Sunday, August 28, 2011

HENTAM MANUSIA TAK SAMA DENGAN HENTAM NERAKA ALLAH....KERANA TAK AMANAH...DUIT BANYAK TAPI TAK SAMPAI KEPADA YANG BERHAK...INGAT DENGAN PUSAT ZAKAT KITA ADA KERJAYA...KERJALAH DENGAN AMANAH...LIHATLAH ADA YANG KEBULUR...MISKIN PAPA KEDANA...ADA KENYANG HINGGA MENDATANGKAN PENYAKIT...ADA ENJOY KERANA DUIT BANYAK...TAK KIRA ENJOY ITU HALAL ATAU HARAM...INGATLAH MATI DAN NERAKA ALLAH TAALA....

Usah ‘hentam’ agensi zakat

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Memang ada kekurangan dalam sistem pengurusan zakat di negara ini, tetapi ia bukan alasan kepada pihak tertentu untuk menghentam agensi itu, malah mengaitkannya dengan isu murtad.
Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, bukan senang untuk mengagihkan wang zakat dengan berjaya sehingga sampai ke tangan fakir miskin terakhir di negara ini.

“Apabila ada pihak mula mengkritik pengurusan zakat, ia menyebabkan ramai orang secara spontan berfikiran negatif terhadap agensi itu sedangkan sebelum ini isu tidak pernah timbul.
“Memang ada kekurangan, tetapi ia secara umum dan pengagihan kutipan zakat bukan mudah dilaksanakan dengan berjaya sepenuhnya terutama sekali wujudnya golongan yang mengambil kesempatan memohon bantuan sedangkan dia tidak layak,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, disebabkan kritikan negatif itu, orang mula melihat pengurusan agensi kutipan zakat tidak cekap.

“Umpamanya isu bantuan beras dan makanan sudah habis. Memang sudah habis sebab esok atau lusa umat Islam sudah menyambut Aidilfitri.

“Bayangkan jika bantuan itu terlalu banyak disediakan sehingga menyebabkan lambakan, nanti timbul pula isu Baitulmal tidak pandai mengagih,” katanya.

Menurutnya, memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan.
“Saya melihat jika memberi bantuan kewangan secara berterusan kepada fakir miskin, ia tidak memberi kesan kuat supaya mereka berusaha mengubah taraf kehidupan.

“Lebih malang lagi apabila ada mengaitkan soal pengurusan wang zakat dengan isu murtad. Ia bukan disebabkan zakat kerana ada umat Islam yang murtad itu mendapat bantuan zakat,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, apa yang berlaku sekarang disebabkan orang Melayu sudah berpecah belah sehingga membuka peluang pihak lain mengambil kesempatan.

“Keadaan sekarang kelam-kabut, mufti tidak sefahaman dengan mufti lain, ulama tidak setuju dengan ulama lain, begitu juga orang politik sehinggalah kepada rakyat biasa. Keadaan ini menyebabkan ada pihak lain ambil kesempatan,” katanya.


Nyaris jadi gila

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

IPOH: “Saya pernah merasa menjadi orang gila...meracau hampir setiap malam malah, pernah sembunyi bawah katil serta bercakap sendirian.
“Enam bulan saya hidup dalam kegelisahan, putus asa dan hilang harapan untuk meneruskan kehidupan kerana tidak dapat menerima hakikat disahkan lumpuh,” kata Mohd Azhari Jamalludin, 30, yang lumpuh akibat kemalangan 10 tahun lalu.

Mohd Azhari yang menetap di Halaman Meru Damai, di sini hanya mampu terlantar di katil sejak 10 tahun lalu selain bergantung pada bantuan RM300 sebulan diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung kehidupan.
Dia yang juga anak sulung daripada lima beradik pernah hilang kewarasan diri sebaik doktor mengesahkan dia lumpuh kesan daripada kecederaan tulang belakang akibat kemalangan itu, namun dia bernasib baik kerana kedua-dua belah tangannya masih mampu bergerak.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi gila namun, tragedi (kemalangan) yang menimpa itu cukup berat untuk diterima. Ia mencabar kewarasan diri saya.

“Hampir enam bulan saya hidup dalam ‘dunia’ yang saya cipta sendiri. Fikiran saya melayang setiap masa, apa yang saya fikirkan ketika itu adalah mahu mati sahaja,” katanya..

Katanya, dia bernasib baik kerana bapa, Jamalludin Ahmad Basri, 60, dan ibu, Che Tah Mohamed Kahar, 58, berada di sampingnya setiap masa.

Mohd Azhari berkata, enam bulan pertama selepas kemalangan itu, bapa membawanya berubat secara tradisional bagi memulihkan semangat.
"Alhamdulillah, saya pulih sampai sekarang. Benar apa orang kata, kita kena reda dengan apa yang berlaku. Saya reda dengan apa yang berlaku dan kini saya berasa sangat lapang kerana masih diberi kekuatan untuk hidup.

“Ujian yang diberikan Tuhan ini cukup berharga,” katanya.

Katanya, selepas 10 tahun terlantar, dia kini sudah kembali sihat malah kedua-dua tangannya umpama ‘senjata’ utama bagi melakukan tugas ringan termasuk bergerak.

Mohd Azhari berkata, kini, dia melakukan kira-kira 200 tekan tubi setiap hari bagi membolehkan tangannya cukup kuat dan bertenaga.

“Doktor sering pesan kepada saya supaya tidak berhenti melakukan senaman kerana ia boleh membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan seterusnya membantu memulihkan semula urat saraf yang rosak.

“Saya yakin dan berharap dalam berjalan semula suatu hari nanti. Malah, doktor juga mengesahkan ramai pesakit lumpuh seperti saya pulih dan mampu berjalan semula,” katanya.

Menurutnya, dia bernazar untuk mendalami ilmu agama sekiranya dapat berjalan semula.

Malah, katanya, dia merancang memasuki sekolah pondok dan mahu menjadi tahfiz kerana sangat meminati ilmu tarannum Al-Quran.

Mohd Azhari adalah salah seorang penerima bantuan Aidilfitri disampaikan Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) cawangan Perak yang diserahkan sendiri Ketua Takaful Ikhlas Wilayah Perak, Zainal Rahmat Md Zain.

‘Saya panggil nenek ibu’



CHANGLUN: “Sedih bila lihat rakan-rakan sekolah ditemani ibu dan bapa masing-masing,” kata Nur Natasya Razali, 11, yang bergelar anak yatim piatu sejak berusia satu setengah tahun.
Nur Natasya bersama kakaknya, Nurin Nasuha, 14, kini tinggal bersama nenek mereka, Salmah Idris, 58, dan datuk, Abu Hassan Hussin, 61, di Kampung Paya Nongmi, di sini.

Nur Natasya berkata, ibunya Norhaslinda Hashim meninggal dunia akibat menghidap Hepatitis B pada 2000 manakala bapanya, Razali Abu Hassan meninggal dunia dua tahun kemudian akibat penyakit barah hati.
“Saya pun ingat-ingat lupa wajah ibu dan bapa kerana mereka pergi ketika saya masih terlalu kecil. Kini hanya datuk dan nenek tempat saya menyambung kasih. Malah, saya juga panggil nenek ‘ibu’ kerana dia yang menjaga saya sejak kecil," kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Kemara, di sini.

Pulang hampa

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan,” rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis.
Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. “Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini,” katanya.

Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin.
Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya.

“Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Harian Metro yang melakukan tinjauan selama dua hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.

Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan.

Mati kebuluran setiap 6 minit



MOGADISHU: Rakyat Somalia yang kelaparan sanggup berjalan ratusan kilometer dan berhari-hari ke khemah bantuan semata-mata untuk mendapatkan sedikit makanan bagi mengalas perut daripada kebuluran.
Krisis kebuluran yang melanda negara itu sejak akhir ini menjadi semakin parah dengan jumlah kematian dianggar seramai 10,000 orang sebulan dengan kadar seorang setiap enam minit.

Bencana ini berlaku selepas keamanan dan kemakmuran negara berkenaan diragut perang saudara bermula 1991.
Peperangan itu bukan hanya menyebabkan mereka kebuluran, malah lebih teruk kanak-kanak yang kurang zat mudah mendapat penyakit hingga menyebabkan kematian.

Menurut Hassan Hadidi, 56, dia dan isteri, Fatimah, 30, yang menghuni khemah ‘Internal Disposal Persons (IDPs) di pinggir Mogadishu, sudah tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan nyawa anak kecilnya Khadijah, berusia dua tahun yang menderita kebuluran dan kurang zat.

“Doktor memberitahu anak saya menghidapi sakit perut, namun menurutnya masalah utama anak saya adalah kekurangan makanan.

“Sakit perutnya mungkin disebabkan cacing serta makanan yang tidak bersih, tetapi penyebab utama anak saya sakit adalah kerana tiada makanan,” katanya yang ditemui di Pusat Kesihatan SAACID di daerah Hal Wadaq, di sini.

Menurutnya, apa yang boleh dilakukan pusat kesihatan berkenaan hanyalah memeriksa anaknya, namun tiada ubat yang boleh diberikan kerana mereka juga kekurangan ubat-ubatan.
“Saya dan isteri hanya mampu berdoa untuk menyelamatkan Khadijah dari terus menderita,” katanya sayu.

Tinjauan Harian Metro, di pusat kesihatan sementara yang hanya menumpukan pemeriksaan terhadap kanak-kanak itu mendapati tidak kurang 100 kanak-kanak kecil termasuk bayi akan diperiksa doktor tempatan yang dibiayai UNHCR.

Pusat kesihatan yang hanya diperbuat dari zink itu bukan saja serba kekurangan namun hanya dibuka pada waktu tertentu saja kerana doktornya perlu memberi khidmat di beberapa khemah lain juga.

Kawal makan di Aidilfitri

Oleh Dr Aminudin Mansor

MUSIM Hari Raya Puasa budaya makan tidak lagi menumpukan kesihatan diri dan gaya hidup yang mementingkan kesihatan. Di bandar satu demi satu rumah terbuka diadakan. Ini juga mengundang kepada menjejaskan kesihatan seseorang, terutama bagi mereka yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Jika dalam bulan puasa umat Islam dapat mengekang hawa nafsu dengan berpuasa selama sebulan, tetapi gaya hidup, terutama membabitkan budaya makan berubah apabila menyambut Syawal. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya menunaikan puasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi dan mengurangkan pengambilan makanan selepas Aidilfitri.

Selain menahan lapar dan dahaga, puasa enam Syawal juga boleh dianggap sebagai proses detoksifikasi secara semula jadi. Melalui proses ini, ia bertindak menyingkirkan pelbagai jenis toksik dalam tubuh kita yang berpunca daripada pemakanan. Ketika berpuasa juga, tubuh memerlukan sumber tenaga yang cukup dan seimbang.
Mengikut kajian berkaitan pemakanan, tekanan sememangnya sukar dielakkan. Namun, ia masih boleh dikawal menerusi gaya hidup sihat. Pemilihan makanan yang seimbang adalah cara paling mudah untuk mengawal tekanan mental dan fizikal. Menerusi pengambilan pemakanan yang teratur seseorang itu akan dapat mengendalikan tekanan secara bersendiri tanpa bantuan pakar.

Mengamalkan budaya makan yang sihat amat penting bagi mengekalkan kesihatan seseorang, terutama bagi mereka yang sudah berusia. Budaya makan yang tidak terkawal bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti, malah mengundang pelbagai penyakit.

Ada pendapat mengatakan, ‘perut adalah punca segala penyakit.’ Sebagai contoh nasi adalah makanan utama masyarakat di Malaysia. Sebanyak 50 hingga 60 peratus tenaga kita datangnya daripada nasi.

Jika dikaitkan dengan sejarah dan kepercayaan, nasi mempunyai semangat istimewa kerana ia memberi kita rasa kenyang secara pukal berbanding makanan lain seperti roti, mi, kuih-muih dan sebagainya.

Mengikut kajian, walaupun sepanjang hayat makan nasi, daripada kecil hingga tua, sarapan nasi, tengah hari nasi dan malam juga hidangan nasi, tetapi kita tetap tidak berasa jemu. Salah satu sebabnya kerana ia dimakan dengan aneka lauk-pauk. Tetapi harus diingat mengambil makanan daripada nasi secara berlebihan juga menggemukkan.
Oleh itu, ambillah hidangan nasi dengan kadar yang sedikit dan lebihkan sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan dalam sajian makanan bagi mengimbangi kesihatan. Pilih pemakanan yang sihat sewaktu menghadiri jamuan dan rumah terbuka Aidilfitri.

Mengawal selera makan juga adalah penting bagi mengelakkan mengambil makanan terlalu banyak. Makanlah dalam kadar sederhana bagi mengimbangi kesihatan diri. Ketahuilah mengenai penyakit yang ada dalam diri masing-masing. Ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu mengambil makanan yang boleh memudaratkan dirinya.

Merujuk kepada kajian beberapa ahli sains di Universiti Witwatersrand di Afrika Selatan, pengamal diet makan hampir 27 peratus kurang kalori ketika makan. Apabila mereka mengamalkan corak pemakanan yang sedikit tetapi kerap mereka kurang rasa lapar dan dapat mengurangkan berat badan mereka.

Dalam hal ini, elakkan makanan yang berminyak dan makanan yang digoreng yang banyak mengandungi lemak. Cuba elakkan juga makanan yang dimasak dengan santan kerana santan mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan berbahaya kepada pesakit jantung dan darah tinggi.

Tubuh sihat dan bertenaga adalah bermula daripada pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kurangkan sedikit pengambilan makanan yang tinggi kalori. Gantikan minuman manis dengan air kosong. Minum air kosong banyak untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Amalkan pemakanan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang. Jika diamalkan kita akan merasai perubahannya. Biar makan dalam kualiti sedikit, tetapi secara kerap. Ambil makanan sekiranya kita memerlukannya dan jangan melewati waktu makan. Ambil makanan dalam kadar sedikit supaya tidak membazir dan terbuang.

Kajian kesihatan mendapati, tubuh yang terlalu kurus tidak bermakna sihat sepenuhnya. Tidak ada gunanya jika kita berhasil menurunkan berat badan sekiranya kesihatan kita turut terjejas.

Justeru, pastikan makanan yang diambil dengan nutrien tinggi dan berkhasiat untuk tubuh badan kita. Jangan terlalu menyekat pengambilan makanan sehingga tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya. Hal ini juga boleh membahayakan kesihatan. Pengambilan makanan dalam kadar sederhana adalah sebaik-baik pilihan.

Pastikan makanan yang kita ambil masih mengandungi vitamin. Sebagai contoh sayur-sayuran yang dimasak masih segar. Vitamin C mudah musnah ketika memasak. Maka jika anda masak sayur-sayuran yang mengandungi vitamin C gunakan sedikit air dan masak sekejap saja.

Ada khasiat sayur yang tiada pada buah dan begitu juga sebaliknya. Kebanyakan sayur dan buah rendah lemak membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium. Semua khasiat ini penting kepada kesihatan. Sayur dan buah juga kaya dengan serat.

Pilihlah makanan yang berkhasiat dengan sajian lazat. Makanan yang disajikan dalam keadaan yang tidak bersih juga boleh mengundang pelbagai penyakit sebagai contoh boleh menyebabkan keracunan makanan dan membahayakan kesihatan.

Sementara itu, lemak juga adalah keperluan tubuh. Meninggalkan pengambilan lemak bermakna seseorang itu kekurangan satu khasiat penting kepada tubuh. Kajian mendapati lemak penting untuk membantu menyerapkan vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.

Namun, lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan menyebabkan berat badan akan bertambah. Lemak yang berlebihan juga meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah kesihatan yang lain. Jadi, kurangkan pengambilan lemak dan amalkan budaya dan cara makan yang sihat.

Budaya makan yang sihat juga adalah seperti mengamalkan diet secara teratur. Terapkan matlamat dan pendirian makan secara sederhana bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya. Makanlah ikut keperluan bukan mengikut nafsu. Jika berasa lapar makanlah sedikit dan diikuti dengan kerap. Jika sudah terlalu kenyang jangan ikut nafsu untuk makan sehingga tiada ruang untuk bernafas.

Amalan dan budaya makan seperti inilah yang sukar diamalkan, tetapi ia memberi kesan yang baik kepada kesihatan kita. Tidak salah menghadiri rumah terbuka, cuma kita perlu mengawal diri dan selera kita daripada makan terlalu banyak. Kita juga yang mengetahui akan penyakit yang ada dalam tubuh badan kita dan makanan apa yang berbahaya kepada kita. Jangan disebabkan makanan kita merana kesakitan.

Penulis berkelulusan PhD Persuratan Melayu

Tonton konsert dapat Viva



AYER KEROH: “Saya tak sangka memenangi Perodua Viva ini dan ia menjadi hadiah cukup bermakna buat kami sekeluarga sempena Aidilfitri kali ini,” kata Syawalina Mohd Nor, 29, yang muncul pemenang utama cabutan bertuah Konsert Lagenda Double Trouble (KLDT), di sini, kelmarin.
Pembantu Pembedahan Pergigian di Poliklinik Komuniti Muar itu berkata, dia dan suami membelanjakan RM140 di saat akhir dengan membeli dua tiket masuk ke KLDT berkenaan pada 27 Mei lalu di Stadium Hang Jebat, Krubong.

“Suami, Hanafi Ahmad, 28, yang mengajak saya menonton Konsert Lagenda Double Trouble selepas terbaca mengenainya di akhbar. Ketika itu saya dan suami baru sahaja pulang dari kerja kira-kira jam 5.00 petang.
“Selepas itu, kami bersama dua anak, Ahmad Asyraf, 4, dan Ahmad Fahmi, 2, bertolak dari Bakri, Muar dan tiba di pekarangan stadium sekitar jam 9.00 malam. Nasib baik ketika itu masih ada lagi tiket dan suami membeli dua tiket berharga RM70.

“Pada akhir acara, saya terkejut apabila nama diumumkan Awie sendiri kerana menjadi pemenang bagi hadiah utama ini. Saya bersyukur kerana kemenangan ini disebabkan minat suami terhadap dua kumpulan rock legenda negara, Search dan Wings,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah Cabutan Bertuah Konsert Lagenda Double Trouble anjuran Abalimalimon Event Unit (AEU) di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan AEU, Ab Alim Alimon menyerahkan Perodua Viva 660cc bernilai RM24,000 kepada Syawalina; dua motosikal Modenas Kriss 120cc bernilai RM3,900 dan lima Apple iPad-2 bernilai RM1,600 kepada pemenang lain.

Menurut Syawalina, dia mengetahui pihak penganjur menyediakan hadiah utama itu dan dari awal lagi sudah terdetik dalam hati untuk memenanginya serta tidak mahu pulang sehingga selesai acara.

Mohon bantuan besarkan enam anak OKU



FAUZIAH bersama anak-anaknya yang mengalami masalah genetik kategori akal di Rumah Pangsa Seri Kolam, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Bukan sengaja menagih simpati tetapi kepayahan hidup memaksa seorang ibu tunggal berusia 52 mengetepikan perasaan malu memohon bantuan agar dapat membantunya dalam membesarkan enam anak yang disahkan mengalami masalah genetik.
Menurut Fauziah Ngah yang kini tinggal di Rumah Pangsa Seri Kolam dekat sini, kesukaran mula dirasai sejak kematian suami, Aziz Jalil, 67, dua tahun lalu akibat penyakit asma.
Enam anak Fauziah yang disahkan mengalami masalah genetik kategori akal ialah Yazid Aziz, 27, Sofia, 26, Mohd. Syukri Hadafi, 25, Suriyani, 24, Mohd. Rizal, 17, dan anak bongsunya berusia sembilan tahun, Mohd. Amir Haikal.
“Saya tidak pernah minta untuk jadi begini tetapi inilah takdir, saya perlu hadapi. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab untuk membesarkan mereka sehingga akhir hayat saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

KIASKAN BERITA NI.....

Menteri guna wang rakyat belajar bahasa Mandarin



SETIAUSAHA Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt bersama isterinya, Lucia.



LONDON – Seorang menteri Kabinet Britain yang juga jutawan, Jeremy Hunt dihimpit kontroversi selepas beliau didapati menggunakan wang rakyat sebanyak £2,500 (RM12,217) untuk belajar bertutur dalam bahasa Mandarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Hunt, 44, diselar banyak pihak kerana beliau boleh mempelajari bahasa tersebut secara percuma daripada isterinya yang berketurunan Cina.
Beliau yang memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan dan berstatus menteri kabinet memperoleh gaji sebanyak £135,000 (RM656,426) setahun.
Media tempatan memperoleh maklumat mengenai yuran kelas bahasa Mandarin yang disertai Hunt melalui Akta Kebebasan Maklumat Britain.
Pada tahun lalau, Hunt turut membayar bonus hampir £2 juta (RM9.7 juta) kepada dirinya sendiri hasil keuntungan syarikat penerbitan miliknya, Hotcourses.
Beliau mengahwini isterinya, Lucia di bandar kelahiran wanita itu, Xian, di China dua tahun lalu.
– Agensi

No comments:

Post a Comment