Tuesday, November 16, 2010

BILA KES BUNUH DAN BUANG BAYI SAMA NAIK...LAKSANA SAJA HUKUM ALLAH TU..INSYAALLAH ALLAH SWT TURUNKAN@KURNIAKAN RAHMAT...

Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog


SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya.


Ibu tiri kejam, sepak budak 4 tahun hingga patah tangan kanan

LANGKAP –"Ibu jahat, selalu pukul adik, kalau ibu baik kenapa ibu sanggup sepak tangan adik sampai patah tapi adik sayang ayah sebab ayah tak pernah pukul adik,” kata kanak-kanak dipercayai mangsa penderaan ibu tiri, Nik Khalisa Mohd Zaid, 4.

Nik Khalisa yang ditemani bapanya, Mohd Zaid Mat Hussin, 31, berkata demikian sewaktu ditemui Sinar Harian di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Sebelum itu, Mohd Zaid yang bekerja sebagai penjaga kebun getah di Lubuk Bakong, Chalok dan menetap di Bukit Kecil, di sini, mendakwa menemui anak perempuannya dalam keadaan lesu sebaik dia pulang dari kerja kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, selepas membuat pemeriksaan, dia mendapati anaknya cedera di muka dan lebam di badan lalu membawanya berjumpa seorang bomoh di kampung itu bagi memastikan kecederaan dialami tidak serius.

Bomoh terbabit mengesahkan anaknya patah tangan kanan dan Mohd Zaid mengambil keputusan membawa anaknya ke Hospital Setiu sebelum dipindahkan ke wad kanak-kanak di HSNZ.

“Saya percaya dia (Nik Khalisa) disepak ibu tirinya dan perkara ini bukan baru kerana anak saya sering mengadu diperlakukan sedemikian rupa ketika saya tiada di rumah sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, saya tidak memandang serong tindakan isteri sebab kanak-kanak di peringkat umur itu biasanya sukar dikawal tetapi perbuatan isteri saya kali ini sudah melampau,” katanya.

Nik Khalisa merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Mohd Zaid dengan Tuan Kamsah Ismail, 48, sebelum pasangan ini bercerai tiga tahun lalu.

Mohd Zaid berkata, tiga anak iaitu hasil perkahwinan terdahulu di bawah jagaannya sebelum dia berkahwin semula pada Julai 2008 dengan Noridah Udin, 29, dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Zaidan, 1, dan menetap di Bukit Kecil, di sini.

Menurutnya, dia amat kesal dengan kejadian itu kerana layanannya terhadap isteri dan anak-anak selama ini sama sahaja, malah sentiasa mengutamakan keperluan keluarga selain tidak pernah bersikap kasar dengan anak-anak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi :Sinar Harian: mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu


Polis sedang mengesan wanita Indonesia bantu siasat kes bunuh


SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki dipercayai temannya, warga tempatan di Kampung Padang Jawa di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata, wanita itu Zulfa Ismail atau dikenali sebagai Puteri berusia 20 tahun bekerja sebagai tukang cuci di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini dan masuk ke negara ini secara sah.

Beliau berkata, wanita itu yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak merupakan saksi penting bagi membantu mengesan suspek yang membunuh Rashidi Mohd Saman, 27, seorang kerani di IPT yang sama.

"Kita percaya mereka merupakan pasangan kekasih dan kejadian ini bermotifkan dendam kerana suspek yang dipercayai ada kaitan dengan wanita itu memang telah merancang untuk membunuh mangsa pada malam kejadian," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Azam berkata, dalam kejadian Ahad lepas, mangsa dalam perjalanan pulang dari menghantar wanita terbabit di kawasan perumahan setinggan di Kampung Padang Jawa dengan menaiki motosikal


Korban Gunung Merapi meningkat

YOGYAKARTA - Angka kematian akibat letusan terbaru Gunung Merapi meningkat kepada sekurang-kurangnya 259 orang seperti yang dinyatakan oleh pegawai kerajaan Indonesia, semalam.

