Sunday, November 14, 2010

BILA AGAMA ISLAM TAK DIBELAJAR DENGAN LENGKAP...UNDANG QURAN DIABAIKAN...MAKSIAT BEGITU MELIMPAH LUAH....

Poster lelaki wali perempuan

Oleh Shamsul Munir Safini

BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.
Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.
Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin


Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.

“Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.

“Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi,” katanya.

Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.

Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.

“Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.

“Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu,” katanya.

Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali


Bayi dalam kotak minuman

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

SIHAT...bayi lelaki ditemui dalam kotak.
SIHAT...bayi lelaki ditemui dalam kotak.
GEORGETOWN: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam kotak minuman di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Pinang, malam kelmarin.
Perbuatan keji itu diketahui selepas orang awam menemui bayi berkenaan yang masih bertali pusat dan diletakkan dalam kotak air minuman bersaiz 37 sentimeter x 25 sentimeter.

Individu yang menemui mayat bayi berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu dan polis menemui bayi berkenaan yang cukup sifat itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, bayi seberat 2.7 kilogram (kg) ditemui jam 10.15 malam di tepi penjuru Pangsapuri Sri Pelangi, Jalan Sungai dan dipercayai baru dilahirkan.


Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berkenaan berkulit cerah dan berambut lurus dan tali pusat yang dipotong dilakukan secara kasar kerana masih terdapat kesan darah kering.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk dari rumah ke rumah di pangsapuri berkenaan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pulau Tikus, di sini, semalam.

Gan berkata, bayi berkenaan ditempatkan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Seksual, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 begin_of_the_skype_highlighting              04-2181822      end_of_the_skype_highlighting atau 016-4217214 begin_of_the_skype_highlighting              016-4217214      end_of_the_skype_highlighting.


Muka ustazah melecur

Oleh Kasdi Ali

MELECUR...Ainul Mardhiah menunjukkan mukanya yang disambar api.
MELECUR...Ainul Mardhiah menunjukkan mukanya yang disambar api.
IPOH: “Saya menjenguk bawah dulang tempat api dinyalakan kerana hairan apinya biru dan terlalu kecil serta berbuih sebelum berlaku letupan.
“Dalam keadaan kelam-kabut, saya melarikan diri ke tempat selamat bersama dua rakan lain berhampiran tempat dulang makanan itu tanpa menyedari sebahagian muka dan kepala saya melecur,” kata Ainul Mardhiah Elias, 39, ketika ditemui di Hospital Pantai Ipoh di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam Jumaat lalu berlaku ketika majlis makan malam meraikan 186 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussof, Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, sempena cuti persekolahan akhir tahun.

Kejadian itu menyebabkan Ainul Mardhiah yang juga guru Pendidikan Islam sekolah berkenaan melecur di dahi, sekitar muka termasuk di kedua-dua mata serta terbakar rambut di ubun-ubun akibat disambar api letupan berkenaan


Mangsa yang juga adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kurau, Datuk Mohd Najmuddin Elias al-Hafiz berkata, berkata gas pepejal berbentuk gel dalam botol itu dibelinya bersama 10 set dulang makanan untuk digunakan bagi majlis berkenaan di sebuah kedai peralatan dapur di Batu Gajah sebelum kejadian.

Menurutnya, pemilik premis terbabit mengesyorkan penggunaan gas pepejal berbentuk gel itu kerana mudah digunakan dan tahan lama bagi tujuan memanaskan makanan dalam dulang.

“Ia kali pertama saya menggunakannya. Sebelum ini hanya memakai lilin. Sebaik meletakkan gel itu dalam bekas di bawah dulang makanan, saya menghidupkannya dengan pemetik api.

“Saya hairan api dinyalakan terlalu kecil dan berwarna biru serta gelnya berbuih-buih.

“Ketika itu berlaku letupan kuat seperti bunyi meriam buluh. Ketika melarikan diri saya sedar tudung terbakar dan panas di muka.

“Seorang rakan menjerit mengatakan terdapat api pada muka saya dan saya terus memadamkan dengan tangan dan kain basah sebelum meletakkan ketulan ais di bahagian terbakar,” kata ibu kepada lima anak itu.

Ainul Mardhiah berkata, dia bergegas ke klinik berhampiran sebelum doktor menasihatkannya ke Unit Kecemasan Hospital Batu Gajah pada hari sama kerana tahap melecur serius sebelum menerima rawatan susulan di hospital swasta, kelmarin.

Menurutnya, dia bersyukur 186 pelajar serta guru termasuk pengetua di dewan berkenaan tidak cedera kerana ketika letupan berlaku dulang makanan terbabit berada di belakang dewan.

“Saya akan berbincang dengan ahli keluarga dan pengurusan sekolah sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat mengeluarkan bahan pembakar gas pepejal berbentuk gel itu,” katanya







1 comment: