Friday, November 26, 2010

SICERDIK MENIPU SEBODOH...BILA BERNAFSU PADA WANG KEWARASAN HILANG.....MAMPUKAH KASIHNYA KEPADA IBU BERTAHAN BILA BERPANGKAT DAN BERISTERI CANTIK....SEMUA INI DALM ILMU ALLAH...

NEGARA


Petisyen bekas Sultan ditolak


TUANKU ISMAIL PETRA


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan bahawa Tengku Mahkota Kelantan berkuasa penuh sebagai Sultan apabila sultan negeri itu mengalami ketidakupayaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Kelantan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata, Perlembagaan Negeri Kelantan juga memperuntukkan bahawa Tengku Mahkota boleh melaksanakan tugas Sultan walaupun Sultan tidak mengalami ketidakupayaan.
"Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," kata beliau.



NEGARA


Teruskan bina jambatan bengkok


TUN MAHATHIR (tengah) menerima sumbangan bagi Tabung Gaza Palestin daripada Pengerusi Pertubuhan Belia Islam Kepong, Norizan Ali di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh diteruskan.
Beliau berkata, ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan tentangan daripada negara jiran itu.
"Saya dulu terlibat secara langsung dengan perancangan jambatan-jambatan ini, semasa saya kaji cadangan ini, saya telah kaji segala peruntukan undang-undang terutamanya yang melibatkan Singapura, saya telah cuba meminta Singapura bersetuju supaya kita bangunkan jambatan ini bersama tetapi setelah dua tahun berlalu tiada respons menunjukkan mereka tak berminat.
"Dengan itu saya rancang sama-sama dengan arkitek-arkitek tertentu untuk mengadakan jambatan ini di sebelah Malaysia sahaja tak melibatkan Singapura dan mereka tidak bantah, kita sebenarnya dah luluskan projek ini dalam Kabinet dan kerja-kerja telah dibuat bersama-sama kontrak CIQ," katanya



NEGARA


Kena tipu RM26,000 mentol ajaib


SEORANG pegawai polis melakukan demonstrasi menunjukkan
sebiji mentol bercahaya selepas direndam di dalam air di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.
Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan ‘batu’ tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.
‘Batu’ tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.








NEGARA


Penjenayah keji tiga serangkai


KUMARAN (kiri), Ramesh (tengah) dan Karthik berjalan keluar dari
Mahkamah Sesyen selepas dituduh dengan lima pertuduhan termasuk
merogol dan meliwat mangsa semalam.


SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 31 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes terhadap tiga lelaki atas pertuduhan merompak, menculik, merogol, meliwat dan menyamar sebagai anggota polis di Rawang pada 27 September lalu.
Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob yang tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan dua tertuduh, S. Ramesh, 27, dan P. Kumaran, 27, melantik peguam. Seorang lagi tertuduh, T. Karthik, 23, diwakili peguam bela, S. Karthigesan.
Ketiga-tiga tertuduh masing-masing menghadapi jumlah pertuduhan yang berbeza namun Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Ab. Rahim memohon untuk menggabungkan perbicaraan kes tersebut dengan alasan akan mengemukakan saksi yang sama memandangkan kejadian jenayah itu dilakukan oleh mereka pada masa, lokasi dan juga mangsa yang sama


NEGARA


Teringat kenangan pisang goreng


AMIR mencium ibunya, Kamisah selepas Istiadat Konvokesyen UiTM di Dewan Sri Budiman, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Bagi membalas jasa ibu yang terpaksa menyara keluarga dengan berniaga pisang goreng sejak kematian bapanya, 14 tahun lalu, Amir Abdul Azim Jamaluddin berazam belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.
Berkat kesungguhan menimba ilmu, Amir Abdul Azim, 24, semalam menerima Anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.66 pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 di Dewan Sri Budiman di sini semalam.
Kata Amir Abdul Azim, dengan kecemerlangannya itu, beliau berazam untuk terus mencipta kejayaan dalam pengajian dan kerjaya seterusnya bagi membalas jasa ibunya, Kamisah Sooki, 44.
"Ibu sebagai ibu tunggal banyak berkorban untuk menyara kami empat beradik dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berniaga pisang goreng sejak bapa meninggal akibat kanser.
"Jadi, dengan kejayaan ini, saya akan bekerja dan memastikan hidup ibu saya tidak lagi susah," katanya yang berasal dari Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment