Monday, April 4, 2011

AJAL MAUT...KEJE ALLAH...TERMASUK TAKDIR YANG TELAH DITENTUKAN...MANUSIA NI TERKERDIL TAPI ADA LAGI MANUSIA BERLAGAK DAN MELAWAN HUKUM ALLAH....

Berpantang maut sebelum ajal





Datuk Sarimah Ahmad


BUKAN mudah untuk memujuk primadona ini berkongsi kedukaan yang sudah lama bersarang di lubuk jiwanya. Alasan yang diberikan, dia enggan penderitaan yang dilaluinya akan mudah menarik simpati ramai.
Selama ini pun, apa saja pandangan buruk yang tidak dibahaskan masyarakat mengenai lara yang dilalui oleh golongan anak seni sepertinya dan kerana itu kali ini, seniwati unggulan, Datuk Sarimah Ahmad lebih senang berdiam diri.
Namun, kehendak Hits yang tidak pernah henti memujuknya untuk tampil di media berkongsi cerita mengenai penyakit kanser yang dihidapinya mencairkan hati beliau.
Pertemuan diatur di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor (berdekatan dengan kediamannya) untuk diinterbiu baru-baru ini.
Kejelitaan seniwati yang mula menempa kemasyhuran di era studio perfileman hitam putih di Jalan Ampas masih belum luntur. Dia hadir dengan imej yang cukup sederhana, bertudung hitam putih dan berkain serta blaus panjang hitam.
Aktres Sarimah atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak Mah pagi itu hadir ditemani anak kelimanya, Yusarima Puteri.
Tidak banyak yang berubah pada Sarimah. Pada usianya mencecah 68 tahun, beliau masih manis biarpun sekadar mengenakan solekan yang nipis.
Bagaimanapun, dalam kesederhanaan itu, pada wajahnya sebetulnya terpancar kesedihan yang cuba diselindungi tuan punya dirinya yang kental dengan semangat juang yang tinggi, apa lagi untuk berhadapan dengan ujian maut selama setahun kerana kanser - penyakit yang amat digeruni dan menjadi antara penyakit paling berbahaya di dunia era moden ini.
Semangat berlawan dengan penyakit yang dikongsi dengan Sarimah pada awal perbualan sudah cukup menjelaskan betapa beliau sentiasa reda dengan ujian Ilahi.
Mengenali Sarimah, beliau tidak pernah lekang diuji sejak dari usia mudanya sehingga mendaki usia emas. Ibu tunggal kepada enam orang anak ini tidak henti-henti melafazkan rasa syukur pada Yang Maha Esa kerana kuasaNya itu mengatasi apa yang pernah diungkapkan oleh pengalaman perubatan.
“Bila doktor memberitahu jangka hayat Kak Mah hanya mampu bertahan tiga bulan saja, Kak Mah amat terkejut namun reda andai itu ketentuanNya. Kak Mah harus menerima qada dan qadar Tuhan,” Sarimah memulakan perbualan dalam nada yang cukup sebak.
Air mata cuba ditahan agar tidak mengalir laju dari kelopak matanya saat membuka rahsia mengenai penyakit barah hidung dan otak yang dimaklumkan oleh doktor ketika menjalani pemeriksaan pada April tahun lalu.
Sejak tarikh 20 April tahun lalu, hari yang dimaklumkan oleh doktor mengenai penyakit yang dideritainya, kehidupan Sarimah berubah secara total.
“Kak Mah masih ingat tarikh 20 April tahun lalu, bila Farawahida, Jamil dan Siti Rohani (arwah menantu yang meninggal kerana kanser payu dara pada Julai tahun lalu) membawa Kak Mah ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan keputusan perubatan, Kak Mah hanya berserah pada Allah.
“Tatkala doktor mengesahkan Kak Mah mengidap penyakit barah hidung dan otak tahap empat dan hanya ada waktu tiga bulan untuk hidup, Kak Mah hanya melafazkan `aku reda’.
“Sebab Kak Mah percaya, hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah SWT dan jika sudah sampai ajal kita, ia tidak akan cepat atau lambat walau sesaat jua,” sambung Sarimah dengan nada bergetar.
Hati wanita, sesabar mana sekalipun mereka menerima ujian, namun sebagai insan yang lemah air mata akhirnya tumpah juga kerana tidak mampu untuk melaluinya sendirian.
“Kak Mah cuba kuat, namun hati seorang wanita tidak dapat menahan air mata daripada menitis. Waktu itu Kak Mah memandang Ida, Jamil dan Siti Rohani yang terdiam kaku.
“Walaupun hati ini digayut sedih namun Kak Mah reda dan yakin selagi belum sampai ajal, Kak Mah akan berusaha untuk membebaskan diri daripada penyakit ini.
“Cuma doa Kak Mah ketika itu, agar Allah beri peluang kepada Kak Mah untuk menunaikan umrah walaupun untuk kali terakhir pada bulan Ramadan lalu. Alhamdulillah, doa Kak Mah dimakbulkanNya,” cerita Sarimah dalam nada sebak.
Sebetulnya, tidak ramai yang mengetahui primadona yang bakatnya diasah oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu sudah diserang kanser sejak 2007 lagi.
“Waktu itu, dalam seminggu sekurang-kurangnya Kak Mah demam dan batuk sampai tiga empat hari. Bila makan ubat, demam kebah dan batuk pun reda.
“Bukan itu sahaja, malah kadang-kadang waktu tengah malam, tiba-tiba lidah Kak Mah keras. Kak Mah tak boleh rasa apa pun. Kepala sakit macam nak putus nyawa.
“Walaupun ketika itu, Kak Mah memujuk hati ini agar sabar namun kadang-kadang Kak Mah dapat rasakan maut bagaikan di depan mata. Apa yang mampu Kak Mah lakukan, hanyalah meminum air zam-zam yang menjadi minuman utama Kak Mah setiap hari.
“Bukan itu sahaja, malah Kak Mah sering diserang sakit kepala yang amat sangat dan mata semakin kabur. Bila penyakit itu datang menyerang, Kak Mah rasa dunia ini bagaikan gelap dan tidak punya apa-apa lagi,” Sarimah mendedahkan derita yang dilalui dengan penuh keinsafan.
Namun kerana sifat tawakal dan istiqamahnya, Sarimah tidak pernah mengalah. Menyedari setiap penyakit ada penawarnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan menghayati bacaan ayat-ayat suci al-Quran selain memastikan solat wajib menepati waktu dan amalan solat sunat digandakan.
Sebagai seorang muslim, Sarimah berpegang pada ketentuan seandainya Allah mencabut nyawanya pada bila-bila masa, dia reda namun kewajipan sebagai hambaNya tidak akan sama sekali dipersiakan.
Ada ketika dalam serba kesulitan juga, Sarimah tetap mendekati Allah biarpun dalam keadaan terbaring.
Namun, satu hal yang tidak sanggup untuk dilalui pelakon Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu ialah proses perubatan kimoterapi yang disyorkan doktor kerana proses itu amat menyakitkan.
“Melihat kedegilan kak Mah enggan menjalani kimoterapi, Usha membawa kak Mah berjumpa doktor dan memberitahu keadaan sebenar. Bukan Kak Mah tidak percaya dengan perubatan moden, tetapi dalam usia Kak Mah ketika itu sudah mencecah 67 tahun ketika, tubuh Kak Mah tidak mampu menerimanya lagi.
“Bagi Kak Mah biarlah Kak Mah bertahan begitu dan jika Allah akan menjemput Kak Mah pulang, Kak Mah reda daripada menjalani proses kimoterapi,” kata Sarimah berkali-kali.
Beruntung Sarimah kerana beliau disayangi ramai. Saudara-mara dan kenalan rapat yang mengetahui penderitaan yang dilaluinya turut sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya.
Ini termasuk saudara terdekat, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan isteri yang tidak pernah putus mengadakan solat hajat mendoakan kesihatannya.
Ketika Sarimah menanggung kesakitan yang amat sangat dan teraba-raba untuk mencari ubat, seorang kawan membawanya berjumpa seorang Profesor yang dikenali sebagai Prof. Syed yang menawarkan makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico.
“Sebelum mengamalkan pil supplemen ini, Kak Mah harus menjalani ujian darah. Hasil daripada keputusan ujian darah itu barulah Profesor berkenaan mengetahui penyakit Kak Mah. Keputusannya, Prof. Syed mendapati Kak Mah mengidap kanser hidung dan otak tahap empat dan Kak Mah juga ada masalah jantung,” Sarimah menjelaskan hasil penemuan dengan professor berkenaan.
Amalan dan gaya hidup Sarimah selama ini sememangnya positif dan memenuhi kriteria mereka yang sihat. Beliau amat menjaga kesihatan terutama dari aspek pemakanan selain sentiasa mengadakan senaman ringan setiap hari.
Justeru, apabila disahkan mempunyai masalah jantung, beliau sendiri keliru dan tertanya-tanya kenapa ia berlaku pada dirinya.
“Akhirnya kak Mah berbalik pada ketentuan Ilahi. Seperti yang kak Mah katakan sebagai umat Islam, kak Mah reda dengan ujian Allah. Dengan wang simpanan yang kak Mah ada serta bantuan anak-anak, kak Mah bersedia menjalani rawatan alternatif yang ditawarkan," jelasnya yang berterima kasih kepada anak-anak yang sentiasa mengambil berat soal kesihatannya


Sebak lihat api mamah anak

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my
USUNG...anggota bomba mengusung jenazah Mohammad Irfan, semalam.

USUNG...anggota bomba mengusung jenazah Mohammad Irfan, semalam.
KEPALA BATAS: “Anak aku ya Allah...anak aku ya Allah!” Hanya itu perkataan terhambur daripada bibir seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya dalam kebakaran sebuah rumah papan dua tingkat di Permatang Nibong, dekat sini, semalam.
Noramalina Mat Ariffin, 25, tidak dapat menahan kesedihan dengan tragedi yang meragut nyawa anak keduanya, Mohammad Irfan Abdul Rashid, 5, sehingga terpaksa ditenangkan jiran.

Mayat Mohammad Irfan ditemui dalam keadaan 70 peratus rentung di dalam bilik di tingkat bawah rumah mereka selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran.
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, hanya Noramalina dan anak lelakinya itu berada di rumah, manakala suaminya, Abdul Rashid Ismail, 31, pergi ke sawah.

Dua lagi anak pasangan itu, Norafikah, 7, berada di sekolah agama manakala anak bongsu, Mohammad Ikmal, 3, dibawa saudara mereka ke kedai berhampiran.

Noramalina berkata, sebelum kejadian, dia memasak dan Mohammad Irfan bermain di tingkat atas rumah papan dua tingkat itu seorang diri.

“Saya menyedari tingkat atas rumah terbakar dan menjerit memanggil Irfan, tapi dia tidak turun. Saya cuba naik, tapi gagal kerana api marak cepat menyebabkan saya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Difahamkan, bapa Noramalina, Mat Ariffin Hassan, 62, yang pulang ke rumah sejurus diberitahu kejadian itu cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mohammad Irfan, tetapi gagal, malah dia cedera di badan dan tangan.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata, Mohammad Irfan sering tidur lewat kerana menunggunya pulang untuk tidur bersama, tetapi pada malam kelmarin, anak keduanya itu tidur lebih awal.

“Selalunya dia tidur lewat kerana tunggu saya pulang sampai jam 2 pagi, tetapi pada malam kelmarin, jam 10 malam dia sudah tidur. Tak sangka itu petanda kami akan kehilangannya,” katanya yang ditenangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh turut melawat dan menghulurkan sumbangan bencana alam RM1,000 kepada mangsa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Hadzi Mohamed Yusoff, berkata tiga jentera masing-masing satu dari Bandar Perda, Prai dan Bukit Mertajam dengan 35 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.59 pagi.

Menurutnya, selepas api dikawal lima minit kemudian, pihaknya menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan 70 peratus rentung.

“Selain mangsa, seorang warga emas juga cedera pada anggota badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan mangsa,” katanya.



Tentang Qada’ & Qadar
SOALAN: Dr Danial, apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? 

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.

Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama. Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.” Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi). Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”


Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

Di ambil dari : http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06259.html


Sebab Musabab Takdir Dan Masalah Murtad

Assalamua'alaikum Ustaz,

Mungkin soalan ni tak bersangkut dengan feqh. Tapi ana minta jasa baik Ustaz kalau tak keberatan menjawabnya.

Adakah terjejas iman kita sekiranya kita berkata seperti, "Ubat ni bagus sikit daripada yg hari tu. Cepat sikit sembuh sakitnya". Ataupun "Doktor tu tak bagus sangatlah, makan ubat dia lambat sembuh, kita pegi klinik lain lah". Atau mungkin juga spt yg selalu kita sebut "Dia meninggal sebab accident" - walhal semua yg di atas adalah tertakluk di bawah qada' dan qadar ALlah SWT.

Anggaplah soalan ini dalam keadaan seseorang itu tiada niat menafikan qada' dan qadar Allah dalam hal itu, cuma kata-katanya sahaja yg tidak menyatakan (mungkin terlupa dan tidak sengaja) bahawa Allah lah yg menentukan sembuhnya penyakit atau matinya seseorang itu.

Kadang2 ana confuse juga sbb iman apa yg ana tahu iman kita boleh gugur dgn sebab niat, perkataan dan perbuatan. So adakah perkataan2 seperti itu boleh menjejaskan iman kita dgn sbb perkataan? Sekian, jazakallah!

_________________
Jawab:

Apa yg anda tanyakan itu masih dalam Fiqh, tapi Fiqh alAqaid, yakni hukum amali yg melibatkan aqidah dalam kehidupan harian. Walaupun apa pun tajuk yg berkaitan agama kita, boleh saja dikemukakan kepada kami. Jika kami tidak tahu, kami akan dapatkan pakar untuk membantu.

Apa yg anda risaukan itu diistilahkan sebagai," Hukum Menggantungkan diri pada Usaha." Ahli Usyul membahagikan kepada tiga jenis manusia:

1. Golongan yg bergantung penuh pada usaha dan ikhtiar dan menafikan campurtangan Ilahi (kuasa Allah). Contoh: Jika si fulan itu yakin jenis2 ubat dan jenis2 doktor yg terbaik adalah asbab kpd penyembuhan tiada campurtangan Tangan Allah sedikitpun. Cth yang lain: Orang yg datang ke kubur keramat dan menyerahkan nasibnya pada keramat Wali tertentu itu menolongnya. Jika dia memiliki keyakinan demikian, maka dia telah syirik.

2. Golongan yg bergantung kepada asbab atau usaha, namun dia lupa kepada siapakah yg memberinya kemampuan untuk berusaha dan memilih. Kealpaan dan kecuaian ini juga dianggap syirik tapi tidak mengeluarkan ia dari agama.

3. Bergantung kepada sebab dan usaha tapi diwaktu yg sama dia juga bergantung kepada Allah yg dari-Nya jua datang asbab dan kemampuan memilih bagi si fulan itu.

Maka golongan ketiga itulah yg perlu kita berada. Tidak salah umat Islam mencari ubat yg lebih mahal atau mendapat rawatan yg lebih canggih dan pakar yg ternama termasuk rawatan di luar negara atau hospital swasta yg masyhur kerana ia masuk hukum asbab dan ikhtiyari (manusia ada daya untuk memilih yg terbaik untuknya sesuai dengan kemampuan material yg dimilikinya). Namun ia tidak lupa akan Allah yg telah memberinya rezki dan kemampuan material untuk mencari pilihan yg terbaik dan dia bergantung kepada Allah di waktu yg sama. (Fatwa Kerajaan Arab Saudi, Syaikh Salih alUthaymin, Fatawa 'anil Iman wa Arkaanuh) WaLlahu a'alam

_________________

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara dan kita amat mengalu-alukan soalan seperti itu kerana perkara iman dan aqidah adalah perkara yang paling utama dan yang paling patut diutamakan berbanding dengan perkara-perkara lain. Ini disebabkan aidah adalah laksana akar bagi sesebuah pokok, maka kalau rosaklah akar ( aqidah itu ) dek baja yang beracun ( fahaman-fahaman yang sesat lagi menyeleweng ) maka habislah – binasa semua bahagian pada pokok itu , samada buahnya , bunganya dan sebagainya !!!.

Soalan ini mengingatkan ana kepada penerangan daripada Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Mudir Ma’ahad Ehya’ Asy-Sharif , Gunung Semanggol , Perak Darul Ridzuan , tatkala beliau mengajar kami pelajaran Tauhid di sana di awal tahun 90’an ( beliau menjadi Mudir ketika itu ) . Beliau menyatakan begini ( lebih-kurang lah ye sebab ni dikira cakap ajuk ) :

[color=blue] “ Bagi setiap orang beriman, mereka hendaklah memahami perbezaan di antara SEBAB dan KERANA , lantaran kedua-duanya itu sebenarnya mempunyai makna yang berlainan. SEBAB adalah sebab-musabab, SEBAB ialah sesuatu yang kita boleh fikirkan kenapakah jadi begitu ? mengapakah terjadi demikian ? manakala KERANA pula merujuk kepada TAQDIR dan KETENTUAN ALLAH TA’ALA.

Jadi tidak salah andainya kita mengapa seseorang itu mati diSEBABkan termakan racun – sbg contoh – tapi mati itu adalah KERANA ianya sudah ditentukan ( ditaqdirkan ) oleh Allah Ta’ala. Di dalam Bahasa Arab kita namakan SEBAB itu sebagai “ illat “ ataupun “ sabab “ , manakala KERANA pula sering disebut sebagai “ LILLAH “ !. “

{ Tamat Penerangan Beliau } .

**************************************

PENJELASAN :

SEBAB-MUSABAB ialah “ cause and effect “ .

KETENTUAN ALLAH TA’ALA adalah “ Fate “ = Takdir @ Suratan Ilahi.

****************************************************
BAGAIMANAKAH BOLEH GUGURNYA KEISLAMAN SESEORANG ITU ? :

Ya ! memang benar gelaran @ title ISLAM yang ada pada seseorang muslim itu boleh gugur disebabkan 3 perkara :

1- Disebabkan lidahnya – seperti bertutur pertuturan yang boleh menyebabkan dia murtad.
2- Disebabkan perbuatannya – seperti kelakuannya yang boleh menyebabkan dia murtad.
3- Disebabkan kepercayaannya – seperti mempercayai satu kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad.

Jadi , andainya seseorang itu berkata : [color=blue] “ Bagus ubat ni, kalau makan ubat ni nanti cepat sembuh “[/color] ! . Maka perkataan ini hendaklah dirujuk kepada sejauh mana niat dan kepercayaannya . Kalau dia berkata demikian sebagai menyatakan bahawa MEMAKAN UBAT itu memang secara kebiasaannya ataupun lumrahnya BOLEH – MENYEBABKAN ( “ cause & effect “ ) SESUATU PENYAKIT ITU CEPAT SEMBUH , maka tidaklah dia murtad SELAGI dia tetap beriman dan percaya bahawa yang maha berkuasa menentukan segala-galanya termasuklah menyembuhkan dan menyakitkan adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tapi andainya dia betul-betul percaya bahawa ubat itu adalah SEGALA-GALANYA , hinggakan dia memang percaya bahawa ubat itu mempunyai kekuasaan mutlak ( total ) seperti kekuasaan Allah Ta’ala, maka di saat itu sudah tidak syak lagi dia telah mempunyai satu keyakinan dan kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad dan terkeluar daripada agama Islam , Wa Na’uzubillahi Min Dzalik !.

Begitulah juga dengan kata-kata : “ Dia tu mati disebabkan kemalangan “. Perkataan ini TIDAKLAH MENYEBABKAN seseorang itu menjadi murtad selagi dia beriman bahawa kemalangan itu hanyalah sebab-musabab, tetapi semanya itu dibawah ketentuan taqdir Allah Ta’ala ( kerana Allah Ta’ala ).

Namun, saya kira, tiada umat Islam yang pernah mendapat didikan Tauhid yang secukupnya yang tergamak mempercayai sedemikian !.

Dan dalam hal ini, kita tidak boleh TERBURU-BURU dan SEWENANG-WENANGNYA ( semberono ) men “ takfir “ ( mengkafirkan ) kan seseorang yang bercakap sedemikian kerana hukum mentakfirkan seseorang yang pernah menjadi Islam , asalnya adalah tugas seseorang Mufti. Andainya kuasa men “ takfir “ ini diberikan kebebasan kepada sesiapa sahaja, maka akan huru – haralah sesebuah masyarakat Islam kerana timbulnya budaya saling kafir – mengkafirkan sesama umat Islam !.

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) , seseorang yang bertutur , berkelakuan dan mempercayai unsur-unsur yang boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam ( murtad ) hendaklah dinasihati ( dikaunseling ) oleh pihak berwajib dan diselidiki sedalam-dalamnya akan niatnya melalui sesi kaunseling itu sehinggalah akhirnya Si Mufti ( ataupun pihak berkuasa ) boleh mengisytiharkan hukum seseorang itu. Dan , semua lafaz , perbuatan dan kepercayaannya juga hendaklah dilihat kepada Niat si pelakunya. Lalu, barulah ditentukan keadaannya dan hukum ke atasnya.

**************************************
BOLEHKAH KEISLAMAN SESEORANG ITU TERBATAL @ GUGUR !?

Ya kenapa pula tidak !?. Lihat sahaja dalam hal mengambil air sembahyang ( wudhuk ) pun ada perkara-perkara yang boleh membatalkannya.

Sembahyang pun boleh batal ! Tawaf pun boleh batal ! Puasa pun boleh batal !………….itu perkara ibadat yang betul – betul ibadat “ mahdhah “ ( ibadat secara mutlak – total ) – pure worship !.

Main bola pun boleh batal “ fault “ , begitu juga dengan sukan tinju ( boxing ) dan semuanya boleh “ fault “ kalau tidak mengikut lunas-lunas dan ketetapannya – dan ini adalah perkara keduniaan dan sukan !.

Jadi betapa pula dengan masalah yang menyangkut dengan perkara yang paling-penting , iaitu perkara IMAN dan KUFUR !!! Sudah tentulah ada masanya seseorang Islam itu boleh “ fault “ ( terkeluar daripada Islam ) andainya dia melakukan salah-satu daripada 3 perkara yang telah dinyatakan di atas.

Ya ! masyarakat kita agak terkejut apabila mendengar [color=blue] BOLEHKAH KEISLAMAN SESEORANG ITU TERBATAL @ GUGUR !? [/color] kerana selama ini kebanyakkan masyarakat kita hanya didedahkan dengan pengajian Tauhid yang kebanyakkannya masih “ terikat secara totok “ dengan isi-isi dan gaya penulisan kitab – kitab tua.

Ataupun disebabkan yang diulang-ulang hanyalah perkara yang sama ….hanya menekankan hafalan dan kefahaman yang dangkal mengenai WUJUD , QIDAM , BAQA’ ……………sehinggalah ke akhirnya , samalah dengan masalah HUDUD, masih ada umat Islam yang mengatakan ianya tidak ada di dalam kitab Fiqh , lalu mereka pun menyerang bermati-matian golongan yang berusaha melaksanakan HUDUD ini . Ya ! bagaimanakah “ boleh ada “ ( disangka ada ) persoalan hukum-hakam hudud itu andainya yang diajar di dalam Fiqh hanyalah masalah TOHARAH , SOLAT, PUASA , ZAKAT, HAJI dan persoalan-persoalan yang sedikit , tanpa mahu melanjutkan pengajian Fiqh itu sehingga masuk ke dalam permasalahan PEMERINTAHAN , JIHAD , MASALAH HUBUNGAN KEMASYARAKATAN DAN SEBAGAINYA!.

Asas masalah yang berlaku ini samalah juga dengan kefahaman masyarakat yang masih cetek mengenai Fiqh ( dan juga Tauhid ) , mereka tidak mahu melanjutkannya ke bab-bab dan permasalahan-permasalahan lain sehingga yang melucukan ialah wanita-wanita yang dah “ putus-haid “ ( menopause ) pun, masih diajar permasalahan Haidh, Nifas dan Istihadhah !!!.

Masih ramai guru-guru yang mengajar Tauhid kepada masyarakat kita tidak mahu “ MENGOLAH “ pengajian tauhid itu sesuai dengan kefahaman umat Islam di masa ini . Dan sangat kurang juga yang mampu mengaitkan pengajian Tauhidnya dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di zaman moden ini daripada sudut serangan-serangan isme ( fahaman ataupun ideologi ) yang menyesatkan , bahkan mampu mengeluarkannya daripada Islam !!!.

Masih ramai guru-guru yang mengajar Tauhid , “ berapi-rapi “ kuliahnya di saat menerangkan kesesatan “ Ad-Dahriyun “ , tapi bila menghadapi “ Ad-Dahriyun Moden “ yang dikenali sebagai Sekularisme , Komunisme dan Athisme , guru-guru ini senyap-membisu kerana itu semua tidak tercatat di dalam kitab-kitab tua yang mereka gunakan. Dan yang malang juga ialah sikap sebahagian guru-guru yang tidak ambil berat permasalahan [color=blue] Kristianisasi ( Baptism ) [/color] yang dihadapi oleh umat Islam di masa kini hanyalah disebabkan ianya tidak tertulis di dalam kitab – kitab pengajian mereka ( konon-kononnya ).

Begitulah juga, masih ramai yang “ berapi-rapi “ kuliahnya di saat menyerang “ kaum Muktazilah “ , walhal mereka berdiam diri apabila menghadapi “ Neo – Muktazilah “ ( Muktazilah Moden ) yang bergelar “ Rasionalisme “ kerana “ ianya tiada tertulis di dalam kitab ini pun “ , kata mereka !.

Ramai juga yang “ naik syeikh “ ketika menyerang “ Kaum Jabariyah “ ketika membicarakan masalah Tauhid, tapi tidak pula sedar di zaman ini masih ramai yang berfahaman “ Jabariyah Moden “ , khasnya mereka yang suka menganggur , yang berdalihkan pepatah sang pemalas “ rezeki secupak, takkan jadi segantang “ !.

Kami di Al-ahkam.net ini BUKANLAH MENYALAHKAN guru-guru yang mengajar pengajian Tauhid dengan menggunakan kitab-kitab lama itu , TIDAK SAMA SEKALI !. Yang kami maksudkan ialah : Pengajian Tauhid itu mestilah diolah sesuai dengan kefahaman dan masalah-masalah semasa yang berlaku di zaman kini dan ianya mestilah dikaitkan juga dengan menerangkan isme-isme, fahaman-fahaman, ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah yang juga boleh menyebabkan seseorang itu murtad dan sesat !!!.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
**************************************
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته 

Percaya kepada qada dan qadar 
  
adalah Rukun Iman keenam. Ia mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal. [1]

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.

Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha sebelum Qada dan qadar seseorang itu diubah:-

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11)

[2]

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.
Firman Allah Taala bermaksud:

Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.


(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186)
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Firman Allah Taala bermaksud:


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(Surah ar-Rad: ayat 11)
KONSEP QADA DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

1.Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
2.Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
3.Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
4.Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

PENUTUP

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.



Sumber : www.iLuvislam.com

No comments:

Post a Comment