Badan Pengurusan Bencana Nasional menyatakan, jumlah kematian itu dijangka terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan tentera berjaya menemui lebih ramai mangsa yang tertimbus semasa letusan Gunung Merapi tersebut.

Seramai 511 orang turut mengalami kesan melecur akibat kejadian itu dan kini sedang dirawat di hospital di sekitar Yogyakarta.

Ketua Badan Pengurangan Bencana Nasional (BPNB), Sukhyar menyatakan aktiviti Gunung Merapi itu menunjukkan penurunan dan tenaga yang dikeluarkan juga semakin berkurangan berbanding letusan terakhir dan paling besar yang direkodkan pada 3 November lalu.

Kerajaan Indonesia turut mengurangkan jarak zon bahaya kepada 10 hingga 15 kilometer pada masa ini berbanding 20 kilometer iaitu semasa letusan pertama berlaku pada 26 Oktober lalu


Mayat mangsa pembunuhan kejam ditemui rentung


KULIM - Mayat seorang yang belum dikenal pasti jantinanya dijumpai rentung keseluruhan anggota badannya dipercayai akibat dibakar di kawasan semak berhampiran Kulim Golf Resort, di sini, kira-kira jam lapan malam semalam.

Dua pekerja berusia 40 dan 20-an yang sedang menjalankan kerja baik pulih paip di sekitar kawasan itu berkata, mereka terhidu bau benda terbakar ketika menghampiri tempat itu.

Mereka terkejut dengan kehadiran polis dan memaklumkan kepada mereka bahawa terdapat kes pembunuhan berlaku di tempat mereka membuat kerja.

“Kami menjalankan kerja baik pulih di kawasan ini sejak dua hari lalu. Kami memang ada terhidu bau benda terbakar dan tidak menyangka ia adalah mayat manusia. Kami terkejut apabila ternampak ramai anggota polis di jalan utama. Kami kemudiannya dimaklumkan berlaku satu pembunuhan di sekitar kawasan kami membuat kerja,” kata seorang daripada pekerja itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song ketika ditemui di tempat kejadian berkata, sehingga kini, polis masih belum mengenal pasti identiti serta jantina mangsa kerana mayatnya rentung.

Selain itu katanya, tidak ada sebarang tanda pengenalan diri dijumpai tempat mangsa dibakar.

Menurutnya, polis akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pembunuhan itu supaya menyalurkan maklumat itu kepada Asisten Superintendan V Saravanan atau balai polis berhampiran.

“Polis mendapat maklumat daripada orang awam tentang penemuan mayat rentung kira-kira jam lapan malam. Anggota polis diarahkan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengesahkan ia mayat manusia.

"Daripada maklumat diterima, mayat tanpa beridentiti itu dijumpai dalam kawasan belukar kira-kira 300 hingga 400 meter dari jalan utama. Sehingga kini polis belum mengesahkan jantina mangsa. Ma�yat ditemui di mana hampir seluruh badannya hangus," katanya.

Su Song berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Selain itu, saya minta kerjasama mana-mana ahli keluarga yang mendapati waris mereka hilang membuat laporan polis,” katanya.

Pada mayat mangsa yang dipercayai dibakar atas tayar itu, hanya bahagian jari kaki, tulang di bahagian kaki mangsa dan sedikit bahagian tulang dada saja yang tidak sempat terbakar.

Mayat itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk bedah siasat


Mayat isteri dalam almari: suami dakwa almari roboh

SHAH ALAM – Pembantu rumah kepada wanita yang mati dipercayai dibunuh dan mayatnya disumbat dalam almari mengatakan, suami mangsa tidak membenarkan dia masuk ke bilik kerana almari pakaian sudah roboh.

Rakan mangsa, Safiyaton Omar, 39, berkata, pembantu rumah dikenali dengan nama ‘Yayok’ itu turut memberitahunya, majikannya juga tidak membenarkan dia menyapu sampah, mop lantai selain melihat barang dalam almari itu sudah dikeluarkan dan dimeterai dengan pita pelekat.

Safiyaton memberi keterangan demikian dalam perbicaraan kes seorang bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina Ahmad di rumahnya, Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 30 Disember tahun lalu.

Mohafri, 38, didakwa membunuh Fazlina, 39, antara jam 5 dan 10.30 pagi. Mayat eksekutif wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Safiyaton memberi keterangan pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

Menurut saksi itu, pembantu rumah mangsa turut memberitahunya, bahawa Mohafri berpesan kepadanya supaya tidak masuk campur hal dia dan isteri.

Safiyaton berkata, berdasarkan apa yang diberitahu pembantu rumah itu, dia mengesyaki sesuatu seolah-olah terdapat rahsia yang mahu disembunyikan di rumah mangsa lalu dia membuat laporan polis.

Semasa disoal balas peguam Mohafri, Hisham Teh Poh Teik, Safiyaton yang bekerja sebagai pegawai undang-undang menafikan ada hubungan intim dengan Fazlina




BUANG ANAK BIASANYA HASIL ZINA..ENTAH BERAPA KALI MEREKA BERZINA...SAMPAI BILA KITA NAK MENAFI HUKUM ALLAH...






Arwah abang tidak ada musuh

SUNGAI PETANI: “Hampir setiap hari arwah menghubungi kami untuk bertanya khabar. Jika arwah mahu ke rumah, ibunya tidak lupa menyediakan juadah kegemarannya iaitu laksa dan gulai asam pedas. Pemergiannya secara tiba-tiba amat mengejutkan,” kata Zakaria Che Mahmud, 72, bapa kepada Ahmad Ramzi, 42, yang mayatnya ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dipercayai akibat dibunuh di Empangan Beris, Sik, petang Jumaat lalu.
Mangsa, Pengurus Sumber Manusia di sebuah hotel di sini, hilang dari rumah sewanya di Desa Indah, di sini, sejak 5 November lalu sebelum mayatnya dijumpai kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu oleh penduduk berhampiran.

Zakaria berkata, anak keduanya yang masih bujang dan tinggal bersendirian itu pulang ke rumahnya di Aman Jaya di sini, pada petang 4 November lalu sebelum hilang.
“Ibunya, Mariam Mohd Khalil, 67, ada menyediakan nasi beriani untuknya sebelum dia pulang ke rumah sewanya di Desa Indah kira-kira jam 10 malam. Itulah kali terakhir kami berjumpanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Aman Jaya di sini, semalam. Adik mangsa, Ramziah, 37, berkata, pada malam sebelum dia dilaporkan hilang, jiran abangnya memaklumkan ada beberapa orang berkunjung ke rumahnya kira-kira jam 11 malam.

“Pada 7 November lalu, ibu menerima panggilan dari hotel tempat kerja Ahmad Ramzi memberitahu dia sudah dua hari tidak datang kerja. Kami bergegas ke rumahnya dan sebaik tiba mendapati pintu pagar dan pintu rumahnya terbuka.

“Selain itu tiada kesan ceroboh dan barang di dalam rumahnya tidak terusik,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda, di sini

Ramziah berkata, kira-kira jam 10.45 malam kelmarin, keluarganya dihubungi polis bagi pengecaman mayat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

“Berita ini dan keadaan mayat arwah ketika ditemui amat mengejutkan kami sekeluarga. Saya tidak tahu mengapa terjadi sebegitu kerana setahu saya arwah tidak mempunyai musuh,” katanya. Seorang lagi adik mangsa, Nor Siti Zakiah, 36, berkata, abangnya hampir setiap hari menghubunginya dan selang setiap hari dia pasti pulang ke rumah ibu bapa mereka.
“Dia seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh. Saya amat sedih dia pergi dengan cara begitu, namun saya reda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Zaidong Mustapha ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh.

Beliau berkata, mayat dijumpai beberapa penduduk berhampiran terapung di pinggir empangan itu. Selain itu, tiada pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan keluarga mangsa membuat pengecaman berdasarkan baju-T berbelang merah dan putih serta seluar gelap yang dipakai mangsa.

“Mayat itu dalam keadaan berulat dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dijumpai dan sudah dihantar ke HSB untuk bedah siasat serta menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). “Selepas mendapat keputusan DNA, barulah kita akan memperoleh identiti mangsa. Setakat ini kita hanya mendapat pengesahan menerusi keluarga mangsa menerusi pakaiannya saja,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


Ahli perniagaan pukul besan guna topi keledar



TEMERLOH: Seorang ahli perniagaan yang tidak dapat menerima hakikat kematian anak lelakinya dalam kemalangan jalan raya tahun lalu, bertindak memukul besannya menggunakan topi keledar mengakibatkan mangsa lebam di pipi kiri, di sebuah restoran di Mentakab, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa berselisih dengan ahli perniagaan itu ketika membeli sarapan dan ditahan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukannya dan meneruskan perjalanan tetapi dikejar lelaki itu.

Ketika bertegang urat mengenai tragedi kemalangan jalan raya membabitkan kematian anak ahli perniagaan itu, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa apabila lelaki itu mengambil topi keledar milik mangsa lalu memukul pipi kirinya.

Anak ahli perniagaan itu berkahwin dengan anak perempuan mangsa yang juga seorang guru di sekolah di Ipoh dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata


Dalam kemalangan jalan raya pada hujung 2009 di Bentong, anak lelaki ahli perniagaan itu maut apabila kereta dinaiki bersama isterinya, anak mangsa terbabas. Difahamkan, ahli perniagaan itu tidak dapat menerima hakikat kejadian berkenaan, sebaliknya menuduh mangsa sebagai punca kematian anaknya.

Mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD), Temerloh jam 11.30 pagi, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan


Pasangan terbabit serangan ‘ala mafia’ diburu polis



KUANTAN: Suspek lelaki berusia 30 tahun yang kini menjadi buruan polis dalam kejadian serangan ‘ala mafia’ menggunakan pedang samurai menyebabkan tiga cedera di Flet Alor Akar di sini, Jumaat lalu, seorang bekas tentera di Kem Sungai Udang, Terendak, Melaka.
Suspek dikenali Azli Che Mat, nombor kad pengenalan 801017-11-5163 manakala nombor tentera T 1128793, beralamat 143-B Belukar Sukai, Kuala Terengganu didapati melarikan diri dari pasukan keselamatan berkenaan pada 14 Januari 2003.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, turut diburu seorang wanita berusia 17 tahun dipercayai isteri suspek.
“Wanita yang dikatakan isteri suspek itu dikenali sebagai Nurul Hanees Syazwani Mohamad beralamat di Johor Baharu, Johor.

“Dia amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Noor Asyikin berkata, polis berusaha keras mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua mereka tampil memberi kerjasama dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09 5132222 atau balai polis berhampiran

Dalam kejadian bermotifkan cemburu kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki berkenaan bertindak seperti dirasuk syaitan melibas pedang samurai, mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Anas Safian Efa Rizal yang dijaga pengasuhnya, Suziana Hopiah, 24.

Turut cedera parah dalam kejadian itu, suami Suziana, Mohd Taufik Abdul Razak, 36.
Suspek melakukan serangan itu selepas percaya isterinya dilarikan dan disembunyikan adik Suziana di rumah mereka



'Terpijak mayat adik di sungai'

Oleh Rashidi Karim

ARAU: “Selepas dimaklumkan adik, Haswande Mohd Yusof, terjatuh ke dalam Lubuk Culah, saya terjun ke Sungai Gial dan dalam tempoh 20 minit, kaki saya terpijak sesuatu, mayat adik yang kaku sebelum mengangkatnya ke tebing sungai.
“Ketika mayat adik diangkat, mayat seorang lagi rakannya, Ahmad Iqham Aziz, timbul ke permukaan lubuk dan menariknya ke tebing,” kata Haspizul, 21, abang kepada Haswande yang gagal menyelamatkan adiknya dipercayai lemas di Sungai Gial dekat sini, semalam.

Beliau yang juga seorang pelajar Kolej Komuniti Arau berkata, tragedi lemas kali kedua dihadapinya kerana kira-kira 13 tahun lalu, adiknya, Mohd Asrol, berusia tujuh tahun turut lemas di sungai sama, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian, semalam.
Katanya, beliau sedang tidur di rumah kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, dikejutkan rakan mangsa bahawa adiknya terjatuh ke dalam lubuk bersama Ahmad Iqham.

“Tanpa membuang masa, saya berlari ke tempat kejadian dan terjun ke dalam lubuk di sungai hadapan rumah dengan harapan adik dapat diselamatkan tetapi Allah lebih menyayanginya.

“Saya begitu sedih kerana dua adik lemas di sungai yang sama,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF)

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Haswande, 14, pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Arau dan rakannya, Ahmad Iqham, 9, dari Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, lemas selepas terjatuh ke dalam Lubuk Culah ketika bermain bersama lima rakan lagi di sungai berkenaan.

Kedua sahabat berkenaan berasal dari Kampung Guar Gajah, Arau ditemui bertindih dalam lubuk sedalam kira-kira tiga meter kira-kira setengah jam usaha mencari dilakukan.
Haswande anak bongsu daripada 12 beradik dan ketika kejadian, bapanya, Mohd Yusof Nayan, 58, sibuk menerima bantuan banjir di Dewan Sivik Arau, manakala ibunya, Hasnah Othman, 50-an, menyiapkan kuih raya.

Rakan mangsa, Azrul Amri, 11, berkata, beliau bersama rakannya, Mohd Amir Omar, 14, memukat ikan berhampiran tempat dua mangsa lemas mandi-manda di sungai berkenaan.

“Saya melihat arwah Haswande meletak seorang rakan di atas bahu sambil turun ke dalam sungai dan tergelincir memasuki lubuk berkenaan, manakala Mohd Iqham cuba menarik kedua-duanya ke tebing tetapi gagal.

“Bagaimanapun, rakan yang diatas bahu Haswande diselamatkan seorang rakan kami yang turut mandi-manda di sungai berkenaan. Saya melihat Haswande tenggelam timbul dalam lubuk sebelum berlari mendapat bantuan Haspizul,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berada di dasar lubuk ketika Haspizul bersama rakannya tiba untuk menyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, polis menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi, bagaimanapun sebaik tiba kedua-dua mayat mangsa sudah ditemui

Aidil cari jalan baiki rumah tangga

SEREMBAN: Tindakan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (gambar), memfailkan tuntutan terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bulan lalu, adalah atas keputusan sendiri dan bukannya dipengaruhi keluarganya.
Peguam Aidil Zafuan, Noor Ariff Delia Ramli, berkata tindakan pemain bola sepak berusia 23 tahun itu membuat keputusan untuk memfailkan dua tuntutan terhadap Rita, 34, iaitu hak penjagaan terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan perintah isteri kembali taat (nusyuz) adalah kehendaknya sendiri.

Menurutnya, Aidil membuat keputusan berkenaan lebih menjurus kepada usaha untuk memastikan haknya sebagai bapa berada pada landasan yang betul.
“Tindakan Aidil itu bukan untuk ‘memanaskan’ lagi pergolakan rumah tangga mereka yang dibina sejak Februari 2008, tetapi lebih kepada usaha mencari jalan penyelesaian,” katanya

No comments:

Post a Comment