Tuesday, November 23, 2010

BILA NYAWA TIDAK BERHARGA...RAKYAT ASING BOLEH SEKOLAH KERANA DUITNYA ADA...PERKARA SEKECIL NI..SUSAH NAK SELESAI....DI SABAH DAN SARAWAK BANYAK TAK DE SIJIL KELAHIRAN...BERES AJER....

NEGARA


Jelapang padi Kerian terancam


SEORANG petani, Md. Rasid Salim menunjukkan paras air yang sepatutnya disalirkan ke sawah di Parit Buntar dekat Bukit Merah semalam.


BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di kawasan berdekatan.
Abdul Rahman Ahmad, 62, berkata, pihaknya telah membuat aduan beberapa kali kepada pihak berkuasa mengenai masalah tersebut yang bermula sejak sedekad lalu.
Beliau yang merupakan Ketua Kampung Parit Simpang Lima bagaimanapun berkata, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pengusaha kolam ternakan ikan tersebut.
"Kami tak kisah kalau kolam tersebut masih ingin beroperasi sekiranya ia mendatangkan keuntungan kepada kerajaan atau mana-mana pihak, tapi tolonglah fikir masalah kami.
"Mereka dapat berjuta-juta, kami ini hanya petani yang cari makan sesuap nasi. Tapi kalau beginilah caranya, periuk nasi kami boleh lingkup," katanya


TERKINI


Mayat lelaki berulat dibuang di tepi kolam

23/11/2010 4:25pm

KUANTAN — Mayat seorang lelaki, dipercayai mati dibunuh, ditemui dalam keadaan berulat di tepi sebuah kolam di Kampung Sungai Ruan, Raub petang semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt. Mohd Haris Daud berkata mayat tanpa sebarang identiti itu dijumpai lengkap berpakaian oleh penduduk kampung berkenaan kira-kira pukul 5.45 petang.
"Kita percaya mangsa dibunuh berdasarkan daripada beberapa kesan tikaman di bahagian leher dan dada serta cedera di bahagian anggota badan lain.
"Warga tempatan berkenaan dipercayai seorang penagih dadah berikutan penemuan peralatan menghisap dadah di sisi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Haris berkata, hasil bedah siasat mendapati lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an meninggal dunia sejak lima hari lepas akibat tikaman dengan objek tajam.
Belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. — Bernama


TERKINI


Nombor plat ‘MCA’ boleh ditempah mulai esok

23/11/2010 4:04pm

KUALA LUMPUR — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran nombor pendaftaran kenderaan siri “MCA 1” hingga “MCA 9999” bermula 8 pagi esok dan berakhir 12 tengah hari 14 Dis ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata orang awam yang berminat bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka.
Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di mana-mana pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ (www.jpj.gov.my).
Panduan dan syarat-syarat mengenai tawaran tempahan nombor pendaftaran terkandung dalam borang itu, kata Solah.
Beliau berkata tawaran nombor pendaftaran siri “MCA” akan diumumkan selepas dua minggu dari tarikh tutup tawaran. — Bernama

NEGARA


Buruh anak dua koma dibelasah


RAVI koma setelah dibelasah sekumpulan lima lelaki di Ladang Jabor, Kemaman kelmarin.


KUANTAN – Hanya kerana dituduh mencuri peralatan sembahyang di sebuah pondok penyembahan Hindu, seorang buruh koma selepas dibelasah sekumpulan lima lelaki dalam kejadian di Ladang Jabor, Kemaman dekat Terengganu kelmarin.
Lebih malang, A. Ravi, 35, yang mengalami pendarahan dalam otak dan putus urat mata didakwa ditinggalkan dalam keadaan parah di hadapan Pondok Polis Jabor, Kemaman tanpa dibawa ke hospital dalam kejadian pukul 10 malam itu.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dibawa oleh ahli keluarganya.
Ibu mangsa, S. Thilagam, 49, berkata, dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana kecurian itu tidak pernah dilaporkan dan tiada bukti yang boleh mengaitkan anaknya melakukan perbuatan tersebut.
Katanya, dia mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh penduduk Kampung Perasing, Jabor yang mengenalinya dua jam kemudian.
“Dia memberitahu anak saya telah ditinggalkan di hadapan Pondok Polis Jabor dan meminta saya supaya datang membawanya pulang ke rumah kami di Taman Datuk Abd Rashid di sini.
“Saya dan seorang anak lelaki kemudian bergegas ke sana dengan menaiki sebuah kereta. Sebaik tiba di rumah, saya terkejut apabila mendapati dahi kiri anak saya bengkak dan berdarah manakala matanya merah,” ceritanya ketika ditemui di HTAA semalam


NEGARA


Patung bogel dijual secara terbuka di Perlis


PATUNG separuh bogel yang dijual secara bebas kepada pengunjung Pasar Sehari Wang Kelian di Padang Besar kelmarin.


PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.
Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.
Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.
"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya


NEGARA


Gagal sekolah kerana sijil lahir


SITI ROBIAH menunjukkan sijil Tabika Kemasnya di Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah semalam.


BALING - Berikutan sijil kelahirannya tercatat dia bukan warga negara Malaysia, Siti Robiah Muhamad Jamri, 8, tidak diterima memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang di sini pada awal persekolahan 2010 lalu.
Masalah itu menyebabkan pihak sekolah berkenaan enggan menerima kemasukannya walaupun bapanya, Muhamad Jamri Husin, 34, seorang warga negara Malaysia.
Ibunya, Aishah Wadot, 29, dilahirkan di Betong, selatan Thailand tetapi dibesarkan dan menetap di Kampung Dalam Wang sejak berusia tiga tahun hingga kini manakala adik perempuannya yang berusia lima tahun memiliki MyKid dan seorang lagi adik perempuannya berusia dua tahun mempunyai masalah sama seperti Siti Robiah







NEGARA


3,000 tandas awam kita kotor

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu laporan audit menunjukkan bahawa 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.
"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam

No comments:

Post a Comment