Thursday, November 25, 2010

SALAH SATU PATUT DISEGERAKAN IALAH MENGAHWINKAN ANAK PEREMPUAN....TAPI LAH NI UMUR SUKU ABAD BARU ABIS BELAJAR....IA ADA JUGA MENYUMBANG PENYAKIT MASYARAKAT....

3 minggu dalam tandas



PARIS: Seorang pesara warga Perancis berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam bilik mandinya sejak tiga minggu lalu.
Nenek berusia 69 tahun itu terperangkap selepas pintu bilik mandi itu terkunci pada 1 November lalu.

Dia terpaksa bergantung kepada air paip untuk hidup sebelum jirannya mengetahui kejadian yang menimpanya.

Wanita itu yang namanya tidak disiarkan, diselamatkan oleh anggota bomba

Saudi galak warga kahwin



DAMMAM: Agensi kerajaan dan golongan pakar membentuk pelan bersepadu untuk menggalakkan perkahwinan, mengurangkan jumlah wanita yang tidak berkahwin dan mengurangkan kadar perceraian.
Satu jawatankuasa terdiri daripada wakil Kementerian Keadilan, Hal-Ehwal Sosial, Dalam Negeri, juga disertai satu kumpulan pakar psikologi, sosiologi dan pendidik sedang menggariskan panduan santifik serta kod etika bagi mereka yang membantu golongan muda supaya berkahwin.

Menurut statistik, terdapat kira-kira 1.5 juta wanita yang belum berkahwin di Arab Saudi.
Setiausaha Agung merangkap Pengarah Eksekutif Persatuan Weam (Perikatan), Dr Muhammad Al-Abdul Gadier berkata, matlamat utama projek itu ialah untuk meningkatkan taraf pengantara perkahwinan lelaki dan wanita Saudi serta mengiktiraf hak mereka untuk menggalakkan perkahwinan dan mengurangkan kadar perceraian.

Projek juga memberi peluang pengantara perkahwinan menyertai latihan intensif, mengikuti kursus khas dalam bidang perkahwinan hingga memperoleh diploma dalam bidang pengkhususan yang diambil. Pengiktirafan yang akan dianugerahkan kepada pengantara ini selaras dengan rukun dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah, tambah Dr Muhammad Al-Abdul. Dalam perkembangan berkaitan, forum pertama pengantara perkahwinan yang berlangsung di Wilayah Timur mengguna pakai sebilangan saranan termasuklah pembentukan institusi kerajaan untuk pengurusan perkahwinan dan perdamaian pasangan yang menghadapi konflik melalui pemantauan Kementerian Hal-Ehwal Sosial dengan kerjasama Kementerian Keadilan dan Kehakiman. Forum itu turut menyarankan keluarga mencari isteri yang baik untuk anak lelaki mereka tanpa mendapatkan bantuan pengantara perkahwinan. Forum juga menekankan kepentingan mengambil berat golongan yang memerlukan bagi membantu mereka berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. - Agensi


Al-Quran import kandungi kesilapan dilarang edar



JEDDAH: Kementerian Hal-Ehwal Islam memberi amaran mengenai kehadiran naskhah al-Quran dari luar negara yang mengandungi kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan di Arab Saudi, lapor akhbar bahasa Arab Al-Hayat, semalam.
Kementerian dilaporkan mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak kastam mengatakan Kompleks Raja Fahd yang mencetak al-Quran sudah meneliti bahawa naskhah al-Quran yang dicetak di luar negara dan diedarkan syarikat penerbitan Saudi mengandungi kesilapan kerana sesetengah surah dicetak berulang kali dan ada juga yang tiada.

Pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pusat imigresen di sempadan diarahkan untuk menghalang naskhah kitab suci itu dibawa masuk ke Arab Saudi.
Pegawai cawangan kementerian terbabit di Al-Baha, Nasser Al-Badran memberitahu Al-Hayat pengharaman itu dibuat ekoran penemuan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan dalam naskhah al-Quran dari luar negara. “Sesetengah individu sengaja meletakkannya di dalam masjid walaupun tahu ia mempunyai kesilapan,” kata Nasser.

“Terdapat kesilapan dalam percetakan yang membawa maksud berbeza dan kesalahan ejaan hingga makna satu-satu surah itu salah,” tambah Nasser. - Agensi


Pemerintah Jawa Timur sedia dua pusat perlindungan



PROBOLINGGO (Indonesia): Pemerintah wilayah Jawa Timur dan ketua daerah Probolinggo sudah menyediakan dua pusat perlindungan di mukim Sukapura di daerah Probolinggo, semalam.
Walaupun demikian penduduk di sekitar Gunung Bromo dinasihat agar tetap tenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan gunung itu akan meletup.

Ketua daerah dilaporkan akan terus berhubungan dengan Pusat Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk memantau keadaan Gunung Bromo. Penduduk di sekitar gunung berkenaan dikerah supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tersebar. Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini pusat perlindungan juga sudah disediakan, kata Gabenor Jawa Timur, Jatim Soekarwo. Menurut sumber PVMBG, berdasarkan pemantauan yang dilakukan, penduduk dilarang berada berhampiran Gunung Bromo pada jarak tiga kilometer jika status amaran sudah dikeluarkan. Sebelum itu, sekiranya status waspada dikeluarkan, penduduk hanya dilarang berada pada jarak satu kilometer dari Gunung Bromo. - Agensi

No comments:

Post a Comment