Thursday, November 25, 2010

MEREKA MENGKAJI ULAR TERBANG...MEREKA TAK MENGKAJI SAPE BEGITU AGONG MENCIPTA ULAR YANG BOLEH TERBANG...TERMASUK YANG LAIN-LAIN

DUNIA


Bayi ditinggalkan ibu kerana berambut perang


SEORANG wanita mendukung seorang bayi berambut perang di Nanning, China baru-baru ini.


NANNING, China - Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.
Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).
"Saya sedang berjalan ke tempat kerja dan terdengar suara tangisan daripada dalam selimut di tepi jalan. Apabila dibuka, saya lihat seorang bayi sedang menangis," kata wanita tersebut.
Nota yang ditinggalkan itu berbunyi: "Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak-anak yatim. Anakku, aku ibu yang tidak bertanggungjawab. Maafkan aku."
Polis mengesyaki bahawa ibunya membuang anaknya kerana dia berambut perang dan kemungkinan disebabkan oleh jantina bayi itu perempuan atau ibunya tidak mampu untuk membesarkannya.
Keluarga di China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak bagi mengurangkan populasinya yang mencecah 1.3 bilion orang. - Agensi


DUNIA


Pelakon lucah Jepun ke Jakarta senyap-senyap




JAKARTA - Penerbit syarikat Maxima Pictures, Ody Mulya Hidayat merahsiakan kedatangan bintang porno Jepun, Maria Ozawa (gambar) yang popular dengan gelaran Miyabi ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem Hantu Tanah Kusir di Jakarta dan Puncak, Bogor, Jawa Barat selama 16 hari, lapor akhbar Kompas semalam.
"Saya merahsiakan kehadiran Miyabi kerana mahukan penggambaran berjalan dengan aman, bukan kerana takutkan kontroversi," kata Ody ketika ditemui selepas tayangan media filem Hantu Tanah Kusir di sini semalam.
"Kami juga tidak mahu Miyabi diganggu," tambahnya.
Walaupun dirahsiakan, kehadiran Miyabi akhirnya dapat juga dihidu oleh para peminatnya.
"Dia (Miyabi) telah berpindah hotel sebanyak empat kali kerana diganggu oleh peminat-peminatnya yang mengetuk pintu kamarnya pada malam hari kerana mahu meminta autograf dan bergambar. Ini tidak sepatutnya berlaku," jelas Ody.
Beliau tetap optimis bahawa Hantu Tanah Kusir yang menampilkan Miyabi akan mendapat sambutan masyarakat.
"Itu strategi kami. Penonton Indonesia akan datang menonton film ini kerana Miyabi masih popular di Indonesia," katanya. - Agensi



DUNIA

Wajah orang asli yang baru ditemui didedahkan


WAJAH dua orang asli yang baru ditemui.


LIMA - Beberapa buah akhbar di Barat menyiarkan gambar sekumpulan orang asli yang baru ditemui pada tahun lalu oleh pihak berkuasa Peru di hutan hujan Amazon tetapi disembunyikan daripada pengetahuan pihak media selama setahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Orang asli itu bertutur dalam bahasa yang tidak difahami pakar-pakar antropologi dan mereka juga tidak mempunyai nama.
Mereka ditemui pihak berkuasa Peru ketika menjejaki pembalak-pembalak haram di Hutan Simpan Kugapakori Nahua, Amazon.
Pendedahan mengenainya dibuat pada minggu ini, setahun selepas petugas-petugas sebuah institut antropologi di Peru berinteraksi dan melakukan kajian secara rahsia ke atas mereka.
Kaum orang asli itu tinggal di dalam pondok-pondok yang dibina daripada rotan dan daun palma.
Mereka masih menggunakan lembing dan panah untuk memburu dan mengamalkan kehidupan berpindah randah.
Orang asli itu dipercayai berasal dari Asia Utara yang melintasi Selat Bering sekitar 9,000 tahun sebelum masihi. - Agensi


DUNIA


Saintis kaji ular terbang


SEEKOR ular Chrysopelea paradisi terbang dari satu kawasan tinggi dalam satu eksperimen di Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membiayai projek untuk mengkaji bagaimana beberapa spesies ular pokok di Asia Tenggara boleh terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian itu dipercayai mempunyai implikasi besar bagi mencipta teknologi untuk membina pesawat kawalan jauh tentera yang dapat meluncur dengan lebih lancar.
Ahli biologi Universiti Virginia Tech, Jake Socha melakukan kajian dengan meneliti rakaman tiga dimensi (3D) bagaimana spesies ular Chrysopelea paradisi terbang ke udara dari kawasan setinggi 15 meter.
"Ular itu sendiri seperti satu sayap yang panjang. Sayap itu sentiasa meliuk dan berubah bentuk," kata Socha.
Menurutnya, pergerakan aneh itu menghasilkan kesan aerodinamik yang membolehkan ular itu meluncur dari pucuk pokok tinggi pada jarak hampir 245 meter.
Ular Chrysopelea paradisi itu didapati menipiskan badannya semasa di udara dan ia meliukkan badannya dari sisi ke sisi pada kelajuan tinggi. - Agensi


DUNIA


Remaja lelaki dirogol 4 wanita

PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.
"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.
Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment