya namun dia enggan diceraikan,” katanya yang ditemui di Bandar Kinrara, baru-baru ini.
Katanya, hubungan ibu tiri dengan suaminya memang rapat sejak kebelakangan ini namun dia langsung tidak menjangka mereka mempunyai hubungan serius.
Menurutnya, ibu tirinya menjadi sebahagian daripada keluarga sejak 1994 sebagai isteri kedua bapanya dan dikurniakan tiga anak.
“Namun lama-kelamaan saya pujuk diri saya supaya menerimanya dan menganggapnya suratan takdir,” kata wanita berusia 42 tahun itu.
Namun, kekerapan suaminya menghabiskan masa bersama ibu tirinya sejak Ogos lalu membuatnya terfikir adakah hubungan mereka hanya sekadar menantu dan mentua atau sebaliknya.
Kemuncaknya, tindakan suaminya yang mahu pulang beraya di rumah ibu tirinya di Kelantan dengan alasan mereka berasal dari kawasan sama menguatkan lagi kesangsiannya.
“Suami memberitahu mahu beraya di rumah mama (ibu tiri) dan membiarkan saya sendirian di sini (Puchong) dan pulang ke Kelantan bersama anak saya.
“Malah saya dimaklumkan anak mereka pernah berduaduaan di dalam rumah keluarga mama dan lebih mengejutkan, keluarganya menutup mata merelakan perbuatan itu,” katanya.
Azimah berkata, hubungan terlarang mereka terbongkar dan suaminya mengaku menjalinkan hubungan dengan ibu tirinya.
Pembongkaran itu membawa kepada perpisahan sementara lebih seminggu bagi menenangkan diri.
Atas nama kasih dan sayang terhadap lelaki yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu, dia memberi peluang kedua kepada suaminya.
Namun, Azimah sekali lagi kecewa apabila pasangan terlarang itu masih menjalinkan hubungan dan merancang untuk berkahwin.
“Bagaimana mereka mahu berkahwin sedangkan bapa saya belum menceraikan mama, takkan mereka tidak tahu.
“Saya pasti mama lebih tahu status dirinya dan dia bukannya cetek agama,” katanya yang kini tawar hati kepada suaminya.
No comments:
Post a Comment