Tuesday, November 23, 2010

INI PANDANGAN SAJA...TAK DE KENA MENGENA RENCANA DIBAWAH.....BAHAYA JIKA ADA HUBUNGAN DENGAN JIN...ATAU ILMU SESAT JUGA SAKA....PERKARA NI MEROSAKAN KEDUA2 IAITU JIN DAN MANUSIA....UNTUK MENGHINDAR KUAT IBADAT SERTA TAKWA DENGAN SESUNGGUHNYA....

RENCANA UTAMA


Rasidi berkorban untuk keluarga




“RASIDI seorang anak yang baik dan ceria. Suka menolong ibu bapa dan keluarga serta tidak pernah bermusuhan atau menyakiti sesiapa.”
Itulah pandangan yang acap kali keluar dari mulut Zaharah Atan, apabila diajukan soalan mengenai peribadi anaknya, Rasidi Ismail yang pernah menggemparkan negara apabila membunuh bapa, adik, datuk dan neneknya pada 5 Januari lalu.
Bagi Zaharah, 59, tragedi itu masih segar dalam ingatannya kerana pada tarikh tersebut dia kehilangan empat insan tersayang serentak.
Pada kejadian tersebut, Rasidi seperti hilang akal apabila membunuh bapanya, Ismail Awang; 76, datuk; Atan Daud, 87, nenek; Sufiah Katas, 80, dan adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah mereka di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Lebih mengerikan, mayat Atan dan Sufiah ditemui dalam keadaan putus tangan kanan dan tangan kiri manakala mayat Ismail pula putus kepala.
Mayat Siti Khadijah pula ditemui dengan sebilah pisau terpacak di dadanya.

BERSYUKUR. Zaharah memeluk anaknya, Rasidi selepas Mahkamah Tinggi, Seremban 2, melepas dan membebaskan Rasidi yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya kerana dia disahkan kurang siuman.


Rasidi ditahan keesokan harinya di Stesen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kepala bapanya ditemui tertanam di sebuah tapak perkuburan Islam di Shah Alam, Selangor.
Sukar percaya
Lebih mengejutkan ketika perbicaraan, Rasidi mengaku salah membunuh empat ahli keluarganya itu dan mendakwa dia mendapat arahan daripada tulisan di dinding.
Bagaimanapun, pada 7 September lalu, mahkamah kemudiannya membebas dan melepaskan Rasidi daripada tuduhan membunuh ahli keluarga atas alasan dia tidak siuman.
Dengan keputusan itu, Rasidi terlepas hukuman gantung dan diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati Rasidi disahkan menghidap penyakit skizofrenia paranoid dengan gangguan halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar psikiatri Hospital Permai, Johor.
“Sampai sekarang saya masih sukar mempercayai bahawa Rasidi mengalami masalah mental kerana sejak kecil dia kelihatan normal seperti anak-anak yang lain.
“Cuma beberapa bulan sebelum kejadian itu, saya lihat Rasidi sering tersenyum sendirian dan pernah menangis tanpa sebab,” ceritanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Rokan, Gemencheh baru-baru ini.
Ujar Zaharah lagi, anak lelakinya itu juga seolah-olah dalam keadaan susah hati dan kadangkala dia melihat Rasidi termenung.

LUBANG tempat kepala mangsa bunuh di Gemenceh, Negeri Sembilan ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.


“Saya pernah melihat Rasidi menangis selepas dia tersalah jalan ketika dalam perjalanan melawat anak saya di Port Dickson.
“Ketika itu kami menaiki kereta yang dipandu oleh Rasidi. Selepas tersesat, dia terus marahkan dirinya sendiri kerana tersalah jalan dan terus menangis,” jelasnya semua itu bermula apabila Rasidi putus tunang dan dia semakin tertekan selepas dibuang kerja.
Kata Zaharah, mungkin akibat tekanan itu menyebabkan Rasidi tertekan dan fikirannya terganggunya.
Bercerita mengenai sikap Rasidi, Zaharah memberitahu, anaknya itu seorang yang rapat dengan adik-adiknya dan rajin membantunya ketika di rumah.
Ketika sambutan Aidilfitri, Rasidi sendiri akan menganyam daun ketupat dan memasak sehingga selesai.
“Dalam keluarga saya hanya Rasidi yang pandai menganyam daun ketupat dan dia belajar menganyam daripada datuknya, Atan,” kata Zaharah. Rasidi juga rapat dengan ahli keluarganya dan akan menghabiskan masa bermesra dengan adik-beradiknya yang lain ketika pulang ke kampung.
Pelajar yang bijak
Cerita Zaharah, Rasidi memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Rokan sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Seremban.
Pada zaman persekolahannya, Rasidi merupakan seorang pelajar yang pintar. Dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pangkat 1 dengan 16 agregat.
“Sejak zaman persekolahan Rasidi sering mendapat nombor satu dan dia juga diberi kepercayaan dengan dilantik menjadi pengawas.

ANTARA gambar yang dilukis oleh Rasidi.


“Rasidi juga aktif dalam aktiviti kokurikulum dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar dan aktif kelab silat,” ujarnya.
Selepas tamat SPM, Rasidi bekerja sementara di Seremban sebelum dia menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.
“Rasidi memang sangat gembira selepas menerima tawaran ke UTM tetapi sayang dia hanya sempat belajar selama setahun sahaja kerana saya tidak mampu menampung pelajarannya.
“Ketika itu tiada pinjaman seperti sekarang dan kadangkala saya hanya dapat mengirimkan wang sebanyak RM50 sebulan perbelanjaan kerana saya perlu menampung pelajaran adik-adiknya yang masih bersekolah,'” jelasnya.
Menurut Zaharah, atas desakan tersebut, Rasidi sanggup berkorban dengan berhenti belajar dan bekerja di sebuah bank di Subang Jaya bagi membantu keluarga.
“Sekarang semuanya sudah berakhir. Walaupun kehilangan orang tersayang saya tetap tabah demi anak-anak.
“Saya dan keluarga kini akan terus memberi sokongan moral kepada Rasidi kerana yakin dia tidak bersalah dan berharap dia akan pulih serta mendapat pengampunan satu hari nanti,” katanya

No comments:

Post a Comment