Bayi pelajar sekolah agama masih di ICU
Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad berkata, bayi lelaki dilahirkan cukup bulan seberat tiga kilogram dalam keadaan stabil.
“Bayi berkenaan stabil namun masih memerlukan pemerhatian lanjut daripada pihak hospital.
“Bayi itu kemungkinan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secepat mungkin untuk tindakan seterusnya,” katanya, semalam.
Ditanya mengenai keadaan ibu kepada bayi terbabit, Zaid berkata, pelajar berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak minggu lalu selepas pemeriksaan mendapati dia tidak menghadapi masalah kesihatan.
Mengenai tindakan selanjutnya ke atas ibu muda terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah agama, Zaid menegaskan ia terpulang kepada pihak jabatan agama untuk melakukan siasatan.
Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Tumpat bertindak membuka kertas siasatan kes seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Tumpat yang melahirkan seorang bayi di tandas asrama itu.
Pegawai Agama Tumpat, Mohd Naim Ghazali, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar berusia 18 tahun itu.
Gadis hilang tanpa berita
Ibu gadis itu, Rodiah Abdul Rahman, 40, berkata, anaknya, Syuhada, 20, kali terakhir menghubungi keluarga kira-kira jam 12 tengah hari, 16 Ogos lalu sambil menyatakan dia dalam perjalanan dari Mersing untuk pulang ke rumah di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi di sini.
Bagaimanapun, mereka sekeluarga mulai bimbang apabila anak sulung daripada empat beradik itu yang sepatutnya tiba ke rumah antara jam 2 hingga 3 petang hari sama masih tidak pulang hingga malam, malah gagal dihubungi apabila panggilan dijawab sistem simpanan suara.
Rodiah berkata, Syuhada yang kini mengikuti pengajian tahun akhir Diploma Syariah di Kolej Cybernetics, dekat Taman Maluri, Kuala Lumpur, baru selesai mengambil peperiksaan akhir pada 13 Ogos lalu sebelum cuti semester.
Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari sama, anaknya itu menghubunginya memaklumkan mahu memandu ke Kelantan bersama teman lelakinya untuk menghantar ibu teman lelakinya pulang ke kampung dari Kuala Lumpur.
Katanya, dua hari kemudian kira-kira jam 9 pagi, Syuhada memaklumkan akan pulang ke rumah di Felda Bukit Aping Timur dari Kelantan, sebelum menghubunginya sekali lagi kira-kira jam 12 tengah malam memaklumkan perlu berehat dulu di Kuantan, Pahang.
“Esoknya (16 Ogos) dia (Syuhada) sekali lagi menghubungi saya pada jam 12 tengah hari memaklumkan sudah tiba Mersing dan akan pulang ke rumah tidak lama lagi namun sehingga kini, anak saya itu hilang tanpa khabar berita menyebabkan kami sekeluarga terlalu risau,” katanya.
Rodiah dan keluarga merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya menghubungi nombor telefon bimbit keluarga di talian 013-7721327.
Teringin cium tangan ibu di pagi raya
“Saya teringin mencium tangan ibu memohon ampun pada pagi 1 Syawal sejak dua tahun lalu kerana sayangkan mereka (keluarga) walau apa pun dilakukan mereka sebelum ini.” Begitu luahan hati Azri Abdullah, 43, yang menderita apabila badannya disimbah asid dan dibuang ahli keluarga selepas berlaku perselisihan faham pada 2009 sebelum menetap bersama tiga sahabat baiknya di Taman Lagenda, Padang Serai, di sini.
Menurutnya, selepas keadaan dirinya pulih akibat kesan melecur disimbah asid, dia pernah pulang ke rumah keluarganya di Kampung Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, namun hatinya terluka apabila dihalau ibu sendiri.
Katanya, dia pulang dengan niat baik, namun terkejut dengan sikap ibunya dan tidak menyangka dihalau sedangkan keadaan kesihatannya masih belum pulih akibat kesan melecur.
“Saya tidak faham mengapa mereka membenci saya begitu sekali hingga bertindak kejam membuang saya,” katanya.
Menurutnya, dia tinggal di rumah milik rakannya, Mohd Shahrel Mohd Ali, 29, bersama dua rakan lain, Mat Dori Osman, 34, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 42, dengan menjalani kehidupan secara sederhana.
Wanita ditahan kes suami disimbah asid
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, tindakan menahan wanita berkenaan dilakukan malam kelmarin dan siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Wanita terbabit yang juga isteri mangsa ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes membabitkan suaminya. Dia hadir di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa, malam kelmarin selepas diminta berbuat demikian.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai akibat perselisihan faham, selain tidak menolak tekanan perasaan menjadi sebab kejadian itu berlaku,” katanya.
Sementara itu, biras mangsa, Abdul Ghani Yaacob, 49, berkata, keadaan Mahyudin Abdullah, 47, semakin stabil selepas menerima rawatan sejak dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) pagi kelmarin.
Katanya, mangsa yang diletakkan di Unit Kebakaran, Wad Teratai HRPZ II di sini, dijaga anak perempuannya berusia 15 tahun.
“Selepas dirawat di wad kecemasan HRPZ II pagi semalam (kelmarin), mangsa ditempatkan di Unit Kebakaran, Wad Teratai, kira-kira jam 3 petang dan keadaannya ketika itu agak stabil,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan, seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi kelmarin.
Pedih hilang 3 buah hati
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang awal Mei itu, Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azera, 4, dan Nursyaza Sakinah, 2, yang sedang mandi bersama bapa mereka, Said Ahmad Ibrahim, 28, lemas selepas dihanyutkan arus deras di hutan lipur berkenaan.
Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang daripada mereka, Nursyaza Sakinah masih belum ditemui hingga kini walaupun pelbagai usaha dilakukan.
Wan Azleela Wan Abdullah, 33, ketika ditemui Harian Metro berkata, kemeriahan Aidilfitri kini tidak lagi dirasai dan bermakna kepadanya menyebabkan dia langsung tidak membuat sebarang persiapan.
“Selain gambar kenangan, saya kini hanya mampu menatap dan memeluk erat beberapa baju raya mereka (anak) warna hijau yang sempat dibeli di pasar raya sebulan sebelum tragedi lemas itu.
Bersih jalan ‘main-main’
Oleh Jauhariatul Akmal Johar
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Perbuatan itu turut mengakibatkan pengguna jalan tidak puas hati kerana terlalu kecewa dengan aktiviti pembersihan jalan terutama membabitkan kira-kira 500 meter antara simpang Batu Karang dekat Kampung Gual Mesa, dekat sini.
Keadaan itu berlaku apabila pekerja yang dilantik kontraktor bagi kerja pembersihan jalan melakukan kerja sambil lewa dan ‘main-main’ sehingga menyebabkan pengguna jalan raya berdepan masalah jalan kotor, sekali gus mengotorkan kenderaan mereka setiap kali melalui jalan berkenaan.
Tinjauan mendapati terdapat aktiviti pembersihan jalan dilakukan dengan memancutkan air ke jalan raya bagi membersihkan kawasan itu daripada tanah merah yang terjatuh.
Pengguna, Che Harun Zakaria, 46, kesal dengan sikap sambil lewa pembersih jalan terbabit kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan perbuatan itu mengundang masalah kepada pemilik kenderaan.
“Saya tidak nafikan apabila ada projek pembangunan berdekatan jalan, sudah pasti kejadian seperti ini berlaku, tetapi ada caranya untuk mereka membersihkan laluan kotor sebaik mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Sudah tentu kerja pembersihan jalan mengambil masa lama, tetapi jika dibuat dengan betul pasti hasilnya memuaskan,” katanya kesal ketika ditemui dalam tinjauan di lokasi terbabit, baru-baru ini.
Menurutnya, biarpun tertera pada lori pembersihan perkataan ‘Awas! Pembersihan Sedang Dijalankan’, tetapi apa yang dilihat tindakan pekerja menyimbah air dari atas lori sehingga menyebabkan lumpur bertempek pada kenderaan pengguna akibat percikan air dari kedudukan lebih tinggi.
“Pekerja itu sepatutnya melakukan pembersihan dari bawah, tetapi hanya kadang-kadang dilakukan. Saya yakin jika ia melakukan dengan berhati-hati, baru mudah untuk mengawal getah paip dan percikan air apabila kenderaan lain melintasi jalan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia yang melalui kawasan terbabit untuk ke tempat kerjanya setiap hari kurang selesa dengan kehadiran lumpur merah yang bukan saja mencacatkan pemandangan, tetapi mengakibatkan kenderaan pengguna menjadi kotor.
“Kesannya sudah pasti kenderaan akan berubah merah dan memalukan apabila menyusur di jalan raya seolah-olah pemiliknya pengotor kerana tidak membasuh kenderaan, tetapi pada sudut lain pemiliknya rasa tidak berbaloi sekiranya membasuh kenderaan setiap hari.
“Upah basuh kereta RM10, tetapi apabila melalui jalan ini sudah pasti kami terpaksa meleburkan wang mencuci kereta begitu saja,” katanya.
Tidak serik kena tahan
Oleh Mohd Amin Jalil
Menyedari hakikat itu, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) memperhebatkan operasinya membanteras kegiatan itu untuk memastikan kegiatan haram berkenaan dapat disekat.
Dalam operasi terbaru agensi itu, sebuah premis judi Internet di Taman Semarak, diserbu dan 20 set peralatan komputer digunakan sebagai mesin judi dirampas, baru-baru ini.
Pengarah Undang-Undang dan Penguat Kuasa MPN, Syamsul Amri Ismail, berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pengusaha pusat berkenaan pernah ditahan sebelum ini dan dikenakan denda kerana kesalahan sama.
“Pengusaha terbabit didapati tidak serik kerana masih meneruskan kegiatan itu walaupun pernah dikenakan hukuman denda, oleh itu kita bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih berat pengusaha yang didapati bersalah,” katanya di lokasi operasi.
Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 di mana jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman sehingga RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.
Katanya, enakmen itu juga membabitkan pemilik premis yang bersubahat kerana membenarkan perniagaan seperti itu berlangsung di premis miliknya.
“Pemilik premis perlu lebih berhati-hati sebelum beri sewa kepada pengusaha kerana aktiviti perniagaan ini nyata bertentangan undang-undang negara,” katanya.
Katanya, semua barangan dirampas disita dan tidak akan dilepaskan sehingga kes berkenaan dibicarakan.
“Kami akan terus memperhebatkan lagi operasi bagi memerangi aktiviti haram itu habis-habisan,” katanya.
PERMAISURI: Seorang buruh yang baru melangsungkan perkahwinan sebulan lalu maut manakala seorang remaja berusia 16 tahun cedera parah selepas kedua-dua kereta dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kampung Merang, Penarik, Setiu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 itu, mangsa, Mohd Sapira Mohd Salleh, 30, dari Kampung Padang Pisang, Tepoh, Kuala Terengganu yang tersepit di bahagian pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka, pecah tempurung kepala, patah paha kanan dan leher.
Seorang lagi mangsa yang juga pelajar tingkat empat di sebuah sekolah menengah di Setiu, Mohamad Arif Mohammad, 16, yang berasal dari Kampung Merang, Penarik, Setiu dikejarkan ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut akibat cedera parah di muka dan badan.
Rakan mangsa, Fauzi Mohammad, 48, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika dia sedang berbuka puasa apabila terdengar bunyi kuat di luar rumah.
“Pada mulanya, saya menyangka bunyi letupan itu disebabkan ada yang bermain mercun. Namun, sangkaan saya meleset apabila melihat kemalangan dua kereta.
“Lebih mengejutkan, mangsa ialah kenalan saya sendiri,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, penyumbang terbesar kepada jumlah kematian itu ialah penunggang motosikal yang mencatatkan 71 kematian.
“Hasil kajian polis mendapati kemalangan kerap berlaku sekitar jam 2 petang sehingga 8 malam di mana pada jam 2 hingga 4 petang, mungkin disebabkan faktor cuaca, keletihan dan kecuaian ketika memandu.
“Sehubungan itu, kami menasihatkan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati pada waktu terbabit,” katanya selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor, semalam.
Khalid berkata, statistik menunjukkan jumlah kemalangan sepanjang seminggu Ops Sikap tahun ini meningkat 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan jumlah kemalangan maut juga meningkat 20 peratus.
“Kebanyakan kemalangan berlaku di Jalan Persekutuan. Ini menunjukkan mangsa kemalangan bukan saja pengguna jalan raya ingin pulang ke kampung, tetapi juga penduduk tempatan yang menggunakan laluan itu.
“Malah, kenderaan yang berhenti di laluan kecemasan turut menjadi penyumbang kepada kemalangan. Kami nasihatkan supaya jika tiada alasan yang kuat jangan berhenti di laluan kecemasan kerana ia mengundang bahaya,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang lebuh raya sudah disediakan kawasan rehat dan rawat (R&R) kepada pengguna yang ingin berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
“Anggota trafik sudah diarahkan supaya mengambil tindakan tegas kepada pengguna jalan raya yang berhenti di laluan kecemasan tanpa alasan kukuh,” katanya.
No comments:
Post a Comment