Wednesday, November 24, 2010

BERZINA SELAGI TAK DIROTAN 100X SEBATAN ATAU REJAM SAMPAI MATI...PENCURI POTONG TANGAN...MEREKA TAK KAN SERIK...HUKUM ALLAH UBAT PENYAKIT JENAYAH YANG PALING MENAKJUBKAN HASILNYA...CUMA MANUSIA YANG DICIPTA OLEH ALLAH DEGIL DAN TAK SEDAR DIRI

DUNIA


29 maut dalam lombong arang batu New Zealand


GAMBAR menunjukkan satu jentera gerudi di Lombong Pike River di New Zealand kelmarin.


GREYMOUTH - Semua 29 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong arang batu di New Zealand meninggal dunia selepas letupan kedua menutupi lubang berkenaan.
Polis berkata, peluang menemui mangsa yang masih hidup terkubur sekali gus mengesahkan tragedi itu sebagai kemalangan paling buruk di New Zealand dalam tempoh hampir satu abad.
Seorang pegawai Polis, Gary Knowles, yang mengetuai misi menyelamat berkata, dia berada di lokasi kemalangan di Lombong Pike River apabila letupan kedua berlaku pada pukul 2.37 petang waktu tempatan, lima hari selepas letupan pertama berlaku pada Jumaat lepas.
"Berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pakar-pakar, kami percaya tiada yang selamat manakala semua orang terbunuh," katanya.
Menurutnya, letupan kedua dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas bawah tanah sepanjang lima hari itu.

SEORANG anggota keluarga menangis selepas mendengar pengesahan kematian 29 pelombong di Lombong Pike River, New Zealand semalam.


Mangsa-mangsa yang terkorban berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 62 tahun termasuk dua warga Australia, dua rakyat Britain dan seorang warga Afrika Selatan.
Sementara itu, Perdana Menteri John Key menyifatkan insiden itu sebagai tragedi negara dan menyatakan bendera negara akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung. - AFP


DUNIA


Pokok mati akibat WiFi


GAMBAR menunjukkan pokok ash.


ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi



NEGARA


Masak sayur campur arak


Penolong Pegawai Perihal Dagangan KPDNKK Selangor, Saiful Aznan Mohd. Isa menunjukkan botol mengandungi ramuan masakan mengandungi arak yang digunakan oleh sebuah restoran di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.
Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.
Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar



NEGARA


Ramai hidap HIV melalui seks


LEBIH ramai wanita negara ini kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding suntikan dadah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.
Beliau berkata, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan dadah (IDU).
Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.
Malah kata beliau, menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi IDU dan mengadakan hubungan seks rambang akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.
"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan. Keadaan ini agak membimbangkan,'' katanya


NEGARA


Mati disyaki didera




JOHOR BAHRU - Pembuat kek, Rohana Hamzah, 26 (gambar), yang dipercayai dibunuh suaminya di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram Isnin lalu disyaki menjadi mangsa dera suaminya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mengikut keterangan beberapa ahli keluarga mangsa, mereka mendakwa mangsa kerap dipukul oleh suaminya.
"Suami mangsa didakwa panas baran dan sejak pasangan itu berkahwin lima tahun lalu mereka kerap bertengkar," kata beliau.












NEGARA


Ibu ayam muda kena penjara


SITI NORMASLINDA (kiri) dan Roslina dijatuhi
hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen
Melaka semalam.


MELAKA – Akibat melacurkan pelajar sekolah, dua ibu ayam muda menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman selepas Normaslinda dan Roslina membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan untuk sebutan kes kali kedua.











NEGARA


Peragut adik-beradik dicekup


Anggota bomba berusaha menurunkan suspek kes ragut selepas cuba memanjat bumbung dan menyelinap di sebalik tangki air jirannya di Taman Bukit Kepayang, Seremban semalam.


SEREMBAN - Dua beradik suspek kes ragut yang terdesak sanggup memanjat bumbung rumah jiran mereka untuk menyembunyikan diri namun percubaan mereka itu gagal apabila ditahan polis di Taman Bukit Kepayang, di sini pagi semalam.
Kedua suspek yang berada kira-kira lebih sejam di atas bumbung tersebut akhirnya dibawa turun oleh sepasukan bomba sebelum mereka ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua suspek lelaki berusia 20-an itu dipercayai melakukan kegiatan ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam kira-kira pukul 6.15 petang Selasa lepas.
"Dua suspek terlibat kes ragut itu menggunakan alasan mahu memungut hutang ketika melakukan jenayah di rumah terbabit. Mereka kemudiannya dikatakan cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser.
"Mereka juga dipercayai melarikan beg pinggang mangsa yang berisi sejumlah wang," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment